Lelaki EGO..Perempuan EMO..!!

2 comments 31 October 2010
Memang sifat semulajadi lelaki EGO tinggi..dan perempuan cepat emosi berbanding lelaki..

So, jejaka2 dan gadis2 sekalian, anda tak perlu gaduh2 lagi siapa lg ego dan siapa lg emo. Terima je kenyataan ni OK?

Lelaki kena pandai jaga hati perempuan, jangan bagi diorang cepat tacing.. Dan perempuan kena pandai manage EGO lelaki tu, jangan coba2 cabar egoist si dia..

p/s: JT sangat busy skrg ni.. Susah nak update bloG. Bila aku dah free nanti, Follower BloG Review akan dibuat seperti biasa...
Read On

[Contest] Cipta Tagline darkBatman: Tiada Lagi Lelaki Kacak Maskulin..

0 comments 30 October 2010
Perghh, brader Darkbatman, blogger kacak yg tak asing lagi bagi kita sekarang tengah buat contest utk cipta Tagline baru utk blog dia. Hadiah yg dipertaruhkan adalah sebanyak RM100. Fuiiyohh, banyak kan? So, rasanya tak rugi la nak give it a try utk contest ni..



Tagline sebelum - Lelaki, Kacak, Maskulin.

Tagline oleh Jejaka Terhangat:

"Tiada Rahsia Dalam Kegelapan"

Kenapa aku pilih tagline ni?

1. Sebab sesuai dengan tajuk dan background beloG DarkBatman.

Biarpon namanya Dark (gelap) dan background jugak gelap, tapi sebenarnya takda apa yg diselindungkan dalam beloG beliau. Bro Darkbatman tu jugak gunakan identiti asalnya, tiada rahsia berbanding Batman sebenar yg selindung sebalik topeng..

2. Sesuai dengan konteks entri beloG Darkman.

Kalau korang perasan, entri Darkbatman banyak mengenai info semasa dan entri personal kehidupan dia. Semuanya didedahkan, tiada rahsia..

Jadi, tagline "Tiada Rahsia Dalam Kegelapan" ni bukan hanya sesuai dengan nama beloG, background, header dan konteks entri beloG, tapi juga kena pada brader Darkbatman tu sendiri..

Kepada sesiapa yg nak join contest ni cepat sket. Hari ahad ni last day. Ngehh..!!
Read On

Wanita Yang Hipokrit Dalam Bercinta...

3 comments 28 October 2010

Interview ni antara Jejaka Terhangat (JT) dan kawan perempuannya Mak Joyah (MJ)..

JT: Ciri-ciri lelaki idaman ko macam mana?
MJ: Aku nak yg biasa2 je. Tapi kalau dpt yg hensem tu kira bonus la bg aku..

JT: Woah, ok. Ko suka yg kaya ke yg biasa2 je?
MJ: Aku bukan mata duitan. Tapi kalau keluar dating, eloknya dia la yg kena belanja.

JT: Eh, camtu pulak. Kenapa dia pulak yg kena belanja?
MJ: Mestila.. Dia kan lelaki. Harus lah belanja perempuan kan.

JT: Ok2..Pastu kalau harijadi ko, ko suka hadiah yg camne?
MJ: Asalkan dia wish besday aku pon dah cukup. Tapi kalau dia bawak pg candle light dinner hotel 5 star kan sweet. Auuw..!!

JT: Owh, camtu ek. Patut la takde sape yg nak ko sampai sekarang..
MJ: Woii, cakap baik-baik sket. Mulut takde insurans ke?

JT: Larikkkk..!!!!


p/s: Kalau ditanya setiap antara kita, takde sorang pon akan mengaku dia materialistik. Tapi hakikatnya, siapa yg tak suka kemewahan kan?
Read On

Memahami Ukuran Skala Richter. Visual Graf Disertakan..!!

0 comments
Kesian Indonesia. Sekarang diorang tgh struggle berdepan dengan bencana berkembar iaitu letusan Gunung Merapi kat Yogyakarta. Dan satu lagi bencana tsunami kat Padang..

Menurut berita, tsunami tu berlaku disebabkan gempa dasar laut pada ukuran 7.7 skala Richter. Tapi ukuran skala Richter tu korang paham ke apa maksudnya? Kalo tak tau meh teruskan baca bawah ni..

Bacaan gempa bumi diukur menggunakan alat Sesimograph. Skala Richter dicipta oleh Charles F. Richter pada tahun 1934. Skala Richter bermula pada skala 0 hingga ke skala 10..



Skala Richter 0-3.9

0-1.9: Hanya boleh dirasai oleh alat sesimograph.
2-2.9: Objek yang tergantung akan kelihatan bergoyang.
3-3.9: Tanah bergegar seperti lori berat berlalu bersebelahan dengan kita.
Read On

Software Ujian Komputer JPJ [Download Percuma]

13 comments 26 October 2010
Harini aku just nak share satu software ujian JPJ komputer. Memang elok untuk bebudak nak amik lesen. Test simulasi ni sangat best. Sebab ada jawapan sekali. Korang boleh la check tang mana yg salah..

Untuk sesaje suka2 nak jawab pon boleh. Apa lagi. Barang baek ni.. Jom Download. Ngehh...



Arahan:

Download dan RUN application. Tak perlu install..

p/s: Test komputer JPJ dulu aku dapat fullmark. Tapi bukan sebab software ni yek..=p
Read On

Sebab Kenapa Korang Tak Digalakkan Cari Jodoh Di Laman Sosial..!!

