Kenapa Pelajar Tak Dibenarkan Berpolitik??

23 comments 29 December 2011
Tiba-tiba aku rasa nak tulis pasal benda ni.

Kenapa pelajar tak dibenarkan untuk berpolitik?

Jawapan logiknya senang je. Sebab, tugas pelajar adalah untuk belajar. Jangan buang masa dengan berpolitik. Nanti asyik berkempen. Tak belajar. CGPA rosak.

Lagipun, kat universiti apa lagi yg tak cukup? Kemudahan semua ada. Yuran belajar tak tinggi macam negara lain. Duit belajar pun kerajaan kasi. Bersyukur la sikit.



Nasihat Tun Mahathir kepada mahasiswa


Woah, nanti sat. Benda ni kelakar sebenarnya. Mahasiswa tak dibenarkan untuk berpolitik? Tapi kenapa kat universiti sendiri ada Aspirasi, Pro Mahasiswa?

Iya, aku tau. Itu politik kampus. Hanya bermain dalam universiti. Itu teorinya. Tapi, realitinya, Aspirasi disokong oleh kerajaan. Dalam diam, sebenarnya kerajaan dah monopoli sentimen politik di peringkat universiti lagi.

Tahu tak korang, Pro Mahasiswa ni dikira pembangkang. Dan diorang ni susah dapat kolej. Jadi, setiap semester kena la cari rumah sewa kat luar. So, tips untuk korang kekal dalam kolej. Jadi la penyokong kuat Aspirasi. LOLZ.!!


Manusia sebagai khalifah..

Kenapa pelajar tak dibenarkan berpolitik?

OK, sekarang aku nak korang tolak tepi soal mahasiswa, atau orang dewasa yang dah bekerja. Kita letakkan diri kita sebagai MANUSIA.

Apa tugas kita sebagai khalifah kat muka bumi ni? Untuk saling nasihat, saling mengingati antara satu sama lain, tanpa mengira umur. Ye kan?

Soalan aku untuk korang..

Jika seorang anak tahu ayahnya buat kesalahan. Adakah dia patut diam, dan biarkan je kesalahan ayah dia tu? Tak perlu tegur? Atau..

Jika seorang remaja sedar yang orang dewasa buat silap, dan bagi kesan dalam pentadbiran negara. Adakah remaja tersebut patut duduk diam je?

Kalau kita di situasi di atas. Apa yang kita buat? Mesti la kena tegur jugak kan? Sebab itu adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ni.
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang menang” [TMQ Ali Imran (3):104]
Nak tegur pemimpin secara terus, memang agak mustahil. So, platform apa je yang tinggal untuk tukar pemimpin yang korupsi? Jawapannya, politik dalam parti.

Jadi, masih salahkah mahasiswa tu berpolitik? Korang sendiri tau jawapannya. =)
Read On

Kesalahan Orang

26 comments 21 December 2011

Sebagai manusia biasa, kita memang susah nak tengok salah sendiri. Tapi, kalau salah orang lain. Pergh, sepantas kilat je kita dapat detect.


Contoh, kalau tengok match bola. Masa tu mula la kita maki hamun pemain bola tu:

"Woii, sepak la kiri sket. Baru bleh gol"

"Eh, eleh. Macam tak reti main je. Opah aku main lagi terer kot"


Ataupun, masa kita tengok kuiz kat TV.

"Kan aku dah kata. Jawapan dia mesti B punya. Kau jawab A pasal pe? Adoii"


Atau bila tengok kereta accident:

"Ha, tu la. Time hujan bawak laju lagi. Kan dah terbabas"

"Bodoh betol la kereta tu masuk tak bagi signal. Nasib baik tak terlanggar"


Secara teorinya, manusia ni memang tau macam mana nak hidup dengan cara yang perfect. Tapi, secara praktikalnya, tiada seorang pun manusia yang perfect.

Jadi, kalau kita dapat detect kesalahan orang. Tak payah nak bermegah yang kita jumpa kesalahan dia. Tapi, yang paling penting adalah, kita ambil kesilapan dia, dan serapkan dalam diri kita. Supaya jadi peringatan kat kita, jangan buat kesilapan yang sama macam dia.

Belajar daripada kesalahan orang lain pun boleh dijadikan pengajaran untuk diri kita. Tak semestinya kita kena laluinya sendiri baru nak belajar. Ye dop?
Read On

Lawak: Panglima Nak Ludah Facebook the Parody

8 comments 20 December 2011
Wakaka.. Pagi-pagi dah buat aku tergelak. Hampes betol..

Siapa tak kenal dengan Kyo Propaganda, yang femes dengan parody KL Hamster dia. Kali ni dia buat video parody, nak ludah mahasiswa yang jadi macai facebook. Hahaha.. Cam harem btol. Jom layan..




Yang pakai spek tu sampai tertanggal spek dia. Semangat nak meludah punya pasal. Wakaka..

Harap abang ludah sebenar tak ambil hati yek. Diorang ni saje buat lawak je tu. Why so serious? Haha..
Read On

Dah Namanya Ah Long. Memang Takde Otak Punya Olang..

10 comments 19 December 2011
Weh.. Kat sini aku nak tegaskan sangat-sangat kat korang semua. Kalau korang terdesak nak guna duit. Macam mana pun, jangan sesekali korang ambik keputusan untuk pinjam duit kat Ah Long.

Cite dia camni. Ada sorang member aku ni. Dia sangat desperate nak duit. Dia pinjam RM3000 kat Ah Long. Ah Long tu bagi masa 2 bulan untuk dia bayar balik. Yang peliknya, Ah Long tu tak kenakan bunga (increment) kat member aku tu.

Perghh, sangat pelik kan? Baik plak Ah Long tu ek..

Tapi, sudahlah. Kebaikan tu semuanya lakonan layar semata-mata. Selang 2 minggu member aku tu pinjam. Ah Long tu kol, suruh dia jelaskan semua hutang tu dalam masa 2 minggu lagi. What the..

Perjanjian 2 bulan, jadi sebulan je. Memang bebal punya Ah Long. Pastu, anak-anak buah Ah Long tu siap ke tempat kerja member aku tu. Suruh dia bayar cepat. Dah tak pasal-pasal member aku tu kena buang kerja. Sebab boss dia takut geng Ah Long tu bikin ribut kat tempat dia.

Kat situ dah menunjukkan lagi satu kebodohan Ah Long. Dah orang tu kena buang kerja, lagi la dia tak dapat kumpul duit nak bayar hutang engko. Lu memang takde otak punya olang la Ah Long.

Tapi tu la. Ah Long mana yang nak tolong orang. Dia bukan desperate nak duit tu cepat pun. Tapi saje nak menyusahkan peminjam dia.

Perjanjian dengan Ah Long bukan ada hitam putih pun. Itu yang dia tukar isi perjanjian, ikut sukahati tengkorak dia je. Nak pinjam duit daripada Ah Long sangat senang. Cagarannya cuma IC asal, dan nyawa engko dan ahli keluarga engko sebagai taruhan.

Walaupun nilai korang nak pinjam tu sikit. Dan korang yakin boleh lunaskan semua hutang tu dalam masa terdekat. Hentikanla. Ah Long akan cari seribu cara nak membuatkan korang tak dapat bayar hutang dia. Dan hidup korang akan terus-menerus dihantui konco-konco Ah Long tu.

So, aku nak ingatkan lagi sekali. Macam mana terdesak pon korang nak duit. Tak kira nilai tu sikit. Jangan la korang pergi pinjam kat Ah Long. Masalah duit korang tu takkan selesai. Malah akan bertambah tahap gaban. Percayalah..
Read On

INI BARU LA SEMBANG RAKYAT YANG SEBENAR. OLEY..!!!

18 comments 16 December 2011
Alops geng. Pekabare? Just nak tanya korang je. Dah tengok ke video Oley? Oley yek, bukan Olay facial white tu. Ahaks..

Ambik la masa beberapa minit utk tengok. Tak rugi pon. Sebab memang berilmu. Short film cast by Ustaz-ustaz yang bertauliah, Bob Lokman. Eh, Matlutfi90 pon ada gak? Oley..!!!





Video ni untuk menjawab balik video "Sembang Rakyat" yang buat kontroversi haritu. Sembang rakyat ke? Ada orang kata video tu lebih layak ditukar nama ke "Sembang Setan". Haha..

Yela, hukum Allah diorang permainkan. Malah, dikatakan lebih teruk kalau dilaksanakan kat Malaysia ni. So, untuk memperjelaskan lagi tentang hudud, video ni dibuat.

Harap sedikit sebanyak video ni boleh tingkatkan kefahaman kita tentang hudud. Dan, kalau nak lebih jelas. Korang boleh tengok video ni pulak - Kenapa Perlu Takut Dengan Hudud?
Read On

Blog Korang Jadi Murah Bila Tulis Pasal Gosip Artis

22 comments 15 December 2011
Kalau korang nak blog anda jadi murah. Dipersilakan share gosip artis/selebriti kat blog korang tu. Kalau aku blogwalking, tengok ada blog yg tulis gosip artis, mengagungkan pelakon itu, puji penyanyi ini. Aku malas nak cakap banyak. Cursor dialihkan ke browser belah kanan atas. Button [X]. Bye-bye la kat blog tersebut.
Tidak akan masuk syurga bagi orang yg suka mencuri berita (suka mendengar-dengar berita rahsia orang lain). - Hadis Riwayat Bukhari
Blog gosip artis pon boleh famous? Apa nak jadi la dengan orang kita ni. Haihs..

p/s: Hanya blog murahan akan kongsi gosip artis. Blog korang mahal kan? =)
Read On

Orang Yang Paling Bahaya Adalah Orang Paling Rapat Dengan Kita

43 comments 05 December 2011
Korang setuju tak bila aku kata camni:

"Orang yang paling bahaya adalah orang yang rapat dengan kita"

Pelik. Orang paling rapat dengan kita pulak yang bahaya? Gila apa Jejaka Terhangat ni. Bukan orang jahat, yang bunuh orang tu, biasanya kita tak kenal ke?

