Betul Ke Pentadbiran Negara Kita Dah Melampau..??

Panas, geramm.!!! Aku ni bukanlah fanatik kepada politik. Malah, most of time aku kurang berminat dgn politik. Tapi aku tak dapat nak diamkan diri lagi bila agama aku, Islam dipermainkan oleh pentadbir negara aku sendiri..

Dulu memang aku bangga aku anak Malaysia. Sekarang, korang pertimbangkan balik..

Banggakah korang bila Malaysia gah sebab acara-acara ni..?

1. Konsert Adam Lambert.

Kalau korang perasan, negara kita sekarang terlalu mengutamakan hiburan. Berpusu-pusu cari penyanyi baru yg berbakat. Artis diberikan gelaran datuk. Konsert dengan senang diluluskan sana-sini..

Sampai konsert Adam Lambert si GAY pon diluluskan. Malaysia ni memang terima baik golongan gay ke? Malu aku bila pikirkan negara dia sendiri pon ada yg boikot Adam Lambert. Tapi kita lagi ajak dia buat konsert kat sini..

Bukan Adam Lambert je. Beyonce, PitBull pon dah pernah buat konsert kat Malaysia ni. Asyik konsert-konsert. Mana masalah sosial negara tak meningkat..!!!!


2. Islamic Fashion Festival ala Jahiliah..??

Islam apa yg diperjuangkan oleh pentadbir negara kita sebenarnya. Fashion Show Islamic ke macam ni? Korang tengok dan nilai la sendiri. Tak rasa marah ke sbg seorang muslim?



sumber - http://www.mesra.net


3. Yes, I Can Challenge : Kempen berzina tanpa mengandung.

Tahap sosial sex di Malaysia ni dah hampir sama dengan sosial sex di negara eropah. Sebab itulah ada satu kampen yang dipanggil Yes, I Can Challenge yang direstui sendiri oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dijalankan dan sekarang berada di fasa pertengahan kempen ini


Kempen ni sama sepertinya menggalakkan remaja untuk berzina, tapi dengan selamat, tanpa mengandung. Program macam ni pon diluluskan? Gilerrr..!!!

sumber - http://joegrimjow.blogspot.com


4. Sekolah Harapan: Harapan Baru Pelajar Hamil?

Sekolah Harapan yang ditubuhkan hasil idea Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi perlindungan kepada golongan berkenaan yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama.

Lepas ni budak sekolah tak lagi takut untuk terlanjur. Sebab diorang dah tau kat mana nak pergi kalau termengandung..!!

Sumber - http://darkbatman.com/


Gilerr kan semua tu. Sebenarnya pentadbir negara yg kurang betol atau kita yg tak betol? Aku lagi prefer cakap kita yg tak betol, sebab siapa yg pilih pemimpin. Ya, betul. Kita sbg rakyat yg pilih mereka..

Kalau setakat parti ni hentam parti tu aku tak amik port sangat. Tapi bila pentadbiran dah jauh giler lari dari landasan islam. Sampai orang buta pon tau bezakan. Takkan kita nak duduk diam je...

p/s: Pilihanraya dah dekat. Bila-bila masa je. Korang dah daftar sbg pengundi ke belom..??



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

33 comments:

  • bro tambah lagi 1, menara warisan 100 tingkat yg x perlu dibina tu,


    Terkini : Pancing ikan piranha gergasi

  • betul tu, memang dah terok sgt ni. akhir zaman. bgnn 100 tingkat lg 1 tanda akhir zaman, lumba2 bina pencakar langit. tunggu je la nnt islam rules the world, baru sume ni akan terhapus.

  • aku sbnarnye dah muak ngan bnd2 ni..
    kalo ade yg ckp mesia negara islam,
    (macam nak meludah tetibe..haishh..)
    tah..
    malas nak komen pjg2,
    i've no power at all...

  • pasal bangunan 100 tingkat tu aku taknak cakap, psl tak brape bertentang dgn islam..

    cuma mmg tanda kiamat, manusia berlumba2 utk buat bangunan pencakar langit..

    dan malaysia contribute kpd tanda kiamat tu? sedih..

  • @aYaz
    ayaz..we as malaysian hold the power..kita yg mmbtk kerajaan..tula gunanya pilihanraya..utk imbangi kerajaan yg melampau..

  • adehhhhh..thap wabak parah dh ni....

    p/s bnyak bnde dh yg wat rakyat mmbara....

  • aku pulak jadi bengang

  • betu la sangat tu..
    sbb tu mslh sosial dalam negara ni tak habis22..sbb dalam tak sedar, dah terhantuk tak jugak terngadah2 nk buat camana kan....

  • mmg bodoh sgt2... bangang

  • yup,mmg ade kuasa memilih pemerintah utk mmbentuk kerajaan..
    tp kalo setakat minor yg sedar dan insaf,
    yg major haram tak peduli,
    tak ke mana jugak..
    takkan nak tggu rakyat buat demonstrasi,baru nak amik tindakan?