5 comments 25 October 2010
Korang suka cari jodoh melalui myspace. facebook? Kalau ye, aku nasihatkan hentikan la niat murni korang tu. Video kat bawah ni akan jelaskan kenapa..


.
.
.
.


Hantu pon bleh nampak cantik dengan efect gambar dan kamera..wakaka..
Read On

Komen Jejaka Terhangat Terhadap Putus Tunang Rozaliya..!!

24 October 2010

Dah dapat agak pon. Kes Rozaliya, gadis comel yg larikan diri sebab taknak kahwin tu, dengan Mohd Hilmi mesti berakhir dengan putus tunang punya..

Mana taknya, keluar paper kata kemungkinan Helmi tu bawak lari Rozaliya. Malu beb satu keluarga. Tak nak kawen pon jadi liputan media. Entah apape..

Alasan Rozaliya tak nak kahwin sebab tunang dia berubah jadi seorang yg panas baran, pengongkong dan lain-lain. Alasan dia boleh diterima. Tapi tak perlu la larikan diri sampai keruhkan keadaan..

Lelaki memang selalunya cepat berubah lepas dah dapat gadis yang dia nak. Ada jugak yg jadi "over protected" atas alasan terlalu sayangkan buah hati dia..

Rozaliya mungkin dah buat keputusan yg tepat dengan tak teruskan perkahwinan. Sebab dia dah nampak gambaran apa yg mungkin terjadi kalau diorang terus berkahwin. Siapa nak suami yg cepat marah dan panas baran kan? Cuma cara dia larikan diri tu dah mengeruhkan keadaan..
Read On

Video Islamic Fashion Festival Monte Carlo 2010 [Liputan CNN]

9 comments 22 October 2010
Sekarang tengah hangat pasal Islamic Fashion Festival (IFF) yg menghina kesucian Islam. Sebenarnya fashion show terlampau tu berlaku kat Monte Carlo bulan Ogos lepas..

Festival sebelumnya yg berlangsung kat Kuala Lumpur dan Jakarta ok je. Tak timbulkan kontroversi. Sampai Monte Carlo, design fashionnya dah melampau tahap jahiliah dan timbulkan rasa tak puas hati umat islam. Ish-ish..!!

Ni liputan CNN dan keadaan apa yang berlaku kat Monte Carlo Islamic Fashion Festival tu:




Datin Paduka Seri Rosmah Mansor masih didesak utk meminta maaf oleh segelintir pihak kat fanpage facebook kerana beliau merupakan penaung bagi IFF..

Music yg dibalunkan semasa fashion show tu pon tak melambangkan ciri-ciri islam. Errkk, fashion show memang tak melambangkan islam pon pada dasarnya..

Mana boleh perempuan dok tayang-tayang badan atas pentas. Lelaki pulak jadi penonton. Dengan kata lainnya, nama Islamic Fashion Festival memang sepatutnya langsung tak boleh digunapakai. Ye tak?
Read On

Suara Rakyat Tak Puas Hati Dengan Menara Warisan Tak Berhenti Di Facebook..!!

19 comments
Perghh.!! Ni 1st time aku tengok rakyat tak puas hati dengan bajet negara sampai bukak fanpage kat facebook. Lebih spesifik, lebih 80 ribu orang support fanpage "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" dalam tempoh kurang seminggu..

Fuhh, nampaknya Menara Warisan yg dirancang oleh kerajaan dengan bajet sebanyak RM5 bilion ditolak bulat-bulat oleh rakyat. Ramai yg lebih beranggapan duit yg banyak tu sepatutnya disalurkan untuk sistem pendidikan yg lebih baik, transport awam yg lebih bagus, tingkatkan mutu air, kesihatan dan lain-lain perkara lagi. Bukannya menara 100 tingkat..

Mari kita lihat fanpage tu dan suara rakyat yg tak putus-putus menyuarakan rasa tak puas hati mereka dengan menara 100 tingkat tersebut..


Refresh fanpage tersebut setiap minit dan korang dapat lihat sendiri betapa aktifnya rakyat tak putus-putus menghentam projek menara mega tersebut..


Facebook Fanpage Diblock??
Read On

Betul Ke Pentadbiran Negara Kita Dah Melampau..??

33 comments 21 October 2010
Panas, geramm.!!! Aku ni bukanlah fanatik kepada politik. Malah, most of time aku kurang berminat dgn politik. Tapi aku tak dapat nak diamkan diri lagi bila agama aku, Islam dipermainkan oleh pentadbir negara aku sendiri..

Dulu memang aku bangga aku anak Malaysia. Sekarang, korang pertimbangkan balik..

Banggakah korang bila Malaysia gah sebab acara-acara ni..?

1. Konsert Adam Lambert.

Kalau korang perasan, negara kita sekarang terlalu mengutamakan hiburan. Berpusu-pusu cari penyanyi baru yg berbakat. Artis diberikan gelaran datuk. Konsert dengan senang diluluskan sana-sini..

Sampai konsert Adam Lambert si GAY pon diluluskan. Malaysia ni memang terima baik golongan gay ke? Malu aku bila pikirkan negara dia sendiri pon ada yg boikot Adam Lambert. Tapi kita lagi ajak dia buat konsert kat sini..

Bukan Adam Lambert je. Beyonce, PitBull pon dah pernah buat konsert kat Malaysia ni. Asyik konsert-konsert. Mana masalah sosial negara tak meningkat..!!!!


2. Islamic Fashion Festival ala Jahiliah..??

Islam apa yg diperjuangkan oleh pentadbir negara kita sebenarnya. Fashion Show Islamic ke macam ni? Korang tengok dan nilai la sendiri. Tak rasa marah ke sbg seorang muslim?