Haha, tak payah nak pelik sangat la kan. Let me enlighten you guys.




Ada beberapa perkara yang jadikan, orang paling rapat dengan kita tu, adalah orang yang paling bahaya.

Pertama - Dia lebih banyak tau rahsia, aib dan kelemahan kita.

Kedua - Kita lebih mempercayai dia lebih daripada orang lain.


OK, seterusnya. Korang bayangkan. Macam mana kalau orang yang rapat dengan kita tu, mengkhianati kita? Dah la rahsia kita, baik buruk kita, semua dia pegang.

Bila-bila masa dia boleh jadikan kelemahan kita, sebagai senjata dia. Kan sangat bahaya tu.

Tambahan lagi. Sakit hati kalau dikhianati oleh orang yang kita percaya ni lain sikit. Lebih pedih daripada dikhianati oleh orang yang tak berapa rapat dengan kita. Kan?


Kesimpulannya, dalam berhubungan sesama manusia ni. Jangan letakkan kepercayaan 100%. Dan elakkan ceritakan aib diri, atau perkara yang tak elok tentang diri kita pada orang lain.

Yang paling penting, perangai diri sendiri tu kena jaga. Kalau perangai sendiri buruk. Peluang orang nak aibkan diri kita pon lebih tinggi yaww..


Keluarga sendiri juga bahaya

Keluarga sendiri pun tak terkecuali. Bila keluarga sendiri yang mengkhianati, itu yang jadi macam kes kat bawah ni:

1. Haruan makan anak.
2. Abang ipar goda adik ipar,
3. Adik bunuh abang, dll.




Orang melayu kata ,"Harapkan pagar, pagar makan padi", "Musuh dalam selimut", "Duri dalam daging", "Gunting dalam lipatan". Ha, apa lagi?

Bila keluarga sendiri mengkhianati. Fuihh, sangat menakutkan. *gigil satu badan*..
Read On

Hoi Lelaki. Hentikanla Segala Pujian Plastik Korang Tu

36 comments 01 December 2011
Note: Entri ini khas untuk lelaki


Perbezaan antara facebook lelaki dan perempuan


Wakaka. Nampak tak gambar kat atas ni? Kemain lelaki ek. Kalau perempuan letak status sedih sket je, mula la beratus romeo datang LIKE dan komen.

"Kenapa ni? Awak ok ke?"

"Awak pergi la klinik, jaga kesihatan tu k"

Haha. Obvious sangat kot komen plastik kat situ. Lebih-lebih lagi kalau perempuan tu hot stuff. Lagi la banyak orang "caring" kat dia. Nyampoh..!!


Puji Awek Seksi

Aku selalu tergelak tengok fenomena ni. Kadang-kadang, sampai jelik pon ada. Perempuan tu dok tayang aurat dia. Yang engko pergi puji pasal apa?

"Cantik la awak ni"

"Waahh, comelnya awak pakai camni. Nice"

Padahal, aku tengok awek tu biasa-biasa je. Seksi je lebih.

Sedih. Lelaki sekarang ramai gelap hatinya. Seksi dengan cantik pon tak tau nak beza. Kasi hempuk kat kepala tu sekali, baru engko sedar kot. Adoiyaii..!!

Apapun, nasihat aku untuk lelaki. Kalau nak puji tu biarla kena tempatnya. Tak payah nak bagi komen plastik sangat la kan.

Kalau engko puji awek yang tak tutup aurat tu. Dia rasa seronok. Megah dapat pujian. Macam mana dia nak berubah jadi lebih baik?

Nampak tak? Komen plastik korang sedikit sebanyak bagi impak pada perubahan awek tu. Jangan sebok nak kondem perempuan tak tutup aurat, kalau engko sendiri dok puji yang tak bertudung tu cantik. Orait??
Read On

Foto "Pre-Wedding" Pasangan Islam Haram

24 comments 29 November 2011
JAKARTA 28 Nov. - Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa pengambilan foto pra-perkahwinan tanpa aksi-aksi intim tidak menjadi masalah.

"Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkah," jelasnya. Sumber - Berita Harian

Wah, kat Indonesia sana dah diharamkan dah. Malaysia bila lagi?

Isu ni aku pernah tekankan dulu, kat sini:
Pre-Wedding: Trend Jahiliah Modern. Jahilkah Anda??

Memang elok la kalau pre-wedding ni diharamkan. Pasal aku tengok trend jahiliah ni semakin menular. Foto bergambar dengan pasangan diupload kat facebook.

Bloggers pon sama. Banyak sangat dah blog dengan "megah" menceritakan aktiviti pre-wedding diorang dengan tak malunya. Pastu tukang komen pon dok puji. Seperti menghalalkan benda yang haram. Haish..

Takpela, kat sini aku bukan nak cari siapa yang salah. Tapi, just nak ingatkan kat korang semua. Sebaiknya, tak payah la nak buat pra-perkahwinan tu. Menjatuhkan harga diri korang sebagai seorang muslim je.

Dan kepada yang lain-lain. Kalau korang ternampak facebookers, atau bloggers pacakkan gambar pre-wedding diorang. Pegang tangan, berpelukan, bergambar atas katil dan sebagainya. Elokla korang tegur. Bukan untuk aibkan dia. Tapi untuk peringatan sesama muslim. Orait? =)

p/s: Kalau tak nak tegur pun, toksah la puji. Nyampoh den baca segala pujian plastik korang. Ahaks..
Read On

Atheist Kata "Islam Agama Yang Susah". Apa Korang Jawab?

25 comments 26 November 2011
Assalamaualaikum kalian..

Korang tau maksud "atheist"? Atheist adalah jenis manusia yang takde agama. Dan suka pertikaikan pegangan agama lain. Terutama Islam.

Dan, macam-macam soalan yang akan diorang bagi. Hanya untuk sesatkan mereka yang ada agama. Contohnya soalan ni. Aku dapat dari facebook:




Islam Itu Mudah? Di Mana Mudahnya Islam Itu?

Bila atheist, atau agama lain tanya kat korang soalan macam tu. Apa yang korang akan balas balik?

Aku tengok kat komen-komen di mana gambar ni dipost, banyak maklum balas negatif yang orang kita bagi.

Dikatanya orang yang tanya soalan ni "bodoh", takde otak, dan sebagainya.

Sifat yang macam ni ke yang kita nak guna, untuk tunjukkan keharmonian agama kita? Ish-ish..

Aku akui. Memang Islam itu lebih susah berbanding agama lain.

Tapi, susah yang digariskan dalam Islam tu tak pernah menyusahkan pengikutnya. Islam agama yang lengkap, untuk kita hidup sejahtera kat dunia ni.


Hidup Perlukan Peraturan

Dunia perlukan peraturan. Peraturan perlu kita ikut, walaupun kadang-kadang ia susah. Tapi tu semua untuk kebaikan kita jugak kan?

Contohnya, peraturan jalan raya. Lampu merah, kat simpang kena berhenti. Tak boleh potong kat jalan sempit. Leceh kan semua peraturan tu?

Tapi, nak tak nak. Kita tetap kena ikut. Kalau nak sangat accident, mati awal. Dipersilakan langgar semua peraturan tersebut.


Sama jugak dengan agama. Peraturan yang Islam dah tetapkan untuk kita cukup cantik dan sempurna. Kita ikut segala suruhan Islam, tinggalkan larangan-Nya. Dah PASTI hidup kita akan lebih baik dan sejahtera.

Iya, memang peraturan Islam lebih strict. Itu menandakan Islam jauh lebih baik berbanding agama lain. Maklumla, garis panduan Islam kan lengkap. Logikla peraturannya pon banyak kan?

Lagipun, target Islam bukan untuk kita sejahtera kat dunia je. Tapi, yang lebih penting. Kat mana kita ditempatkan lepas mati nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w
“Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”
(HR. Muslim no. 5256)

Orang melayu kata, "biar bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian".

Orang bukan Islam pegang prinsip berseronok di dunia. Tapi, hancurlah mereka kat akhirat kelak. Kita pun nak ikut jejak diorang ke? Mesti la tak nak kan.

Segala yang ditetapkan Islam untuk kebaikan kita jugak. Tiada satu perkara pon dibuat untuk sengaja menyusahkan kita.




Jadi, jangan sesekali korang terpengaruh, atau terpedaya dengan kata-kata daripada atheist, atau agama lain untuk menjatuhkan Islam. Orait? =)

p/s: Agama bukan tentang memilih mana yang lebih mudah. Tapi tentang memilih mana yang lebih menjamin kesejahteraan hidup kita. Baik di dunia dan di akhirat. =)
Read On

Susulan Bola: Rupanya Mamat Yang "Hilang" Tu Selamat

14 comments 25 November 2011
Korang ingat lagi tak announce yang dibuat oleh media Malaysia sebelum perlawanan akhir bola Malaysia VS Indonesia kat sukan SEA haritu?

Katanya, seorang rakyat Malaysia (Ahmad Firdaus) hilang masa pergi tengok bola kat Indonesia. Yang diorang jumpa hanyalah dompet mamat tu.


Pergh, bila dengar berita tu, mesti segala yang negatif keluar dalam kepala otak:

"Ni mesti orang Indonesia punya kerja ni. Apa lagi."

"Tu la. Lain kali jangan berani pergi Indonesia sana. Bahaya"

"Confirm kena culik la tu. Tah hidup lagi ke tak tah."

Dan, macam-macam lagi yang kita pikirkan pasal nasib mamat tu kan?


Haha, dan sebenarnya. Mamat tu selamat. Sihat walafiat. Takde timbul isu diculik bagai. Dompet dia hilang kat sana masa tengok bola. Tu je.




