Pastu bila menang award, artis-artis ni pandai bersyukur:
"Alhamdulillah, syukur saya kerana menang anugerah ini. Semoga saya lebih berjaya pada masa depan, insyaAllah"..
Dan tak lupa pada kaki kipas artis kontroversi. Contoh isu Ana Raffali yang menang Anugerah Juara Lagu yang lepas. Camni kaki kipas tu kata:
"Dah rezeki Ana Raffali memang. Dia menang sebab bakatnya. Setiap orang ada rezeki masing2. Tak payah la nak iri hati dengan kejayaan orang lain".
Apa yang korang faham dengan rezeki artis sebenarnya?
Rezeki artis? Macam mana seorang artis tu dapat duit? Ya, melalui lakonan yang memerlukan diorang pegang tangan dan adegan peluk orang yg bukan mahram dia..
Sama jugak dengan penyanyi. Suara perempuan tu aurat. Perempuan hanya boleh menyanyi di depan pendengar perempuan jugak..
Kalau korang nak tau, rezeki artis dinamakan ISTIDRAJ. Istidraj tu ape? Halal atau haram?
Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya..
Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ". (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).
Kalau dah dapat duit melalui jalan kemaksiatan, adakah masih halal rezeki tu? Korang sendiri pon tau jawapannya kan. Dah tentu la tidak..
Hope ada orang yang dah bukak mata lepas baca post ni. Jangan terlalu agungkan kekayaan orang yg dapat rezeki istidraj ni. Sepatutnya kita beristighfar panjang bila tengok orang dapat duit hasil drpd pekerjaan yang tak diredhai Allah..
p/s: Fasha Sandha masih dapat tempat di hati peminat? Tolongla kaki kipas sekalian. Bukak la mata korang..
Pautan entri:
1. http://muxlim.com/blogs/sumayyah_nasihah/apa-itu-istidraj/
2. http://www.al-azim.com/~beringin/agama/istidraj.htm
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
xdenya istilah halal kalau masa berlakon tue pegang n peluk sana sini..xmasuk lg part dedah aurat semua tue..
pastu plk kalau artis perempuan..suara tue kan aurat..kalau dah melalak sana sini...bukan dah jatuh hukum berdosa...
niat x menghalalkan cara...
sebab tu laa,duit mereka tak pernah cukup...harta yang tak berkat...
Yang pergi haji & umrah belambak...tgk laa,bile balik cni...berape kerat je bertaubat...lain2???makin dedah sane sini...pergi ngan duit tk berkat, camne nk dapat haji mabrur ke ape...sekadar dipinggiran..:)
itu lah pasal..
menakutkan sangat ! ye lah, duit tu bagi kat mak bapak lagi..adik2..
habis satu keturunan makan duit syubhah yg boleh jtuh haram..
yg menyirapnye,ade lah sorg artis ni, dah penah pegi mekah..wat haji.
BOLEH DIA KATA,balik daripada haji buat ape nak berubah??Kalau perangai dah macam tu,balik haji kenalah macam tu..takkan la tetibe artis yg hu ha hu ha tetibe balik Mlaysia dah alim gile..
dan dia KUTUK DAN HINA SAIDAH KHADIJAH YANG KAHWIN DENGAN RASULULLAH!
masyaAllah..teruk betul la artis tuh..
insyaALLAH kita doakn pintu hati mereka terbuka.
herm yup,betul sangat. lagi-lagi penyanyi perempuan yang menyanyi sehingga melalaikan manusia. Tak perlu kot mention siapa. ^_^ penyanyi wnita kat msia ni bkn ramai pon yang sedap kecuali 2-3 orang tu la. Kan best suara sedap tu salurkan ke tempat yang betul. berzanji ke taranum ke. ^_^
@CIK TOM
btol tu cik tom..niat tak halalkan cara..ramai yang kata..berlakon je..takpe..pon nak ikut sama jahil macam artis. ish2..
@nur aisya humaira
hasil drpd duit yg tak diredhai..camtu la jadinya..
@sicomot-comel
a'ahkan..tu la pasalnya..duit tu jadi darah daging keluarga..yg pasal artis hina isteri nabi tu, pastu ada orang gelak..rasa mcm nak penampo je semua kat situ..ish2..
@nurul ainul farhain
jangan kata berdoa tapi pada masa sama kita terus support diorang ek..!!
