Berfikiran Positif Tu Bagus. Tapi...


Korang jenis berfikiran positif tak? Haha, tak payah jawab. Tau dah. Tiada seorang pun akan mengaku yang dia berfikiran negatif, kan?

Berfikiran positif tu memang satu sifat yang baik. Malah, dituntut lagi tu. Sebab tu la aku sangat respek kat mereka yang berfikiran super positif.

Tiada terdetik sedikit pun perasaan pandang serong pada manusia lain. Dalam apa-apa isu pun, fikirannya sentiasa bersih. Pergh, korang mampu?

Aku? Jujur aku katakan. Aku tak mampu nak sentiasa berfikiran baik macam tu. Sebab, bagi aku. Berfikiran negatif tu pon perlu jugak.


Kenapa perlu berfikiran negatif?


Ok, cuba korang perhatikan kat mereka yg terlalu fikir positif ni. Sentiasa baik sangka pada orang. Orang jenis ni biasanya kurang fikirkan akibat yg akan berlaku.

Contoh, isu hutang. Terlalu percaya dan baik sangka pada kawan. Akibatnya, kawan melarikan diri. Pastu baru terhegeh-hegeh nak menyesal. Menangis tak berlagu.

Sekiranya dia fikir negatif, yang kawan dia akan lari. Sekurang-kurangnya dia akan buat persiapan. Mungkin buat surat perjanjian, berserta saksi dan sebagainya. Kan mudah nak dakwa sekiranya kawan dia tu gagal jelaskan hutang.




Contoh lain, isu moral. Kita terlalu bersangka baik pada anak-anak muda kita. Biarkan diorang keluar lewat malam. Kita cakap:

"Ala, diorang dah besar. Mesti tau bezakan baik dan buruk".

Tapi, apa akibatnya? Diorang memang tak reti bezakan baik dan buruk. Buktinya, masalah sosial negara kita semakin teruk. Couple pon dah jadi trend.

Nampak tak? Disebabkan fikiran positif kita tu, lebih banyak perkara negatif yang akan berlaku pada masa depan.

So, macam aku kata. Dalam apa-apa hal pun, berfikiran positif tu memang perlu. Tapi, jangan sampai yg negatif tu kita tak ambil kira terus. Dapat?


Jap, sebelum tu, aku nak tanya. Pernah tak korang jumpa orang yang suka letak dompet dia merata? Pastu bila dompet dia hilang, dia kata:

"Dah hilang, nak buat macam mana. Dah takdir yang Allah tetapkan. Berserah je la. Mesti ada hikmah sebaliknya"

Grrr..!! Ni la sikap super positif yang aku maksudkan. Memang mintak kaki betol.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

13 comments:

  • wakakka.. yang super positif tu memang tak boleh blahhhh XD

  • haha.. yang super positive ni.. masalah jugak ye.... kite pulk yng naik bengag.. berserah je.. xde inisiatif nak p report polis ke.. cri dlu ke..hape ke.. hadoi.....!!

  • setuju sangat tu..akhirnya saya jumpa jugak orang yang kata berfikiran negatif itu tidak salah...phew~~~

  • Betul sgt..contohnya kalau kita fikir negatif mesti kita takut nak buat somethink tu..mmg takut giler la,contohnya pergaualan bebas la sng.Sebab kita dah fikirkan risiko nya,kita lbih berhati-hati jaga batas pergaulan.Kalau kita fikir postif plak,mesti tak ada risiko..

  • pandai JT ulas... tabik sprint

  • sentiasa berfikiran negatif.. selamat dr mcm2.. hehehe :P

  • alhamdulillah...macam dah menjawab persoalan dalam entri saya sebentar tadi... :)

  • memang kita kena balance.. kita xleh terlampau positif n xleh gak terlampau negatif.

  • kena balance. tak leh TERLALU bfikiran -ve. takleh TERLALU bfikiran +ve.

  • erk? yang super positif tu alahai~~~ kalau jumpe org macam tu rase mcm nak lempang die laju2 supaya die sedar realiti hidup..hehe..

    dalam hidup ni kena sentiasa berfikiran positif dan negatif..biar seimbang..baru pemikiran matang sket..tahu beza baik buruk..tak gitu?

  • tu la. memang ada yg jenis positif, sampai tolak semua perkara negatif. ini la super positif yg JT rasakan tak betol.

    positif yg sepatutnya adalah, berfikiran baik, sambil ambil nilai jugak kesan2 negatifnya. nilai baik dan buruk dlm satu2 perkara, baru la btol..

  • orang yang fikir negatif ni kadang2 bijak gak, sebab da siap fikir risiko yang akan berlaku. get ready. haha

    ape2 pun, 22 kene consider. baru la dikatakan bijak berfikir. hehe =)

  • (kes 1-hutang)
    untuk kes hutang itu, sapa suruh dia tak ikut quran? bila dia ikut quran... insyaAllah dia akan sentiasa bersangka baik

    sebab pada asalnya dia telahpun bersangka baik pada Allah SWT..

    dalam surah yang paling panjang, ayat yang paling panjang (surah albaqarah ayat 282 -cek sendiri) menceritakan tentang panjang lebar bagaimana hendak berhutang.

    cara (perbuatannya) menghutangkan orang pun dah negatif, haruslah sekiranya fikirannya jadi negatif (menganggap kawannya tidak akan membayar)


    (kes 2-dompet hilang)

    sekali lagi perbuatannya negatif (bukan super positif), kerana asal perbuatan adalah melalui pemikiran.

    kenapa? kerana sapa soh dia letak merata-rata? dia telahpun menzalimi dompet itu kerana maksud zalim ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya.

    dah dia zalim terhadap dompet, kalau x hilang tu, memang Allah sayang padaNya.. tapi kalau hilang, perbuatan permulaanya bersifat negatif... dan akan menghasilkan perkara yang negatif seperti kes dompet dicuri.

    kes "Dah hilang, nak buat macam mana. Dah takdir yang Allah tetapkan. Berserah je la. Mesti ada hikmah sebaliknya" HANYA boleh diperkatakan setelah dia telahpun bersikap adil terhadap dompetnya dan akhirnya dompetnya hilang jugak dan itu perbincangan lain yang sangat panjang lebar.

    kes anak keluar rumah? malas nak terangkan.. sebab dah diterangkan kat my blog.

    wa Allahualam..

    (aku nk tengok persepsi korang tentang komen aku ini)

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...