BloG Korang BloG Lucah..!!!



Erkk, tajuk bikin panas betol. BloG lucah? BloG sape plak yg Jejaka Terhangat ni maksudkan? Alaa. tak payah nak bersandiwara lagi la. BloG korang-korang sume la lucah. Termasuk bloG aku ni skali..

Bukan ape, time aku blogwalking selalu ternampak tajuk entri berbaur lucah, gambar perempuan seksi, dan macam-macam lagi. Erkk, siap aku ada terjumpa entri kamasutra, apekejadah tah. Ada jugak blog yg ajar cara nak buat seks ek. Harem betol..

Oh, genre blog korang umum. Ada benda macam tu sikit biasala. Pembaca kena a open minded sket. Yeke? Cuba korang kasi mak ayah, adik beradik, sedara mara korang baca entri tu. Ade beran tak? Kalau takde beran, tu bukanlah umum namenya..

Tau la taktik korang nak tarik pembaca kan. Almaklumla, orang melayu ni memang femes dgn keyword lucah. Tak caya korang taip je melayu kat google. Apa pilihan yg ada? Semua lucah-lucah je kan?

Kalau entri tu pakai keyword lucah utk mengkondem benda bukan-bukan tu takpe jugak. Ni siap ada blogger yg kembang hidung sebab trafik blog dia tinggi sebab keyword lucah. Ape kes?

Memang orang melayu ni tertarik dengan gambar perempuan seksi baru nak baca entri ke? Sebab tu la perlu letak gambar lucah yek. Ish-ish, kalau camtu la pemikiran korang, semakin hilangla kemelayuan Malaysia ni.

Ada orang pernah cakap kat aku. Kalau kita tayang gambar aurat orang lain, dosa kita sama macam orang yg bukak aurat tu. Erkk, cuba bayangkan berapa banyak dah dosa kita dah buat sebab blogging je..

Sama-sama kita renungkan. Kita blogger Malaysia bukan berharap sangat keyword atau gambar lucah utk tarik pembaca kan?



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

31 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...