Antara Lelaki dan Perempuan, Siapa Lagi Tak Malu Dalam Bercinta?


Perghh, panas betol soalan Jejaka Terhangat kasi. Lelaki dan perempuan, siapa yang lagi tak malu dalam bercinta? Apa jawapan dan penjelasan korang?

Meh aku mulakan. Bagi aku, perempuan lebih tak malu berbanding lelaki dalam bab cinta. No, no.. Aku bagi jawapan tu bukan sebab aku lelaki, tapi drpd observation mata kepala telinga aku sendiri.

Ni penjelasan aku kenapa:

1) Perempuan terlalu tunjuk pasangan diorang.

Perempuan suka menunjuk-nunjuk yg dia tengah hangat bercinta. Buktinya, tengok kat facebook. Atau kat blog-blog perempuan. Ramai je yg tunjuk gambar pasangan masing-masing. Siap ada tag "budak ni aku punya, cinta dia forever, dia adalah segalanya", Erk, siap anniversary lagi tu..

Kalau dah kawen letak macam tu takpe jugak. Nampak sweet je. Tapi ni jodoh tak tentu lagi ke mana, dah cakap lelaki tu segalanya bagi dia. Tak malu ke? Adehh..

Bertambah tak malu lagi kalau jodoh tak jadi. Tiba-tiba hubungan putus di tengah jalan camne? Tak malu ke nak berdepan ngan semua pertanyaan orang, kenapa boleh break.

Jangan salahkan orang dok tanye-tanye, bila diri sendiri yang promote pasangan sampai satu alam semesta tau korang tengah bercinta..

2) Update status cinta.

Ni pun boeh nampak kat facebook, YM, myspace dll. Kalau tengah hepi, mula la letak status update "dia bahagiakan saya, saya cinta dia, sayang awak selamanya". Uwekk, annoying je aku tengok.

Apa motifnye. Nak kasi satu dunia tau perasaan dia ke? Atau nak bangga depan kawan-kawan? Ish-ish..

Tapi menakutkan jugak kalau diorang break, status update jadi camni "jantan tak guna, bodoh, aku benci kau selamanya, lelaki suka curang." Dan banyak lagi sumpah seranah. Perghh, memang tak malu betol..


Tak dinafikan, lelaki pon ada jugak yg macam tu. Tapi minoriti, boleh dikira berbanding perempuan. Tak percaya? Korang terjah la sendiri facebook, blog-blog perempuan. Mesti ada punya..

Eh, ada perempuan yg tak puas hati ape yg JT tulis? Sila-sila, dropkan komen korang kat bawah ni. Ngehh..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

60 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...