Beli Gadget Ikut Penggunaan. Bukan Ikut Suka

11 comments 29 March 2012

Kalau cakap pasal gadget. Handphone, komputer, kamera, atau lain2. Lelaki tak banyak masalah. Sebab, mereka tau dan faham apa yang mereka beli tu.

Biasa aku perhatikan, perempuan ada masalah sikit pasal benda-benda macam ni. Bukan masalah apa. Cuma, masalah dalam penggunaan barang tersebut.

Contohnya, ada kawan perempuan aku yang beli laptop mahal. Brand Vaio. Cantik. Spec laptop tu pon kemain tinggi. Laptop perfect. Harga hampir 5K jugak la.

Bila ditanya, apa buat dengan laptop tu. Katanya, just surf internet. Youtube, Facebook. Pastu ada la jugak untuk assignment. Guna microsoft words, powerpoint.

Aku macam..

"WOII, TU JE?.. Kalau engko guna untuk tu je. Laptop harga 1K je pon dah cukup". - Ni monolog dalaman aku je. Ahaks..

Katanya lagi. "Aku beli laptop ni, sebab dia nampak cantik".

Warghh..!! Bengang. Sebab cantik je dia beli laptop tu. Padahal, penggunaan dia sangat minimum. Berbanding spec laptop dia yang mampu untuk gunakan lebih maksimum lagi. Baik bagi aku. Kita tukar laptop. Haha..


Sama la jugak dengan henpon. Bila tengok kawan pakai BlackBerry. Ramai yang tak nak kalah. Pakai Iphone4s. Nak nampak urban lagi. Pakai Samsung Galaxy Note. Baru ikut trend. Bangga keluarkan henpon depan kawan2.

Pastu, bila tanya buat apa dengan henpon tu. Jawapannya pasti akan menggegarkan medula oblongata korang.


"Ala, macam biasa la. SMS, call.. Kadang-kadang main Angry Birds. Kalau untuk kamera, aku ada DSLR dah"


Grrrr..!! Tensionnya dengar jawapan camtu. Rasa macam nak lempang diri sendiri pon ada gak. Haha..

Natang tu mampu buat banyak benda lagi. Kata pun henpon mahal. Kalau setakat nak SMS dan call je, baik engko pakai 'tiga tiga sekupang' (3310) je. Adehh..

Aku tau. Diorang punya duit. Lantakkan la nak beli apa pon kan.

Tapi, kalau kita beli satu benda, tapi tak gunakannya sebaik mungkin. Namanya membazir. Dan, membazir tu kawan siapa? Korang jawab la sendiri.

So, kat sini aku sarankan. Kalau korang nak beli apa-apa barang. Kenalpasti dulu keperluan dan kemampuan korang. Buat research sikit. Harga barang yang korang nak beli tu, sesuai tak dengan fungsi dia, yang akan korang gunakan nanti.

Jangan main belasah je beli. Hanya sebab ia nampak menarik, cantik dan ikut trend.

Akhir kata, Jadilah pengguna yang bijak yek. =)

p/s: Pasal gadget lelaki bijak. Pasal rokok, hilang kebijaksanaannya. =p
Read On

Contest: Cerita Seram - Suara Tetamu Malam

12 comments 25 March 2012
*Ini adalah entri kontest anjuran Syaf. Sila klik banner di bawah kalau korang nak join.



Fuh, kalau nak diceritakan pasal kisah seram. Aku pasti, ramai antara kita yang pernah alaminya, kan? Aku pun tak terkecuali. Korang nak tau apa kejadian seram yang pernah aku alami? Ok teruskan membaca.

--------- Cerita bermula -----------

Kejadian ni berlaku lebih kurang 20 tahun yang lepas. Waktu tu aku berumur 5 tahun. Aku tinggal bersama keluarga aku di rumah setinggan, 2 tingkat. Kami duduk 8 beradik, bersama mak dan ayah.

