Raya Tu Raya Jugak. Sejarah Merdeka Jangan Pernah Lupa Pulak.

3 comments 31 August 2011

Tanggal 31, bulan 8, 57.. MERDEKA..!!!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54 semua..

Aku tau, ramai antara kita yang kurang dapat mood merdeka tahun ni sebab mood raya mengatasi segalanya, kan? Hehe..

Tapi takpe, sambutan hari kemerdekaan tahun ni pon dah dianjakkan ke 16 September depan. Disambut sekali dengan sambutan Hari Malaysia.

Walaubagaimanapun, ulang tahun Hari Merdeka tetap jatuh pada 31 Ogos.

Oleh tu, pada hari ni, aku nak ajak korang semua. Sama-sama kita ambik sedikit masa beberapa minit untuk "refresh" balik pengetahuan kita tentang saat-saat pengisytiharan merdeka dibuat.


Video Youtube Pengisytiharan Kemerderdekaan Tanah Melayu


Marilah sama-sama kita hayati erti kemerdekaan sebenar.

Memang pada zahirnya kita bebas merdeka daripada penjajah. Tapi, adakah itu bermaksud minda dan budaya kita pun turut merdeka daripada dijajah? Hmm..
Read On

Patutla Ramai Blogger Ucap Selamat Hari Raya Awal-Awal

17 comments 30 August 2011

Haih, seminggu lagi nak raya. Para bloggers dah siap-siap ucap Selamat hari Raya awal-awal kat blog masing-masing. Kenapa ramai yang ucap cepat sangat ek? Semangat nak raya mengalahkan puasa ke?

Hehe.. Daripada pemerhatian aku. Diorang yang ucap awal-awal ni bukan sebab "excited" nak raya ke apa. Tapi sebab kalau kita ucap lambat, contohnya malam raya baru nak ucap. Nanti takde orang nak baca ucapan kat blog kita tu. Sebab, semuanya pun dah ada kat kampung. Kan? =p

Aku ucap lambat ni. Tah ada orang baca ke tak tah. Tapi takpe, aku tetap nak ucapkan kat korang semua, para pembaca blog Jejaka Terhangat:


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Maafkan diriku sekiranya ada terlanjur kata, ataupun ada perkataan-perkataan kat blog ni yang dah berjaya mengguris hati korang. Kira 0-0 la yek. Boleh kan? Hehe..


Boom..!! KebaBooMM..!!

Tu dia, malam raya. Pukul 12 tengah malam. Bunyi mercun mengalahkan bunyi meriam. Diorang ni nak raya ke nak berperang? Tak tido la aku jawabnya ni.
Sabor je la. Grrr..!!
Read On

Bagus Jugak Raya Dengan Merdeka Bertembung Kan??

16 comments 29 August 2011

Biasa, tahun-tahun sebelum ni. Tepat pukul 12 tengah malam, masuk 31 Ogos. Laungan merdeka, disusuli dengan letupan bunga api.


Merdeka..!!!

-> Tapi, lepas laungan merdeka tu, konsert yang melalaikan dibuat.


Merdeka..!!!

-> Tapi, anak-anak muda berpeluk-pelukan sambil tengok bunga api. Pastu berbawak ke hotel.


Merdeka..!!!

-> Orang kita semakin jauh dari budaya sendiri. Lebih agungkan budaya barat.


Iya, zahirnya memang kita merdeka. Tapi, mentaliti kita masih dijajah. Itu lebih teruk sebenarnya. Merdeka kita sekarang ni hanya sekadar laungan.

Merdeka, ucapan yang hanya keluar dari mulut. Tapi tidak dari hati. Korang semua pun tau tu kan? Tak perlu nak nafikan.


Berbalik pada tajuk entri. Tahun ni raya "clash" dengan merdeka. Ramai orang kita dah balik kampung. Merdeka kurang disambut. Raya lebih diutamakan.

