Korang Percaya Tak, Ada Orang Boleh Nampak Makhluk Halus??



Betul ke ada orang yang Allah bagi keistimewaan. Deria ke enam. 6th sense. Dia boleh nampak makhluk halus. Tak sama macam orang lain. Korang rasa macam mana. Percaya tak ada manusia istimewa macam tu?

Dulu, bagi aku. Aku tak percaya ada orang istimewa camni. Bukan aku tak percaya kewujudan makhluk halus. Tapi, aku tak percaya ada orang yang boleh nampak. Tapi orang lain tak boleh. Konsep yang aku percaya, bila makhluk halus tu munculkan dirinya, contoh pontianak ke, baru kita semua boleh nampak dengan mata kasar.

Tapi, satu peristiwa ni dah mula pecahkan konsep yang aku pegang tu. Benda ni baru je jadi beberapa hari lepas. Ceritanya bermula macam ni..


Bahagian Satu: Di rumah

Sehari sebelum raya, kawan adik aku datang ke rumah aku. Tujuan dia datang untuk bertukar-tukar game komputer dan movie dengan adik aku. Dalam 2 jam jugak la dia lepak kat rumah aku.

Lepas dia balik je, sebelum blah, dia bagitau kat adik aku. "Wei, tadi aku nampak kat bahu kau ada darah". Pergghh, mau berderau darah bila dengar dia cakap macam tu. Adik aku tanya, dia gurau ke? Dia cakap tak.

Lepas kawan dia balik. Adik aku bagitau, kawan dia tu memang biasa boleh nampak benda "paranormal" macam ni. Ada kemungkinan jugak. Sebab adik aku tu baru je masuk politeknik yang terletak kat kawasan pedalaman. Dengarnya tempat tu memang agak 'keras'. Mungkin 'benda' tu ikut dia sampai rumah kot.

Mak aku pun cadangkan raya nanti, kat kampung, minta tolong dengan pakcik. Dia pandai mengubat orang yang kena gangguan makhluk halus.


Bahagian Dua: Di kampung

Keluarga aku sampai kat kampung pada hari raya ke dua. Malam tu, kampung aku buat kenduri doa selamat. Habis makan, adik aku jumpa dengan pakcik aku untuk mintak pelindung, supaya dijauhkan daripada syaitan iblis yang ikut dia tu.

Pakcik aku pun baca ayat al-Quran, dan ayat-ayat biasa dia baca untuk mengubat. Dalam 5 minit je selesai. Pakcik aku kata, takde apa sangat la. Memang ada makhluk halus yang ikut dia. Tapi, gangguan tu peringkat rendah je. Asalkan amalkan ambik air yang dia dah jampi tu. Baca ayat pelindung. InsyaAllah, hilang la 'benda' tu.

"Alah, entah betul entah tak pakcik si Jejaka Terhangat tu. Dia jampi tak jadi apa-apa pun. Entah-entah dia auta je cakap camtu kot."

Hah, kalau korang ada perfikiran camtu. Meh sini aku nak lempang korang laju-laju. Baca ni dulu, apa yang jadi lepas tu.

Lepas selesai mengubat adik aku. Pakcik aku offer kat anak-anak buah dia. "Siapa lagi yang nak?", dengan nada bergurau. Tak semena-mena, sepupu aku datang kat pakcik aku. Katanya dia pulak nak berubat. Katanya lagi, dia memang tau ada makhluk halus dalam badan dia. Errkk..!!

Pakcik aku pun mulakan bacaan, macam dia buat kat adik aku tadi. Tapi kali ni lagi best, tak sampai seminit, sepupu aku tu dah batuk-batuk. Daripada duduk bersila, kini badan dia dan membongkok. Dia tak lagi dapat kawal gerakan badan dia.

"Wargh, arrghh", sepupu aku menjerit. Suasana dalam rumah tu yang bising jadi terdiam. Budak-budak kecik semua larikan diri daripada tempat tu. Takde sorang pun sangka malam tu akan jadi setegang ni.

Sepupu aku meracau-racau. Badan dia kini bukan lagi milik dia. Tapi, dah diambil alih oleh jin yang kesakitan bila dijampi oleh pakcik aku. "Warghh", sepupu aku meronta-ronta. Dengan sepantas kilat, sepupu aku yang lain pegang tangan dan kaki dia, supaya dia tak lari.

Keadaan tegang tu berlarutan sampai lebih sejam. Sekali-sekala kelihatan sepupu aku tu cuba melawan pergerakan yang dibuat oleh jin tu. Pakcik aku kata, bukan seekot je jin yang ada dalam badan dia. Tapi lebih. Dan malam tu, hanya satu je yang berjaya dikeluarkan.



Gambar hiasan (google)



Dari mana jin tu datang?

Jawapannya, sepupu aku ni masuk silat. Aku rasa korang pun pernah dengar. Silat-silat peringkat tinggi ni memang ada bermain dengan ilmu. Tok guru silat suruh anak murid dia baca mantera yang entah apa-apa.

Sepupu aku rasakan ada sesuatu yang tak kena. So, dia pun keluar dari silat tu. Tapi dah terlambat. Jin-jin yang dia seru tanpa dia sedar tu, dah pun duduk dalam salur darah dia.


Itulah ceritanya. Daripada kawan adik aku yang mengaku boleh nampak benda ghaib. Sampailah sepupu aku meracau sebab jin tinggal dalam badan dia.

Kita semua pun entah-entah ada makhluk halus yang 'jaga' kita tanpa kita sedar. Cuma kuat atau tak gangguan dia, wallahualam. Kita sendiri kena check. Kita bukan boleh jangka pun kalau ada orang busuk hati, pergi bomoh, sihirkan kita kan?

Memang syaitan, jin, iblis yang menumpang dalam badan kita tu jarang keluar. Sampailah dia disakitkan dengan ayat-ayat al-Quran. Sebab tu orang yang ada gangguan, dia masih boleh hidup macam orang normal.


Peristiwa ni dah mengajar aku dua benda yang sangat penting. Satu, memang ada orang istimewa yang dipilih Allah, yang boleh tengok benda halus.

Dua, perubatan islam memang terbukti berkesan. Cuma, perlu dibawa pada orang yang betul. Yakinlah dengan islam.

Dulu aku kurang percaya. Sekarang, bila kejadian 'mistik' ni jadi depan mata kepala aku sendiri, aku jadi sangat yakin dengan kedua-dua benda ni.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

22 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...