  • itu lah 1 malysia yang diciwikan

  • hahaha..setuju dgn ayaz.. bukan xsayang Islam , just xsayang Malaysia jer...

    yg perlu diperjuangkan bukan Malaysia dan bukan Melayu , tapi Islam..

    Entri terbaru -> Teknik Blogwalking Bijaksana Part 1

  • @aYaz
    tu la gunanya kita, sedarkan sesama kita..takkan kita nak diam je bila agama sendiri kena pijak..

    ingat, semuanya bermula dgn diri sendiri..kalau kita nk harapkan org lain tbe2 je sedar, mmg ssh..kita patut participate utk bg kesedaran tu kat masyarakat.

    dan kita..jgn blog kita pon penuh dgn hiburan je..ye tak?

  • @paan
    paan..aku stuju dgn ko..org islam dulu bleh bersatu walaupn berlainan kaum sbb mereka kuat dari segi agama, iaitu islam.

    contoh peristiwa hijrah, kaum muhajirin dan ansar bersatu..

    so, drpd kita perjuangkan bangsa baik kita perjuangkan agama..dgn agama bangsa boleh bersatu..ye tak?

  • sedih betul dengan malaysia skrg ni

  • Malaysia Oh Tanahair Ku..Tanah tmpt tumpah darah ku...Sedey bro bila pikirkan semua ni...suara kita pemimpin mana nak dengar Bro...Besok bila mengundi pangkah yg lain marah pulak..kata tak kenang jasa..yg kita pangkah terkubur dulu sebelum mati...dihentam media sana sini..kebaikan tak ditonjolkan...Kemana arah tuju Kita selepas ini..dgn anak2 yg semakin meningkat dewasa...terhidang hiburan percuma sana sini...mampukah kita mak ayah nak kawal mereka nnt...Mungkin 10 thn lagi nak tukar ugama pon pemerintah luluskan....hmmm...

  • akhir zaman...

  • 2la.. konsert adam lambert mendpt bantahan gile2 tp ttp diteruskan.. sal sekolah hamil pun aku pelik cz xtau mane arah tuju nya.. skolah sekajp pastu stop? mcm skolah utk bersalin jer..

  • 100% btul apa yang d katakan..
    suara kita ni pemimpin mana nk dengarkan..
    kita jg diri sendiri dh la ye..

  • Pasal sekolah Harapan tu , aku sokong kalau dibuat . Sebab sekolah Harapan memberi peluang kepada mereka yang dah terlanjur untuk kembali ke pangkal jalan . Mereka ingin bertaubat kenapa tidak diberi peluang ?

    Ada yang cakap Sekolah ini menggalakan Zina , aku sebenarnya tak berapa sokong . Takkan lah masa nak berzina boleh lak terfikir "nanti bila aku dah mengandung aku nak sambung belajar kat Sekolah Harapanlah" , sebab aku rasa kalau si perzina nie boleh berfikir mesti dia beli kondom jer ... buat apa nak susah-susah mengandung anak , dihina masyarakat .

    Pasal Islamic Fashion tu aku tak rasa berkonsep Jahiliah . Sebab orang Jahil pun tahu benda nie salah . Lebih teruk dari Jahiliah !

  • salah rakyat juga yg memilih pemimpin yg jahil dan fasiq!!! ..

  • thanks bagi komen kat post wanita solehah aku td..
    Aku nak kau faham something:
    ko tulis..
    "kalau jadi diri sendiri..maksudnya, kalau dia taknak pakai tudung, patutnya tak payah la pakai walaupn disuruh..camtu?

    kalau jadi diri sendiri..budak tu suka berzina, teruskan la dgn zina dia tu ye? sbb mmg bnda tu yg tnjukkan diri dia.."

    - Ade ke surh dy terus berzina?
    - Ade ke aku suruh dy kekal dalam jahil?

    Kau kene faham, yg aku suruh jd diri sendiri tu suruh jangan hipokrit. kau faham? Tu pesanan aku kat org, jgn jd hipkrit. That all. Aku bcakap dalam konteks tu. Aku tak tulis dalam konteks kekal berzina. Tolong faham betul2. Jangan ego tuduh melulu..
    Bagus pmpn tu pakai tudung,wajib. Yang aku nak ketengahkan selaraskan akhlak bersama pakaian. Jangan malukan agama dengan wat perangan sama ngan budak free hair. That's the point. Kalau kau salah faham, better kau pulak tulis post ko sandiri pasal wanita solehah..

  • @touya
    ape yg ko pikir psl skolah harapan tu btol..tp pemikiran tu tak brape nak jauh..nape pilih jalan penyelesaian jangka pendek..

    kenapa diorg tak cuba berusaha ubati drpd akar umbi..kenapa perlu cara camni..padahal semua org pon tau kes terlanjur yg berlebihan skrg sbb mereka kurg didikan dan penghayatan agama..

    asas agama remaja skrg dah tak macam dulu..semuanya sebab kesan masalah sosial yg meningkat..

    kenapa tak nak fokus memantapkan asas agama kat remaja dari umur mereka masih bawahan..

    skolah harapan..harapan ape yg dimaksudkan? tempat pemulihan kan dah banyak..nak skolah harapan ape lg..

