Sedarlah Bangsaku, Karaoke Bukan Budaya Kita..



Sini karok sana karok. Pergi keluar ngan kawan-kawan diorang ajak pergi karok. Pergi kenduri kawen, tuan rumah bukak set karok. Kat mana-mana pon karok. Ape dah takde benda lain lagi ke yang boleh dibuat? Asyik karok je keje. Haish..

Ramai yg kata karaoke dapat lepaskan tension. Ye sangat betol tu. Memekak, menjerit, merempit memang dapat lepaskan tekanan perasaan. Tension ko terlepas la. Tapi aku dengar ko nyanyi macam kera kena sumpit tu aku plak yg boleh naik gila..

Cerita 1: Karaoke di Majlis Kawen.

Dah jadi trend orang melayu kita sekarang. Asal kenduri kawen je bukak karok. Asal karok je, ada kenduri kawen la tu. Pastu jemput tah sape-sape suara bajet sedap utk nyanyi..

Standard KL, kenduri kawen dibuat 2 hari 1 malam, hari Sabtu dan Ahad. Ni yang paling aku menyampah. Nak karok siang je dah la. Tak payahla bawak sampai ke tengah malam. Orang nak tido pon kena dengar ko melalak ke. Bikin hangat betol..

Yang paling aku tak boleh blah, lagu indon jadi pilihan utama. Lagu Wali Band - Cari Jodoh dah jadi macam lagu wajib plak. Pergi je la kat mane2. Setiap kenduri kawen mesti pasang lagu ni. Adoiiyaii..

Ada kes ni, perempuan karok. Giler arr, aku rasa nak lempang diri sendiri je dengar lagu yg dia bawak tu. Ade ke karok lagu GOYANG INUL tengah2 malam. Dia nak suruh tetamu goyang gerudi sama dia agaknya. Majlis kawen bertukar jadi pesta dangdut. Memang sah gilerr..

Kalau aku kawen suatu hari nanti, sumpah aku takkan bukak set karok. Bikin rosak tujuan utama walimatul urus tu je. Korang pulak camne?

Cerita 2: Karaoke di Kelab.

Kalau keluar dengan kawan-kawan, tempat ni biasa jadi pilihan. REdBox, GreenBox, BlueBox, dan macam-macam kaler box lagi. Aku pernah pergi tempat mcm ni sekali je seumur hidup. Nak merasa gak ape yg best sangat karok dalam kelab ni.

Cehh, sebenarnya takde ape yg best pon. Korang kena bayar harga mahal untuk 2 jam. Pastu karok kat situ beramai-ramai sampai habis masa. Biasanya bayaran termasuk set makanan dan beverage..

Beverage dia menakutkan aku. Kita order air coke. Diorang bagi kita 1 jug air coke di mana jug ngn gelas2 tu ade cop Carlsberg.. Oitt, gilerr..!!! Tu bukan nama arak ke? Jug cop Carlsberg, dalam air coke. Dalam hati dok tanye2, "bleh minum ke tak ni???"

Aku tengok membar2 aku selamber begok je minum tanpa was-was. Diorang kata, "ape plak tak bleh minum, tu cop je. Dalam tu air coke, bukan arak pon."

Lantak la ko nak kate ape. Aku keluar beli air mineral je. Gelas, jug haram tu langsung aku tak sentuh. Sumpah lepas ni aku takkan lagi ke tempat macam ni. Yang aku pelik macam mane la orang2 melayu kita bleh jadikan tempat tu port pilihan hari minggu diorang..

Kat sini aku terangkan kat korang semua kenapa aku tetap dgn pendirian aku tak minum air coke tu. Sebabnya, tempat macam tu memang dia sediakan arak bg sesiapa yg order.

Maksudnya korang berkongsi gelas dan jug antara arak dan air coke. Tak kisah la cop jug tu Carlsberg ke, LUX ke, Maggie ke, sama je. Lagipun tempat tu syubhah ada sediakan arak. Korang sbg Islam tak rasa bersalah ke masuk tempat yg jual arak camtu??

Cerita 3: Karaoke di KBox Jamban.

Kbox jamban ni yg masukkan duit syiling tu. Atau bayar kat kaunter pastu mintak berapa lagu korang nak. Korang nak karok, terjerit terlolong macam orang nak mati dalam kotak tu pun takpe, takde sape nak kesah.

Bagi kaki-kaki karok, aku rasa better korang pergi kat sini je la. Korang memekak takda la mengganggu orang lain. Kira murah la jugak. Nyanyi satu dua lagu dah la, pastu belah. Tak payah nak membazir duit sangat utk benda-benda camni..


Papepon, karaoke bukanlah budaya kita. Nyanyi kat jamban sendiri lagi bagus kot. Angkat berus jamban, korang anggap la benda tu mikrofon. Free je, tak payah bayar.. Oraitt ???



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

23 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...