Positifnya, sekurang-kurangnya, tahun ni orang kita kurang ternoda masa sambut malam merdeka tu. Musim "menanam biji benih" dah dikurangkan.

Ada bagusnya jugak Hari Raya dan Merdeka ni bertembung kan?
Read On

Orang Pelat "Porn" Ada Hati Nak Bercinta Jugak

25 comments 28 August 2011

Di "print screen" daripada profile facebook seorang budak sekolah

Alahai. Kot ye pon nak bersayang-sayang, "at least" cuba la betulkan bahasa melayu adik tu dulu. Ini dah pelat tahap kritikal sangat. "PUN" pon boleh jadi "PORN"?

Ariel PeterPorn ape? Aduiiyaii..

Bahasa budak-budak sekolah sekarang dah susah nak diubati. Malah, penyakit 'bahasa bajet comey' ni pun semakin ramai guna. Dah jadi biasa pulak. Annoying meyh..!!

Atas tu baru sikit. Ada lagi "advanced". Kalau korang terer, meh try translate ayat kat entri ni pulak.

>> Tolong Aku.. Siapa Tau Translate kan Ayat Ni.
Read On

Tak Payah La Nak Balas Jasa Mak Bapak

14 comments 27 August 2011
Mulia sungguh manusia ni. Bila ditanya, mesti kebanyakannya akan jawab mereka sayang kat mak ayah. Sebab sayang tu jugak, ramai yang berimpian nak balas jasa mak ayahnya.

Eh, korang pon sama ek? Berimpian nak balas jasa kat kedua orang tua?

Balas jasa macam mana yang korang nak buat? Belikan rumah besar untuk mak? Bagi ayah duit belanja Rm10 K tiap-tiap bulan? Heh..!!

Kawan-kawan. Korang nak hadiahkan macam-macam untuk mak ayah korang tu tak salah. Tapi, meh aku bagitau awal-awal. Apa pun yang korang buat, korang takkan mampu punya untuk BALAS JASA mak ayah korang.

Boleh ke korang balas jasa kat mak yang dah separuh mati beranakkan korang, menyusukan korang ketika masih bayi? Dapat ke korang balas budi ayah yang dah penat bekerja setiap hari membanting tulang. Hantar korang ke sekolah sampai korang jadi manusia pada hari ini?

Aku yakin. Walhal korang bagi RM SEJUTA sekalipun, korang takkan mampu balas jasa mereka. Betul tak?

Sebab tu dalam Islam, kita diajar untuk sentiasa BERBUAT BAIK pada ibu bapa kita. Mereka sakit, kita beri perhatian kat mereka. Bukan hantar ke hospital, suruh cik nurse jaga. Bukan hantar ke pusat jagaan orang-orang tua sebab kita sibuk cari nafkah untuk keluarga.

Sentiasalah hargai apa yang mak ayah dah buat kat kita. Bahagiakanlah mereka sementara mereka masih ada. Dan jika mereka dah tiada, janganlah henti-henti doakan mereka kat alam barzakh sana. Ingat, doa daripada anak yang soleh dah PASTI akan diperkenankan Allah.

Walaupun kita tak kaya. Tak mampu belikan macam-macam untuk mak ayah kita. Jangan bersedih. Sebenarnya, bukan harta yang mereka inginkan daripada kita. Tapi, berapa banyak kasih sayang yang kita curahkan kat mereka.

Ingat pesan aku. Selalulah berbuat baik kepada mak dan ayah kita. Jangan korang kira untuk balas jasa mereka. Sebab, jasa mereka takkan pernah korang dapat membalasnya. Percayalah.
Read On

Sebab Kenapa Aku Tak Letak Apesal, GengCyber, OhBelog Kat Blog Ni

33 comments 26 August 2011
Korang tau Apesal, GengCyber, ataupun OhBelog? Aku rasa ramai yang dah tau. Tapi, bagi sesiapa yang tak tau, meh aku terangkan secara ringkas.