Tapi tu la. Mindset kita dah macam tu. Asal orang Malaysia jadi apa-apa kat sana, orang Indonesia yang akan kita persalahkan dulu.

Begitu jugak sebaliknya. Rakyat Indonesia dapat musibah kat Malaysia, kita jugak yang diorang serang. Padahal, kejadian sebenar belum confirm lagi macam mana.

Benda sekecil-kecil manik, seringan-ringan kapas pun akan diketengahkan, dan jadi point untuk kedua-dua negara untuk terus berbalah. So childish.

Provokasi Malaysia-Indonesia, kapan akan berakhir?

p/s: Tolong abaikan, dan jangan layan sekiranya korang terjumpa page2 provokasi antara kedua2 negara kat Facebook. Biar kita mengalah. Tak bermaksud kita kalah. Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang SABAR. Ingat tu.
Read On

Mulut Mengutuk, Tapi Mata Tengok Jugak

27 comments 20 November 2011
Sebagai manusia, sifat kutuk-mengutuk takkan lari dalam hidup sesiapa pun. Tapi, yang peliknya. Mulut mengutuk, tapi masih lagi nak tengok benda yang dikutuknya tu. Terutama penonton tegar rancangan televisyen.


Rancangan 1: Melodi

Korang pernah tengok Melodi? Mesti pernah punya la kan. Bila tengok rancangan tu, mulut mesti dok bebel-bebel.

"Tah pape la artis ni, teruk betul artis tu".

"Aish, aku tengok melodi ni buat dosa je, mengumpat tak habis-habis".

"Benci betol la dengan wartawan melodi ni. Saje mengada-adakan cerita"

Tapi, minggu depan, pukul 12.30 tengah hari, hari ahad. Still bukak TV3. Melodi jugak dicari. Kan?



Kata menyampah, tapi tengok jugak


Rancangan 2: Sinetron Indonesia

Haha, sinetron indonesia memang agak sakit hati bila tengok. Korang setuju?

"Ish, asyik zoom lobang idong orang je kerja. Menyampah aku"

"Hah, hilang ingatan lagi? Takde idea lain ke. Malas aku tengok"

"Lembab giler cite ni. Alih-alih macam tu jugak. Boring btol."

Woahh, kutuk bukan main. Tapi, yang bestnya. Tengok jugak cerita tu sampai episod akhir. Kalau cerita tu sampai 100 episod, 100 hari tu la dikutuk2nya. Haha..



Kata anti, tapi tonton jugak


Kes lain: Lelaki dan perempuan seksi

Amboi, kemain lelaki dok mengutuk perempuan seksi. Tak cukup kain. Tak tau agama. Macam2 lagi dikatanya. Tapi, bila perempuan seksi jalan depan korang. Tengok jugak kan? Mana yang pandai cover tu, at least "jeling" pun jadi. Haha..



Mulut kata benci. Mata kata mari.


Bagi sesiapa yang macam aku sebutkan kat atas ni. Jangan risau. Korang masih termasuk dalam golongan yang normal. Iya, memang sesuatu yang normal kalau seorang manusia tu cakap tak serupa bikin. Kuikui..
Read On

Kenapa Blog Wordpress Suka Main SEO??

13 comments 19 November 2011

Daripada pemerhatian aku, kebanyakan blog wordpress suka main dengan SEO. Copy paste berita, post isu semasa. Gosip artis dan sebagainya.

Tak dinafikan, blog dari blogger (blogspot) pun ada jugak yang main SEO. Tapi tak setegar blog wordpress.


Kenapa blogger wordpress suka main SEO?

Sebab utama. Sistem blog wordpress tu sendiri. Ia memang lebih mesra SEO berbanding blogger. SEO lebih memihak pada wordpress.

Dan sebab keduanya, nak berblog guna wordpress perlukan hosting sendiri. Hosting pulak kena bayar. So, nak cover balik duit hosting tu. Terpaksa la utamakan trafik. Itu yang diorang push diri sendiri untuk bermain dengan SEO.

Sangat rugi blogger yang dulunya guna platform SEO. Penulisannya mantop. Lepas tukar wordpress, terkejar-kejar trafik. Main SEO sokmo. Penulisan tah ke mana. Kepuasan hati pembaca tak lagi diutamakan. Apakah ini semua?


So, nasihat aku. Sesiapa yang nak berblog dengan steady. Tanpa pikirkan sangat trafik. Cukupla korang berblog guna blogger je.

Kalau dah pakai wordpress, secara automatik korang akan terkejar-kejar SEO. Hilang dah identiti blog korang. Fuhh, rugi, rugi..
Read On

Jangan Jadikan Facebook Platform Untuk Lepaskan Geram

35 comments 16 November 2011
Kalau korang tension, atau tak puas hati kat satu-satu perkara, apa yang korang buat? Errk, tak payah jawab kot. Pasal aku tau jawapannya. Mesti korang luahkan rasa tak puas hati tu kat facebook kan?

Itu yang kadang-kadang kita boleh nampak ramai mencarut. Cakap kasar. Kutuk-mengutuk, mengeji orang lain, dan macam-macam lagi. Ish-ish..

Contoh, bila ada salah faham sikit dgn kekasih hati, mula la post status camni:

"Perempuan memang suka menyusahkan lelaki. #$%^&# betol..!!"

Weh, orang lain bace kot status engko tu. Sepertinya, engko marahkan semua perempuan. Hanya disebabkan engko berselisih faham dgn kekasih hati engko tu.


Contoh lain, aku tengok ramai yang post camni kat facebook:

"Fcuk. Mangkok la ko. Aku tak cari pasal ngan ko kan? Apsal ko kacau hidup aku hah..!!"


Lolz, engko tujukan kat sape? Orang tu confirm ke dapat mesej engko tu? Entah-entah, budak tu facebook pon dia takde. Pastu, mula la ramai menyengalkan diri sendiri dengan tekan "like" status tersebut.


Ini yang orang kata, marahkan nyamuk, habis kelambu dibakarnya. Tak pasal-pasal dah tunjukkan kebodohan sendiri kat laman sosial.


Kalau tension, atau rasa geram kat satu-satu perkara. Sebaiknya tak payah la update status yang negatif, yang boleh aibkan diri sendiri.

Banyak lagi benda lain yang korang boleh buat untuk tenangkan diri dan lepaskan tension. Istighfar salah satu cara yang paling mudah, dan mujarab untuk kawal perasaan kita dalam masa yang singkat. Tak percaya? Lepas ni cuba la..




Setiap orang ada tahap tensionnya tersendiri. Jangan ingat masalah kita paling besar berbanding orang lain. Apa yang bezakan setiap individu adalah cara bagaimana kita kawal "stress level" dalam diri sendiri.

So, lepas ni jangan lepaskan geram kat facebook lagi yek. Sebab cara tu takkan buatkan perasaan negatif korang tu berkurang. Tapi, sebaliknya. Hanya pamerkan kebodohan sendiri kat orang lain. Ingat kata-kata aku ni ye..
Read On

Langgar Kata-Kata Sendiri. Korang Pun Tak Terkecuali

28 comments 15 November 2011
Ada jenis manusia yang bila cakap, main lepas je. Tak fikir langsung. Perkataan "censored" pun kadang-kadang disebutnya. Ada jenis manusia, control bila bercakap. Suka pada ayat yang baik-baik je. Yang ni bagus la kot.

Tapi, perasan tak korang? Dalam kita seronok bermain dengan kata. Kadang-kadang, kita selalu langgar kata-kata kita sendiri? Maksud "langgar" kat sini adalah, cakap tak serupa bikin.

Contoh, macam korang biasa dengar orang kata, "Aku benci orang hipokrit". Padahal, diri kita sendiri pun takkan terlepas dari sifat hipokrit tu kan?

"Kan best kalo bercinta lepas kawen" - Padahal sekarang dia tengah obsess bercinta dengan pasangan yang masih belum halal bagi dia.

"Aku bukan materialistik" - Padahal, bila dapat hadiah besday rantai berlian, seminggu senyum sampai ke telinga.

"Alhamdulillah, bersyukur sangat kat Allah atas kejayaan aku harini" - Padahal, dia sangat liat dalam bab tutup aurat.

Bila seronok main dengan kata. Tanpa sedar, korang akan termakan dengan kata-kata sendiri. Dan bila orang lain perasan, itu yang diorang menyampah, jelik dengan korang. "Aparaa, hipokrit. Puihh".

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Semakin banyak kita bercakap, semakin banyak jugaklah kesalahan yang kita ungkapkan. Orang puteh kata, "You Say It Best, When You Say Nothing At All".

Kurangkan berkata-kata lebih baik sebenarnya. OK. Nasihat ni untuk aku juga. Jom sama2 kita jauhi daripada "cakap tak serupa bikin" ni. Orait? =)
Read On

Kesian. Terlalu Agungkan Cinta Sebelum Kahwin

39 comments 12 November 2011
Bila sebut melayu. Perkara yang sinonim dengannya adalah cinta. Melayu = cinta.

Korang tengok je sendiri kat facebook. Setiap masa pasti ada yang buat status pasal cinta. Pasangan. Share quote cinta yang tak hape-hape. Asal nampak bende tu macam sweet je bunyinya, terus share. Makna? Entah.

Ya, cinta tu tak salah. Memang cinta tu adalah fitrah. Tapi, benda tu boleh dikawal kot. Jangan terlalu obses dengan cinta. Sampai rasa hidup sangat lonely takde boifrend/girlfrend. Siap kata "aku takde orang sayang". Perghh.!! Memang loser la tak boleh hidup tanpa cinta. Mak bapak, engko campak mana?

