Korang tau maksud "atheist"? Atheist adalah jenis manusia yang takde agama. Dan suka pertikaikan pegangan agama lain. Terutama Islam.
Dan, macam-macam soalan yang akan diorang bagi. Hanya untuk sesatkan mereka yang ada agama. Contohnya soalan ni. Aku dapat dari facebook:
Islam Itu Mudah? Di Mana Mudahnya Islam Itu?
Bila atheist, atau agama lain tanya kat korang soalan macam tu. Apa yang korang akan balas balik?
Aku tengok kat komen-komen di mana gambar ni dipost, banyak maklum balas negatif yang orang kita bagi.
Dikatanya orang yang tanya soalan ni "bodoh", takde otak, dan sebagainya.
Sifat yang macam ni ke yang kita nak guna, untuk tunjukkan keharmonian agama kita? Ish-ish..
Aku akui. Memang Islam itu lebih susah berbanding agama lain.
Tapi, susah yang digariskan dalam Islam tu tak pernah menyusahkan pengikutnya. Islam agama yang lengkap, untuk kita hidup sejahtera kat dunia ni.
Hidup Perlukan Peraturan
Dunia perlukan peraturan. Peraturan perlu kita ikut, walaupun kadang-kadang ia susah. Tapi tu semua untuk kebaikan kita jugak kan?
Contohnya, peraturan jalan raya. Lampu merah, kat simpang kena berhenti. Tak boleh potong kat jalan sempit. Leceh kan semua peraturan tu?
Tapi, nak tak nak. Kita tetap kena ikut. Kalau nak sangat accident, mati awal. Dipersilakan langgar semua peraturan tersebut.
Sama jugak dengan agama. Peraturan yang Islam dah tetapkan untuk kita cukup cantik dan sempurna. Kita ikut segala suruhan Islam, tinggalkan larangan-Nya. Dah PASTI hidup kita akan lebih baik dan sejahtera.
Iya, memang peraturan Islam lebih strict. Itu menandakan Islam jauh lebih baik berbanding agama lain. Maklumla, garis panduan Islam kan lengkap. Logikla peraturannya pon banyak kan?
Lagipun, target Islam bukan untuk kita sejahtera kat dunia je. Tapi, yang lebih penting. Kat mana kita ditempatkan lepas mati nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w
“Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”
(HR. Muslim no. 5256)
Orang melayu kata, "biar bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian".
Orang bukan Islam pegang prinsip berseronok di dunia. Tapi, hancurlah mereka kat akhirat kelak. Kita pun nak ikut jejak diorang ke? Mesti la tak nak kan.
Segala yang ditetapkan Islam untuk kebaikan kita jugak. Tiada satu perkara pon dibuat untuk sengaja menyusahkan kita.
Baca ini jugak - Islam Agama Yang Mudah? Ye Ke?
Jadi, jangan sesekali korang terpengaruh, atau terpedaya dengan kata-kata daripada atheist, atau agama lain untuk menjatuhkan Islam. Orait? =)
p/s: Agama bukan tentang memilih mana yang lebih mudah. Tapi tentang memilih mana yang lebih menjamin kesejahteraan hidup kita. Baik di dunia dan di akhirat. =)
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
sesungguhnya agama yg benar disisi allah hanyalah "ISLAM"
nice entry, lau aku dapat soalan macam tu,rasenya aku sendiri terkebil2 and tak tahu nak jawab mcamana, huhu,. tapi dr bagi jawapan yang bodoh, lebih baiklah berdiam diri atau cuba dapatkan jawapan dari org yang lebih arif and explain dgn cara yang baik,.
hurmmm.. golongan spt itu akn menggunakan pelbagai cara utk menyesatkan umat Islam.. nice entry bro! salam maal hijrah dari aku.. hehehe..
betul gak tu.. kadang2 kalau nak terangkan kat golongan mcm ni bukan guna lisan atau penulisan tapi perlu kepada perbuatan.. tnjuk kat dorg bagaimana agama kita yg sebenar..
apa yang dilarang tu bersebab,mungkin mereka kurang faham tentang larangan tu,pada mereka,kesamarataan itu yang paling utama,tak kira kesan baik dan buruknya.