Mereka tu adalah platform "ping" blog yang paling mudah di abad ni. Apa yang kita perlu buat hanyalah letakkan widget diorang kat blog kita. Dan entri kita akan dipromosikan kat blog-blog lain yang letak widget tu jugak.

Err, faham ke? Kalau tak faham. Baca sendiri la konsepnya kat [ sini ] yek. Hehe..

Sebenarnya, cara ni bagus. Entri kita dapat dipromosikan secara lebih meluas. Tapi, dalam bagusnya. Ada "something" yang aku tak berkenan dengan kaedah ni.

"Thumbnail" bagi widget tu diambil daripada gambar apa yang blogger letakkan dalam entrinya. Ni la masalahnya. Dah la blogger suka letak gambar bukan-bukan.




Ada yang letak gambar perempuan seksi, separa bogel. Erkk, ada jugak yang letak gambar Maria Ozawa. Hampeh.!! Secara tak langsung, blog-blog yang letakkan widget tu turut terkena tempias promosikan blog-blog yang share bahan *tutt*.

Kesucian blog kita dah dicemarkan oleh blog lain. Itulah sebab utama aku tak letakkan widget Apesal, GengCyber, OhBelog dan seangkatan dengannya kat blog ni. Supaya blog aku tak turut subahat promosikan benda-benda lucah.

Eleh, bajet suci sangat la blog ko ni ek Jejaka Terhangat?

Kahkah.. Iye. blog aku takde la suci mana pon. Tapi, sekurang-kurangnya aku cuba MINIMUMKAN berkongsi benda-benda yang tak diingini dalam blog ni.

Itulah konsep blog aku, dan jugak pendirian aku.

Kalau korang tak suka, jangan ke sini lagi. Err, tapi jangan la korang pergi betul-betul. Aku halau manja je tu. Hehe..=p
Read On

Nak Nampak Hebat Kena La Cakap Omputeh. Tak Gitu??

58 comments 23 August 2011
Hey, u think u only one can sepik omputeh? I oso can sepik la. But i sepik omputeh little-little je. As long u can understand, it's ok la kan?

Kuikui, extremely broken english.

Topik kali ni, bajet power dengan bahasa english.

Kenapa yek, ramai benor orang kita ni yang bila nak drop komen kat blog atau facebook. Bila utarakan pendapat, mesti nak keluarkan bahasa omputeh. Kenapa? Nak tunjuk power yek?


Contoh komen:

I setuju dengan point u. But as long we can divide blogging and our real life, why not kan?.(Aiceh, tetiba bajet mat saleh di situ)


Kenapa terselit omputeh kat situ ek? Padahal komen kat blog orang melayu jugak. Aku selalu perhatikan fenomena ni. Err, aku sendiri pon pernah buat kot, dulu. Hehe..

Jujurla. Tujuan korang selitkan english kat situ sebab nak "impress" kan orang yang baca komen korang tu kan? Sepertinya, dengan english akan menunjukkan korang lebih "superior" berbanding orang lain. Betul aku cakap ni?

Situasi paling jelas. Cuba perhatikan bila dua orang berbahas tentang satu topik. Dan, kebiasaannya, salah sorang (atau kedua-duanya) mesti keluar bahasa omputeh untuk menunjukkan yang dia lebih berilmu daripada lawannya. Aku yakin, korang pon selalu tengok situasi camni kan?

Aku tak kata nak berbahasa orang putih tu salah. Tapi, kalau setakat cakap mat saleh untuk tunjukkan korang lebih hebat. Tak payah la. Bajet nyeww..!! Haha..
Read On

Kan Best Kalau Aku Anak Orang Kaya

28 comments 21 August 2011
Soalan. Pernah tak masa kecik-kecik dulu korang berfikir camni:


"Kan best kalau aku anak orang kaya"


Tak pernah? Mungkin sebab korang memang anak orang kaya kot. Kehkeh.. Secara jujurnya, aku pernah. Maklumla, aku berasal dari keluarga sederhana je.