Lebih lagi kat engkorang yang suka tayang gambar balaks, aweks sendiri kat facebook. Siap berbaby-honey, muax muax, dan macam-macam lagi status yang boleh memuntah hijaukan orang lain yang baca. Bluuweekkk..!!!

Kesian. Buat engkorang yang terlalu taksub dengan cinta, sampai bagi sepenuh hati kat insan yang belum lagi halal bagi engko. Kesian. Tu je yang mampu aku katakan.

Kesian sebab apa? Sebab orang tu belom confirm lagi jadi suami atau isteri engko. Tapi, jiwa, perasaan, hati, semua engko dah bagi kat dia. Sampai engko tutup hati kat orang lain. Buatnya dia tinggalkan engko. Atau keadaan tak mengizinkan.

Terpaksa berpisah. Dah engko menangis 48 jam sehari. Jadi macam Kasim Selamat. Nak terima orang lain dalam hidup dah tak boleh. Sebab hati engko dah pun ada kat "jantan tak guna" tu. Sebab tu aku kata. Kesian..

Akhir kata, bila cakap pasal cinta ni. Buat biasa-biasa sudah. Tak payah nak obses-obses sangat. Bukankah sederhana itu lebih baik?
Read On

Blogger Delete Entri Selepas Ditegur. Kenapakah?

35 comments 09 November 2011
Blogger delete entri

Baru2 ni ada satu blog, dia delete entri dia selepas ditegur oleh kebanyakan blogger kat ruangan komen. Entri dia macam nak menunjukkan kejahilan dia dalam agama.

Tak lama lepas ditegur, dia pon delete entri dia, tanpa apa-apa warning.

Persoalan yang timbul, adakah dia delete entri dia sebab dah sedar lepas ditegur? Atau sebab dia marah dan tak nak panjangkan lagi isu tu?

Jawapan yang tak pasti. Tapi, aku harap sebab dia sedar kesalahan dia.


Aku diblock kat facebook

Dalam kes lain. Aku tegur sorang gadis ni kat facebook. Dia share gambar bermekap lebih-lebih. Pakai contact lens warna, siap pakai bulu mata palsu lagi.

Aku pun kata kat dia. "Jangan tabarruj sangat dalam berfesyen".

Dia cakap kat aku, jangan sibuk. Dia tak pernah pun kacau hidup aku. Kenapa aku nak kacau hidup dia? Lepas tu aku terus diblock dari facebook dia. Adehh..

Kes ni jawapannya jelas. Dia block aku bukan sebab dia sedar kesalahannya. Tapi sebab tak nak terima nasihat. Biasa la, realiti hidup. Manusia pantang ditegur.


Ada jugak jenis manusia yang terima teguran. Siap ucapkan terima kasih lagi atas nasihat yang diberi. Woah, sungguh postitif. Bagus, susah nak jumpa manusia camni. Tapi, yang bestnya. Ucapan terima kasih semata-mata. Tapi, tiada perubahan yang dibuat. Haha, adehh lagi sekali..
Read On

Hukum Makan Binatang Sembelihan Yang Timbul Rasa Kasihan

20 comments 07 November 2011
Orang melayu kita ni selalu dipengaruhi dengan mitos orang tua-tua. Menurut diorang, kita tak boleh makan binatang sembelihan kalau timbul rasa kesian kat binatang tu. Uiks, betul ke? Sejauh mana kebenarannya?


Soalan :
Apakah hukumnya memakan makanan yang halal dimakan yang ketika kita menyembelihnya (cth, ayam) atau memotongnya (cth, ikan) hidup-hidup secara tiba-tiba timbul perasaan belas kasihan pada binatang tersebut. Adakah binantang tersebut halal dimakan?.

Jawapan :
Binatang sembelihan tersebut halal dimakan sekiranya menepati syarat-syarat sah sembelih. Manakala perasaan belas kasihan yang timbul tidak mempengaruhi status halal atau haram binatang sembelihan tersebut.

- Sumber JAKIM


Jelas kan dengan jawapan di atas? Oleh tu, lepas ni jangan memandai buat hukum sendiri lagi ye. Walaupun timbul rasa kesian, samada korang penyembelih atau tukang lihat je. Korang masih boleh, dan halal makan binatang tu. Sebab syarat-syarat penyembelihan dah pun dipenuhi. Orait?
Read On

Gelagat Budak-Budak Menyakat Lembu Korban

9 comments 06 November 2011

Gambar hiasan dari pokcik google


Masa kecik-kecik dulu, apa yang korang suka sangat bila hari raya Korban?

Aku? Aku mesti la excited nak tengok lembu yang ditambat kat surau. Sebelum lembu tu disembelih, aku dengan geng aku mesti batak nak mengacau lembu yang tengah cuak tu. Ngeh, ngeh (gelak jahat)..

Bukan main seronok tengok lembu. Ambik ranting kayu, cucuk-cucuk punggung lembu tu. Nak cucuk kat depan tak berani, sebab ada tanduk. Tu yang cucuk kat belakang je. Haha..

Mana yang takut nak dekat. Main baling batu pulak. "WOI", sekali kena marah dengan orang surau. Baru terkedek-kedek melarikan diri. Kahkah..

Seronok menyakat lembu. Dok cucuk sini-sana. Tak tengok kiri kanan, atas bawah. Sekali, "pyekkk". Pergh, memang best. Sudah terpijak "hasil" lembu tu. Sia-sia kena gelak dengan kawan-kawan. Haha, padan muka.

Lembu tu pon perhati je gelagat budak-budak yang dok menyakat dia dengan senyum sinis. "MmmOoo" (amekkaw), kata lembu tu. OK gak la kot. Dapat gak lembu tu hiburan yang terakhir dalam hidup dia. Kehkeh..

Bila dah sampai masa, lembu disembelih. Hati rasa kesian kat lembu tu. Meronta-ronta lepas disembelih. Ada yang terus balik rumah. Takut tengok darah kot.

Konon kesian. Tapi, bila dapat daging korban. Mak masak buat buat rendang. Pergh, habis pulak. Selera hingga menjilat jari. Ahaks..
Read On

Selamat Menyambut Hari Raya Alidiladha 1432 Hijrah

12 comments 05 November 2011
Assalamualaikum semua. Apa khabar?

Di kesempatan ni, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kat semua pembaca blog Jejaka Terhangat.

Walaupun kat Malaysia hari raya aidiladha tak disambut meriah macam hari raya aidilfitri, tapi janganlah kita lupa kisah istimewa disebalik sambutan hari raya ni.


Apa itu Aidiladha?

Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan ketabahan isterinya, Siti Hajar dan juga kesabaran anaknya, Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Aidiladha juga disebut dengan nama Hari Raya Korban.



Sembelih lembu aktiviti wajib di aidiladha


Aidiladha jugak disebut sebagai Hari Raya Haji. Sebab, perayaan ni jugak adalah untuk meraikan jemaah haji yang berada ni tanah suci Mekah.


Tahukah anda kisah sebalik Hari Raya Aidiladha?

Seperti yang aku nyatakan tadi, ibadah haji adalah untuk memperingati peristiwa yang dilalui oleh Nabi Ibrahim dan isterinya dalam menjalankan perintah Allah.

Sebab tu jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar.

Untuk ketahui kisah ni dengan lebih lanjtut. Sila ke [ sini ] ye.


Sekali lagi aku nak ucapkan, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua. Raya jangan lupa datang rumah yek. Ngehh..=p
Read On

5 Simptom Blogger Tegar

21 comments 04 November 2011
Korang blogger? Tegar atau tak? Nak tau samada korang blogger biasa-biasa, atau blogger tegar. Nilai la sendiri, berdasarkan point2 berikut:



5 simptom blogger tegar


1. Rasa tak sedap hati bila tiada internet

Bila line problem, tak boleh bukak blog. Hati mula rasa tak senang. Gelisah. Makan tak lena. Tidur tak basah. Punggung rasa panas. Tak senang duduk memikirkan keadaan blog. Bila hati dah tak tertahan, sanggup pergi ke cyber cafe berdekatan, semata-mata untuk bukak blog sendiri.


2. Sumpah seranah bila blog tak dapat access

Bila office atau pihak universiti block blog korang. Hati mula rasa panas. Mulut membebel-bebel dok menyumpah. Kadang-kadang, perkataan "bodoh" terkeluar dari mulut tanpa sedar.


3. Sanggup pening kepala perah idea

Sehari tak update blog, hidup rasa macam tak complete. Sanggup pening kepala hanya untuk mencari apa jua idea untuk publish entri baru. Adakalanya, rela perah otak sampai kena demam panas.


4. Rela bersengkang mata untuk promote blog

Blogger tegar sanggup buat apa je untuk promosikan blog sendiri. Ping kat group, facebook, komen kat blog orang lain, dengan harapan diorang datang balik ke blog korang, dan sanggup tak tido malam hanya untuk buat blogwalking.


5. Tidak boleh renggang dengan laptop

Laptop dilayan macam bini sendiri. 48 jam sehari laptop pasti ada di sisi. Keluar ke mana pun mesti dengan laptop. Bila ada idea, blog pon terus diupdate on the spot. Kalau boleh, dalam toilet masa meneran pon nak bukak laptop, mengadap blog.


Ha, camne? Simptom-simptom di atas ada pada korang tak? Kalo ada, TAHNIAH. Korang disahkan mengidap penyakt "Blogger Tegar". Ahaks..
Read On

(Gambar) Proses Pembedahan Ke Atas Laptop Sendiri. Yezza

20 comments 03 November 2011
Seperti yang aku kata dulu. Bini pertama, aka laptop aku dah tahap kritikal. Pasal internal fan dia dah failure, tak berfungsi. Walaupun aku pakai external fan cooler, tapi ia tak efficient.

Bila run banyak program sekaligus, processor pon jadi sangat panas, dan "pap", laptop aku pon terpadam dengan sendiri. Tahniah..

