Jom Ramai-Ramai Jadi Pembantu Rumah. Gaji Minimum Amah Masyuk Woah.

Korang semua dah tau pasal sepakatan yang dicapai oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia, pasal gaji minimum pembantu rumah indonesia?

Gaji minimum yang dipersetujui adalah RM700 sebulan. Kira ok la tu kan? Haha, tak semudah tu. Korang tau tak? RM700 tu hanya untuk satu pengkhususan je.


Maksudnya, kalau amah tu diambil kerja sebagai tukang masak, tugas dia hanya memasak. Tak boleh buat kerja lain. Kalau nak dia jaga bayi, korang kena ambil sorang lagi pembantu rumah, yang khas untuk jaga bayi. Tambah RM700 lagi. Dah jadi RM1400 sebulan, hanya untuk buat 2 kerja.

Pengkhususan yang ditawarkan ada empat, memasak, jaga bayi, jaga orang tua, mengemas rumah. Nak semua khidmat tersebut. Bayor la korang RM2800 sebulan.

Hak hak, tak ke masyuk jadi pembantu rumah sekarang ni? Malaysia ni pon baik hati. Ikut je demand Indonesia tentang hal ni. Mungkin sebab rasa bersalah kot.
"Indonesia melaksanakan pembekuan sementara (tidak menghantar pembantu rumah ke Malaysia) pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu negara itu oleh majikan Malaysia.

Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006 dengan memperkemaskan peruntukan, terutama berkaitan perlindungan dan kesejahteraan pekerja dan majikan." - Berita penuh (klik sini)

Kesan gaji minimum pembantu rumah Indonesia

Bagi aku, hal ni adalah berita baik bagi orang Indonesia. Tapi, berita buruk kepada orang Malaysia yang nak menggaji pembantu rumah. Mahal kot RM700 sebulan.

Pastu, dia hanya buat satu kerja je pulak tu. Aku rasa, tak ramai kot yang nak ambik pembantu rumah Indonesia secara LEGAL lepas ni.


Ye la kan, kalau yang legal tu mahal. Orang mesti nak ambil yang illegal punya. Ala, macam video cetak rompak la. Kan berlambak kat pasar malam tu.

So, pendatang tanpa izin pon aku rasa akan terus meningkat lepas ni.

But, from the bright sight of view. Orang Malaysia sendiri pun akan berminat untuk cebur bidang pembantu rumah ni. Sebab gaji dah naik. So, tak payah la kita import orang Indonesia lagi. Kalau orang kita sendiri pun dah tawarkan diri. Tak gitu? =)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

13 comments:

  • Tapi.. tapi.. tu persetujuan indo-msia je.. Kalau malaysian yg jadi pembantu rumah, siap ada degree, 700 x boleh jalan... nono..
    Demand is perlu.. HAKHAK!

    Kat negara luar mmg dikhususkan satu2 pekerjaan untuk tukang masak, kebun, kemas, jaga budak.. Its better that way..
    Msia kebanyakannya hentam kromo, sorg org gaji kena buat semua kerja. Tu yg budak x terjaga, masak ke mana, rumah tunggang langgang, last2 kena dera.. kot.

  • hahaha.. mahal betul kerje pembantu rumah . Orang indon bila balik indon, terus jadi kaya raya kalau camni.. Yeah . lps ni makin ramai lah rakyat indon kat malaysia ni .. huh

  • @dRopPuc!noo™
    kalau org Malaysia nak jadi pembantu rumah. kita apply secara terus la. tak payah guna agensi apape. kita ada IC, lebih diyakini. demand sendiri2 je dgn majikan yg perlukan pembantu rumah tu. kena pandai cari lobang dan peluang la nak idup. kehkeh..

  • @Yuu Hidayu
    hehe, yg tu bukan isunya. dirang nak kaya ke biarkan, rezeki diorang. tp masalahnya, kesan buruk terima kat kita jugak. tu yg tak best tu.

  • :tulis tapi, tempat tggal sendiri, makan sendiri, kalau majikan keluar mana2 jangan belikan ape2 untuk orang gaji... :hihi

    amacam deal?? :geleng

  • Aaaa.. Aaaa.. ada lagi satu isu.. Rasanya majikan x yakin nak ambik malaysian as pembantu rumah, sbb mungkin lebih mahal dan.. dan.. dan.. terkenal dengan KEMALASANNYA! BHAHAHA! larikk..

  • rm700 je untuk satu kerja?mak aih! kalau macam tu saye pun rela bolot nak buat 4-4 kerja sekali..sebulan gaji rm2800..2 kali ganda gaji skang..kayo den..leh kawen cepat sket..;p

  • @dRopPuc!noo™
    sbrnya, harga je yg jadi isu skrg. kalo bnda murah, org pn akan ambik. walaupon tak tentu gerentinya. katakan gaji pembantu rumah indonesia utk buat 3 kerja adalah RM2100 (3 pekerja). kita bleh demand RM1800 utk buat tiga2 kerja. kan lebih murah tu? malah, RM1800 tu masih tinggi utk gaji pembantu rumah. ye dop? =)

  • bru sembang berita ni dgn familt tdi.
    bibik skrg hnye blh utk datok2 je, kalau utk fmily pertengahan tak mampu la.
    agak melampau indonesia

  • Assalamualaikum...

    agak mahal dan tak berbaloi..lebih bagus bagi rm700 bagi isteri..klu isteri tau dlm semua perkara,suami kena bagi rm2800...dah mcm gaji degree je..lalala

  • ishh... tak sanggup teman . hehehhe :p dpt elaun dari suami cukup le ...

  • bagus.......

  • kalau macam tu... baik hantar nursery sekurang-kurangnya ada lagi pendidikan yang diberikan dibandingkan dengan pembantu rumah indonesia...jangan2 membaca pun tidak tau. Lagi pun, kebanyakan nursery ada belajar psikologi kanak2, banyak membantu lagi kepada anak2 yang dijaga.

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...