@mahirahkamal
lelaki ngn pompuan kat boleh karok same..mcm orang kebanyakan skrg ni buat..insaf..=(
hurm..betul tu..kadang2 rasa menyampah kat kat depa suma ni..propa ja lebih,
ada pulak artis perempuan yang dah berkahwin tapi boleh pulak berlakon dengan lelaki lain.ish3...
Thanks 4 da info JT...tapi kalau penyanyi tuh tutop aurat camne plak? tp selain pd tutop aurat, lagu tuh janganla dok puja2 duniawi sgt. Ada sorang artis neh (lelaki) lagunya melampau puja kekasih, liriknya totally terpesong, "kaulah nyawaku, tiada apa didunia ni yang berikan hidup selain kamu" hehehe...
panjangnye komen...
CR malas baca
@CikRose
orang malas selalu rugi..
@axuerha
penyanyi tutup aurat? suara pmpuan yg dialunkan kan aurat..masih tak boleh..dan mcm cik axurha kata..lagu pon ada yg dibolehkan dan ada yg haram..kena blajar la hiburan apa yg boleh dan apa yg tak dibolehkan dlm islam..
hari ni nak komen. selama ni aku silent reader je. hehe..
pendapat kau, 100% aku setuju! budak2 sekolah skrg nih, mjoriti mls bljr. yg diorg tau, melaram je. glamour no 1.
pelakon skrg, peluk sana, cium sini. x peduli dosa da. konon nk feel.
penyanyi, laki pompuan sama je, semua lagi cinta2 segala. klu x putus cinta, baru nk bercinta, cinta x kesampaian la, apa la. adehh..
tidak semestinya jadik artis akan bhagia...
dapat dosa banyaklah kot x.x
Harap2 mereka (artis, pelakon) mendapat kesedaran dan hidayah ;)
Salam. Masing2 dah besar dan boleh fikir. Betul istidraj tu. Allah pernah berfirman (tapi tak ingat surah mane). Lebih kurang camni: Jangan kamu rasa bangga dgn org kafir yang kaya dan anak2 mereka. Sbb itu satu ujian utk mereka (dilekakan).
Jom join contest "AKU NAK JAWAB" disini. Tambah ilmu & dapat hadiah. Contest ni tak berunsurkan perkara yang sia2 tau :)
erk... artis oh artis. pe nak jadi la.. layan kartun lagi baik.. :p
huh..baru aku faham..selama ni mmg ada terfikir jugak..tapi sebab isu ni dorg tak perjelas kan kat masyarakat so masing2 buat don know jer..bagus jt..
Sekarang ni pulak heboh nak carik bakat bintang kecil lah bagai. nak galakkan budak2 ceburkan dalam bidang industri hiburan ni. Bagi saya memang saya tak setuju n tak suka nak tgk budak2 ni berminat sangat dengan hiburan.
Susah kan nak cakap HALAL/HARAM,kita fikir sedalam mungkin dan nilai sendiri.
@zmah
terima je la haram..ape susah sgt?..dah siap letak hadis skali kat atas tu kan..kalau dah buat benda haram..dah mesti la hasilnya haram jugak..
lain la kalo artis tu ikut garis panduan yg sebenar..contoh penasyid, ataupon lakonan yg takde unsur2 maksiat..dah jelas2 tak haram kan..
doa jela agar diorang berubah 1hari nnt
haha susah soalan ni . erm xde nye la halal. susah gak nak jawab . huhu
xde maknenye halal . melainkan artis nasyid insyaallah
nice entry, thumbs up!!
tgok aje P.Ramlee, time hidup di sanjung2, tp time die nk meninggal xde sorang pun peduli, punca rezeki yang x diberkati cm 2 la jadinye, smpai ke anak cucu hidup merempat
hhhmmm...xtau nk ckp pe..tp hanya ALLAH swt sahaja yg dpt mengadili sama ada rezeki mereka halal or haram...
jd artis ni xkemana pun...dah tua...abis mcm tu je...huhuhu
Itu bukan kaki kipas tapi kaki lipas..tambah merosakkannnn
Apasal bila aku baca komen semua nampak muka-muka tak layan artis semua nie ?????
Pada aku , aku tetap bersalah . Sebab aku layan juga semua nie . Aku still tengok tv aku still dengar lagu pompuan nyanyi .