So, aku pon ambil langkah drastik. Membedah laptop aku sendiri. Tukar external fan aku jadi internal. Fan yang dah rosak dalam tu aku campak jauh-jauh. Ngehh..

Meh tengok gambar proses penukaran kipas dalam laptop aku:

1) Bukak casing kat internal fan



2) Tukar kipas yang rosak kepada kipas yang elok.





Aku gunakan kipas luaran, gantikan kipas yang dalam. Power source, USB.


Tak puas hati dengan kipas dalaman je, aku ambik kipas external. Dan LEKATKAN kipas-kipas tu betul-betul pada lubang casing laptop tu. Supaya sistem pengudaraan dia lebih sejuk. Kehkeh..


3) External fan diletakkan betul-betul pada lubang casing



Orait, selesai. Laptop aku dah selamat dibedah, dan diubahsuai. Proses nampak simple. Itu sebab aku dah permudahkan gambar tu. Padahal, leceh jugak nak matchkan kipas dalaman yang diganti tu.

Takpela, sekurang-kurangnya laptop aku dah boleh beroperasi macam dulu. Bahkan, lebih bagus lagi. Sebab, cooling system dia dah jadi lebih sejuk. Ahaks..

Okey, nampaknya tak jadi angkat bini lain. Sebab, bini ni masih boleh jalankan tugas dia. Pakai selagi boleh pakai. Ye dop? =p
Read On

Blogger Kena Berani Keluarkan Pendapat Sendiri

13 comments 01 November 2011
Dulu aku pernah buat entri pasal, "apa sebenarnya yang orang nak baca dari blog kita". Dan aku nyatakan, biasanya pembaca lebih berminat baca entri berbentuk pendapat.

Jadi, sekiranya blog korang jenis SEO. Atau jenis copy paste sumber daripada internet. Ambik gambar dan letak dalam blog korang tanpa elaboration. Aku yakin, blog korang takkan dapat tempat di hati pembaca. Follow pon diorang tak nak.

Oleh tu, masa tulis tentang satu isu, pastikan nyatakan sekali pendirian korang tentang isu tu. Keluarkan pendapat sendiri. Jangan takut pendapat korang tu salah.

Kalau pendapat korang salah, lagi best. Nanti ramai datang kondem. Ahaks..

OK, gurau je tu..

Maksud aku, walaupun nak nyatakan pendapat sendiri. Pastikan korang dah research dulu betul-betul tentang isu tu. Supaya kalau orang kondem, korang boleh counter balik. Dengan jawapan yang logik dengan sumber yang kukuh.

Blogger yang kamikaze (berani mati), biasanya lebih banyak pengikut.

Tapi, nak kamikaze tu pastikan korang di jalan yang betul la. Jangan dah tau salah, tapi bodoh sombong. Tak nak terima pendapat orang lain. Nanti kena pulau dengan blogger lain baru padan muka. Ngehh..=p
Read On

Inilah Sebabnya Lelaki Asyik Kondem Perempuan

29 comments 31 October 2011
Bila kita perhatikan kat blog-blog, ataupun kat facebook. Kita dapat tengok, banyak status, atau post-post lelaki yang kondem perempuan kan?

Lebih-lebih lagi pasal aurat. Asyik perempuan ke kena. Macam la lelaki ni takde aurat kan?

OK, firstly, aku nak tekankan. Itu bukan KONDEM. Tapi NASIHAT..


Blog aku pun biasa lebih tumpukan kat perempuan. Tak bermaksud aku diskriminasi perempuan. Tak. Sebab, post, entri nasihat untuk lelaki pun aku ada buat jugak. Cuma macam aku kata. Penekanan lebih kepada perempuan.


Kenapa sibuk2 nak nasihat perempuan je? Lelaki lagi banyak jahat la..

Memang, realiti dunia ni lelaki lagi banyak jahat daripada perempuan. Yang merogol, merompak, pecah rumah. Mostly adalah lelaki.

TAPI, kebiasaannya, orang akan buat jahat BILA NAMPAK PELUANG. Dan peluang pulak diberikan oleh mangsanya sendiri.

Contoh, perogol. Dia nampak perempuan berseorangan kat lorong. Dia nampak peluang untuk merogol. Mesti la dia tak nak lepaskan peluang tu kan?

Kes rompak. Bila rumah tu tak berkunci dengan betul. Peluang untuk perompak pecah masuk. Rugi la kalau dia lepaskan peluang tu.

Kes paling baru, aku dapat maklumat daripada kawan perempuan aku semalam. Kawan dia kena halau family sebab pregnant. Boifrend dia entah ke mana.

Nampak tak?

Dalam kes berzina. Last-last yang jadi mangsa adalah PEREMPUAN. Bila dah pregnant, boifren lari. Pastu kena halau dengan family, baru nak menyesal. Meraung macam orang histeria.

Aku tak tau dia menyesal sebab pregnant, atau sebab pernah berzina.

Ada beza tu. Menyesal sebab berzina. Tak payah tunggu pregnant pon dah kesali, sedar apa yang dia buat tu salah. Dia pun berhenti berzina.

Menyesal sebab pregnant pulak, menyesal masa berzina dulu tak suruh boifrend dia pakai kondom. Dengan tu, boleh la diorang berzina berkali-kali lagi. Tanpa risau mengandung.


Konklusi

So, lelaki nasihat perempuan (atau korang cakap kondem. Mana-mana je la), supaya korang sedar, dan TUTUP PELUANG untuk lelaki buat jahat kat korang. Sebab, yang sengsara di akhir episod nanti adalah korang sendiri jugak.

Ketahuilah, lelaki memang jahat. Dan, orang jahat memang suka ambil peluang. Jadi, janganlah sengaja bagi peluang kat lelaki untuk ambil kesempatan kat korang.


p/s: Aku dah muak, jelik, menyampah dengar cerita perempuan menangis sebab pregnant hasil zina. Ini la manusia, selagi perut tak buncit. Selagi tu takde kesedaran. Hudud. Bilakah boleh terlaksana? *Sigh
Read On

Terbaek: Fesyen Ni Khas Untuk Pemakai LEGGING Sahaja..!!!

22 comments 30 October 2011
Tahu tak korang apa persamaan pemakai legging dengan scuba divers (penyelam)?

Betul tu. Kedua-duanya berseluar ketat:


Pemakai legging



Penyelam


Jadi, untuk lebih persamaan.. Apa kata kita matchkan pemakai legging dengan kasut ni:


Perghh, memang TERBAEK..Matching sangat..!!

Dengan ini, si pemakai legging hanya perlu cari kolam, lombong, ataupun parit yang berdekatan. Pastu boleh la terjun, dan mula menyelam..

Sekiranya korang pemakai legging, jangan lupa dapatkan kasut tu yek.


SELAMAT MENYELAM wahai pemakai LEGGING sekalian..!! Ahaks..
Read On

Penyokong Bola Bakar Bendera: Berita Betul Ke Ni Weh??

9 comments

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul. Sumber - Free Malays


Dah menang pun bakar bendera? Betul ke?

Wujud ke orang sengal camni? Dah menang, lagi mau provoke pihak lawan yang kalah, bakar bendera diorang. Memang sah-sah la kena belasah.

Yang paling aku tertanya-tanya. Sahih ke artikel ni?

Setakat ni, aku dah try search lebih lanjut pasal isu ni kat akhbar yang diiktiraf. Tapi, tak jumpa pun lagi. Yang aku jumpa, hanyalah blog-blog blogger gile SEO yang terus share artikel ni tanpa usul periksa.

Mana tau yang sebenarnya, orang yang meniarap tu gembira sangat sebab menang, sampai dapat sawan ke. Siapa tau?

Kalau ada antara korang yang dah jumpa sumber yang boleh dipercayai, tolong bagitau aku yek.

Tapi, selagi belum dipastikan kebenaran sebalik gambar ni, tolong jangan share, berbalah sesama sendiri sebab isu yang masih tak jelas ni.

Setakat ni kat facebook pun aku dah nampak, penyokong dua-dua negeri dah berbalah. Benda ni serius, boleh timbulkan pergaduhan dalam negara sendiri. Jadi, selagi belum disahkan kebenarannya, tolong la jangan perbesarkan isu ni.

Aku terus berharap, artikel ni tidak benar. Kalau betul, sangat sedih. Sebab kes ni dah pun jadi tajuk thread kat forum indonesia. =(

Apapun, tahniah pada skuad Negeri Sembilan atas kemenangan ke atas Terengganu semalam, sekaligus jadi juara Piala Malaysia buat kali ke 3. Tahniah, tahniah..!!

p/s: Bila la Selangor nak merampas tahta balik ni. Ngehh..
Read On

Degilnya Lelaki Dan Perempuan Atas Perkara Ini

12 comments 29 October 2011
Soalan aku untuk korang. Antara lelaki dan perempuan, siapa lagi degil?

Aku sendiri tiada jawapannya. Tapi, baik lelaki dan perempuan. Masing-masing ada degilnya yang tersendiri.


Degil lelaki yang paling jelas adalah ISU ROKOK..

Mana yang perokok tegar tu, kita ceramahkan dia sampai telinga dia berdarah pun, habis ceramah rokok jugak yang dia cari.

Letak pistol kat kepala. Pilih samada rokok atau mati. Aku rasa, rokok jugak yang dia pilih. Harga rokok naik? No hal la. Duit boleh pinjam kat kawan-kawan.

Korang tampal poster sebesar mana pun pasal bahayanya rokok. Kat kotak rokok tu sendiri ada gambar bayi hitam, paru-paru berkerak. Ada diorang kesah??

Ini la degilnya lelaki. Bila dah ketagih rokok. Cakap la apa pon kat dia. Pasti DEGIL..


Degil perempuan, paling ketara dalam isu fesyen, tayang gambar..