Kami sekeluarga selalu masuk tidur awal. Pukul 10 malam, lampu di rumah ditutup semuanya. Adik-adik aku yang masih kecil tidur bersama mak dan ayah di bilik bawah. Manakala aku, abang dan kesemua kakak akan naik ke tingkat 2. Tidur di ruangan masing-masing.

Masa tu, kami cuma beralaskan cadar, dan ditutup oleh kelambu. Jika kelambu tiada, confirm, bangun pagi badan penuh bintik2 merah akibat digigit nyamuk.


Aku ada tabiat yang pelik. Tak tahu kenapa. Setiap malam, aku pasti akan terjaga. Dan pada suatu malam, seperti biasa, aku terjaga dari tidur. Aku tak pasti waktu tu pukul berapa. Tapi, keadaan sekeliling sangat gelap dan sunyi.

Cuma cahaya bulan purnama yang memberikan sedikit sinar yang malap, masuk ke dalam kamar aku melalui tingkap yang ditutupi oleh langsir. "Patutla sejuk, tingkap tak tutup rupanya. Nyamuk pun mesti banyak masuk nanti", fikir aku.

Perlahan-lahan aku bangkit, dan dekati tingkap tu, dengan niat untuk menutupnya. Tiba-tiba, "Zass", satu bayang-bayang putih melintas dari luar tingkap. Ianya lalu dengan sangat pantas. Aku tak nampak jelas apakah bendanya tu. Aku kaget dan tercengang, berdiri diam seribu bahasa.

Tiba-tiba, "Woof, wooff". Anjing menyalak dari luar rumah aku dengan salakan yang amat kuat. Aku tersentak. Terkejut. Cepat-cepat aku meluru masuk ke dalam kelambu. Tingkap tadi aku hanya biarkan sahaja ianya terbuka. Hanya satu perasaan aku masa tu, TAKUT.

Aku teringat orang kata, kalau anjing menyalak. Maksudnya dia nampak "sesuatu". Mungkin apa yang aku nampak tadi, sama seperti apa yang anjing-anjing tu nampak. Sebab tu mereka menyalak. Badan aku menggigil. Aku tarik selimut, dan pekup muka aku dengan bantal. Dengan harapan, aku dapat terlelap segera.

Tapi, harapan aku meleset. Semuanya tidak berakhir begitu sahaja. Selepas anjing-anjing tersebut menyalak dengan kuatnya, kedengaran pula suara tangisan halus, betul-betul di luar tingkap yang terbuka tadi. Tangisan diselangi dengan suara mengilai. "Ee hee heeee"..

Ini pertama kali aku dengar suara mengilai secara nyata. Biasanya, hanya di kaca tv, dalam filem-filem hantu. Tak terfikir sedikit pun yang aku akan alaminya sendiri.

"Ee hee heee"..


Aku semakin takut. Jantung aku terus berdegup kencang. Mustahil aku dapat tidur lagi dengan perasaan yang amat takut ni. "Ee hee heeee", makhluk tu terus mengilai. Tapi, kali ni kedengaran suara tersebut semakin jauh. Lebih perlahan.

"Woof wooff", salakan anjing seperti mengikut ke mana makhluk tersebut pergi. Bunyi salakan juga semakin jauh. Semakin perlahan. Namun, ia tidak berhenti. Suara mengilai dan salakan anjing sepertinya sedang berlawan antara satu sama lain.

Sedikit lega dalam hati aku. Kerana kedua-dua bunyi hilaian dan salakan tersebut tidak lagi kuat dan dekat seperti tadi. Hujan turun tiba-tiba. Bunyi rintikan hujan menutup segala bunyi lain yang ada pada malam tu. Hati aku mula tenang, dan akhirnya aku tertidur dengan bantal yang masih terpekup di muka aku.


Itulah peristiwa seram yang pernah aku alami. Aku tak pernah nampak hantu. Tapi, suara "orang mengilai" yang pernah aku dengar tu, mampu untuk menaikkan bulu roma aku. Aku rasa, suara hilaian tu mungkin milik pontianak yang tersesat jalan.