Sekadar pendapat seposen je.
hehhehe...mcm kenal je dr mane petikan FB tu...nak suh CL bace ni lahh ~.~ kan kan JT
nice entry bro.. n definitely nice quote.
kadang2 yg perlu kita takutkan bukan terjahan kaum2 camni, tapi salah bagi respon oleh umat Islam sendiri. kita dikatakan sebaik2 umat tapi kita tunjukkan perangai yg berlawanan.
semoga kita semua terperlihara dari dakyah golongan2 camni...
http://haryzkhairuddin.blogspot.com/2011/11/jendela-baru-telah-dibuka-salam-maal.html
islam itu mudah . percayalahhh ^^,
entri yoora :terjah ! ^^,
suka entri ini, Islam itu mudah tapi segelintir umat islam yang menampakkan islam ini susah dgn tidak mengikut peraturannya, Allah Maha Mengetahui. Kalau benar cara hidup golongan atheis ini mudah kenapa makin lama, makin ramai yang bunuh diri, tekanan perasaan? kerana mereka tidak mengikut peraturan agama kan?
yup..
memang susah..
malah berbanding agama lain, penganut Islam paling susah nk masuk syurga..
tak semestinya dengan berbuat baik sahaja seseorang itu leh dapat syurga yg dia hendaki..
jadi ada benarlah hadis yg jt letak tu..
:angguk
a'a kan JT..kadang2 disebabkan respon dari umat Islam sendiri yg telah mencacatkan pandangan mereka yg tiada agama ni terhadap agama Islam..hmm..
jom jawab kat atheist tu camni --->
atheist2...tadi kan waktu saya nak p keje,tade pgangkutan pun...bas tade,teksi tade,saya rasa kena jalan kaki p tempat keje saya yg jauh tuh..
Pastu,masa saya jalan 5 langkah camtu,tiba2 ade besi2 dari sekeliling bercantuman tiba2,dari serpihan besi tu dia bercantum dan bercantum sampai la jadi sebuah kereta,siap lengkap dgn tmpat duduk selesa,ada air-cond,ade gps,semua lengkap lah kereta tu... pastu kereta tu pun bukakan pintu bagi saya naik... saya pun naiklah & sampai kat tempat keje awal setengah jam...
Eh,nape x percaya cakap sy?percayalah,percayalah,mmg betul keta tu bercantum & bawa saya ke tempat keje..kereta tu bawa saya dtg tmpat keje sy dgn sdiri,bez naik keta tu,sy juz duduk je dlm tu dgn selesa tanpa perlu pandu ke ape ke,juz relaks je..
Percayalah cakap saya ni,percayaah!!!!
**mesti dia fikir kita gila.yelah,mana ade kereta terjadi dgn sendiri,mesti ada org yg cipta kereta tu kan ,kalau ikut dari logik akal kan.. **
so,kita jawab balik,maksudnya dia dah mengaku wujudnya Tuhan yg menciptakan sekelian alam..tak mungkin alam terjadi dgn sendiri,tak mungkin organ2 dalaman kita tiba2 terjadi dgn sendiri,kulit2 kita bercantum dgn sendiri,..mustahil!! Mesti ada yang mENgCIPTAkan kita! MESTI!!!!!!!!!!!
*angguk2 kepala
tapi ramai yg x paham concept 'islam the way of life ni'.
agak kecewa jgak bile segelintir umat islam sendiri mengakuinya T___T
ituler perbezaan org ada agama dan xdek agama..
x tau nk pk.
sadis.
agama islam itu indah, best! hayati la islam kalau nk rasa. memang byk peraturan tp peraturan yg allah buat tu utk kebaikan..hehehe..
mcm JT kata dlm entry...ikutlah peraturan tu klu demi kebaikan...
dh banyak sngt kat fb ngan atheist.selalu taknak bc,sbb tk snggop tgok hinaan dr dorang ni.
Jawapan yang saudara bagi kat atas tu memang baik dan logik untuk diterima oleh mereka yang menolak Islam..cuma kita kena ingat bahawa Islam itu mudah dan memudahkan akan tetapi jangan terlalu diambil mudah.....jadi peliharalah disiplin Islam...Wallahua'lam...
tak de orang yg terus berjaya tanpa berusaha.semua org bersusah dahulu bersenang kemudian.dari aspek islam,ada undang2...tapi disebalik undang2 ada kemudahan yang ALLAH berikan...
sebab susah tu la kita dijanjikan syurga.nak yang mudah2..pegi la neraka :)
Orang ini tidak sedar bahawa islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas ajaran Islam sangat-sangat mudah.islam hanya melarang umatnya melakukan perkara yang boleh memudaratkan dirinya dan negara.contohnya zina yang akan merosakkan akhlak remaja-remaja.
. Orang ini tidak sedar bahawa islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas ajaran Islam sangat-sangat mudah.
"Dunia ini merupakan tempat kesenangan bagi orang-orang terpedaya".
tu...Allah SWT yg bgtau.
Kenapa mengamalkan agama islam rasa susah.
Pasal iman orang islam lemah.
oleh yang demikian perlu mengusahakan iman kita.
aku tengok ramai ygnk jd atheis sekarang ni..bila tengok komen2 kt fb..hmm..x tau nk ckp la..ade jugak dr student uia ..