Read On

Abby FineReader: Software Plagiat Terbaik Untuk Student. Download PERCUMA..!!

8 comments 20 October 2010
Berita baik untuk semua. Sekali lagi Jejaka Terhangat tanpa kedekut ilmu nak kongsi dengan korang semua satu software terbaik untuk menciplak.

Software ni sangat menyenangkan untuk kita plagiat, lebih-lebih lagi student yang nak copy paste drpd bahan rujukan diorang..

Memperkenalkan, Abby FineReader. Dengan software ni korang boleh convert GAMBAR kepada Microsoft Words. Senang kan?


ABBYY FineReader 9.0 Professional Edition Multilingual v.724 [FULL APP]


Arahan:

Antivirus akan detect program ni sbg threat. Sila abaikan kerana
Read On

Pelakon Ayat-Ayat Cinta Didakwa Murtad..!!

34 comments
Adess, tak sangka betol. Watak dalam cerita bukan main islamik lagi. Isteri solehah. In real life, murtad rupanya. Pelakon yg dimaksudkan adalah Rianti Cartwright. Atau dalam filem Ayat-ayat Cinta dia pegang watak Aisha, bini kepada Fahri..


Biodata:

Nama: Rianti Rhiannon Cartwright.
Tempat Lahir: Bandung, Jawa Barat,
Tarikh Lahir: 22 September 1983 (27 tahun)
Kerjaya: Model, aktris, dan VJ MTV Indonesia.

Lepas berjaya dalam watak Aisha, dia berlakon pulak dalam sinetron Munajah Cinta. Kat cerita tu pon dia seorang islamik, yang berjilbab, dan rendah hati..

Haish, pelakon tetap pelakon. Sok suci kamu yach..!!

Dakwaan Murtad:

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.
Read On

[Follower BloG Review] Dia Bukan Sekadar Blogger. Farhan Firdaus the Web Designer..!!

21 comments 19 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat.

Fuuhh, dah masuk bloG ke 8 aku review ni. Penat jgk rupanya review bloG ek. Takpe2, follower punya pasal kan ku gagahkan juga jari-jemari ni. Farhan Firdaus aka Paan, entri ni utk anda..


URL BloG - http://farhanfirdaus.com/

Wahh, bro Paan punya bloG guna platform Wordpress (wp). Description bloG pon "Just Another Web Designer". Harusla wp, nampak profesional sket kan? Hehe..

Korang semua nak tau apa yg aku impress sangat dgn bloG bro Paan ni? Baca ni..

1. Theme bloG simple je tapi padat. Fuuh, sejuk mata tengok warna bloG dan background dia. Takda satu pon yg sakitkan mata..

2. BloG sangat neat, tersusun. Widget yang wajib je dia letakkan kat sidebar. Tu yg jadikan bloG ni page load dia laju. Bagus-bagus..

3. Wahh, banyak gak tutorial dan tips pasal blogging yg bro Paan share ek. Cara nak naikkan trafik pon ada. Boleh la nak curik sket ilmu kat sane. Ngehh...
Read On

Video Aksi Budus Mat Rempit Melarikan Diri Dari Operasi Di Dataran Merdeka..!!

18 comments
Panas betol aku dengan mat rempit ni. Dah la kelmarin sport rim motor aku kena rembat. Dengan tubeless mahal skali kena sebat. Tak laen tak bukan, kerja mat rempit la tu. Bengang gilerr..!!

Kebetulan pulak aku ternampak metro online letak video aksi mat rempit masa operasi trafik kat dataran merdeka. Jom kita tengok aksi berok diorang..




Ada yg sanggup lawan arus utk larikan diri. Mangkok tingkat betol. Karang mati katak kena langgar kan dah sia-sia. Ada jugak yg bawak aweks pon kena tahan. Buat jatuh saham rempit kau je..

Paling best ada sorang mamat ni kena flying kick tersungkur dari motor time nak larikan diri. Pastu nangis pulak kata tu motor kawan dia. Buat lawak betol..

Sesiapa yg rasakan diri tu mat rempit bawak la bertaubat. Paling penting, pulang la kan balik sport rim motor aku tu. Mahal weyhh. Uwaaaa..!!!!


Read On

[Follower BloG Review] BloG Taman Bunga Yanasabeli dot Blogspot dot Com Sangat Sweet.!!

11 comments 18 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat.

Korang perasan tak aku review blog selang antara follower lelaki dan perempuan. Last time aku review blog jejaka kacak, Nazirul Hazwan. Maksudnya, review kali ni giliran gadis sunti plak. Ngehh.. Cik Yana, ni untuk anda..


URL BloG - http://yanasabeli.blogspot.com/

Alahai, cumilnyer header bloG. Sebab owner pon cumil. BloG pon sangat sweet. Berlatar belakangkan bebunga hijau. Terasa tenang hati sanubari tatkala berada di bloG ini..

Haha, lebih2 plak si JT ni. Jomla teruskan review. Hehe..

1. BloG ni ringan woah, seringan kulit bawang. Sebabnya takde pon widget bukan2 dalam bloG cik Yana ni. Load pon laju. Apa lagi, masukkan la bloG ni dlm list blogwalking korang. Ngeh..

2. Kat bloglist ada senarai kedai online. Oo, cik Yana kaki shopping ek. Kantoi.. Kehkeh..

3. Wahh, cik Yana pandai edit picture yek. Banyak entri yg post gambar diedit. Editkan gambar JT bleh? Tapi gambar carik sendiri la. Hehe..
Read On

[Lawak] Bila Tom Anderson, Myspace Join Facebook..!!!

