Kenapa Perlu Takut Dengan Hudud?? [Video Yang WAJIB Korang Tengok]

12 comments 27 September 2011
Kalau cakap pasal hudud. Semua kecut perut. Dulu, aku pun sama. Dalam kepala kita mesti terfikir camni kan?

"Uih, kalau mencuri terus kena potong tangan. Kejamnye..!!"

Mungkin sebab tu jugak Perdana Menteri kita pon dah perjelaskan awal-awal, yang diorang takkan laksanakan hudud kat Malaysia ni. Tak nak kita dilihat sebagai negara yang kejam mungkin.

Tapi, kalau kita betul2 faham hukum Islam. Kita tak perlu takut dengan hudud. Sebabnya, takde unsur kejam pun dalam hudud ni sebenarnya.

Walaupun aku tak berapa ada ilmu, tapi bila dengar orang yang berilmu cakap pasal hudud, terbukak minda ni. Korang tengok sendiri ceramah ni, dan korang akan faham. Betapa indahnya kalau hukuman hudud dilaksanakan di negara kita ni.




12 minit je yeop. Tengok la kejap. Jangan berkira sangat.


Kesimpulan yang dapat aku ambil daripada ceramah Ustaz Zaharuddin ni, hanya orang yang JAHIL pasal agama akan tolak hudud ni. MasyaAllah..!!
Read On

Surat Cinta Budak Sekolah [Dengan Terjemahan Bahasa Melayu]

39 comments 26 September 2011

Ni aku translate supaya korang lebih mudah faham:

"Kenapa tak balas? Atau awak dah ada perempuan lain? Kalau ada, cakaplah. Kan senang. Saya tak ganggu awak lagi. Sebab saya takut kekasih awak marah pada saya. Satu lagi, saya nak bagitau awak supaya awak tunggu dalam kelas balik sekolah nanti. Sebab saya ada hal penting nak cakap dengan awak.

Kalau awak betul-betul sayang dan cinta saya, balas lah. Dan kalau awak mencintai saya, awak tak payah lagi bergurau dengan Sikin. Kalau saya nampak awak dengan dia lagi, senang-senang kita putus. OK? Abang balas ye. Saya sayang awak. Awak sayang saya tak? Kalau sayang tolong balas."



Haha, budak sekolah pon ada masalah cinta tiga segi. Haha.. Agak-agak korang. Budak ni darjah berapa la yek. Adoiiyaii..


p/s: Walaupun bahasa dia berbelit, tapi takde "euw eww". Aku rasa, bahasa eww bermula kat peringkat sekolah menengah kot. =p
Read On

Tips Blogging: Mengumpul Idea Menulis Blog

13 comments 25 September 2011
Idea, oh idea. Idea la yang selalu jadi penyebab pening kepala si blogger. Dah namanya blogger, mesti tugasnya untuk update blog. Dan bagi seorang blogger, benda paling dia tak gemar apabila ketandusan idea nak mengarang entri. Betul tak?

Bagaimana untuk dapatkan idea?

Nak dapatkan idea senang je. Banyakkan membaca. Tak kisah la sumbernya dari buku, news, atau blog orang lain pun boleh.

Tapi, kalau baca dari blog orang. Jangan pulak kita ambik ayat dia bulat-bulat. Gunakan ayat sendiri. Itu lebih baik. Dan jangan lupa BACKLINK ke blog tersebut.


Tips Mengumpul idea entri

Idea ni tak tentu. Bila-bila masa je dia boleh datang. Kita tengah jalan-jalan ke, tengah tengok movie ke, tiba-tiba idea tu datang.

Tapi, pernah tak bila korang dah dapat idea, tak lama pastu idea tu hilang. Pernah hadapinya? Aku pernah. Selalu sangat.

Tips aku, setiap kali korang dapat idea. Cepat-cepat "jot down" idea korang tu kat mana-mana, supaya idea tu tak hilang macam tu je.

Contoh, masa korang tengah online. Tulis idea korang tu kat "notepad". Sekiranya idea datang masa korang tengah seronok berjalan. Tulis idea tu kat handphone, dan save. Dengan tu, idea korang tak "vanish" macam tu je. Nice..=)

Jangan tanya aku nak tulis kat mana, kalau idea tu datang masa buang air pulak. Aku lempang korang laju-laju karang. Haha..
Read On

Kenapa Korang Mesti Nak Bandingkan Dengan Sesuatu Yang Lebih Buruk?? Cepat Jawab..!!!

22 comments 23 September 2011
Aku tak faham betul la dengan sifat orang kita ni. Bila nak buat perbandingan, mesti nak bandingkan dengan sesuatu yang lebih buruk.

Isu tudung

Contohnya dalam isu tudung. Bila kita cakap pasal bertudung pendek, tak tutup dada. Ramai yang akan jawab camni:


"OK la tu dah tutup rambut. Daripada ramai kat luar sana yang free hair"


Nampak? Kenapa sesuatu yang dah buruk tu, nak bandingkan dengan sesuatu yang lebih buruk? Kenapa tak bandingkan je dengan sesuatu yang lebih baik?

Bandingkan la dengan perempuan yang pakai tudung dengan sempurna, yang tutup dada contohnya.


