Bila cakap pasal politik, ramai naik bosan, dan akan cakap camni:
"Politik Malaysia ni serabut, politik kotor. Malas aku masuk campur. Kerajaan ke, pembangkang ke, sama je. Lantak pi la dengan diorang"
Sampai ada yang buat pekak je bila dengar pasal politik. Ada jugak yang cakap tak nak mengundi untuk pilihanraya akan datang. Semuanya disebabkan dah muak dengar hal-hal buruk pasal ahli politik kita sekarang.
Korang pun ada berfikiran macam tu kan?
Woit, serosak mana pun politik negara kita. Ini tetap negara kita. Kalau kita cakap politik kita rosak, perbaiki la. Sebab tu kita kena ambik tau apa yang jadi dalam negara kita. Bukan buat bodo je. Ingat, kita sebagai rakyat yang membentuk negara.
2.
Aku nak tanya korang la. Kalau dalam keluarga korang, ada ahli keluarga yang rosak. Lari jauh dari landasan agama. Buat kemungkaran sana sini. Korang "lantak pi" je ke kat dia? Tak berusaha untuk perbaiki ahli keluarga korang yang rosak tu?
Lebih mengecewakan aku, orang muda sendiri menidakkan politik. Padahal orang muda la tunjang negara untuk masa akan datang. Kalau golongan ni ambil remeh pasal politik. Alamatnya jatuh la negara kita nanti.
Tak kisah la sekarang korang menangkan kerajaan, atau pembangkang. Tapi, suara kedua-dua belah pihak korang kena dengar. Jangan dengar sebelah pihak je.
Ambil dan nilai sendiri perjuangan diorang. Mana yang terbaik kita pilih. Kan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang betul-betul boleh meneraju negara, yang memimpin negara dengan ideologi Islam.
3.
Sebab tu untuk post ni, aku ajak korang semua. Jangan pernah "giveup" dengan politik Malaysia. Ini je negara yang kita ada. Tempat kelahiran kita. Kita sebagai rakyat kena perjuangkan sendiri. Itulah gunanya pilihanraya.
Tapi, nasihat aku, jangan terlalu taksub dalam menilai politik. Sehingga menganggap sesebuah parti politik tu "jahat". Ingat, peranan pembangkang dalam politik adalah untuk 'mengimbangi' kuasa kerajaan. Bukan untuk menggulingkannya.
4.
Walaupun korang tak berapa berkenan dengan politik Malaysia sekarang ni. Sekurang-kurangnya, tolong la ambil tahu. Dengarkan suara dari kedua-dua belah pihak. Baik kerajaan mahupun pembangkang. Itu je yang aku minta.
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
poitik.. politik..
menjadi rakyat yg bertanggungjawab..:)
sana politik.. sini politik... politic is part of our life.. hurm,,,
Sokong dengan JT..
Aku pernah tanye org yang tak daftar mengundi dan tidak mengambil tahu perkembangan politik..
Aku tanye kenapa ko tak daftar mengundi??
Dia ckp,malas la..1 undi aq pun bukan memberi seberapa makna pun..tak ubah apa2 pun..
Aku tanye balik..Abis ape la agk2 kalau 100 org fikir mcm ko ni..
Pergi mampus la sama diaorg..Politik ni kotor..Gua tak nak masuk campur..
Bila aq dah dpt jawapan mcm tu,aq terdiam la..
Politik ini memang tidak dapat dipisahkan tgn tampok kepimpinan negara kerana para pemimpin dipilih oleh kita melalui sistem demokrasi..Jadi budaya berpolitik ini memang perlu ada dikalangan para pemimpin utk memancing undi..Jadi kita pula menjadi pemerhati..Pemimpin yg baik kita kekalkan,pemimpin yg tak guna kita jatuhkan..
So kepada semua..Ambil peduli..
cuma jgn jadi mcm diaorg je..24 jam berpolitik..
Kerja 1 hapah pun tak jalan..
Ambil tahu sebab kita bakal pewaris negara ni.
kalau bukan kita siapa lagi???
kalau rasa yg ni kotor, jangan la ambil.
ambil mana yang bersih, yang rasa elok.
sy rasa, yang patut celik dan buka mata, anak2 muda. sebab suara anak2 muda sebenarnya berbisa.
kerajaan atau pembangkangkah anda, suara anak muda, memang berbisa.
:)
org malas ambil tahu ttg politik, kononnya diorang tu open minded..mana2 pun boleh.. persetan dgn pendirian macam tu..
politik sendiri ada dalam islam.. sapa yg tolak politik sama je macam tolak salah satu cabang dalam islam..
malas ambil tahu ttg politik sama je macam malas nak perjuangkan agama, kerana diri tu malas nak perjuangkan pemerintah yg laksanakan hukum Islam
Jangan cakap je berdegar-degar.. tapi daftar pengundipun belum lagi.. ehehh...
Daftar pengundipun tak guna jugak kalau tak pergi mengundi... ehehh...
Nak undi sape2 tu, itu lu punya pasal maa... ehehh..
setuju dgn point 3.
pembangkang memang kena ada. tp bukan untuk gulingkan kerajaan. tak best tgk rakyat malaysia gaduh2 sesama sendiri.
pangkah lah parti yang betul... jangan silap langkah...
yeah.. stuju ngan JT..
tak stuju dgn org yg asyik ckp politik kotor tp tak berusaha nk BERSIHkannya..
sbnrnya politik tak kotor.. manusia yg mengotorkan politik..
pendapat sy...hanya pak turut jer yang tak pernah komen-mengomen pasl bab politik ni...smua org pasti pernah ada komen tersendiri..tak kira la secara langsung mhpn tidak...