16 comments
Sape tak kenal Tom Anderson? Dia la yg 1st skali send mesej kat inbox kita lepas kita register Myspace. Tom Anderson ni trademark Myspace..

Apa jadi bila si Tom tu join Facebook. Meh tengok lawak budus ni..


Tom Anderson gaduh dgn Mark Zuckerberg, pencipta facebook. Kahkah, tak bleh blaa..!!
Read On

[Tutorial Photoshop] Jom Buat Frame Gambar Bergerak. Sangat Sweet..!!

10 comments 17 October 2010
Yeay, tutorial photoshop. Sukanya..!! Sebelum ni aku dah ajar macam mana buat gambar bergerak, tanpa frame. Kali ni dengan frame. Sangat sweet. Meh tengok frame gambar yg akan kita gerakkan..


Nama model/mangsa: Meyda Sefira

Berminat buat frame gambar macam kat atas tu tapi takde photoshop? No problem, download je photoshop free kat sini:
[Download Adobe Photoshop CS3].

Ok, kita mulakan tutorial..

1.Save frame gambar ni [flower frame]. Atau dapatkan frame pilihan korang sendiri.

2. Run photoshop. Klik tab "File" dan pilih "Open..". Pastu pilih frame gambar yg korang nak..


3. Pastu tekan tab "File", klik "Place.." dan pilih gambar yg korang nak. Ulangi "Place.." utk letakkan lebih dari satu gambar.
Read On

Tips Blogging: Tips Menulis BloG Oleh Jejaka Terhangat..

37 comments
Setiap blog ada cara penulisan dia tersendiri. Cara aku tulis entri lain. Cara korang lain. So, utk entri ni aku just nak share kat sume cara bloG Jejaka Terhangat ni ditulis..



1. Gunakan ayat sempoi.

Aku tulis entri guna ayat yg tak terlalu formal, jugak tak terlalu poyo. Tapi kadang2 poyo gak. Hehe..

2. Jangan guna bahasa SMS.

Buat apa kita tulis bloG kalau pembaca tak paham kan. Jangan tulis short form syok sendiri. Haish, sakit jiwa raga aku nak pahamkan bahasa SMS ni..

3. Say No to ayat terlalu panjang.

Aku tak nak tulis terlalu panjang dalam satu ayat.. Kalo panjang2 sangat nanti reader lost fokus masa baca. Cuba habiskan ayat sependek yg boleh, dan reader boleh faham..

4. Gunakan point dalam entri.
Read On

[Follower BloG Review] BloG Suratan Kebetolan Rulezz.!!! Blogger Kacak Bernama Hazwan..

16 comments 16 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. Sebelum ni aku dah review bloG budak comel, cik Nur Azila. Harini giliran blogger yg agak hangat dipasaran. Gadis-gadis mesti suka punyalah. Kehkeh.. Brader Nazirul Hazwan, review ni untuk anda..


URL BloG - http://nazirulhazwanws.blogspot.com

Sabar yek ladies semua. Aku tau biodata Hazwan yg korang tunggu-tunggu kan? Nah, amik ni. Hehe..


BloG dia sempoi sangat. Header pon simple. Tapi aura bloG dia tetap hangat bersemangat..

Ni kehangatan bloG Suratan Kebet0lan yg aku nampak:

1.Eh, bloG ni baru start bulan 7 haritu, tapi follower dah 600 lebih? Perghh, memang gempak brader Hazwan ni..

2. Entri banyak pendek-pendek. Tapi topik hangat, tertarik terbaik. Entri ni paling menarik perhatian aku..


3. Fuiyooh, facebook badge dia gambar tengah bergambar dengan Tun Mahathir. Tak semua orang buleh dapat peluang ni. Jeles-jeles..
Read On

[Tutorial Photoshop] Buat Gambar Bergerak. Sangat Mudah dan Cepat..

42 comments
Buat pertama kalinya Jejaka Terhangat share tutorial Adobe Photoshop. Macam mana nak buat gambar bergerak. Tutorial ni sangat mudah. Sesuai utk beginner..

Aku kasi contoh gambar bergerak kat bawah ni:

......... Animation 1 ................... Animation 2 .........

Apa yg diperlukan mula-mula mestilah kena ada software Adobe Photoshop. Sesiapa yg belom ada boleh download kat sini, free jek. [Download Adobe Photoshop CS3].

Tutorial utk buat Animation 1:

1. Run Photoshop pastu klik kat "File", pastu pilih "New". Pilih lebar dan tinggi image yg anda mahukan. Ikut seperti gambar berikut:


2. Pastu klik pada "File" dan pilih "Place..". Pilih gambar yang anda mahukan dan tekan "Place".
Read On

[Follower BloG Review] Simplest-Ziela Punya BloG Superb. Bukan Sekadar BloG Budak Sekolah..!!

24 comments 15 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. BloG yg aku review kali ni milik seorang perempuan, masih bersekolah. Ehemm, dia jugak comel orangnya.. Tanpa berkelip mata, meh aku perkenalkan...


URL BloG - http://nurazilaismail.blogspot.com/

Ape? Korang nak tau biodata dia dulu? Oo..Gatal ek. Takpe2, aku perkenankan jugak. Hehe..


Single ke tak korang tanye la sendiri. Formspring, facebook, myspace, Yahoo Messenger dia ada dia sertakan kat situ. Add je semua. Hehe..