Aku selalu "jelous" dengan duit belanja kawan kelas aku. Ada yang dapat RM2 sehari. Ada yang RM3. Sedangkan aku RM1 je sehari. Apa yang diorang nak, biasanya diorang akan dapat. Bestnya jadi diorang. Mak ayah berduit, boleh belikan diorang macam-macam.

Tapi tu pemikiran aku yang dulu. Sekarang aku tak fikir macam tu lagi.

Ketahuilah kawan-kawan semua. Ada duit yang banyak, harta yang melimpah ruah sebenarnya sangat bahaya bagi kita. Selain pangkat dan wanita, harta adalah antara godaan terbesar yang diberikan Allah kepada kita.

Bila seseorang ditarik nikmat harta, iaitu orang miskin. Sebenarnya dia diuji untuk sabar. Bila seseorang terlalu banyak harta, sebenarnya dia diuji untuk bersyukur kepada-Nya.


Ujian bagi orang kaya

Aku teringat kisah sorang kawan perempuan aku. Keluarga dia kaya. Anak datuk. Sejak kecik, dia terlalu dimanjakan dengan harta. Mak ayah dia terlalu sibuk dengan urusan dunia, sehingga dia terabai.

Dengan pengaruh kawan-kawan sekitar, dia selalu ke nigh club untuk berseronok. Dah dalam tu, minum arak dah jadi aktiviti wajib. Dia jugak pernah berzina dengan boifrend dia. Dan, korang percaya tak? Masa tu dia baru form 3.

Time flows. Dia kenal dengan sorang yang sedarkan dia. Alhamdulillah, sekarang dia insaf. Bertudung. Tak lagi sengaja tinggalkan solat. Dengan kata lainnya, dia jad lebih baik daripada sebelum ni.

Tapi, walaupun dia dah sedar. Sampai sekarang dia masih selalu dibelenggu dengan perasaan bersalah, perasaan berdosa, dan seringkali dia menangis bila teringatkan kekhilafan yang pernah dia buat lalu.


Nampak tak bahayanya harta? Kita boleh tersasar dari Islam, jika terlalu taksub dengan harta. Apa yang bestnya dengan harta, sekiranya keluarga tak bahagia? Apa yang seronok jadi kaya, kalau suasana Islam dalam rumah langsung tidak ada?

Oleh tu, samada kita kaya atau miskin. Yang penting, sifat syukur dalam diri jangan sesekali kita lupa. InsyaAllah, kita akan selamat dari goda dan noda dunia. =)
Read On

Ceramah Agama Kena Ada Lawak Baru La Korang Nak Tengok Kan?

23 comments 20 August 2011
Ada ke manusia yang tak suka rancangan lawak? Kalau ada yang cakap tak suka, tak baik tipu tau. Program Maharaja Lawak lepas pun dah cipta sejarah, program yang paling banyak ditonton oleh rakyat Malaysia.

Realitinya, manusia memang suka pada hiburan. Rancangan islamik, ceramah dah tentu la rating tak tinggi. Sebab tiada keseronokan dalam program tu. Ye tak?

Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni. Artis dijadikan sebagai idola. Setiap rancangan kalau nak dapatkan rating tinggi, mesti dia jemput artis. Contohnya "Manis tak kurma ini?". Eh, silap. Rancangan semanis kurma. Program perbincangan islamik. Tapi jemput artis. Maklumla, nak jadi penyeri majlis. Macam aku kata tadi, tanpa artis. Takde sape nak tengok rancangan tu.


So, macam mana pulak kalau program dakwah dibuat secara lawak?


Banyak aku perhatikan komen-komen makhluk facebook dan blog-blog. Katanya program islamik kena diselitkan lawak. Baru la tak boring. Orang lebih tertarik dengan islam. Hmm, ada betulnya.

