Fuh, kalau nak diceritakan pasal kisah seram. Aku pasti, ramai antara kita yang pernah alaminya, kan? Aku pun tak terkecuali. Korang nak tau apa kejadian seram yang pernah aku alami? Ok teruskan membaca.
--------- Cerita bermula -----------
Kejadian ni berlaku lebih kurang 20 tahun yang lepas. Waktu tu aku berumur 5 tahun. Aku tinggal bersama keluarga aku di rumah setinggan, 2 tingkat. Kami duduk 8 beradik, bersama mak dan ayah.
Kami sekeluarga selalu masuk tidur awal. Pukul 10 malam, lampu di rumah ditutup semuanya. Adik-adik aku yang masih kecil tidur bersama mak dan ayah di bilik bawah. Manakala aku, abang dan kesemua kakak akan naik ke tingkat 2. Tidur di ruangan masing-masing.
Masa tu, kami cuma beralaskan cadar, dan ditutup oleh kelambu. Jika kelambu tiada, confirm, bangun pagi badan penuh bintik2 merah akibat digigit nyamuk.
Aku ada tabiat yang pelik. Tak tahu kenapa. Setiap malam, aku pasti akan terjaga. Dan pada suatu malam, seperti biasa, aku terjaga dari tidur. Aku tak pasti waktu tu pukul berapa. Tapi, keadaan sekeliling sangat gelap dan sunyi.
Cuma cahaya bulan purnama yang memberikan sedikit sinar yang malap, masuk ke dalam kamar aku melalui tingkap yang ditutupi oleh langsir. "Patutla sejuk, tingkap tak tutup rupanya. Nyamuk pun mesti banyak masuk nanti", fikir aku.
Perlahan-lahan aku bangkit, dan dekati tingkap tu, dengan niat untuk menutupnya. Tiba-tiba, "Zass", satu bayang-bayang putih melintas dari luar tingkap. Ianya lalu dengan sangat pantas. Aku tak nampak jelas apakah bendanya tu. Aku kaget dan tercengang, berdiri diam seribu bahasa.
Tiba-tiba, "Woof, wooff". Anjing menyalak dari luar rumah aku dengan salakan yang amat kuat. Aku tersentak. Terkejut. Cepat-cepat aku meluru masuk ke dalam kelambu. Tingkap tadi aku hanya biarkan sahaja ianya terbuka. Hanya satu perasaan aku masa tu, TAKUT.
Aku teringat orang kata, kalau anjing menyalak. Maksudnya dia nampak "sesuatu". Mungkin apa yang aku nampak tadi, sama seperti apa yang anjing-anjing tu nampak. Sebab tu mereka menyalak. Badan aku menggigil. Aku tarik selimut, dan pekup muka aku dengan bantal. Dengan harapan, aku dapat terlelap segera.
Tapi, harapan aku meleset. Semuanya tidak berakhir begitu sahaja. Selepas anjing-anjing tersebut menyalak dengan kuatnya, kedengaran pula suara tangisan halus, betul-betul di luar tingkap yang terbuka tadi. Tangisan diselangi dengan suara mengilai. "Ee hee heeee"..
Ini pertama kali aku dengar suara mengilai secara nyata. Biasanya, hanya di kaca tv, dalam filem-filem hantu. Tak terfikir sedikit pun yang aku akan alaminya sendiri.
"Ee hee heee"..
Aku semakin takut. Jantung aku terus berdegup kencang. Mustahil aku dapat tidur lagi dengan perasaan yang amat takut ni. "Ee hee heeee", makhluk tu terus mengilai. Tapi, kali ni kedengaran suara tersebut semakin jauh. Lebih perlahan.
"Woof wooff", salakan anjing seperti mengikut ke mana makhluk tersebut pergi. Bunyi salakan juga semakin jauh. Semakin perlahan. Namun, ia tidak berhenti. Suara mengilai dan salakan anjing sepertinya sedang berlawan antara satu sama lain.
Sedikit lega dalam hati aku. Kerana kedua-dua bunyi hilaian dan salakan tersebut tidak lagi kuat dan dekat seperti tadi. Hujan turun tiba-tiba. Bunyi rintikan hujan menutup segala bunyi lain yang ada pada malam tu. Hati aku mula tenang, dan akhirnya aku tertidur dengan bantal yang masih terpekup di muka aku.
Itulah peristiwa seram yang pernah aku alami. Aku tak pernah nampak hantu. Tapi, suara "orang mengilai" yang pernah aku dengar tu, mampu untuk menaikkan bulu roma aku. Aku rasa, suara hilaian tu mungkin milik pontianak yang tersesat jalan.
Persoalan tu aku terus simpan dalam fikiran aku, tanpa dikongsi dengan orang lain. Termasuk keluarga aku. Sebab, aku sendiri tak yakin. Adakah apa yang aku alami pada malam tu betul-betul berlaku, atau mimpi aku semata-mata.
18 tahun berlalu. Kami sekeluarga tidak lagi duduk di rumah setinggan yang dulu. Kami dah pun berpindah rumah. Adik-beradik aku pun semuanya dah besar.
Kadang-kadang, bila kami berkumpul beramai-ramai. Kami akan berkongsi cerita apa yang pernah kami buat kecik-kecik dulu. Tergelak-gelak bila terkenangkan kenakalan masing-masing masa kecik dulu. Kami ceritakan semuanya.
Tengah syok berbual, tiba-tiba, Kak Ngah aku bukak cerita, "Akak masa kecik-kecik dulu selalu dengar suara orang mengilai dari luar rumah".
Aku terkejut. Cerita dia sama seperti apa yang aku pernah alami dulu. Aku semakin yakin. Apa yang aku pernah alami dulu bukanlah perasaan aku semata-mata. Tapi, memang betul-betul terjadi.
Walaupon 20 tahun dah berlaku, suara hilaian pontianak tu masih jelas terngiang-ngiang dalam kepala ni. Shhuuuh kau pontianak. Tiada apa yang aku nak pulangkan pada kau. Grrr..
--------- Cerita TaMMaT -----------
Untuk mengakhiri entri ni. Dengan segala hormatnya aku mengetag (1) Phat the Great, dan (2) Misz Nadea untuk sama-sama menjayakan lagi kontest ni. Ngehh..
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
memang best jt....baca sambil dgr suara mengilai.....disokong ngan bunyi muzik seram memang kena....nak pulak memalam baca kan.. thank sbb beri sokongan...
good luck....seram gak tuh...
ok tak takut pung ..
fuh fuh nasib baik baca siang hari.
tq JT aku nye cite seram semua lawak2 je boleh masuk huhu
haha .len kali jumpa jgn lupa mintak otograp :p
se..ram...se...juk..di..bu..at..nya.. :sejuk
Haha.bls lah smula pontianak tu mgilai.mesti pontianak tu lari.(cbul gler mlut aku!)
Actually penah jgk mgalami bnda2 cmni.scary..huaaa
heeeee...seram jgk eh.. tak ske tido tgkap trbukak..
izzcikcokelat.blogspot.com/2012/03/contest-cerita-seram.html
ala tkde cte seram :(
@feeza macho bukan minta autograp, cakap
"kak jual nasi lemak ke"
wakakakaka
mesti seram kan?