Jom kita mulakan sesi review bloG cik Azila ni:

1. Comel.. Eh, orangnya memang la comel. BloG dia pon comel gak. Theme Purple-Black kaler tu. Biasanya gadis ayu mmg suka purple kan?

2. Wahh, shoutbox pon purple gak. Pastu ada ikon comel-comel. Ni yang best nak spam selalu ni. Kehkeh..

3. BloG bersifat personal. Tapi bukan jenis luahan hati semata-mata. Lebih kepada realiti hidup, tabiat dan perangai manusia sekarang. Fuhh, best-best..
Read On

Tips Blogging: Rahsia Trafik Jejaka Terhangat Setelah 10 Hari Berblogging..

60 comments
Masuk harini genap 10 hari bloG Jejaka Terhangat ni dibuat. Ni hasil trafik 7 hari terbaru mengikut nuffnang analytical:


Not bad la bagi bloG yg baru bertapak kan? Kat sini aku just nak share tips apa yg aku buat selama 10 hari berblogging, untuk dapatkan trafik macam tu..

1. Blogwalking.

Blogwalking dah jadi benda wajib untuk kita promotekan blog kita. Tapi promote bloG kat chatbox je tak cukup nak dapatkan  trafik tinggi. Kita perlu buat lebih drpd tu..

2. Ping/promote blog kat Search Engine.

Aku ping blog ni kat semua Search Engine yg ada kat internet ni terutama Google dan Yahoo. Tujuan ping ni supaya "keyword" dari search engine senang utk masuk ke bloG kita..

3. Tulis entri yang agak panas (isu semasa).

Pembaca suka isu semasa. Tapi jangan copy paste berita internet semata-mata. Sertakan sekali elaboration atau pendapat persendirian korang..
Read On

[Follower BloG Review] BloG Cerita Bulan Cool Macam Ais Batu. Sejuk Woah..!!

8 comments 14 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. Tiba masanya utk aku review bloG ke 4 selepas bloG cik Mashimaro. Nama empunya bloG kali ni Ismail Noh (Bulan). BloG dia sangat kontra dengan bloG aku. Nape aku cakap camtu? Meh tengok sini..


URL BloG - http://www.ismailnoh.com

Nampak tak? Templete blog dia Biru + Putih + background Hitam. Sejuk je mata memandang. BloG aku plak panas. Hehe.. Daripada header bloG tu kita dah bleh agak, brader Bulan ni memang photographer sejati. Besor gilerr kamera. Cayalah..

Lain-lain kehebatan yg aku nampak kat bloG Cerita Bulan ni:

1. Dah namanye photographer, entri dia mestila banyak gambar. Gambar pulak sumenya cantik-cantik. Wahh, gambar jodoh pon banyak kat sane. Ngehh..

2. BloG ni cool, tak serabut. Ringan sebab tak banyak widget. Pastikan korang sume bookmark bloG ni dalam senarai blogwalking korang yek.

3. Based on entry archieve, bulan 10 ni genap setahun la bloG Cerita Bulan ni kan? Happy Besday to Youu..
Read On

Biodata Maher Zain Dan Sejarah Hitamnya [Download Link Full Album Disertakan]

25 comments

Siapa Maher Zain?

Beliau dilahirkan pada 1981 di Lubnan dan dibesarkan di Sweden. Mula berjinak dengan muzik pada usia 10 tahun dan mempunyai ijazah sarjana muda "Aeronautical Engineering".

Album pertama beliau bertajuk "Thank You Allah" mempunyai 13 traks dan 2 lagu bonus dan dilancarkan pada 1 November 2009. Lagu-lagu beliau telah mendapat tempat dihati peminat dan telah mendapat liputan lebih 1 juta orang melalui Youtube.


Sejarah Hitam:

Pada ketika dulu, dia pernah terbuai dengan keseronokan duniawi. Bergelar pengunjung tegar pusat hiburan, meneguk minuman beralkohol serta menjadikan najis dadah sebagai peneman, penyanyi dan produser yang berhasil menghipnos pengikut dari seluruh dunia, Maher Zain, 29, secara terbuka berkongsi kekhilafan dirinya.

Berterus-terang, tidak pernah terlintas di ruang fikirnya ingin berdampingan dengan gelaran anak seni. Jejaka kacak berketurunan Lebanon dan dibesarkan di Sweden itu, sebaliknya punya alasan sendiri untuk tegak berdiri dalam belantika hiburan lantas mengalunkan kelunakan vokalnya yang dibalut puji-pujian kepada Sang Pencipta.

Baca kisah penuh daripada Maher Zain sendiri di sini:
Read On

[Follower BloG Review] Jom Dengar Mashimaro Membebel Sampai Telinga Berdarah..!!

12 comments 13 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. Sebelum ni aku dah review bloG Suffer8zine. Kali ni giliran siapa plak? Jeng jeng.. Ye, blog cik Mashimaro menjadi pilihan hati..Yezzaa...


URL BloG - http://hatisamronkin.blogspot.com/

Tajuk bloG: Bila Mashimaro Membebel

Ha, amik ko. Kalo masuk blog cik Mashimaro, tu la yg korang dapat, bebelan. Haha.. Tapi korang jangan risau plak. Bebelan dia tulus ikhlas dari hati. Takde kutuk-kutuk orang punya..

Aku dah go through bloG cik Mashimaro. Ni bebelan aku pulak:

1. BloG cik Mashimaro ringan. Mungkin sebab tak banyak sangat widget kot. Bagus-bagus. Senang la nak blogwalking kat sane slalu. Hehe..