Fotogediks, yang suka berposing depan kamera. Yang taksub dengan fesyen. Pastu upload kat blog, kat facebook untuk tatapan semua orang. Diorang ni korang nasihat la macam mana pun. Usah harap nak makan saman.

Yang aku paling salute. Gambar dicuri, orang lain buat profile palsu. Dia boleh tak serik lagi tu. Walaupun marah-marah, identiti diciplak. Esok-esoknya upload lagi gambar bajet retis dia kat facebook. Perghh, memang terbaek level kedegilannya.!!

Agaknya nak tunggu gambar diedit, dibogelkan, maruah dah tergadai, baru nak menyesal, nangis tak berlagu kot. Macam kes sorang kawan aku dulu.

Gambar dia bertudung pun dicilok, pastu diedit untuk video seks kat youtube. Masa tu, baru terhegeh2 nak mintak aku ajarkan dia, camne nak delete facebook.


Lelaki dan perempuan. Bila orang sekeliling korang bagi nasihat. Tolongla, sekurang-kurangnya dengar. Dan ambil inisiatif untuk berubah. Jangan masuk telinga kiri, sesaat lepas tu dah keluar kat telinga kanan.

Best sangat ke jadi DEGIL, yang tak kena tempatnya? Jawab..Jawab..!!!
Read On

Blogger Adalah Hipokrit

28 comments 28 October 2011
Aku ada ternampak status sorang kawan kat facebook. Menurut dia, kawan dia kata blogger ni semua hipokrit.

Maksud dia, blogger tulis semua benda yang elok je pasal dirinya kat blog. Sok suci gitu. Macam dia la orang paling perfect kat dunia ni.

Aku rasa aku faham, apa yang dia menyampah dengan blogger, sampai kata blogger ni hipokrit.

Situasinya sama macam aku menyampah dengan artis. Bila menang anugerah, mula la bagi ucapan camni:


"Alhamdulillah, syukur sangat. Allah bagi rezeki kat aii untuk menang award wanita paling popular pada malam ini"


Grrr..!! Kan sangat jelas hipokritnya. Nak berpura-pura pun tak payah la nampak sangat kot. Ahaks..

Kalau blogger pulak, yang jenis suka tulis macam ni kat blog:


"Saya tau, saya banyak kelemahan. Tapi saya cuba untuk jadi terbaik. Apa hak awak nak hina saya camtu. Saya tak pernah kacau awak tau"


Bila kita baca entri dia, "Alahai, Kesian. Innocent betul budak ni". Tapi, jujur aku kata. kadang-kadang, aku pon menyampah gak kat blogger yang terlalu innocent camtu. Yela, nampak benor saje nak menunjuk kebaikannya kat orang.

So, bila ada orang kata - Blogger adalah hipokrit -. Aku tak salahkan dia. Sebab, memang sifat semulajadi manusia ni adalah hipokrit. Tak kira la blogger ke bukan. Sama je.

Tak perlu kata benci orang hipokrit. Sebab, tu bermakna korang benci pada diri sendiri. Tak percaya, cuba renungkan balik.

Pernah tak korang berpura-pura dengan kenalan, ahli keluarga korang??

Aku yakin, jawapannya dah pastila PERNAH. Ye dop?
Read On

Perihal Anak Angkat: Isu Yang Diambil Remeh Oleh Orang Kita

21 comments 27 October 2011

Banyak aku dengar keluarga yang anak angkat. Maksud anak angkat kat sini, keluarga jaga anak tu sejak kecil. Dah jadi macam ahli keluarga sendiri.

Tapi, tahu tak korang. Walaupun namanya anak angkat, tapi dia tetap bukan anak sendiri. Haram dibinkan kepada suami korang.

Dan dia juga tidak menjadikan anak angkat kamu sebagai anak kamu sendiri. Panggillah anak angkat itu dengan berbinkan kepada bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.
(Surah al-Ahzab, ayat 4 dan 5)

Kalau anak angkat tu lelaki, aurat korang dengan dia sama macam lelaki ajnabi. Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Batal air sembahyang kalau tersentuh kulit. Dan korang boleh kawen dengan anak angkat korang tu.

Fuhh, nampak sangat serius kat situ..

Tapi malangnya, tak ramai yang berilmu pasal isu ni. Yang dia tau, anak angkat sama macam anak betul. Boleh salam, peluk, bagi cium kasih sayang.

Erk..!! Kalau budak tu kecik lagi boleh la. Tapi, kalau dia dah baligh. Tanggung lah korang dosanya.


Anak susuan VS anak angkat

Soal nasab ni mana boleh ambik ringan. Sebab dia boleh bagi pengaruh pada ibadah kita. Kalau nak ambik anak angkat yang masih bayi, baik pastikan budak tu jadi anak susuan korang.

Syarat jadikan anak susuan, bayi tu masih bawah 2 tahun. Susuan pulak sampai dia 5 kali kenyang.



Zaman sekarang ni, perempuan yang belum kawen pon boleh susukan bayi. Dengan bantuan pil hormon. Takde masalah dah nak ambil angkat dan susukan dia.


Bahaya susukan bayi orang

Tapi awas. Jangan seronok main susukan bayi orang lain. Kalau tak, anak orang pon jadi anak susuan korang. Kesannya, budak tu dengan korang tak batal air sembahyang. Anak korang dengan budak tu tak boleh kawen sampai bila-bila.

Sebab tu, setiap anak susuan kena pastikan ke mana dia pergi. Buatnya masa depan nanti dia terkawen dengan anak korang. Udah jadi hal. Nak taknak, diorang kena berpisah secara fasakh.

Anak susuan sama hukumnya dengan anak sendiri. Cuma bezanya, dia tak dapat bahagian dalam harta pusaka.


Bagi sesiapa yang tak jelas pasal nasab. Aku nasihatkan, korang dengar ceramah Ustaz Kazim Elias. Tajuknya Keluarga 69. Penjelasan Ustaz memang superb. Senang nak faham.

Aku nak upload, tapi video tu dah rosak. Korang cari sendiri je la yek. Ilmu tu, jangan nak berkira sangat. =p
Read On

Akhirnya Bini Nombor Satu Aku Kecundang Juga

21 comments 25 October 2011


Uwaa, sedih. Setelah hampir 5 tahun setia. Akhirnya bini aku nombor satu, aka laptop aku kecundang juga. Ada sedikit malfunction. Kipas dia dah mampos. Kesannya, laptop aku cepat panas. Pastu terpadam sendiri.

Laptop lama aku pernah kena nasib yang sama. Mungkin laptop Acer ni memang kureng sket pada jangka hanyat kipas dia kot. Kalo hantar kedai repair, mau kena dekat RM100 ni.

Iye, aku tau. Mesti korang tanya. "Awat tak pakai external fan?" Aku guna. Tapi dia tak berapa nak efisien berbanding kipas internal.

Model laptop aku Acer Aspire 5630. Processor Core 2 Duo. Bila kipas takde. Memang confirm cepat panas. Bila run banyak program sekaligus, laptop pon mati.

Uwaa, lagi sekali.

Takpe, kalau aku dah tension sangat. Asyik mati je kerja. Akan ku bedah laptop ni. Ubahsuai sendiri mana yang boleh diubah. Alang-alang laptop ni dah nazak. Baik operate sendiri. Manala tau dia boleh bernafas balik ke nanti kan? Kehkeh..

Kalau operation tak berjaya. Agaknya kena angkat bini lain la jawabnya. =p
Read On

Apa Yang Korang Faham Dengan SEO??

16 comments 23 October 2011
Bila cakap pasal SEO, rasanya ramai yang blur. Dulu, aku pon sama. Sepatah haram tak faham. Mende natang SEO ni? Apa kepentingannya dalam blog?

SEO tu adalah Search Engine Optimization. Sebenarnya, banyak faktor yang menentukan berapa bagusnya sesuatu SEO tu. Tapi, aku kat sini aku hanya nak focus pada KEYWORD.


Apa peranan keyword dalam SEO?

Katakunci (keyword) ni biasanya merujuk pada "perkataan apa yang orang taip kat search engine untuk cari sesuatu maklumat". Contoh search engine, Google.


Contoh keyword: justin bibir


Bila seseorang nak cari info kat Google, dan dia key "justin bibir". Hasil carian nombor satu (yang paling atas) adalah video youtube. Ini menandakan keyword tu dah dimonopoli oleh youtube.

Penting bagi blog kita berada paling atas dalam carian sesuatu keyword. Supaya, ia dapat tingkatkan sedikit sebanyak trafik blog kita. Sebab, dah pastila carian yang paling atas orang akan klik dulu kan?


SEO pada gambar.

Keyword penting bukan pada perkataan je. Tapi, kadang-kadang dengan gambar pon orang boleh masuk ke blog kita. Melalui "google image".


Sebab tu masa nak upload gambar kat blog korang, pastikan gambar tu dah dinamakan mengikut "keyword yang sesuai". Jangan main hentam je, "12312343.jpg" atau "werwur234324.jpg". Nanti gambar korang tak keluar pulak kat google image. Kan dah satu kerugian kat situ.


OKEY, tamat sudah kelas SEO ringkas daripada aku. Walaupun ilmu SEO penting dalam blog. Tapi jangan pulak sampai over used. Takut blog kita jadi bosan pulak nanti. Sikit-sikit tu buleh la.

Kalau tak faham buleh tanya kat komen. Orait geng? =)
Read On

Kenapa Perempuan Lebih Panjang Umur Berbanding Lelaki??

15 comments 22 October 2011

Fakta: Umur perempuan lebih panjang berbanding lelaki.

Korang percaya tak dengan fakta di atas?

Kalau tak percaya, sila percaya jugak. Baca sendiri keratan berita ni.