Blog 18SX

Lagi satu, dalam isu blog yang suka share bahan lucah. 18SX. Kebanyakan yang aku tegur, mostly bloggers akan bagi jawapan camni:


"Banyak lagi blog-blog yang lagi teruk daripada blog aku. Kau tengok la *tuutt* dot com tu. Kenapa kau tak pergi tegur dia? Teruk la kau ni"


Aikk, aku balik yang kena teruk? Haha, betul la orang kata. Manusia ni kalau tak nak terima teguran, sejuta alasan akan diberi. Malah, menyalahkan aku balik.

Paling best, komen teguran aku kat blog 18SX tu pon owner dia delete. Erkk..!!


Macam-macam situasi lagi la, manusia ni akan bandingkan sesuatu yang buruk, dengan sesuatu yang lebih buruk.

Sama la kalau aku tanya korang soalan camni:

"Antara perompak dan pembunuh, siapa yang lebih baik?"

Sangat tak relevan soalan tu kan? Dah jelas-jelas, kedua-duanya tak baik.

So, lepas ni kalau korang nak buat perbandingan, bandingkanlah dengan sesuatu yang lebih positif. Barula perasaan nak jadi yang lebih baik tu hadir dalam diri kita. Tak gitu?
Read On

Jangan Tunggu Last Minute La Kawan

14 comments 22 September 2011
Weh, PRU ke 13 dah dekat ni. Korang dah daftar mengundi ke belum? Kalau belum, register cepat. Daftar kat pejabat post berdekatan korang.

Mana yang dah daftar, semak nama korang kat [ sini ]. Ada tak?



Undilah, jangan tido. Undi, jangan buat bodo je.

Jangan tunggu last minit

Meh nak share pengalaman aku sket.

Sebenarnya, untuk pilihanraya ke 12 yang lepas (tahun 2008). Aku dah cukup umur, dah register pun. Tapi tak boleh mengundi.

Sebabnya, aku register pada awal bulan Januari, tahun 2008. Aku hanya layak untuk mengundi sekiranya register SEBELUM tahun 2008. Time tu mana la aku tau.

So, kat sini aku seru korang semua. Jangan tunggu last minit baru nak daftar. Mana yang dah cukup 21 tahun tu, daftar je sebagai pengundi sekarang.

Katakan tahun depan baru pilihanraya ke 13 dibuat. Pastu korang baru terhegeh-hegeh nak register. Percayalah, korang tak layak untuk mengundi. Aku cakap betul ni. Based on my experience.

Baca ni jugak - Tolong Jangan Perkecilkan, Ambil Remeh Tentang Politik
Read On

Orang Kafir Serang Kita Dengan 3F. Apa Itu 3F??

19 comments 21 September 2011
Korang tau apa yang membuatkan Islam lebih hebat berbanding agama lain?

Itulah dia cara hidup. Cara hidup Islam sangat indah. Kita hidup berlandaskan al-Quran dan Al-Sunnah. Garis panduan Islam semuanya Allah dah tetapkan untuk kita.

Jika semua umat Islam mengikut ajaran Islam dengan sebenar-benarnya, dah pasti Islam akan jadi kukuh, jauh lebih kuat berbanding agama lain.

Ni la yang ditakutkan oleh orang kafir. Orang Islam ni kalau diserang secara fizikal, bukan jadi lemah. Tapi semakin kuat. Diorang pun berfikir:

"Macam mana nak lemahkan umat Islam? Macam mana nak jauhkan diorang dengan Islam?"

So, orang kafir pun menyerang kita dengan cara 3F.


F yang pertama = Food

Soal haram halal banyak kali kot ditekankan dalam Islam. Tapi, sekarang ni. Berapa ramai je yang kisahkan tanda "Halal" kat restoran yang dia masuk? Semuanya main 'boh' je. Asalkan tempat tu nampak sedap kan?


Mek: Wahh, best tau restoren XXX tu. Makanan dia semua sedap2 wacakaplu. Rugi tau kau tak try. Esok nak makan kat YYY plak. Orang kata sana sedap.
Wan: Halal tak restoren tu?
Mek: Err, entah la. Dah ada kat Malaysia. Halal la kot.

Ingat, apa yang kita makan, akan jadi darah daging kita. Sebab tu dalam Islam sangat dituntut untuk mencari yang halal.





F yang kedua = Fun

Fun, hiburan. Rasanya korang sendiri pun dah nampak kan? Dengan hiburan, kita boleh jadi lalai, leka dan seterusnya jauh dengan Islam.

Negara kita sendiri pun sekarang asyik anjurkan hiburan je. Pusat-pusat hiburan semakin banyak. Konsert sana-sini. Kesannya, masalah sosial negara kita bertambah.

Mek: Malam semalam aku tengok wayang dengan member-member. Wayang start pukul 7. Best giler dowh cite tu.
Wan: Maghrib kau sembahyang kat mana?
Mek: Err, kat dalam wayang tu takde surau. Nanti aku qada' la..

Nak berhibur punya pasal. Waktu solat selalu dilanggar. Ini realiti. Korang pernah buat? Kalau pernah, berubah la. Lepas ni jangan buat lagi ek.





F ketiga = Fashion

Fesyen. Biasa yang taksub dengan fesyen adalah kaum hawa. Bila tengok artis pakai seksi. Dia pun nak pakai seksi jugak. Tak jadi artis, bajet artis pun boleh la.