Persoalan tu aku terus simpan dalam fikiran aku, tanpa dikongsi dengan orang lain. Termasuk keluarga aku. Sebab, aku sendiri tak yakin. Adakah apa yang aku alami pada malam tu betul-betul berlaku, atau mimpi aku semata-mata.


18 tahun berlalu. Kami sekeluarga tidak lagi duduk di rumah setinggan yang dulu. Kami dah pun berpindah rumah. Adik-beradik aku pun semuanya dah besar.

Kadang-kadang, bila kami berkumpul beramai-ramai. Kami akan berkongsi cerita apa yang pernah kami buat kecik-kecik dulu. Tergelak-gelak bila terkenangkan kenakalan masing-masing masa kecik dulu. Kami ceritakan semuanya.

Tengah syok berbual, tiba-tiba, Kak Ngah aku bukak cerita, "Akak masa kecik-kecik dulu selalu dengar suara orang mengilai dari luar rumah".

Aku terkejut. Cerita dia sama seperti apa yang aku pernah alami dulu. Aku semakin yakin. Apa yang aku pernah alami dulu bukanlah perasaan aku semata-mata. Tapi, memang betul-betul terjadi.

Walaupon 20 tahun dah berlaku, suara hilaian pontianak tu masih jelas terngiang-ngiang dalam kepala ni. Shhuuuh kau pontianak. Tiada apa yang aku nak pulangkan pada kau. Grrr..

--------- Cerita TaMMaT -----------


Untuk mengakhiri entri ni. Dengan segala hormatnya aku mengetag (1) Phat the Great, dan (2) Misz Nadea untuk sama-sama menjayakan lagi kontest ni. Ngehh..
Read On

Berfikiran Positif Tu Bagus. Tapi...

13 comments 24 March 2012

Korang jenis berfikiran positif tak? Haha, tak payah jawab. Tau dah. Tiada seorang pun akan mengaku yang dia berfikiran negatif, kan?

Berfikiran positif tu memang satu sifat yang baik. Malah, dituntut lagi tu. Sebab tu la aku sangat respek kat mereka yang berfikiran super positif.

Tiada terdetik sedikit pun perasaan pandang serong pada manusia lain. Dalam apa-apa isu pun, fikirannya sentiasa bersih. Pergh, korang mampu?

Aku? Jujur aku katakan. Aku tak mampu nak sentiasa berfikiran baik macam tu. Sebab, bagi aku. Berfikiran negatif tu pon perlu jugak.


Kenapa perlu berfikiran negatif?


Ok, cuba korang perhatikan kat mereka yg terlalu fikir positif ni. Sentiasa baik sangka pada orang. Orang jenis ni biasanya kurang fikirkan akibat yg akan berlaku.

Contoh, isu hutang. Terlalu percaya dan baik sangka pada kawan. Akibatnya, kawan melarikan diri. Pastu baru terhegeh-hegeh nak menyesal. Menangis tak berlagu.

Sekiranya dia fikir negatif, yang kawan dia akan lari. Sekurang-kurangnya dia akan buat persiapan. Mungkin buat surat perjanjian, berserta saksi dan sebagainya. Kan mudah nak dakwa sekiranya kawan dia tu gagal jelaskan hutang.




Contoh lain, isu moral. Kita terlalu bersangka baik pada anak-anak muda kita. Biarkan diorang keluar lewat malam. Kita cakap:

"Ala, diorang dah besar. Mesti tau bezakan baik dan buruk".

Tapi, apa akibatnya? Diorang memang tak reti bezakan baik dan buruk. Buktinya, masalah sosial negara kita semakin teruk. Couple pon dah jadi trend.

Nampak tak? Disebabkan fikiran positif kita tu, lebih banyak perkara negatif yang akan berlaku pada masa depan.