Kalau orang yang macam aku yang layan benda macam nie takder , diorang nak buat pun malas , sebab takder yang nak tengok atau dengar .
Aku tetap rasa diri aku adalah salah satu punca semua nie berlaku .
geli la dgr name fasha sanda tu... sgt2 tak suke dia.. haha...
tulah.. yg pelik nye, artis ni pandai pulak bersyukur bile menang award.. tp baju terbukak sane terbukak sini cam tak cukup kain.. ishh..>_<
itulah dunia...yang halal/haram semua dibelakangkan...yang penting kepuasan duniawi...
buat itu buat ini bila dah kena kritik baru nak taubat kononnya lah...janji x buat lagi tup tup x sampai sehari dua cerita yang sama jugak...
artis ? huhuhuu..bende ni dah lama dah tim fikir..rezeki dorang tu halal ke tak kan? mesti lah tak..bnde tu semua maksiat..tim setuju dgn entry ni..
yang tak boleh blahnya, dengan duit tu la dorang sedekah anak yatim..pergi haji..ya Allah..halal ke..
sedih pulak bertambah bila wujud program-program realiti TV yang makin banyak..ade pulak untuk budak-budak kecil..makin ramai la artis kat negara kita ni..
:(
eh, lupe nk cakap, Tim follow kamu.
hish...
yang peliknye... kita pulak yang layan dan tengok
Betol tu... setuju sangat... sbb tu tak suka kat FS tu...
errrr...
sumber duit dari lakonan tu xharam, cuma yg menjdkan duit tu haram, jika segelintir artis melakonkan babak yang bertentangan dr syariat islam. contoh babak ranjang, adegan berkemban ke, adegan rogol ke. so semua babak ni tidak memaparkan mesej malahan hnya menybabkan penonton mnjadi terangsang dan memeikirkan sesuatu yg bersifat negatif. spt mmbayagkn tubuh siartis tu or bla-bla. so da jelas yg rezeki duit si artis ni haram.
TIPS : 7 CARA MENJANA IDEA UNTUK BLOGGING
setuju dengan entry ni!!!
islam memang tak pernah menghalalkan cara..
bila perempuan dedahkan aurat je pun dah dosa ni kan pulak berlakon pegang watak cium, peluk dan berpimpin tgn..
kononya adegan anak dan emak..padahal mereka tetap bukan muhrim..
p/s: macam manalah agaknya anak2 yatim yang makan duit derma dari artis 2..kesiannya mereka :(
sangat setuju dgn bro..
kalau ada bakat tapi guna untuk bertetangan dgn ISlam, baru haram pendapatannya..
*semua artis cmtu kot :P
Jom: Kalau Gerrard jadi Boss
tak berani letak hukum halal atau haram...
ulamak zaman dulu kalo tanye bab hukum menggeletar... sebab hukum2 ni x buat men2..
serahkan pada yang pakar (cam harpic pulak)_
kalau da duet haram ,
so , hidop x berkat la kan ?
astaghfirullah .
err...sy tak minat artis pon..srius takde perasaan pon berlumba2 nak ambik gmbar dgn artis segala...
tapi kdg2 dengar gak lagu2 artis ni..hehe...
but ape yg JT cakap memang benar...rezeki mereka sbnrnye tak halal pon jika cara nak dapatkan rezeki tu pon tak halal..huhu
wahh hebat!
syabas bete~
x sangka ada jugak lelaki yg buka mata mcm JT..hurmm..ak mmg x minat FS. org skang ni kalau kita nk kutuk fans dorg. haishh..mmg kena sound eh =.-!
patut suruh artis semua baca post ni...
Utamakan kawan, atau diri sendiri?
jadi, kena cari sumber yg betul2 halal. Sebab semuanya akan dihisab di akhirat kelak..
haha kaki kipas
da cm baca gempak lah pulak :P
ade sesetengah orang kata yg suare perempuan tu bukan aurat sebab die boleh bercakap dengan lelaki tapi janganlah nak lembutkan suare yg boleh mendatangkan nafsu lelaki. yg jadi haramnye bile perempuan ni pegang tangan laki dan buka aurat...tapi ade sesetengah orang kate suare perempuan itu aurat...
uhuhu..Nauzubillah.. semoga dijauhkan dari tergolong ke dalam golongan mereka yang diberi istidraj. Amin.
tak payah beli tv kan sng...