Adooiiyaii. Bertambah hangat Jejaka Terhangat. Buat penat je aku kutuk-kutuk Adam Lambert si gay tu kat entri ni. Alih-alih konsert dia kat Malaysia hari Khamis ni tetap diteruskan jugak..
Memorandum bantahan yg PAS hantar pon diabaikan. Alasan PUSPAL, si gay tu boleh buat konsert kat sini. Asalkan dia ikut syarat-syarat yg ditetapkan. Nak ikut syarat ape lagi pakcik oii. Kan dia tu pernah buat kontroversi sebab comolot lelaki atas stage..
Negara dia sendiri pon ada yg boikot Adam Lambert. Kat Malaysia pulak mengalukan kedatangan dia. Sedihnya, kenapa Malaysia yg aku bangga-banggakan selama ni dah berubah?? Kenapa, bagaimana, di mana silapnya. Sesiapa boleh tolong jawab??
[Untuk lebih tak puas hati, baca berita kat bawah ni....]
Konsert sulung 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' boleh diteruskan dengan syarat ia menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Ketua Penolong Setiausaha Puspal, Mohd Dian Nais berkata antara syarat yang ditetapkan ialah pakaian artis yang tidak keterlaluan serta artis terbabit tidak melakukan kelakuan melampau seperti membuka pakaian ketika membuat persembahan.
Beliau berkata penganjur konsert itu, Marctensia Entertainment dan syarikat rakaman Sony Music, telah diberikan penerangan mengenai peraturan lain yang perlu dipatuhi termasuk jarak 7.5 meter antara pentas dan penonton.
"Seperti sebelum ini kita telah menghentikan konsert Akon di Sunway Pyramid kerana artis tersebut telah menunjukkan kelakuan tidak sopan dengan membuka bajunya ketika membuat persembahan," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.
Akon merupakan penyanyi dari Amerika Syarikat yang membuat persembahan berkonsepkan R&B, Hip-Hop dan Pop.
Konsert Adam Lambert akan diadakan Khamis ini di Stadium Putra Bukit Jalil.
Terdahulu, Mohd Dian menerima memorandum bantahan terhadap penganjuran konsert tersebut daripada Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Azman Shapawi Abdul Rani. -Bernama
Sumber - malaysiakini.com
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
hehe...funny dialog tu...
@Nur Hawa Mohd Zin
dialog tu kemungkinan yg akan berlaku kat konsert dia nnti. hehe.
org skang mana tahu haalal haaram..jnji depa leh wat duit..iskkk22
adam lambert gay..
aku baru tahu..
@one2paii
tu la pasalnya..asalkan duit masuk poket. halal haram diorg peduli ape lg..ish2..
@ladysue
skrg dah tau..support dia lagi tak? ngehh..
patutnya Maher Zain punya konsert lagi digemburkan ini Adam ni lak yang depa sokong kan..apa laa.
kuman "Buang bayi.." Entry
@Kuman Chaos
btol tu bro..Maher Zain pon kasi kat shah alam je..buat la besar2 lagi..konsert Adam Lambert kasi buat kat blakang lorong Haji Taib je dah la..ahaks..
hehehe..sebab kat mesia byk gay.. takut nanti gay mogok.. nanti tak jana ekonomi..
perempuan still banyak, tapi nak lelaki jugak~
pelik lah dengan gay2 malaysia nih :(
kecewa sngt, knapa hiburan mcm nie dialukan2?
kenapa dulu Filem KCB boleh xlulus masuk panggung Malaysia, padahal cerita islamic kot.. dan skrg bnda2 yg boleh gelapkan iman kite diluluskan!
kalau aku jumpa mmg aku balik je telo kat muka die, ngade2 nk buat konsert kat sini. x de pasal la mat gay
@Cik Ayen
kalo psl keagamaan, mmg susah diorang nak luluskan..reaitinya, hiburan diutamakan kat Malaysia ni..sedih bangat..
@suffer8zine
bukan salah si gay tu spnuhnya..tp salah penganjur..pastu salah sape yg luluskan konsert harem ni..grr, geram aku..
Assalamualaikum,tak patut2.. senang cerita tak payah pergilah tempat macam 2.. kita beriadah bersama keluarga contoh main bowling ko :).. ok jugak.. ahaks kuakuakua
suka suara dia tapi bila terkenangkan dia gay... reject terus
apa la nak jadi dengan pertadbiran Malaysia nie..
Entri terbaru ->Bagaimana meningkatkan trafik blog ?
@paan
sedih la aku sbg rakyat malaysia..nak kena tukar pentadbiran ke ek?
nasib baik aku xde pergi konsert! kalau tak, huh! kena ngan ayat2 tu...hahahah! kan kan kan JT>
ho ho ho..
ape la.. kalo artis sini wat konsert..
xde pulak dititik berat kan dr segi pemakaian..
cube la suh artis sume tutup aurat kalo nk wat persembhan.. pakai bju longar2.. pastu cukup plak kain nye..
kompom cancel terus prsmbhan tu..
^_^