Bila tengok orang lain pakai shawl, lilit2 kepala. Dia pun nak follow jugak. Seperti dunia ni ada peraturan yang tersembunyi pulak:

"Siapa yang tak ikut fesyen, dia tu kolot"

Mekap pun salah satu cabang dalam fesyen jugak. Tak salah nak bermekap, supaya muka tampak lebih bermaya. Tapi jangan over dah la.

Mek: Weh, Wan. Kau tau? Produk AVLON tu bagus tau. Bila pakai kat muka aku ni, baru la rasa yakin sikit. Kalau keluar tak mekap, aku rasa macam bogel je.
Wan: Kau keluar dengan mekap tebal tu, air sembahyang boleh lalu tak?
Mek: Errr, entah. Aku tak pernah tanggalkan masa kat luar.

Aku tau. Pasti wujud golongan perempuan yang tinggalkan solat. Hanya sebab nak jaga fesyen dia kan? Contohnya malas basuh mekap, pastu nak pakai balik. Dengan tinggalkan solat, semuanya lebih mudah.



Food, Fun Fashion. Pendekatan orang kafir dalam melemahkan iman kita. Sedih, tapi aku tak boleh pertikaikan. Ketiga-tiga pendekatan ni memang berjaya.

Bahkan, tanpa kita sedar. Kita sendiri yang merialisasikan serangan orang kafir terhadap agama kita sendiri.

Kita yang tukang promote tempat makan tak halal, kita yang jadi AJK hiburan yang melalaikan. Kita yang jadi promoter fesyen dan jadi ikutan orang lain. Sedih sangat.
Read On

Bila Dah Tak Suka Dengan Seorang Blogger Tu, Apa Yang Dia Tulis Semua Kita Menyampah Kan?

26 comments 19 September 2011

Secara jujurnya, ada blogger yang aku tak suka. Blogger degil, yang tak nak terima teguran orang lain. Blogger yang merasakan dirinya lebih hebat berbanding orang lain. Blogger macam ni yang aku menyampah.

Paling jelas, aku anti dengan blogger yang suka kongsi pasal bahan lucah, dan jugak kongsi pasal gosip-gosip artis kat blog.

Dan, paling kelakar, Blogger macam ni selalu "alternate" kan entri diorang. Harini kongsi entri pasal lucah, esok pasal gosip artis. Tulat, entri pasal keagamaan pulak. Errk, apekah? Konon-konon nak blog kau tu seimbang dunia akhirat la yek?

Ini yang jadi masalah manusia. Bila kita dah tak suka seseorang tu atas satu perkara, (dalam kes ni entri lucah). Bila dia tulis entri bercorak agama. Kita susah nak terima. Aku pun tak terkecuali. Selalu berfikir macam ni:


"Ahh kau. Nak kongsi bahan agama konon. Semalam kongsi bahan lucah, tak rasa bersalah pulak ek. Share info agama ni pun mesti nak trafik je."


Astagfirullahalazim. Teruknya aku. Negative thinking. Sifat yang aku perlu perbaiki. Walaupun dia sengal, share benda yang tak patut. Lucah, gosip artis dan sebagainya. Tapi, bila dia share hal agama, aku tak sepatutnya pertikai.


Bak kata Saidina Ali Bin Abi Talib:
"Jangan melihat siapa yang bicara tapi lihatlah apa yang dibicarakan"

Tapi, walaupun Islam mengajar kita untuk berfikiran baik. Jangan pulak korang saje buat benda buruk, dan suruh orang berfikiran baik kat korang.

Contohnya, artis yang pakai sangat seksi tak cukup kain. Dia kata, "jangan nilai luaran dia. Tapi nilailah hati dia". Tak ke sengal namanya. Pasal tu aku anti dengan kebanyakan artis. Sekian.
Read On

Apesal Hantu Bonceng Meletop? Dah La Banyak Babak Mempersendakan Islam. Ish-ish..

29 comments 17 September 2011

Keyword meletop sekarang ni "Hantu Bonceng"

Maklumla, cite ni kan baru je boleh di download dari internet. Berpusu-pusu la pengguna internet ambik peluang ni untuk muat turun. Termasuklah aku.

Tapi, aku tengok bukanlah sebab orang kata cerita ni best. Tapi, aku nak tengok sendiri. Betul ke ada babak yang mempermainkan Islam seperti yang digembar-gemburkan.

Mula-mula nak habaq, title "Hantu Bonceng" tu hanya untuk pelaris je untuk meletopkan filem ni. Babak hantu tersangatlah sikit. Pastu, kalau ada pun tak seram langsung.

Nak download Hantu Bonceng? Klik sini (Credit to JieAzz)

Skop Hantu Bonceng

Walaupun tajuk dia "Hantu Bonceng", tapi point utama cerita ni bukanlah nak ceritakan pasal hantu. Tapi, lebih kepada gaya hidup sosial orang melayu kita. Merempit, berdisko, lelaki perempuan tinggal serumah dll.


Babak mempersendakan Islam

Aku dah tegok sendiri. Dalam cerita ni memang banyak babak yang mempersendakan Islam. Scene yang sangat "obvious", (1) istighfar main-main. (2) Bohsia suruh adik teman sekatil dia pergi solat. (3) Azan kat telinga orang untuk sedarkan dia daripada godaan perempuan seksi.