TOKYO - Jepun mempunyai 47,756 rakyat yang berusia 100 tahun ke atas, kebanyakannya adalah wanita. Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan semalam menyatakan bahawa ia merupakan peningkatan sebanyak 3,307 orang berbanding setahun lalu. Sebanyak 87.1 peratus daripada mereka adalah wanita. - Berita lanjut di sini

Walaupun tu statistik kat Jepun. Tapi, tak mustahil statistik tu boleh diguna pakai di serata dunia. Aku sendiri pon selalu perhatikan. Kebanyakan orang kita ni ramai yang dah tiada atuk. Tapi, nenek masih hidup kan?

Opah aku sendiri pun dah umur hampir 100 tahun. Tapi masih sihat, pendengaran masih jelas. Atuk aku dah lama meninggal dunia. Sebab sakit tua.


Kenapa perempuan lebih panjang umur?

Menurut salah sorang student nursing, perempuan lebih panjang umur sebab ciri biologi istimewa dalam badan perempuan tu sendiri. Iaitu "haid".

Darah kotor dibuang dari badan perempuan sebulan sekali. Segala kekotoran dalam darah pun dibuang sama. Sekaligus jadikan badan perempuan lebih sihat.


OK, lelaki sekalian korang jangan jeles pulak yek. Korang pun boleh dapatkan badan yang sihat dengan jaga pemakanan. Selain tu, jangan lupa bersenam. - Pesanan kementerian kesihatan. =p
Read On

"Sumpah Aku Tak Cari Lain"

39 comments
"Wahh, cantik giler awek tu. Kalau dapat, sumpah tak cari lain"

Kita selalu dengar lelaki akan cakap camtu bila nampak perempuan cantik dan comel. Ye la kan, nama pun lelaki. Teruja bila tengok gadis dahi licin.

Itu yang siap nak bersumpah segala. Lelaki ni beranggapan, kalau dia dapat jadikan perempuan cantik tu sebagai isterinya, maka beruntunglah dia dunia akhirat.

Adoii, lelaki sekalian..

Tolongla jangan memperbodohkan diri korang dengan keluarkan penyataan camtu lagi. Apa yang mendorong korang ungkapkan ayat tak matang tu adalah NAFSU. Nafsu suka pada kecantikan. Dan kecantikan dunia tak pernah kekal.

Kalau betul la lelaki rasa beruntung bila dapat perempuan cantik. Jawab ni. Kenapa Nora Danish, Erra Fazira, bercerai lepas baru kahwin? Bukankah masyarakat kita labelkan diorang sebagai artis yang cantik, comel, seksi?

Iye, memang kecantikan tu pun dituntut masa mencari calon isteri. Tapi ianya bukanlah yang utama. Lagipun, lelaki kan jenis cepat bosan.

Harini, bila tengok dia, waahh, cantik macam bidadari. Esok-esok dah nampak dia sama je macam orang lain. Takde beza pun.

Cantik rupa paras takkan menjamin apa-apa dalam perhubungan. Tapi, kekuatan agamalah yang membawa kesejahteraan rumahtangga di dunia dan akhirat. Ingat tu.
Read On

Pakai Apa Yang Manusia Suka. Tapi Pastikan Allah Pun Suka

8 comments 21 October 2011

Bila cakap pasal fesyen, isu ni takkan pernah selesai. Kenapa? Sebab, mustahil la manusia ni nak puas hati dengan satu fesyen sahaja. Mesti nak upgrade fesyen sedia ada, dari semasa ke semasa.

Dalam Islam memang tak larang berfesyen. Malah, Allah sendiri suka hamba-Nya kelihatan cantik. Tapi, berfesyen tu biarlah bebas daripada TABRRUJ.

Haritu, ada sorang aweks kat facebook upload gambar 2 orang perempuan yang tengah berposing. Kedua-dua perempuan tu bertudung, tapi fesyen melebih-lebih. Lengan 3 suku, nampak bentuk badan dan kaki. Berposing bajet model.

Dia kata 2 orang perempuan tu cantik. Suka sangat tengok diorang. Kalau boleh nak jadi macam diorang.

Aku pun mencelah. "Ini mangsa fesyen, jangan diikut". Dia balas, "Biarla, takde sape2 nak marah pun. Huhu". Aku malas nak cakap panjang, aku balas camni:


"Nak nampak cantik kat mata manusia tu tak salah, tapi biarlah kat mata Allah pun kita nampak cantik jugak"


Seminit lepas tu, terus dia delete gambar tu. Dia delete samada sebab marah kat aku, atau sebab dia terkesan dengan nasihat aku, Wallahualam.

Tapi bagusla, sekurang2nya satu gambar yang berunsur tabarruj dah hilang dari facebook. Ngehh..



Mana anda pilih. Fesyen Manusia suka tengok atau fesyen ALLAH suka tengok?


Ada kalanya manusia ni terlupa. Sebab tu perlu ditegur. Jadilah kawan yang baik. Tegur kawan yang buat khilaf, sebagai peringatan untuk diorang.

Tegur tak bermaksud kita malaikat. Tapi, dengan teguran, secara tak langsung ia dapat mengingatkan jugak diri kita sendiri. Kan bagus camtu.
Read On

This Is My CELCOM. How's Yours..??

19 comments 20 October 2011

Horrayy..!! Congratulations Celcom. You have successfully upgrading your customers patience level.

p/s: Celcom sucks. Message sending always failed lately. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...!!!!!
Read On

Churp-Churp VS Says.my: Mana Lagi Best Nak Buat Duit??

14 comments

Aku rasa ramai yang dah tau apa itu Churp-churp dan Says.my kan?

Kedua-dua ni adalah platform pay per click. Di mana korang akan dibayar mengikut kadar yang company tu tetapkan. Biasanya, Churp-churp dengan Says tawarkan 20 sen setiap link campaign yang telah diklik.

Bloggers pun boleh ambil peluang daripada kedua-dua platform ni untuk jana pasif income. Selain bersumberkan nuffnang atau innity.


Apa perbezaan antara dua company ni. Mana satu yang lebih bagus?

Kedua-duanya pun ada pros dan cons yang tersendiri.


Perbezaan 1:

Says.my: Ada limit untuk setiap campaign sharer. Biasanya RM10 seorang.
Churp-churp: Tiada limit untuk individu. Boleh kumpul klik sebanyak mungkin.


Perbezaan 2:

Says.my: Upadate jumlah klik yang telah kita kumpul sekurang2nya sejam sekali.
Churp-churp: Tak tentu bila dia update. Sabor je la.


Perbezaan 3:

Says.my: Bank in terus dalam akaun. 2 minggu proses cash out selesai.
Churp-churp: Wang terkumpul dihantar secara pos dalam bentuk cek. Ambil masa hanpir 2 bulan untuk proses cash out selesai sepenuhnya.


Walaupun churp-churp tiada limit untuk setiap individu. Tapi, berdasarkan pemerhatian aku. Susah untuk dapatkan jumlah klik churp-churp.

Mungkin sebab orang yang klik link campaign kita tu perlu pastikan iklan tu kena habis load betul-betul dulu, baru klik dikira. Berbeza dengan Says, jumlah klik lebih mudah masuk.

So, secara pandangan peribadi aku. Says.my lebih best untuk jana duit sampingan berbanding Churp-churp. Bagi sesiapa yang belum register Says, sila tekan [ sini ].

Pendaftaran adalah PERCUMA..!!

Sangat mudah. Hanya log in dengan akaun facebook. Dan proses register pun selesai. Pastu boleh la start jadi campaign sharer dan kumpul pasif income.

Good Luck..=)
Read On

Manusia Semakin Hilang Rasa Belas Kasihan

13 comments 19 October 2011
Kenapa yek? Baru-baru ni macam semakin banyak pulak aku dengar berita yang berunsur kekejaman kata dunia ni. Adakah sebab manusia semakin hari semakin hilang rasa simpati dalam diri?

Kekejaman pada manusia

Buang bayi, campak bayi dari tingkat 2 apartment. Letak bayi dalam pam tandas hanya untuk sembunyikan kelahiran anak luar nikah. Paling baru, budak kat China dilanggar, dan tidak dipedulikan oleh 18 orang yang lalu kat situ.




Kekejaman pada binatang

Binatang yang selalu dikejami baru-baru ni adalah kucing. Macam dah jadi musim pulak. Bermula dengan perempuan pijak kucing, PetKnode yang membiarkan kucing kelaparan sampai banyak yang mati, perempuan (minah saleh) bergambar bogel dengan kucing yang disiat kulitnya.

Pastu, yang ni. Tak tau la bila gambar ni.


Source - Facebook picture sharing

Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.

Siapa yang tak marah bila dengar berita camni kan? Tapi, walaupun kita marah, tak perlu la kita jadi "keyboard warrior" yang mencarut bagai nak rak untuk melahirkan rasa marah kita tu. Selalu aku nampak kat komen youtube dan facebook camni:

"Aku dapat orang ni, aku bunuh dia, dengan keluarga dia skali. Baru dia tau erti penyesalan" - contoh keyboard warrior yang tak guna akal.

Cukuplah sekadar kita benci akan kekejaman yang dilakukan. Dan doakan diri supaya dijauhkan dari sifat-sifat yang tak berperikemanusiaan camtu.

Simpati dan impati. Semoga sifat tu sentiasa ada dalam diri kita sampai bila-bila. Amin ya Rabbal Alamin..
Read On

Minah Gedik Taksub Dengan Korea

23 comments

Bila dah terlalu taksub dengan korea. Mamat yang tak reti cakap melayu ni pun direbut-rebutnya. Gediknye kaw. Haha..

Kepada lelaki, korang jangan nak suka sangat. Lelaki pun ramai je kantoi kegedikan berebut Lisa Surihani, Heliza. Euww..!! Tapi sekurang-kurangnya diorang Islam, reti cakap melayu kan? =p
Read On

Video Kejam: Budak 2 Tahun Dilanggar Kereta Dan Tidak Dipedulikan Oleh 18 Orang

18 comments 17 October 2011
Sangat menyayat hati. Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun dilanggar oleh 2 kereta dan tidak dipedulikan oleh 18 orang yang lalu kat situ.

