[Tutorial Photoshop] Jom Buat Frame Gambar Bergerak. Sangat Sweet..!!

Yeay, tutorial photoshop. Sukanya..!! Sebelum ni aku dah ajar macam mana buat gambar bergerak, tanpa frame. Kali ni dengan frame. Sangat sweet. Meh tengok frame gambar yg akan kita gerakkan..


Nama model/mangsa: Meyda Sefira

Berminat buat frame gambar macam kat atas tu tapi takde photoshop? No problem, download je photoshop free kat sini:
[Download Adobe Photoshop CS3].

Ok, kita mulakan tutorial..

1.Save frame gambar ni [flower frame]. Atau dapatkan frame pilihan korang sendiri.

2. Run photoshop. Klik tab "File" dan pilih "Open..". Pastu pilih frame gambar yg korang nak..


3. Pastu tekan tab "File", klik "Place.." dan pilih gambar yg korang nak. Ulangi "Place.." utk letakkan lebih dari satu gambar.


4. Pastu susun semua gambar mengikut kedudukan yg sesuai. Pastikan layer flower frame berada di atas..


5. Double click kat layer flower frame dan tick pada "Drop Shadow" dan "Outer Glow" untuk bagi kesan yg lebih cantik pada frame..


6. Sekarang klik kat "Type Tool" untuk letakkan tulisan pada frame. Tick kat "Drop Shadow" dan "Stroke" untuk kasi kesan lebih menarik pada tulisan..



7. Sekarang tiba masanya untuk gerakkan gambar pada frame kecik. Rujuk pada tutorial lepas untuk gerakkan frame:


8.Save gambar tersebut di tab "File", pilih "Save for Web & Devices"..SIAP.!!!



Hmm, comel gak Meyda Sefira ni kan? Appearance solehah lagi tu. Ahaks.. Lariikk.!!!



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

10 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...