Aku tau, ada antara korang yang akan kata camni:

"Ala, rilek la. Mana yang baik kita ambil, yang buruk jadikan sempadan. Jangan la sensitif sangat"

Sekiranya korang cakap camtu. Itu menandakan sensitiviti korang terhadap agama sangat kurang. Nak melawak tu tak salah. Tapi jangan la jadikan agama sebagai bahan lawak. Please alert pasal hal ni. Grr..

Apapun, bagi aku. Hantu Bonceng ni hanyalah salah satu typical movie Malaysia. 2.5/5 bintang je aku kasi. Pelik jugak aku macam mana filem ni boleh meletop. Mungkin sebab watak utama dia Zizan kot. Hmm..


Ini bukan Zizan. Tapi Barry Manilow, mirip Zizan tak? =p

p/s: Aku cukup menyampah panggilan "baby", "bucuk" dalam cite ni. Zzzzz..
Read On

Cemburu Adalah Satu Sifat Yang Bagus? Erkk

19 comments 16 September 2011

Ramai yang kata cemburu ni sifat yang tak bagus. Cemburu dengan kejayaan dan kebahagiaan keluarga orang lain. Semua ni negatif. Ye ke?

Bagi aku, cemburu tu sebenarnya sifat yang baik. Tapi dengan syarat, kita cemburu dengan niat untuk perbaiki kekurangan diri.

Bukankah bagus kita cemburu dengan kehebatan seseorang tu, dan kita teringin nak jadi macam dia? Sekurang-kurangnya, cemburu boleh jadi pemangkin untuk kita jadi lebih baik daripada sekarang.

Tapi, bila cemburu disusuli dengan perasaan hasad dengki. Itu yang jadi tak baik. Jatuhkan orang lain, buat fitnah, hasad dengki macam ni yang patut kita elakkan.

Owh, lagi satu. Cemburu tu biarlah bertempat. Dan biarlah logik.

Jangan cemburu sebab berebut pondan, sampai main simbah-simbah asid pulak macam kes haritu dah la. Tak dapat diterima akal langsung woah..!!
Read On

Orang Bodoh Je Buat "PLANKING" Ni

15 comments 15 September 2011
Korang tau apa tu planking? Planking adalah aksi di mana korang meniarap, kat mana-mana macam sebatang kayu. Contoh macam ni:





Bagi sesiapa yang tak tau. Planking ni dah jadi trend yang tersebar luas kat internet. Semua orang pun nak jadi kayu, "plank" kat tempat-tempat awam, kat tempat berbahaya. Pastu upload video, ataupun gambar kat internet.

Korang search je youtube "planking". Berlambak video yang korang bleh tengok.

Haritu kat says.my pun ada buat cabaran ni. Ada orang join ke tak. Tak tau pulak aku. Yang pasti, aku takkan sanggup perbodohkan diri, buat benda jadah ni.

Macam biasa la. Bila semua orang taksub sangat, planking sana-sini. Mesti ada insiden yang tak diingini berlaku.

Sorang "planker" mati sebab terjatuh dari aras 7 sebuah bangunan.




Manusia tak pernah puas. Tak cukup dengan planking, sekarang trend baru, aksi kelawar pulak yang jadi kegilaan pengguna internet ni.


Haish.. Dunia, dunia. Apa nak jadi la..
Read On

Rahsia Hati, Tiada Siapa Yang Tahu

10 comments


Bila kita cakap tentang hati, rasanya konteks dia sangat luas. Tapi, yang pasti, hati ni sering dikaitkan dengan perasaan.

Kadang-kadang, kalau kita tak dapat nak jawab soalan berkenaan perasaan, hati jugak yang kita persalahkan:


Kak Jah: Minah, nape kau tak minta cerai je kat suami kau tu? Kesian aku tengok kau kena pukul hari-hari.

Mak Minah: Aku tak redha apa dia buat kat aku. Tapi, perasaan aku masih kuat kat dia. Entah la Jah. Rahsia hati ni, tiada siapa yang tahu.


Perempuan biasanya bergerak gunakan hati, kemudian barulah akal. Berbeza dengan lelaki. Biasanya berfikir, baru bertindak.

Sebab tu perempuan lebih cepat tersentuh dengan sesuatu perkara. Tengok kucing mati tepi jalan pun boleh nangis kot. Mudahnya hati wanita ni disentuh.

Sebab tu perempuan perlukan "guide" dan perlindungan daripada lelaki. Oleh tu lelaki sekalian, jangan pernah korang mempermainkan hati perempuan. Sesungguhnya mereka perlukan kita untuk menjaga, bukan menoda mereka.

Apapun, dalam membuat keputusan dalam sesuatu hal. Jangan terlalu ikutkan hati. Orang kita ni susah sikit. Suka sangat suruh orang lain fikir guna hati. Contoh:


Leman: Romli, macam mana ni? Aku dengan Leha saling mencintai. Tapi, mak bapak dia nak kawenkan dia dengan laki lain pulak. Uwaa..

Romli: Hmm, kau ikut je kata hati kau tu Leman. Terpulang kau nak buat macam mana. Jangan menyesal kemudian hari dah la.


Weh, kalau ikutkan hati dalam kes ni. Mestila Leman bawak lari anak dara orang. Kan benda tak baik tu. Orang melayu kata, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa".