  • @toyolkiut
    kita tak boleh buat apa sebab pemimpin taknak dengar suara rakyat? anda silap..sbnrnya kita yg pilih pemimpin..lupa ke apa guna pilihanraya..ngehh..

  • terlajak kete,bleh reverse,
    terlajak perbuatan,buruk segala..
    menyesal kemudian takde guna dah..
    jadi,ramai2,pemuda-pemudi islam kat mesia ni,
    sm2 bangkit..
    bukan dok maen buat anak haram,dok merempit,dok jadi penyangak...
    sape lagi nak mantapkan agama islam kalo bukan org islam sendiri?

  • yg no 4 tu : sebab negara kita kan kononnye nak capai 70 juta penduduk . tapi x kan nak capai dgn cara hamil luar nikah ? huhu lepas ni x de la budak2 risau kalau mengandung

  • Astagfirullahalazim, apalah nak jadi sekarang kann! Paling takleh blah yang Islamic Fashion, sangat mengotorkan kesucian pakaian muslim itu sndiri.

    Tang konsert Adam Lambert for me, usah dipandag pasal dia GAY or not, sebab bukan dia yang menyeru peminat dia yg datang konsert utk jadi gay. Sedangkan masalah gay nih dah bleluasa sejak dulu lagi. Cuma kalau boleh jangan diadakan sebarang konsert, semuanya haram bukann! Bukan Adam Lambert sorang jer..

    Love,
    PojiePooh Abdullah

  • kena ada tanda kiamat sbb mmg nk kiamat .

    kempen yes bnda alah 2 apa ?
    tak penah dengar pun.
    hihi

  • SOKONG!!!!!!!!!!!!! sokong sume .....pelik la tahun ni mcm2 jd....mmg ni tanda2 kiamat makin hampir! tp buat mase skung....kite ramai2 kene bersuara ttg ni! ....dh tau kite sbgai org Islam xleh dok diam je!

  • *aizat912 : woih relax-relax ... stay cool .

    YUP ! Sekolah Harapan hanya memberi kesan positif untuk jangka masa pendek . Ianya hanya membantu mengurangkan kes pembuangan anak tetapi tidak mengurangkan berlakunya kes Zina .


    "padahal semua org pon tau kes terlanjur yg berlebihan skrg sbb mereka kurg didikan dan penghayatan agama.."


    Inilah masalah sekarang nie , macam mana nak memberi penghayatan kepada agama ? Pendidikan agama sudah cukup diberi ... di sekolah kita diajar mengenai islam . Namun begitu Ilmu yang dipelajari hanyalah ibarat salah satu subjek peperiksaan . Di dalam erti kata lain belajar hanya kerana ingin menjawab peperiksaan sekaligus menyebabkan memberi didikan agama sahaja tidak lagi berkesan . Keputusan untuk melakukan sesuatu dipengaruhi oleh tiga perkara akal fikiran , iman dan juga nafsu .

    Di dalam kes zina , akal fikiran awal-awal lagi dah out . Yang tinggal hanyalah kekuatan iman dan juga nafsu . Serperti yang ko kata tadi penghayatan pada agama kurang menjadi punca . Kekurangan penghayatan inilah membuatkan seseorang itu membuat keputusan atas dasar nafsu .

    Kita boleh memberi didikan agama sebanyak mana pun , tetapi aku tak fikir kita boleh memberi penghayatan kepada agama kepada sesiapa pun.

    Satu lagi cara adalah dengan mengambil alternatif lain , iaitu dengan mengurangkan nafsu . Buka jer TV .. awek seksi , pergi keluar jenjalan awek seksi , sedangkan dalam blog pun ada letak gambar awek seksi . Jadi kena fikirkan cara untuk menghalang kes ini terus berlaku . Sebagai contoh memperkembangkan fashion muslimah . Tapi ko pun tengok jerlah Islamic Fashion nie , lagi memburukkan keadaan adalah .

  • dunia akhir zaman
    macam -macam tanda dah muncul dah

    +______+

  • pentadbiran negara + anak2 malaysia yang semakin worse.....
    yang memimpin semakin lantang dengan isu2 lancang
    anak malaysia yg sengal dengan perangai yg bebal

  • aku percaya pemimpin2 skrang dan terdahulu ada terlibat dlm agenda freemason, iluminati dan sebagainya.krn mereka mengetahui bahawa panji hitam dari ufuk timur akan bangkit menentang mereka dan negara kita adalah sasaran mereka selain indonesia dan selatan thai. kebanyakan pemimpin hanya memetingkan diri sendiri(salah 1 tanda akhir zaman) dan barat hanya menunggu masa utk menghapuskan Muslim dan muslimah sikt demi sedikit tanpa kita sedari melalui anasir2 yang halus.

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...