Memahami Ukuran Skala Richter. Visual Graf Disertakan..!!

Kesian Indonesia. Sekarang diorang tgh struggle berdepan dengan bencana berkembar iaitu letusan Gunung Merapi kat Yogyakarta. Dan satu lagi bencana tsunami kat Padang..

Menurut berita, tsunami tu berlaku disebabkan gempa dasar laut pada ukuran 7.7 skala Richter. Tapi ukuran skala Richter tu korang paham ke apa maksudnya? Kalo tak tau meh teruskan baca bawah ni..

Bacaan gempa bumi diukur menggunakan alat Sesimograph. Skala Richter dicipta oleh Charles F. Richter pada tahun 1934. Skala Richter bermula pada skala 0 hingga ke skala 10..



Skala Richter 0-3.9

0-1.9: Hanya boleh dirasai oleh alat sesimograph.
2-2.9: Objek yang tergantung akan kelihatan bergoyang.
3-3.9: Tanah bergegar seperti lori berat berlalu bersebelahan dengan kita.

Skala Richter 4-6.9

4-4.9: Boleh memecahkan tingkap dan menjatuhkan objek yang tidak stabil.
5-5.9: Kerusi dan almari boleh bergerak dan simen plaster boleh tertanggal dari dinding.
6-6.9: Dinding bangunan boleh retak.

Skala Richter 7-10

7-7.9: Jalanraya retak dan paip-paip air pecah, bangunan yang tidak kukuh strukturnya boleh retak.
8-8.9: Bangunan runtuh hanya sebahagian bangunan akan masih berdiri.
9-10: Meranapkan bandar dan pergerakan bumi boleh dilihat dengan matakasar.


Gempa bumi di Acheh pada tahun 2004 berukuran skala richter 9. Itupun ianya terjadi di dasar laut laut di barat utara Sumatera..

Tsunami bermaksud ombak besar atau didalam bahasa jepun Ombak Pelabuhan..

reference - arifict.dapat.com



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

0 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...