Dalam apa-apa situasi pun. Pastikan AKAL FIKIRAN yang jadi keutamaan dalam membuat sesuatu keputusan. Orait?
“Ketahuilah bahawa pada tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah tubuh itu dan apabila ia buruk, buruklah tubuh itu. Segumpal daging itu adalah hati.”
(Hadis riwayat tBukhari dan Muslim)
Baca entri yang ni jugak : Hitam dan Putih Hati Seorang Lelaki
Read On

Tolong Jangan Perkecilkan, Ambil Remeh Tentang Politik. Sekurang-kurangnya Ambil Tahu La

12 comments 14 September 2011
1.

Bila cakap pasal politik, ramai naik bosan, dan akan cakap camni:

"Politik Malaysia ni serabut, politik kotor. Malas aku masuk campur. Kerajaan ke, pembangkang ke, sama je. Lantak pi la dengan diorang"

Sampai ada yang buat pekak je bila dengar pasal politik. Ada jugak yang cakap tak nak mengundi untuk pilihanraya akan datang. Semuanya disebabkan dah muak dengar hal-hal buruk pasal ahli politik kita sekarang.

Korang pun ada berfikiran macam tu kan?

Woit, serosak mana pun politik negara kita. Ini tetap negara kita. Kalau kita cakap politik kita rosak, perbaiki la. Sebab tu kita kena ambik tau apa yang jadi dalam negara kita. Bukan buat bodo je. Ingat, kita sebagai rakyat yang membentuk negara.


2.

Aku nak tanya korang la. Kalau dalam keluarga korang, ada ahli keluarga yang rosak. Lari jauh dari landasan agama. Buat kemungkaran sana sini. Korang "lantak pi" je ke kat dia? Tak berusaha untuk perbaiki ahli keluarga korang yang rosak tu?


Lebih mengecewakan aku, orang muda sendiri menidakkan politik. Padahal orang muda la tunjang negara untuk masa akan datang. Kalau golongan ni ambil remeh pasal politik. Alamatnya jatuh la negara kita nanti.

Tak kisah la sekarang korang menangkan kerajaan, atau pembangkang. Tapi, suara kedua-dua belah pihak korang kena dengar. Jangan dengar sebelah pihak je.

Ambil dan nilai sendiri perjuangan diorang. Mana yang terbaik kita pilih. Kan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang betul-betul boleh meneraju negara, yang memimpin negara dengan ideologi Islam.


3.

Sebab tu untuk post ni, aku ajak korang semua. Jangan pernah "giveup" dengan politik Malaysia. Ini je negara yang kita ada. Tempat kelahiran kita. Kita sebagai rakyat kena perjuangkan sendiri. Itulah gunanya pilihanraya.

Tapi, nasihat aku, jangan terlalu taksub dalam menilai politik. Sehingga menganggap sesebuah parti politik tu "jahat". Ingat, peranan pembangkang dalam politik adalah untuk 'mengimbangi' kuasa kerajaan. Bukan untuk menggulingkannya.


4.

Walaupun korang tak berapa berkenan dengan politik Malaysia sekarang ni. Sekurang-kurangnya, tolong la ambil tahu. Dengarkan suara dari kedua-dua belah pihak. Baik kerajaan mahupun pembangkang. Itu je yang aku minta.
Read On

Macam Mana Nak Satukan Bangsa Untuk Capai Perpaduan??

12 comments 13 September 2011

Malaysia kita terdiri daripada pelbagai bangsa. Atau dipanggil masyarakat majmuk. India, Cina, Melayu, Kadazan, Dusun dan sebagainya semua ada kat Malaysia.

Soalan ringkas untuk korang. Macam mana kita nak jadikan bangsa yang pelbagai ni supaya boleh bersatu-padu?


1. Satukan kesemua bangsa dengan konsep 1 Malaysia

Konsep 1 Malaysia tu apa? Sejujurnya, aku pon tak berapa jelas dengan konsep 1 Malaysia yang Perdana Menteri ke 6 kita perkenalkan.

Mungkin konsep dia adalah, kita satukan kesemua bangsa ni dengan wujudkan satu aktiviti, di mana kesemua kaum boleh sertainya. Faham?

Tak faham takpe. Sebab aku pon tak faham sebenarnya. Ahaks..

Yela. Kata nak satukan bangsa. Tapi dalam parti sendiri ada perpecahan. UMNO untuk melayu. MCA untuk cina. MIC untuk india. Itu belum lagi aku sebut pasal UiTM lagi. Ye tak?


2. Satukan kesemua bangsa dengan agama.

Agama yang aku maksudkan kat sini mestilah Islam. Bagi aku, hanya dengan agama baru kita boleh bersatu. Nak satukan bangsa, tapi masing-masing persefahaman berbeza. Rasanya, sampai kiamat pun tak dapat nak capai titik perpaduan.

Contoh paling senang. Peristiwa hijrah. Macam mana dua kaum yang berbeza, iaitu Muhajirin dan Ansar bersatu? Ya, tepat sekali. Disebabkan Islam.

Walaupun berlainan warna kulit. Tapi, jika semuanya mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar-benarnya, aku yakin perpaduan negara kita dapat dicapai.