Zaman sekarang ni pendekatan dakwah kena ada transformasi sikit. Zaman sekarang, orang tak lagi mencari ilmu agama. Tapi sebaliknya, pendakwah yang kena adaptasikan dengan keadaan sekeliling, dan kena kreatif menyampaikan dakwah supaya orang lebih tertarik dengan Islam. Walaupun sedih, tapi inilah realiti yang kita kena terima sekarang.

Selitkan humor dalam dakwah salah satu transformasi dakwah yang boleh dibuat. Contoh, ceramah Ustaz Kazim Elias. Ceramah dia selalunya diselitkan dengan lawak yang tak kering gusi. Pasal tu ceramah dia best-best belaka. Korang semua kenal Ustaz Kazim kan? Err, tak kenal? Kalau Aaron Aziz kenal pulak ek? Kehkeh..

Dan, ada satu lagi program dari Indonesia. Program dakwah yang sangat unik. Ustaz dia pun sangat lawak. Family aku selalu tengok program ni kat Astro Bintang, pakej Indo Pack setiap kali lepas sahur, pukul 5.30 pagi.

Meh aku perkenalkan kat korang. Rancangan Islam Itu Indah. Penceramah: Ustaz M. Nur Maulana. Try tengok. Confirm BEST..!!



Untuk koleksi rancangan Islam Itu Indah. Korang boleh terjah kat sini - http://videodakwahislam2.blogspot.com

Walaupun ada komen negatif, kata Ustaz ni over melawak. Islam tak boleh dijadikan lawak, ustaz ni badut berserban dan lain-lain. Tapi bagi aku, orang yang bagi komen macam tu sebab dia tak dapat analisis perbezaan zaman dulu dan sekarang.

Islam itu syumul. Maka, boleh diadaptasikan dengan pelbagai aspek dan sudut. Selagi ianya tak lebih-lebih dan tak tersasar dari landasan Islam. Apa salahnya.

Korang tengok rancangan tu. Apa pendapat korang. Best? =)

Jemaah, Oo Jemaah. Alhamdulillah..!!!
Read On

Follower Blog Review: Jom Terjah Cik Sha, Blogger Yang Suka Menulis

16 comments 18 August 2011
Dah lama aku tak buat review blog. Tetiba kali ni rasa nak buat pulak. Review kali ni sebagai tanda aku hargai pembaca tetap blog ni, Cik Sha.

Cik Sha antara pembaca terawal yang selalu datang ke blog Jejaka Terhangat ni sejak blog ni baru ditubuhkan. Sampai sekarang, dia masih jadi pembaca yang setia. Terharu beb ada pembaca setia. Hehe..=p

Aku harap, korang semua dapat sama-sama go through review ni. Sebab blog Cik Sha aku kategorikan sebagai blog yang sangat bagus. Rugi korang tak terjah..!!



- Purple gitu. Sweet kan blognya -

Nama Blog: Belog Riesha Ariesha



Apa yang menarik kat blog cik Sha:

Template cun

Korang sendiri pun boleh tengok. Template blog ni menarik "purple+pink", tak sakitkan mata. Header pun cantik. Kedudukan widget tak serabut. Overall, blog cik Sha sangat kemas. Terbaek..!!

Entri menarik

Seperti yang aku kata, cik Sha blogger yang sangat suka menulis. Korang boleh perhatikan, entri-entri dia kebanyakannya panjang belaka.

Tapi, meh aku jelaskan kat sini. Walaupun entri dia panjang, tapi tak membosankan. Kandungan entri selalu diselitkan dengan ilmu, motivasi dan nasihat. Aku pun selalu dapat something yang baru bila baca entri2 dia. Nice =)

Bagi blogger baru, korang boleh jadikan blog cik Sha sebagai reference untuk perbaiki blog korang supaya nampak lebih cantik, kemas dan tersusun.