2. Kat header ada Anniversary Meter. Dah 1 tahun lebih katanye. Adakah tu maksudnya cik Mashimaro sudah berpunya? Jawapannya ada kat blog dia..

3. Wahh, Banyak gilerr tips cik Mashimaro kasi. Korang klik je kat tab "Tips". Tips cinta, kesihatan, nuffnang, tips berjimat. Macam-macam adaa..!!

4. Follower bloG cik Mashimaro tu banyak sangat. Tak nak sedekah sini sket ke? Hehe..
Read On

Konsert Adam Lambert si Gay Tetap Diteruskan Walaupun Memorandum Bantahan Dah Dihantar..

20 comments

Adooiiyaii. Bertambah hangat Jejaka Terhangat. Buat penat je aku kutuk-kutuk Adam Lambert si gay tu kat entri ni. Alih-alih konsert dia kat Malaysia hari Khamis ni tetap diteruskan jugak..

Memorandum bantahan yg PAS hantar pon diabaikan. Alasan PUSPAL, si gay tu boleh buat konsert kat sini. Asalkan dia ikut syarat-syarat yg ditetapkan. Nak ikut syarat ape lagi pakcik oii. Kan dia tu pernah buat kontroversi sebab comolot lelaki atas stage..

Negara dia sendiri pon ada yg boikot Adam Lambert. Kat Malaysia pulak mengalukan kedatangan dia. Sedihnya, kenapa Malaysia yg aku bangga-banggakan selama ni dah berubah?? Kenapa, bagaimana, di mana silapnya. Sesiapa boleh tolong jawab??

[Untuk lebih tak puas hati, baca berita kat bawah ni....]
Read On

[Follower BloG Review] Berita Hangat Kat SUFFER8ZINE TERRITORY. Mesti Terjah..!!

16 comments 12 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. Dan utk kali ni bloG "kapal karam" Suffer8zine terpilih utk direview oleh aku selepas bloG Cik Ayen. Apa yang panas dengan bloG beliau, meh tengok sini..


URL BloG - http://suffer.frenzyfm.my/

Rasanya ramai yg kenal dengan brader Suffer8zine. Dia ni memang blogger tegar. Konsep blog dia lebih kepada berita. Tapi hanya berita yg pelik-pelik dan yang terhangat akan dipilih kat blog dia. Rugi kalau korang ketinggalan..

Apa lagi yang hangat kat bloG Suffer8zine?

1. Clean je theme blog dia. Putih + Purple. Tenang jiwa raga masa ada kat bloG Suffer8zine. Hehe..

2. Chatbox menarik. Ikon comel-comel. Eh, ikon korek hidung pon ade? Kahkah..

3. Blogger yg tinggalkan jejak kat chatbox dia, dijamin akan diterjah balik. So, tunggu ape lagi. Kalau nak trafik free, tinggalkan la jejak kat sane..
Read On

Betol Ke Ramai Perempuan Terjerit-Jerit Masa Konsert Maher Zain? Kan Konsert Islamik Tu..

34 comments

Diilhamkan oleh - Kaizen Shinobi, Sumber oleh - I Love Islam.Com

Betol ke apa yang aku baca ni. Ramai muslimah terjerit-jerit masa konsert Maher Zain kat UIA haritu? Bukan dia nyanyi lagu nasyid ke. Dok terjerit-pekik macam orang nak mati tu kenapa? Adoiyaii, memalukan je..

Ada jugak yg kata, bukan semua student UIA yg meroyan tu, tp orang luar. Errk, dah datang universiti islam, pastu buat kecoh plak ek? Bikin panas btol. Student UIA ada terjerit sama ke tak, wallahualam..

Aku harap benda ni tak berulang lagi kat konsert besar Maher Zain nanti.
Read On

[Follower BloG Review] BloG Purple Cik Ayen Memang Hangat..!!

8 comments 11 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower bloG Jejaka Terhangat. Dan utk pertama kalinya, blog Cik Ayen terpilih utk direview oleh aku. Cik Ayen, anda sedia atau tidak. Bolos saja entri ni. Ahaks..


URL BloG - http://ainnabila-iman.blogspot.com/

Nampak tak brape cunnye bloG Cik Ayen, purplelish tu. Tak ketinggalan, dengan kereta kat header tu skali dia kasi cat ngn kaler purple. Fuhh, memang die hard fan kaler purple btol Cik Ayen ni. Bagus2..

Yang lain2 aku review dlm bentuk point:

1. Kat header, sebelah kereta purple tu la Cik Ayen kot. Hehe..

2. Ade status update kat side bar blah kiri. Korang boleh la follow up ape Cik Ayen tgh buat.

3. Eh, eh.. Kat Interest Cik Ayen tu ada tulis Cik Ayen minat KCB. Same la kita minat Ketika Cinta Bertasbih. Wa caya sama lu. Ngehh..

4. Kat side bar belah kanan ada 2 fan page facebook. Satu page bloG Cik Ayen. Satu lagi ape ek? Sapa bleh jawab?
Read On

Jangan Support Budaya GAY: Batalkan Konsert Adam Lambert..!!!!

20 comments

Untuk entri ni aku tak berpihak kat mane2 parti politik. Tapi memang betol pon keratan akhbar harakah ni. Adam Lambert dah jelas-jelas mengaku yg dia tu GAY..

Pastu kita boleh pulak bagi dia buat konsert kat Malaysia ni. Apa negara kita ni support gay ke? Tak kan kita nak jadi sama macam mat saleh kot. Diorang terima baik golongan gay dan lesbian. Gilerr..!! 