So, aku rasa sekarang korang pun dah jelas kan. Daripada kita perjuangkan bangsa. Lebih baik kita perjuangkan agama. Dengan islam, bukan setakat negara kita je. Bahkan, seantero dunia pun dapat disatupadukan.
Read On

Malaysia Tak Pernah Dijajah. Tak Payah Sambut Hari Merdeka La Woi..!!!!

30 comments 10 September 2011
Semalam aku tengok berita TV3, ada interview dengan entah sape-sape. Katanya, Malaysia tak pernah dijajah. Adoiiyai. Dulu kat sekolah belajar lain. Sekarang, lain pulak. Adehh..!! Malaysia ni ada sejarah kemerdekaan ke takde sebenarnya?

Aku dah la cetek sejarah. Dengan isu sekarang ni, aku rasa boleh botak kepala aku nak fahamkan balik sejarah tanah melayu yang sebenarnya. Haish..



Kalau kita tak pernah dijajah, kenapa perlu sambut hari Merdeka? Kalau kita dah best di bawah 'perlindungan' British, buat apa lagi Tunku Abdul Rahman sibuk-sibuk pergi merunding, untuk dapatkan pentadbiran tanah melayu secara mutlak?

Kesian Tok Janggut. Kalau kita tak pernah dijajah, kiranya perjuangan beliau akan dikira sebagai pengkhianat bangsa la. Ish, ish..

p/s: Tolongla bersihkan balik sejarah Malaysia, tanpa ambil kira nak jaga hati mana-mana pihak. Sejarah tetap sejarah. Tak perlu la nak 'sembunyikan fakta' hanya untuk kepentingan kerajaan. Mungkin betul ada orang kata, "Siapa yang menang, dia berhak untuk menulis buku sejarah". Grrr..
Read On

Ke Manakah Ustaz Zamri??

20 comments 09 September 2011

Kemanakah ustaz zamri??? atau ustaz "mari mengaji" ni...

Sebelum ni setiap pagi pukul 8 pagi (x silap aku la), maka tv aku akan memaparkan rancangan penuh attractive "mari mengaji" nie.. Gaya ustaz zamri yang nampak lebih sempoi dan sporting dalam meng"host"kan rancangan berunsur keagamaan dan ilmiah ini secara peribadinya aku yakin dapat menarik ramai penonton dari segenap lapisan masyarakat. 

Yelah.. walaupun yang duk dalam rancangan ni ramai budak2.. tapi mak aku suke pun tengok... aku pun boleyla layan cikit-cikit (kalu aku kate aku suke giler tengok  nati korang kate aku tunjuk alim.. hahaha)..

tapi...

lepas ustaz zamri ni di "snap" gambar kat "BERSIH" aritu..


ustaz zamri terus hilang...

bukan sahaja rancangan nya digantikan dengan rancanagan lain "mari bertarannum"
malah...
muka dia jugak turut ilang dalam rancangan-rancangan lain...

bagi aku...

personally...

tindakan pihak media prima tersangat-sangatlah tak wajar...

TAK WAJAR

TAK WAJAR

TAK WAJAR

Aku tak pastilah samada tindakan ini dari media prima atau dari orang yang lebih atas... tetapi aku tak nampak mane-mane unsur politik yang diterapkan masa rancangan "mari mengaji"..  Malah rancangan mari mengaji ini seharusnya diteruskan kerana kemampuan dan potensi rancangan ini untuk kebaikan agama islam.. bukankah "agama" itu lebih utama untuk diperjuangkan?? beliau tidak seharusnya terus di "GAM"..  tindakan ini menunjukkan media melarang mana-mana pihak untuk berpolitik...

JIKA hal ini adalah arahan "pihak kerajaan".. maka ini bermaksud kerajaan melarang rakyat nya untuk berpolitik... 

dan menafikan kebebasan individu....

serta menyekat "periuk nasi" orang lain...

PERSOALANNYA...

jika selebriti ini terang berderang terlibat dengan politik...



ADAKAH DIA DI "GAM"..


renung-renungkan...

Entri di copy paste sepenuhnya dari sini Abang Kacak dot blogspot

Haritu akak aku pun ada cakap jugak pasal hal ni. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Harap-harap Ustaz Zamri ni takde kat TV lagi bukan sebab dia join Bersih la yek. Kalau betul, memang satu kerugian yang besar. Sebab, Ustaz ni memang best bro.
Read On

Jom Semua, Kita Isi Petition Yang Menyokong Tindakan Undang-undang Ke Atas Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Ni

14 comments 07 September 2011

Korang semua sedia maklum pasal Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menghina islam tu kan? Identiti dia masih tak diketahui. Dan masih menjadi teka-teki.

Apapun, jom kita isi petition yang menyokong tindakan undang-undang terhadap Makcik Sitt tu. Supaya, kalau dia dah tertangkap nanti, hukuman yang paling berat dapat dikenakan kat dia. Klik link bawah ni dan isi. Mudah je.

http://www.petitionbuzz.com/petitions/makciksittalwuzara


Tindakan Makcik Sitt Sia-sia

Pergh, rasanya takde sorang pun yang dapat tahan baca segala celaan dan hinaan kat blog Makcik Sitt tu. Panas, memang bikin panas.

Tapi, sebenarnya apa yang Makcik Sitt buat ni sia-sia je. Bahkan, tujuan dia nak menaikkan kemarahan umat islam hanya membuatkan kita jadi semakin berpadu.

