Kemanakah ustaz zamri??? atau ustaz "mari mengaji" ni...
Sebelum ni setiap pagi pukul 8 pagi (x silap aku la), maka tv aku akan memaparkan rancangan penuh attractive "mari mengaji" nie.. Gaya ustaz zamri yang nampak lebih sempoi dan sporting dalam meng"host"kan rancangan berunsur keagamaan dan ilmiah ini secara peribadinya aku yakin dapat menarik ramai penonton dari segenap lapisan masyarakat.
Yelah.. walaupun yang duk dalam rancangan ni ramai budak2.. tapi mak aku suke pun tengok... aku pun boleyla layan cikit-cikit (kalu aku kate aku suke giler tengok nati korang kate aku tunjuk alim.. hahaha)..
tapi...
lepas ustaz zamri ni di "snap" gambar kat "BERSIH" aritu..
ustaz zamri terus hilang...
bukan sahaja rancangan nya digantikan dengan rancanagan lain "mari bertarannum"
malah...
muka dia jugak turut ilang dalam rancangan-rancangan lain...
bagi aku...
personally...
tindakan pihak media prima tersangat-sangatlah tak wajar...
TAK WAJAR
TAK WAJAR
TAK WAJAR
Aku tak pastilah samada tindakan ini dari media prima atau dari orang yang lebih atas... tetapi aku tak nampak mane-mane unsur politik yang diterapkan masa rancangan "mari mengaji".. Malah rancangan mari mengaji ini seharusnya diteruskan kerana kemampuan dan potensi rancangan ini untuk kebaikan agama islam.. bukankah "agama" itu lebih utama untuk diperjuangkan?? beliau tidak seharusnya terus di "GAM".. tindakan ini menunjukkan media melarang mana-mana pihak untuk berpolitik...
JIKA hal ini adalah arahan "pihak kerajaan".. maka ini bermaksud kerajaan melarang rakyat nya untuk berpolitik...
dan menafikan kebebasan individu....
serta menyekat "periuk nasi" orang lain...
PERSOALANNYA...
jika selebriti ini terang berderang terlibat dengan politik...
ADAKAH DIA DI "GAM"..
renung-renungkan...
Entri di copy paste sepenuhnya dari sini Abang Kacak dot blogspot
Haritu akak aku pun ada cakap jugak pasal hal ni. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Harap-harap Ustaz Zamri ni takde kat TV lagi bukan sebab dia join Bersih la yek. Kalau betul, memang satu kerugian yang besar. Sebab, Ustaz ni memang best bro.
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
entah..dgn tindakan mcm ni menampakkan sisi buruk kerajaan..mmg x patot..ustz zamri pon pnh dtg skolah aku..mmg bapak lawak kalau dia bg ceramah...kesal dgn tindakan media prima!!
mungkin ustaz zamri byk dpt jemputan ceramah yg x melibatkn kamera2 ni. ustaz zamri suami kpd guru skola sy dlu. dia mmg sempoi n sweet je orgnya. romantik abes lah dgn bini dy..hehe
Betullah lama tak nampak U.Zamri
Best juga dengar ceramah U.Zamri...
ini orng gomen nye keje la jt.. paham2 sudah.. sapa menentang, keje ilang..
Media prima kan tali barut..
makin lama makin x faham dengan politik negara ni... macam2 hal...
ustaz zamri the best!
uhuhuhu..ape nak jadi...=.="
Tak silap dia kena Gam sebab join bersih . Ada dalam berita .
Entah lah JT..sebab tu la saye tak suke politik.. inilah salah satunye..ingat agama tu 'permainan' ke?..
hak individu la nak berpihak pada sape pun..bukan ade kena ngena dengan kerja..kerja is kerja..itu kan amanah..tambah2 kalau menyampaikan ilmu agama walaupun hanya dalam rancangan tv..kalau nak kire macam tu, berapa ramai yg sokong pembangkang kerja kerajaan kan?
Hurm...Nampak sangat.
Assalamualaikum, saudara apabila kita tak tahu sesuatu cerita kebenaranya lebih baik kita diam :),kita blogger akan mempengaruhi banyak pihak :), memang betul apa yang saudara katakan :), tetapi jika berita yang disebarkan bukan sebenarnya, apa yang harus diperkatakan oleh saudara jejaka terhangat? :).
@AyieBlog
baca entri biar sampai habis bro..
meh sini sedutan drpd ayat aku balik atas tu:
Haritu akak aku pun ada cakap jugak pasal hal ni. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Harap-harap Ustaz Zamri ni takde kat TV lagi bukan sebab dia join Bersih la yek. Kalau betul, memang satu kerugian yang besar. Sebab, Ustaz ni memang best bro.
paham? tak paham sila bertanya yek..=)
awat sedih tahh bace ni... ='( tetibe rindu ustaz mari mngaji ni... :tlg
patotlah hilangg!!!
Assalamualaikum...
mmg dah lama rancangan mari mengaji dah xde...best betul pendekatan yang dibuat oleh ustaz zamri ni...katakanlah betul ustaz tu digam,tp berapa lama ya? ustaz kazim pun dah lama x nampak... dgr cite tak sihat...betul ke??
ni dikatakan drama dunia dunia dunia.
bukan seantero dunia.
tapi dunia tanah melayu.
setuju!! tak sepatut nya gomen buat camtu. Atau nama lain nya UGUT. 'Kalau kau ta follow aku, kau akan merana!' ecey cey =..=''
just to share, i saw him in TV al-hijrah..