Kalau peristiwa kaum Nabi Luth berulang, kita semua akan dilaknat Allah. Mati dalam keadaan yg menyeksakan. Tak takut ke weyh?? BAN la si Lambert tu. Jangan kasi dia datang sini. Bikin panas betol..

[Baca berita penuh kat bawah ni..............]
Read On

[Berita Hangat] Lebih 10 Ribu Gadis Negara Frust Menonggeng.

26 comments 10 October 2010

KUALA LUMPUR: Pernikahan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos hari ini telah menyebabkan lebih 10 ribu anak gadis Malaysia frust menonggeng.

Ini berikutan mereka kecewa jejaka tampan idaman mereka tidak lagi berstatus bujang. Ada di antara anak-anak gadis ini yang berlinang air mata semasa menyaksikan majlis akad nikah buah hati mereka ini secara langsung di kaca tv.

Menurut Mak Peah, anak perempuannya menangis teresak-esak tak berhenti selepas mendengar berita bahawa angkasawan kacak negara akan berkahwin pada tarikh keramat 10 Oktober 2010. Dia bertekad tidak mahu makan walaupun puas dipujuk oleh Mak Peah.
Read On

Sotfware Photoshop CS3 Percuma Untuk Blogger - Tak Perlu Install Untuk Gunakan.

29 comments
Software edit-edit gambar dah jadi satu keperluan bagi seorang blogger. Untuk design header, cantikkan theme, watermark, dan lain-lain. Tak lain tak bukan, Adobe Photoshop memang software terbaik utk buat semua tu..

Kat sini Jejaka Terhangat nak share kat korang semua Portable Adobe Photoshop CS3. Tak payah susah-susah nak install, just download, extract file pastu dah boleh pakai. Senang bangat deyhh..




Ni aku sertakan jugak Ebook cara-cara nak edit gambar kat Photoshop CS3 dengan lebih advanced:

Ebook PS CS3 - Top 100 Simplified Tips and Tricks [Download]


Cepat-cepat download sementara link masih hangat...
Read On

Antara Lelaki dan Perempuan, Siapa Lagi Tak Malu Dalam Bercinta?

60 comments 09 October 2010

Perghh, panas betol soalan Jejaka Terhangat kasi. Lelaki dan perempuan, siapa yang lagi tak malu dalam bercinta? Apa jawapan dan penjelasan korang?

Meh aku mulakan. Bagi aku, perempuan lebih tak malu berbanding lelaki dalam bab cinta. No, no.. Aku bagi jawapan tu bukan sebab aku lelaki, tapi drpd observation mata kepala telinga aku sendiri.

Ni penjelasan aku kenapa:

1) Perempuan terlalu tunjuk pasangan diorang.

Perempuan suka menunjuk-nunjuk yg dia tengah hangat bercinta. Buktinya, tengok kat facebook. Atau kat blog-blog perempuan. Ramai je yg tunjuk gambar pasangan masing-masing. Siap ada tag "budak ni aku punya, cinta dia forever, dia adalah segalanya", Erk, siap anniversary lagi tu..
Read On

Sedarlah Bangsaku, Karaoke Bukan Budaya Kita..

23 comments 08 October 2010


Sini karok sana karok. Pergi keluar ngan kawan-kawan diorang ajak pergi karok. Pergi kenduri kawen, tuan rumah bukak set karok. Kat mana-mana pon karok. Ape dah takde benda lain lagi ke yang boleh dibuat? Asyik karok je keje. Haish..

Ramai yg kata karaoke dapat lepaskan tension. Ye sangat betol tu. Memekak, menjerit, merempit memang dapat lepaskan tekanan perasaan. Tension ko terlepas la. Tapi aku dengar ko nyanyi macam kera kena sumpit tu aku plak yg boleh naik gila..

Cerita 1: Karaoke di Majlis Kawen.

Dah jadi trend orang melayu kita sekarang. Asal kenduri kawen je bukak karok. Asal karok je, ada kenduri kawen la tu. Pastu jemput tah sape-sape suara bajet sedap utk nyanyi..

Standard KL, kenduri kawen dibuat 2 hari 1 malam, hari Sabtu dan Ahad. Ni yang paling aku menyampah. Nak karok siang je dah la. Tak payahla bawak sampai ke tengah malam. Orang nak tido pon kena dengar ko melalak ke. Bikin hangat betol..
Read On

BloG Korang BloG Lucah..!!!

31 comments 07 October 2010


Erkk, tajuk bikin panas betol. BloG lucah? BloG sape plak yg Jejaka Terhangat ni maksudkan? Alaa. tak payah nak bersandiwara lagi la. BloG korang-korang sume la lucah. Termasuk bloG aku ni skali..

Bukan ape, time aku blogwalking selalu ternampak tajuk entri berbaur lucah, gambar perempuan seksi, dan macam-macam lagi. Erkk, siap aku ada terjumpa entri kamasutra, apekejadah tah. Ada jugak blog yg ajar cara nak buat seks ek. Harem betol..

Oh, genre blog korang umum. Ada benda macam tu sikit biasala. Pembaca kena a open minded sket. Yeke? Cuba korang kasi mak ayah, adik beradik, sedara mara korang baca entri tu. Ade beran tak? Kalau takde beran, tu bukanlah umum namenya..
Read On

Kahkah, Justin Bieber Sebenarnya Orang Tua Berumur 51 Tahun. Ni Buktinya..

18 comments 06 October 2010
Kah kah, tergelak JT tengok video ni. Menurut berita tu, Justin Bieber sebenarnya bukan remaja berumur 16 tahun. Tapi orang tua 51 tahun yg menyamar...