Aku teringat lagi, sorang penceramah ni kata. "Orang Islam yang tak pernah pegang al-Quran pon akan marah kalau orang kafir menghina, membakar al-Quran".

Sebab tu orang kafir ambil pendekatan HIBURAN, supaya orang islam leka. Dan pelan-pelan jauh daripada landasan Islam.

Makcik Sitt menyerang Islam secara terus. Tindakan yang sangat bodoh. Terima kasih makcik. Umat islam semakin alert pasal isu ni. Dan kami jadi semakin bersatu. Nice Job..!! =)


Identiti Makcik Sitt Terbongkar Ver. 02?

Lepas Arlene Tan dituduh Gaysec. Sekarang, ada sorang lagi yang disyaki sebagai Makcik Sitt Al-Wuzara. Aku bukan nak ajak korang buat tuduhan melulu. Tapi, kita tengok dulu macam mana pembongkaran kali ni dibuat. Macam lebih meyakinkan. Terjah [ sini ].
Read On

20 Blog Diperlukan Segera. Trafik Percuma Untuk Anda..!!!

34 comments
Assalamualaikum semua..

Korang nampak tak kat atas follower box blog ni? Ada blog yang diletakkan secara embedded. Blog di atas dipilih secara random daripada list yang aku dah tetapkan.

Tujuan aku buat sistem ni adalah untuk bagi trafik yang nyata, secara percuma kat korang. Tapi, aku perlukan 20 blog sahaja. Dan, blog mana yang tersenarai tu, akan dipromosikan selama 4 hari sahaja.

Kira orait la tu. Blog dipilih secara random, bukan mengikut urutan. So, setiap blog pun akan dapat trafik yang adil, tanpa diberatsebelahkan kat mana-mana blog.




Apa yang perlu korang buat?

1. Buat entri bertajuk:
"Aku Nak Trafik Percuma Daripada Jejaka Terhangat".

2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni.

3. Pastikan anda mention nama Jejaka Terhangat dan linkkan ke blog ni.

4. Hantarkan link entri korang kat komen entri ni. Done..


Syarat-syarat:

1. Blog anda mestilah TIADA LAGU.
(Supaya tak mengganggu konsentrasi pembaca blog ni).

2. Blog anda tidak terlampau berat. Tu je..


Cepat semua. Aku perlukan 20 blog sahaja untuk dimasukkan dalam list random. Mana yang cepat dan mengikut syarat, aku akan segera update kat list tersebut..=)

Update: Kuota dah cukup.
Read On

Cuti Raya Sudah Habis Bro..!!

19 comments 06 September 2011

Tolong promote sket..=p

Amacam cuti raya korang, best?

Aku tengok kat status facebook kawan-kawan, ramai yang kata raya tahun ni tak best. Takde suasana raya pon. Tak macam tahun-tahun lepas.

Ala, aku tau. Korang bagi alasan raya tak best sebab benda ni kan?


Korang tak dapat lagi duit raya pasal dah besar..!!!


Betul kan? Kehkeh..

Standard la tu. Masa kanak-kanak suasana raya paling best. Ada je orang kasi duit raya. Bila dah meningkat remaja, semakin kurang dapat. Dan akhirnya, tak dapat langsung. Naik lagi usia, korang pulak yang kena hulur duit raya. Pasal tu malas sambut raya dah kan? Kehkeh..

Okeyla, kita tolak tepi pasal duit raya. Betulkan kembali niat sambut raya kita. Apa sebenarnya hari raya Eidul Fitr? Ya, itulah sambutan untuk meraikan kemenangan setelah sebulan kita penat berpuasa. Jangan pikirkan sangat pasal duit raya. Tapi, ukhwah sesama keluarga, saudara dan sahabat, itu yang lebih perlu kita utamakan.


Apapun, cuti raya sudah habis bro..


Mana yang dah masuk balik bekerja tu, selamat memulakan tugas. Dan kepada para bloggers, jangan lupa tugas korang untuk tulis entri yang best-best, serta datangkan faedah kepada pembaca. Dan, jangan lupa jugak tanggungjawab korang untuk selalu datang dan komen kat blog Jejaka Terhangat ni yek. Ngehh..=p
Read On

Korang Percaya Tak, Ada Orang Boleh Nampak Makhluk Halus??

23 comments 04 September 2011


Betul ke ada orang yang Allah bagi keistimewaan. Deria ke enam. 6th sense. Dia boleh nampak makhluk halus. Tak sama macam orang lain. Korang rasa macam mana. Percaya tak ada manusia istimewa macam tu?

Dulu, bagi aku. Aku tak percaya ada orang istimewa camni. Bukan aku tak percaya kewujudan makhluk halus. Tapi, aku tak percaya ada orang yang boleh nampak. Tapi orang lain tak boleh. Konsep yang aku percaya, bila makhluk halus tu munculkan dirinya, contoh pontianak ke, baru kita semua boleh nampak dengan mata kasar.

Tapi, satu peristiwa ni dah mula pecahkan konsep yang aku pegang tu. Benda ni baru je jadi beberapa hari lepas. Ceritanya bermula macam ni..


Bahagian Satu: Di rumah

Sehari sebelum raya, kawan adik aku datang ke rumah aku. Tujuan dia datang untuk bertukar-tukar game komputer dan movie dengan adik aku. Dalam 2 jam jugak la dia lepak kat rumah aku.