Kejadian ni berlaku di salah satu jalan di Guangzhou Foshan, China. Korang saksikan sendiri, betapa tak berperikemanusiaannya orang-orang kat sana.



Kat berita Tv3 tadi katanya budak tu sekarang dalam keadaam koma.

Aku harap kat Malaysia ni tak berlaku kejadian yang macam ni. Tak tercapai dek akal aku memikirkan, macam mana la orang boleh buat bodoh je tengok budak terlentang kat tengah jalan macam tu. Astagfirullahalazim. Sangat sadis..
Read On

Kenapa Namanya Klip 3GP??

20 comments

Aku rasa korang semua pun sedia maklum tentang filem Klip 3GP yang tengah ditayangkan kat pawagam sekarang ni. Aku tak tengok pun filem ni kat pawagam.

Aku tengok trailer je, kat youtube. Walaupun hanya 2 minit, tapi banyak scene negatif yang tak bagus untuk remaja dan kanak-kanak. Aksi rajang pun ada? Errk..!!

Yang bestnya kat trailer tu, mereka yang DISLIKE trailer tu jauh melebihi jumlah LIKE. Maksudnya masyarakat, kita masih alert tentang filem macam ni. Alhamdulillah.


Kenapa 3GP?

Bagi sesiapa yang innocent, aku rasa mesti diorang akan BLUR. Kenapa nama filem ni 3GP? Dan kenapa jadi kontroversi?

Asasnya, 3GP adalah format video yang dirakam dari telefon bimbit.

Tapi, henpon yang tak berapa nak canggih je yang masih gunakan video format 3GP. Smartphone sekarang susah nak jumpa lagi. Sebab, kebanyakannya menggunakan samada format MP4 atau AVI.


3GP dikaitkan dengan video lucah orang melayu?

Orang melayu kita ni memang hebat dalam salah gunakan teknologi. Dah la buat benda tak senonoh. Pastu nak rakam, diupload pulak kat internet.

Bila diorang tak mampu nak beli kamera video untuk rakam aksi tak senonoh diorang. Henpon tak canggih yang ada kat tangan je la yang mampu diorang pakai.

Lens 2.0 megapixel. Hasil rakaman dalam format 3GP. Sebab tu la klip 3GP sinonim dengan video lucah. Pelik sangat. Macam mana tajuk lucah camni boleh lepas masuk panggung?

Lagu Bunkface - Panik tak lepas pulak masuk radio, sebab kat lirik dia ada perkataan "REFORMASI". Dunia, oh dunia. Sangat menyedihkan.

p/: Aku ternampak ada blogger yang review filem 3GP tu. Tak sangka masih ada orang yang nak pergi wayang untuk tengok filem tu. Walaupun dah tau filem tu banyak unsur negatif dan scene yang memalukan. Ish2..
Read On

Lawak: Perbezaan Ketara Antara Facebook Lelaki Dan Perempuan

23 comments 16 October 2011
Perbezaan ketara antara facebook lelaki dan perempuan


Hehe.. Lelaki sekalian. Korang pergi check akaun facebook korang sekarang. Aku lepas tengok gambar ni kat internet, aku pun terus check facebook aku.

Dan ini hasilnya..


Wakakaka.. Mythbuster. Memang terbukti betol. Hampesss..!!!

p/s: Perempuan, kurang-kurangkan la aktiviti facebooking korang tu. Kehkeh..
Read On

Hebat, Bayi Pandai Tengok Wayang

15 comments

Semalam aku tengok movie The Thing kat panggung wayang GSC. Time syok tengok movie tu, tiba-tiba aku terdengar bunyi bayi merengek. "uweekk, uwekk"

"Pehal pulak scene ni tiba-tiba ada bunyi bayi pulak?", pelik aku dalam hati.

Lorr, mula-mula aku ingatkan bunyi bayi merengek tu datangnya dari cerita tu. Rupanya ada orang bawak bayi masuk panggung wayang. Haha, hampeh..!!

Sebenarnya, ni bukan pertama kali. Sebelum ni ada jugak aku nampak pasangan muda (yang ke mana tah otaknya), bawak bayi diorang masuk panggung.

Pastu, tengok cerita genre horror pulak tu. Tau je la kan kalo cerita seram, ada masa mesti keluar punyala scene "WARGHH...!!" Tak ke tepanjat boboi budak tu nanti?

Gila betul mak bapak sekarang ni. Mungkin masa muda dulu hantu wayang. Sampai dah kawen, dah ada bayi pun hobi tengok wayang tu tak boleh nak dibuang.

Dah la bila bayi tu menangis, orang lain dalam panggung tu rasa terganggu. Tak dapat nak focus pada filem tu. Takkan simple thing macam ni pon tak terfikir? Nak kata bodoh karang marah pulak.

Apapun, nasihat aku kat korang semua yang kaki wayang tu. Kalau dah ada anak nanti, jangan la bawak bayi korang masuk panggung. Aku rasa boleh biol anak korang tu nanti dengan sound system cinema yang "BOM BOOOM". Tapi, kalau korang nak jugak anak korang jadi biol, dipersilakan la bawak selalu. Ahaks..

p/s: Overall filem The Thing tu OK je. 3.5/5 bintang. Filem ni better daripada Klip 3GP. Sebabnya, filem ni takde langsung aksi ranjang macam filem melayu kesayangan kita tu. Memalukan bangsa.
Read On

Pembongkaran Sebenar: Penerimaan Lelaki Dan Perempuan Terhadap Pasangan Berzina

29 comments 14 October 2011
Dulu aku ada buat survey untuk lelaki dan perempuan tentang penerimaan mereka terhadap orang yang dah pernah terlanjur. Bukan terlanjur kata ye. Tapi berzina.

Surver tu dibuat pada bulan November tahun lepas. Dah hampir setahun, survey tu masih aktif dan orang ramai masih boleh vote, samada mereka terima orang yang dah pernah berzina untuk jadi teman hidup mereka ataupun tidak.

Harini aku tengok balik. Dan aku dah agak pun. Hasilnya mesti camni:

Survey (soalan) untuk perempuan:


Survey (soalan) untuk lelaki:


Keputusan survey

Berdasarkan peratus survey di atas, lelaki lebih baik. Lelaki yang terima perempuan terlanjur dan yang tak terima sangat sikit bezanya.

Perempuan pulak lebih ramai yang menentang bulat-bulat, tak nak terima lelaki yang pernah terlanjur untuk dijadikan suami. Ish-ish..


Kebenaran sebalik survey

Hmm, tapi betul ke survey ni menandakan lelaki lebih baik? Aku rasa TIDAK. Penerimaan pasangan yang dah pernah berzina MUNGKIN menunjukkan sebenarnya mereka pun pernah berzina. Ye tak?

Selalu kita baca kat paper, 6/10 perempuan remaja dah tiada dara. Sebenarnya, statistik tu jugak menandakan lelaki dah tiada teruna pun ramai. Dan, mungkin lebih tinggi berbanding perempuan. Mana taknya, kan sifat semulajadi lelaki ni lebih agresif berbanding perempuan.

Lelaki remaja lebih ramai tiada teruna, berbanding perempuan tiada dara.

Apa pun kebenarannya. Samada korang nak terima pasangan berzina untuk jadi teman hidup korang atau tak, terpulangla pada diri sendiri. Buat la pilihan yang bijak. Jangan menyesal kemudian hari sudah la yek.

Sebelum korang tanya. Baik aku bagitau awal-awal. AKU MASIH TERUNA. Ngehh..!!
Read On

Contact Lens Cair (Melt) Kat Mata Masa BBQ?? WTFishcake??

21 comments 13 October 2011
A 21 year old guy had worn a pair of contact lenses during a barbecue party.(An event or meal at which food is cooked outdoors over an open grill or fire). While barbecuing he stared at the fire charcoals continuously for 2-3 minutes. After a few minutes, he started to scream for help and moved rapidly, jumping up and down. No one in the party knew why he was doing this?

Then he admitted into the Hospital, the doctor said he'll be blind permanently because of the contact lenses that he had worn. Contact lenses are made by plastics, and the heat from the charcoal melted his contact lenses.

DO NOT WEAR CONTACT LENSES WHERE OVERHEATING AND FLAMES ARE CONCERNED.... OR WHILE COOKING...!

Haha, adoii. Aku nak tergelak bila baca berita macam ni. Ops, sori. Aku dah tergelak pn sebenarnya. Wakaka..

Dan aku kesian jugak kat mereka-mereka yang SHARE news ni. Pantang betul nampak berita camni. Mesti nak tolong sebarkan tanpa usul periksa.

Dan tak lupa kepada bloggers. Mesti tak lepaskan peluang ni untuk tulis kat blog. Tolong jugak sebarkan benda ni. Blogger oh blogger..

OK. Korang mungkin tak rasa kelakar, sebab korang bukan pengguna contact lens. Aku dah bertahun guna contact lens. Dan, dah berkali-kali BBQ dgn lens kat mata.

Meh aku bagitau awal-awal. Contact lens takkan cair dgn haba daripada BBQ. Melainkan korang letakkan mata korang direct kat api BBQ tu. Tapi, ada ke orang sengal yang nak buat camtu? Kahkah..

Aku bukan cakap kosong. Berita ni pun dah terbukti khabar angin palsu (hoax) semata-mata. Meh baca kat sini - http://www.hoax-slayer.com/melted-contact-lens-bbq.shtml

Oleh tu tolong ye semua. Kalau dapat news yang agak pelik macam ni. Jangan terus share. Selidik dulu sejauh mana kebenarannya. Orait?
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...