So, macam aku kata. Dalam apa-apa hal pun, berfikiran positif tu memang perlu. Tapi, jangan sampai yg negatif tu kita tak ambil kira terus. Dapat?


Jap, sebelum tu, aku nak tanya. Pernah tak korang jumpa orang yang suka letak dompet dia merata? Pastu bila dompet dia hilang, dia kata:

"Dah hilang, nak buat macam mana. Dah takdir yang Allah tetapkan. Berserah je la. Mesti ada hikmah sebaliknya"

Grrr..!! Ni la sikap super positif yang aku maksudkan. Memang mintak kaki betol.
Read On

Kenapa Aku Selalu Tulis Pasal Facebook??

15 comments 20 March 2012

Ada orang kata, idea blog aku ni banyak bersumberkan facebook. Iya. Aku tak nafikan. Sebabnya, facebook ni fenomena sekarang. Semua orang pun ada facebook. Dan, macam2 gelagat manusia yang kita boleh perhatikan kat sana.

Baik, buruk, kelakar, sedih, keagamaan, macam-macam ada. So, aku rasa, kalau aku tak kupas sesuatu yang menarik dari facebook, ianya adalah satu kerugian.

Walaubagaimanapun, tak semua isu facebook aku akan ulas. Sebab, kalau nak kupas semua, ianya takkan habis. Maklumla, manusia ni macam2 ragam. Betol tak?



Pasal isi blog, aku tak berapa berkenan tulis sesuatu isu berulang kali. Bagi aku, bosan la kalau asyik baca isu yang sama, dalam satu blog. Mungkin sebab tu jugak kot sekarang aku jarang update blog. Idea dah kering. Hehe..

Facebook boleh jadi sesuatu yang bawa faedah, dan boleh juga jadi sebaliknya. Terpulang pada kebijaksanaan seseorang. Tapi, berdasarkan pemerhatian aku. Lebih ramai menggunakan facebook secara "bodoh" berbanding bijak.

Aku harap, korang semua pun gunakan la facebook secara bijak ye.

Err.. Tapi, tak best gak. Kalau semua orang bijak. Aku pon semakin blur, nak tulis apa pasal facebook lepas ni. Kahkah.. Ok, kidding. =p
Read On

Jom Ramai-Ramai Jadi Pembantu Rumah. Gaji Minimum Amah Masyuk Woah.

13 comments 17 March 2012
Korang semua dah tau pasal sepakatan yang dicapai oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia, pasal gaji minimum pembantu rumah indonesia?

Gaji minimum yang dipersetujui adalah RM700 sebulan. Kira ok la tu kan? Haha, tak semudah tu. Korang tau tak? RM700 tu hanya untuk satu pengkhususan je.


Maksudnya, kalau amah tu diambil kerja sebagai tukang masak, tugas dia hanya memasak. Tak boleh buat kerja lain. Kalau nak dia jaga bayi, korang kena ambil sorang lagi pembantu rumah, yang khas untuk jaga bayi. Tambah RM700 lagi. Dah jadi RM1400 sebulan, hanya untuk buat 2 kerja.

Pengkhususan yang ditawarkan ada empat, memasak, jaga bayi, jaga orang tua, mengemas rumah. Nak semua khidmat tersebut. Bayor la korang RM2800 sebulan.

Hak hak, tak ke masyuk jadi pembantu rumah sekarang ni? Malaysia ni pon baik hati. Ikut je demand Indonesia tentang hal ni. Mungkin sebab rasa bersalah kot.
"Indonesia melaksanakan pembekuan sementara (tidak menghantar pembantu rumah ke Malaysia) pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu negara itu oleh majikan Malaysia.

Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006 dengan memperkemaskan peruntukan, terutama berkaitan perlindungan dan kesejahteraan pekerja dan majikan." - Berita penuh (klik sini)

Kesan gaji minimum pembantu rumah Indonesia

Bagi aku, hal ni adalah berita baik bagi orang Indonesia. Tapi, berita buruk kepada orang Malaysia yang nak menggaji pembantu rumah. Mahal kot RM700 sebulan.