Orait, tu la sedikit sebanyak yang aku boleh rumuskan tentang blog cik Sha. Sebelum tu, jangan lupa LIKE fanpage cik Sha ni yek semua..=)


Terima kasih cik Sha sebab sudi jadi pembaca setia blog picisan ni.

Kepada pembaca-pembaca setia yang lain pun, jangan kecik hati. Kalau berpeluang lagi lepas ni. Aku akan review blog korang pulak. Okeyh? =)
Read On

Betul Ke Korang Buat Facebook Untuk Tambah Kawan?

24 comments 17 August 2011
Salam perpaduan kawan seMalaysiaku..

Entah kenapa, aku sangat suka tulis pasal facebook. Maklumla, natang tu kan salah satu platform sosial yang sangat popular. Boleh dikatakan setiap daripada kita pasti ada facebook. Anak kepada kawan aku, umur dia baru 5 tahun pon dah ada akaun facebook. What the fishball?


Apa sebenarnya yang kita buat dengan facebook?

Kalau aku tanya setiap daripada korang, aku pasti mostly akan bagi jawapan yang korang berfacebook untuk cari kenalan. Untuk tambah kawan.

Heh, kenapa la korang suka bagi jawapan klise ek? Betul ke tu jawapan jujur korang. Untuk tambah kawan? Kalau betul bagus la.

Tapi, ketahuilah. Tak ramai yang buat facebook untuk betul-betul nak tambah kenalan. Aku teringat dulu, ada satu blog ni dia tulis bahawa hampir 80 peratus pengguna buat facebook untuk "stalk", dan bukan betul-betul nak buat kawan.

Walaupun research dia takde la dapat pengiktirafan, tapi aku sangat setuju dengan penyataan dia. Stalker kat facebook memang lebih ramai berbanding pengguna yang sebenar-benarnya. Percayalah.

Sebab tu aku selalu pesan kat perempuan. Jangan terlalu mencapap kat facebook. Kelak akan makan diri. Pesanan aku ni serius, bukan main-main.


Tujuan aku berfacebook

1. Jujur aku katakan. Tujuan utama aku berfacebook bukan semata-mata untuk tambah kenalan. Tapi untuk melebarkan lagi sayap blog aku ni. Pengguna facebook sangat ramai. Jadi, sangat rugi rasanya kalau bloggers tak gunakan platform ni untuk tarik pembaca masuk ke blog kita.

2. Tak dinafikan, aku jugak stalker. Aku sangat suka tengok gelagat "annoying" manusia kat facebook. Facebook dah jadi seperti satu hiburan bagi aku. Annoying maksud aku adalah (a) gadis melaram bajet model (b) pengupdate status facebook yang tah pape (c) budak sekolah kurang kasih sayang (d) promote pakwe/makwe

3. Biasanya, mana yang "annoying" tu memang aku akan tegur. Kebanyakan yang ditegur tu pulak akan melatah, lawan balik. Fuhh, facebook memang betul-btul menguji kesabaran aku. Sabor je la nyah. =p


Facebook lebih banyak keburukan berbanding kebaikan

Sebenarnya facebook memang lebih banyak keburukannya berbanding kebaikan. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri macam mana kita boleh extract faedah daripada facebook semaksima yang mungkin.

Jangan biarkan facebook jadi platform korang untuk tayang dosa, mengaibkan diri dan menjatuhkan maruah diri.

Sebelum aku mengakhirkan post ni, aku nak korang tanya diri sendiri.

1. Adakah korang alert yang lebih ramai stalker kat facebook yang boleh mengaib dan menjatuhkan korang satu hari nanti?

2. Adakah korang tegur kawan yang berbuat khilaf kat facebook? Contohnya yang bertabarruj, tayang muka kat facebook. Atau sebenarnya, korang pun subahat, puji dengan kecantikan yang dia pamerkan tu?

