Tak Payah Nak Mengeluh Sangat La Kan??

17 comments 13 January 2013


"Alahai, esok dah Isnin. Dah kena kerja lagi, Malasnyee!!"

Manusia macam ni la. Hari kerja pun belum mula. Tapi awal-awal lagi dah mengeluh malas. Ish-ish. Bila seseorang tu dah mula mengeluh pada permulaan hari, biasanya dia akan terus mengeluh sepanjang hari. Betul tak?

Mengeluh ni sebenarnya tak bagus. Sebab ia hanya akan "down" kan moral dan semangat kita. Itu yang sifat malas seseorang jadi berpanjangan.


Uiks, last-last baru nak semangat? Semangat nak cuti lettew.


Mengeluh macam mana pun, kita tetap kena lalui benda tu jugak. Kena juga datang kerja pukul 8 pagi, balik 5 petang. What's the point mengeluh? Sia-sia je.

Jadi, aku rasa lebih baik kita pikir positif je, dan terus lalui hari kerja dengan hati yang terbuka. Tetapkan SEMANGAT..!!! Itu lagi cantik. Yosh..!!
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...