Pastu, dia hanya buat satu kerja je pulak tu. Aku rasa, tak ramai kot yang nak ambik pembantu rumah Indonesia secara LEGAL lepas ni.


Ye la kan, kalau yang legal tu mahal. Orang mesti nak ambil yang illegal punya. Ala, macam video cetak rompak la. Kan berlambak kat pasar malam tu.

So, pendatang tanpa izin pon aku rasa akan terus meningkat lepas ni.

But, from the bright sight of view. Orang Malaysia sendiri pun akan berminat untuk cebur bidang pembantu rumah ni. Sebab gaji dah naik. So, tak payah la kita import orang Indonesia lagi. Kalau orang kita sendiri pun dah tawarkan diri. Tak gitu? =)
Read On

Sebab Kenapa Cikgu Perlu Add Facebook Student Dia.

21 comments 13 March 2012
Dulu, aku pernah bagitau. Couple zaman sekarang ni dah jadi macam trend. Semua orang pun nak bercinta. Budak sekolah pun tak terkecuali.

Malah, diorang lebih advanced. Buktinya, korang tengok je status facebook budak2 sekolah ni. Paling best, siap panggil 'umi-abi' lagi tu. Grr, memang gelimat betol.



Oleh sebab itu. Aku nasihatkan. Semua cikgu sekolah perlu add facebook student dia. Untuk pantau supaya student-student dia tak jadi gedik.

Contohnya, macam cikgu kat bawah ni:




Haha, kan dah kena sebijik dengan cikgu dia. Padan muka.

Seluar dalam pun mak ayah belikan lagi. Ada hati nak 'umi-abi'. Bluwek..
Read On

Tak Sangka Kitorang Boleh Berkahwin Tau.

21 comments 08 March 2012

Korang pernah dengar tak dari mulut pasangan yang baru kahwin. Biasanya artis la. Bila diinterview. Macam mana boleh bercinta sampai ke jinjang pelamin? Jawapan common yang kita boleh dengar, dia akan kata camni:


"I sendiri pon tak sangka kitorang boleh rapat sampai kahwin. Mula-mula kitorang kawan je. Takde pon perasaan sayang tu semua"


Dari mula kenal. Takde perasaan sayang. Tapi, lama-lama bila kenal jadi rapat. Perasaan cinta tu datang perlahan-lahan. Akhirnya, sama-sama ambil keputusan untuk berkahwin. Haha, logik ke?

Bagi perempuan mungkin logik. Tapi, realitinya. Semuanya adalah plan yang dirancang oleh si lelaki. Sejak awal perkenalan, semuanya telah dirancang.

Meh aku kasitau rahsia kat korang semua. Lelaki, kalau rapat dengan perempuan, mesti ada sebab lain. Dia tak anggap perempuan tu hanya sekadar kawan. Tapi, dia akan cuba untuk jadi lebih daripada itu.

Tapi, perempuan tak. Diorang memang akan anggap lelaki yang rapat dengan dia tu sebagai kawan, abang, bff dan sebagainya. Tanpa dia sedar, dia termasuk dalam taktik lelaki tu untuk mendekatinya.

Tapi, laki ni bijak. Kalau dia diinterview. Dia pon akan cakap benda yang sama:


"Betul tu. Mula-mula kenal saya anggap dia macam adik je. Tak lebih dari tu. Mungkin sebab dah rapat, lama-lama perasaan cinta tu datang."


Hahaha. Aku kalau dengar lelaki cakap ayat ni. Memang aku dah bantai gelak awal-awal. Konon je anggap macam kawan, macam adik. Padahal memang nak ngorat dia. Pasal ko engko rapat dengan dia kan? Kehkeh..