Lepas dia balik je, sebelum blah, dia bagitau kat adik aku. "Wei, tadi aku nampak kat bahu kau ada darah". Pergghh, mau berderau darah bila dengar dia cakap macam tu. Adik aku tanya, dia gurau ke? Dia cakap tak.

Lepas kawan dia balik. Adik aku bagitau, kawan dia tu memang biasa boleh nampak benda "paranormal" macam ni. Ada kemungkinan jugak. Sebab adik aku tu baru je masuk politeknik yang terletak kat kawasan pedalaman. Dengarnya tempat tu memang agak 'keras'. Mungkin 'benda' tu ikut dia sampai rumah kot.

Mak aku pun cadangkan raya nanti, kat kampung, minta tolong dengan pakcik. Dia pandai mengubat orang yang kena gangguan makhluk halus.


Bahagian Dua: Di kampung

Keluarga aku sampai kat kampung pada hari raya ke dua. Malam tu, kampung aku buat kenduri doa selamat. Habis makan, adik aku jumpa dengan pakcik aku untuk mintak pelindung, supaya dijauhkan daripada syaitan iblis yang ikut dia tu.

Pakcik aku pun baca ayat al-Quran, dan ayat-ayat biasa dia baca untuk mengubat. Dalam 5 minit je selesai. Pakcik aku kata, takde apa sangat la. Memang ada makhluk halus yang ikut dia. Tapi, gangguan tu peringkat rendah je. Asalkan amalkan ambik air yang dia dah jampi tu. Baca ayat pelindung. InsyaAllah, hilang la 'benda' tu.

"Alah, entah betul entah tak pakcik si Jejaka Terhangat tu. Dia jampi tak jadi apa-apa pun. Entah-entah dia auta je cakap camtu kot."

Hah, kalau korang ada perfikiran camtu. Meh sini aku nak lempang korang laju-laju. Baca ni dulu, apa yang jadi lepas tu.

Lepas selesai mengubat adik aku. Pakcik aku offer kat anak-anak buah dia. "Siapa lagi yang nak?", dengan nada bergurau. Tak semena-mena, sepupu aku datang kat pakcik aku. Katanya dia pulak nak berubat. Katanya lagi, dia memang tau ada makhluk halus dalam badan dia. Errkk..!!

Pakcik aku pun mulakan bacaan, macam dia buat kat adik aku tadi. Tapi kali ni lagi best, tak sampai seminit, sepupu aku tu dah batuk-batuk. Daripada duduk bersila, kini badan dia dan membongkok. Dia tak lagi dapat kawal gerakan badan dia.

"Wargh, arrghh", sepupu aku menjerit. Suasana dalam rumah tu yang bising jadi terdiam. Budak-budak kecik semua larikan diri daripada tempat tu. Takde sorang pun sangka malam tu akan jadi setegang ni.

Sepupu aku meracau-racau. Badan dia kini bukan lagi milik dia. Tapi, dah diambil alih oleh jin yang kesakitan bila dijampi oleh pakcik aku. "Warghh", sepupu aku meronta-ronta. Dengan sepantas kilat, sepupu aku yang lain pegang tangan dan kaki dia, supaya dia tak lari.

Keadaan tegang tu berlarutan sampai lebih sejam. Sekali-sekala kelihatan sepupu aku tu cuba melawan pergerakan yang dibuat oleh jin tu. Pakcik aku kata, bukan seekot je jin yang ada dalam badan dia. Tapi lebih. Dan malam tu, hanya satu je yang berjaya dikeluarkan.



Gambar hiasan (google)



Dari mana jin tu datang?

Jawapannya, sepupu aku ni masuk silat. Aku rasa korang pun pernah dengar. Silat-silat peringkat tinggi ni memang ada bermain dengan ilmu. Tok guru silat suruh anak murid dia baca mantera yang entah apa-apa.

Sepupu aku rasakan ada sesuatu yang tak kena. So, dia pun keluar dari silat tu. Tapi dah terlambat. Jin-jin yang dia seru tanpa dia sedar tu, dah pun duduk dalam salur darah dia.


Itulah ceritanya. Daripada kawan adik aku yang mengaku boleh nampak benda ghaib. Sampailah sepupu aku meracau sebab jin tinggal dalam badan dia.

Kita semua pun entah-entah ada makhluk halus yang 'jaga' kita tanpa kita sedar. Cuma kuat atau tak gangguan dia, wallahualam. Kita sendiri kena check. Kita bukan boleh jangka pun kalau ada orang busuk hati, pergi bomoh, sihirkan kita kan?

Memang syaitan, jin, iblis yang menumpang dalam badan kita tu jarang keluar. Sampailah dia disakitkan dengan ayat-ayat al-Quran. Sebab tu orang yang ada gangguan, dia masih boleh hidup macam orang normal.


Peristiwa ni dah mengajar aku dua benda yang sangat penting. Satu, memang ada orang istimewa yang dipilih Allah, yang boleh tengok benda halus.

Dua, perubatan islam memang terbukti berkesan. Cuma, perlu dibawa pada orang yang betul. Yakinlah dengan islam.

Dulu aku kurang percaya. Sekarang, bila kejadian 'mistik' ni jadi depan mata kepala aku sendiri, aku jadi sangat yakin dengan kedua-dua benda ni.
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...