Ending kat video tu lagi JT tak bleh tahan nak gelak guling-guling. Confident giler orang tua tu nyanyi. Adehh, tak tahan nak sambung gelak ni. Korang tak nak join skali ke? Waakakakaka...

Justin Bieber is actually an old man. What do you say? =p

Read On

Tips Blogging: Blogwalking Cara Pantas Dan Efficient..

22 comments
Korang suka blogwalking? Suka? Same la kite yob. Best kan jalan-jalan skodeng blog orang lain.. Tapi pernah tak masa korang dok syok blogwalking, korang termasuk kat blog orang yg sama? Mesti pernah punya kan..

Kat situ la hilangnya efficiency dalam blogwalking. Kalau korang perasan, dah banyak blog yg promote Auto Blogwalking Software. Tapi JT tak reti nak guna software2 ni. So, JT guna online Link Opener je utk blogwalking yg lebih efficient.

Macam mana caranya?

Mula-mula korang kena ada senarai bloglist dulu. Lagi cantek kalo bloglist tu dah dipecahkan kepada Page Rank masing-masing. Berbalik kat entri lepas, Kenapa JT lebih suka blogwalking di bloG PR1 dan 2..
Read On

Review Jejaka Terhangat Terhadap BloG PR 0 Hingga 4..

17 comments 05 October 2010


BloG korang Page Rank (PR) brape? PR bloG JT ni telor ayam. Amacam, hebat tak? Kehkeh.. Page Rank tu rating yg google hadiahkan kat website sebagai petanda berapa bagusnya contribution satu web tu kepada google..

PR paling tinggi ialah PR10. Sape yg dapat cecah PR10 tu bleh saing ngn google. Kira tahap dewa dah tu. Sume orang kena suspek dgn dia..

Google akan update PR website 3 kali setahun. So, korang2 yg PR0 tu jgn la risau ye. Manetau bila google update nanti PR bloG korang jadi 5 terus ke. Sape tau kan. Ahaks..


Ni review Jejaka Terhangat terhadap blog yg berpage rank 0-4:

BloG PR 0:

Kebanyakannya bloG PR0 bloG yg baru dibuat, beginner level. Susah nak tau blogger PR0 ni serius atau tak dalam blogging. Atau mungkin blogging ni jadi tempat diorang luahkan isi hati kalau ada masa terluang je. BloG PR0 tak bermaksud ianya tak bagus. Just matter of time, bloG yg bagus2 akan meletop jugak..

BloG PR1:

Keseriusan blogger PR1 dah menyerlah. Biasanya genre bloG PR 1 bersifat personal dan tak berapa pandang kat SEO. Persetankan keyword2, asalkan dapat tulis entri yg lahir dari hati. Tak gitu?
Read On

Tips Blogging: Apa Yang Perlu Buat Bila Jejakkan Kaki Ke Dunia BloGGing..

8 comments

Ehem, Jejaka Terhangat (JT) baru je buat blogspot ni. Tak reti sangat nak ekjas2, decoration blog ni sebenarnya. Ahh, persetankan itu semua. Biar simple asal nampak hangat kan? Ahaks..

Bila dah ada bloG ni, benda setandard yg kita kena buat ape lagi. Promotekan blog kita kasi 1 Malaysia, tak tak, kasi 1 cakerawala bima sakti tau pasal blog kita ni. Kalau boleh biar alien kat planet Pluto sana pon tau yg kita ade bloG.

Kata bidalan, "ayam telur sebijik riuh sekampung". Pastikan kita promote bloG lebih kecoh drpd ayam. Baru bertelor sebijik nak kecoh. Entah-entah jadi telur tembelang, baru padan muka kau ayam. Wakaka..

Macam mana nak promote bloG? Meh Jejaka Terhangat ajarin kamu..

1. Pergi ronda-ronda ke bloG orang lain (Blogwalking).

Hei hei, jom join JT kita jalan-jalan naik beskal sambil pusing-pusing bloG orang lain. Tinggalkan jejak kat shoutbox bloG diorang bahawa kita pernah buat kebakaran kat situ. Nanti mesti diorang kejar penjenayah tu sampai ke bloG kita kan? Ngehh.. Erkk, JT pon takde shoutbox lagi rupanya. Haha, nanti-nanti la buat.=p

2. Bikin Kecoh kat Facebook.

Yang ni JT pon baru je buat sebenarnya. Semata-mata nak promote bloG la katakan. Ada orang kata, semua manusia kat bumi ni pon ada akaun Facebook. Err, btol ke tak ek? Betol la kot, pasal anak buath JT yg umur 3 tahun pon dah ada facebook wa cakap lu.. Tapi tu pon adik JT la yg buatkan. Kehkeh..
Read On

Pertama Kali Aku Kat BloG Ni Sebagai Jejaka Terhangat..

7 comments 04 October 2010
Assalamualaikum, sahabat kaum kebarat sekalian alam..

Pertama kali aku jejakkan kaki ke dunia blogspot ni. Dengan berbekalkan nickname Jejaka Terhangat, akan aku kuatkan langkah untuk terus menulis apa yang tersirat di sudut siput sedut hati ini..

Untuk permulaan, cukup la kat sini dulu yek. Nanti-nanti kita jumpa lagi di hari dan waktu yg sama. Bak kata pepatung, "kalau ada sumur yang panjang, boleh kita menumpang mandi".. Erk, macam tak betol je peribahasa aku pakai ni. Tapi macam betol. Entahla, hehe..

Adios, salam hangat daripada Jejaka Terhangat..^_^

Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...