Tapi bagusla. Sekurang-kurangnya hubungan tu sampai ke jinjang pelamin jugak. Ye dop? Cuma kat sini aku nak kasitau. Lelaki takde punya rapat dengan seseorang perempuan tu, kalau dia anggap hanya sekadar kawan. Pasti akan ada niat tersembunyi. Oleh tu, perempuan sekalian. Bila ada bff tu lelaki. Nantikan je, dia akan luahkan perasaan kat korang jugak nanti. Tak percaya? Tunggu dan lihat. =p
Read On

Saya Seorang STALKER Yang Berjaya.

14 comments 03 March 2012

Apa yang korang faham dengan istilah "stalker" ?

Bagi sesiapa yang first time dengar, stalker adalah seseorang yang "ambil tahu" hal orang lain. Dengan cara menyelidik, menghendap, atau mengintip aktiviti yang dilakukan oleh subjek dia.


Stalker ni baik ke jahat?

Stalker boleh jadi baik. Boleh jadi jahat. Terpulang pada dia. Haha.. Tapi, biasanya stalker ni tak lain. Mesti niat tak baik. Kalau tak. Buat apa dia nak stalking. Ye dop?


Bagaimana nak jadi stalker?

Zaman sekarang tak sama macam dulu. Kalau dulu, nak stalk orang. Nak kena mengendap, follow ke mana dia pergi. Leceh.

Advantage zaman sekarang. Tak payah susah-sudah nak mengendap tu semua.

Add je orang yang korang nak stalk tu kat facebook. Apa-apa perkembangan dia. Semua korang boleh tau kat status update dia. Err, iya. Biasanya usaha stalking ni akan jadi lebih mudah, kalau subjek tu adalah seorang perempuan. Ngehh..

Lagi best. Kalau subjek korang tu ada blog. Lagi senang kerja korang. Segala detail yang dia buat. Dari A sampai Z, semua ditulis kat diari online dia tu.

Stalker zaman dulu, nak dapat gambar subjek dia, nak kena ambik curi-curi. Sekarang, senang. Segala posing dia korang boleh dapat, kat facebook ataupun kat blog dia. Free jek. Cuma hanya perlu pegang mouse dan klik. =)


Amacam. Sangat mudah kan nak jadi stalker zaman sekarang ni. As simple as ABC. Goodluck kepada semua. Semoga dapat jadi seorang stalker yang berjaya. =)


p/s: Jangan marah bila orang sebok pasal diri engko. Bila engko sendiri yang rajin ceritakan hal peribadi sendiri kat laman sosial.
Read On

Kalau Korang Berani, Jawab Soalan Matematik Ni.

19 comments 01 March 2012
Aku tau, korang semua suka matematik kan? Meh kat sini aku kasi soalan basic matematik. Kalau rajin, jawab la yek. Simple je. Hehe..


7 orang gadis menaiki bas yg dipandu ke sekolah.
Masing-masing mempunyai 7 beg.
Bagi setiap beg ada 7 kucing besar.
Bagi setiap kucing besar ada 7 kucing kecil.
Berapa banyak kaki di dalam bas itu?


Korang kira dulu. Bila dah ada jawapannya. Atau totally lost. Baru la tengok jawapannya kat bawah ni yek. Highlight kotak quote bawah ni untuk jawapan:

Kaki gadis: 7 x 2 = 14
Setiap gadis ada 7 beg: 7 x 7 = 49
Setiap beg ada 7 kucing besar: 49 x 7 = 343
Kaki kucing besar: 343 x 4 = 1372
Setiap kucing besar ada 7 kucing kecil: 343 x 7 = 2401
Kaki kucing kecil: 2401 x 4 = 9604


Kaki gadis + kaki kucing besar + kaki kucing kecil =


14 + 1372 + 9604 = 10990


Tambah ngan kaki driver bas 10990 + 2 = 10992


Jawapannya 10992 batang kaki. Kuikui..

Hah. Senang je kan? Bak kata akak aku. "Math Made Me Mad".. Kehkeh..
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...