3. Adakah korang pasti, apa yang korang letak kat facebook samada gambar, atau status bukanlah sesuatu yang boleh mengaibkan korang?
Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.
Tegur kawan buat khilaf hukumnya wajib. Jika tak berani untuk tegur kesilapan kawan. Maka, bencilah perbuatannya dengan hati. Tapi, itu menandakan lemahnya iman kita. Tak sedih ke kalau iman kita hanya di tahap tu?
Read On

Macam Mana Pelajar IPT Boleh Menyumbang Kepada Masalah Sosial

30 comments 15 August 2011
Asyik-asyik cite pasal masalah sosial. Bosan lar derr.

Eh, Jangan bosan-bosan.!! Entri ni mungkin kena dengan korang. Maklumla, mostly pengguna internet kan pelajar IPT. Kehkeh..

Nah, baca ni. Aku akan bincangkan tentang bagaimana pelajar IPT (korang la tu) boleh bagi contribution kepada masalah sosial.

Zaman urbanisasi. Insitut pengajian semakin banyak dibuka. Semakin banyak pelajar dihasilkan. Ini jugak bermakna semakin ramai remaja jauh dari pengawasan ibubapa.

Masalah sosial bermula di sini. Bila pelajar jauh dari pengawasan ibu bapa. Diorang rasa bebas. Nak buat apa pun, takde sapa nak larang.

1. Dulu ayah tak kasi keluar malam. Bila masuk IPT, nak keluar malam lepak dengan kawan-kawan, balik lewat pagi pon no hal la. Bukan ayah tau pun kan?

2. Dulu kalau nak keluar dengan perempuan, mak tak kasi. Sekarang kat IPT bila-bila masa je boleh ke kolej sebelah dating dengan makwe. Yang gurls pulak siap call pakwe lagi suruh dia datang jemput kat kolej.

3. Batas antara lelaki perempuan tidak lagi ada dinding penghalangnya. Keluar hujung minggu bercampur lelaki perempuan. Hal biasa je tu. Ye tak?

4. Dulu tak pernah pegang duit banyak2. Sekarang, rambang mata dengan duit PTPTN. Ada duit lebih, nak hang out setiap minggu pun boleh. Jadi hobi pulak.




"Tak kisah la keluar lelaki perempuan pun. Yang penting tau batas pergaulan. Masing2 dah besar, boleh berfikir baik buruk kan?"

Okey, macam biasala. Feedback klise yang pasti aku akan dapat kat entri ni nanti. So, better aku mention awal-awal kat sini.

Memang betul, tak salah pun apa yang korang kata tu. Tapi, meh aku tanya korang. Kalau betul student IPT ni reti berfikir antara baik dan buruk. Kenapa masalah sosial di kalangan pelajar IPT semakin bertambah?

Maksudnya, sebenarnya most of student IPT tak reti nak berfikir secara bijak la kan? Kehkeh..

Read On

Pandangan Jejaka Terhangat Terhadap Arlene Tan Dituduh Sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

16 comments 14 August 2011
Siapa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara?
Dia ni adalah si blogger celaka yang menghina islam, dan Nabi Muhammad dengan menggunakan bahasa macam orang takde tamadun. Identiti sebenar dia takde siapa yang tahu.

Web blog: tak perlu kasitau kot. buat nyampah je.

Siapa Gaysec?
Gaysec adalah kumpulan hacker yang kononnya berjaya bongkarkan identiti sebenar Makcik Hajjah. Pendedahan identiti Makcik Hajjah dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Website: http://www.gaysec.org

Siapa Arlene Tan?
Arlene Tan adalah individu yang dituduh oleh Gaysec sebagai Makcik Hajjah. Tapi Arlene Tan menafikannya, dan dia membuat laporan polis atas perkara ni.

Web blog: http://purplepearl.wordpress.com

Siapa bloggers?

Bloggers adalah tukang sebar fitnah dalam alam maya. Mereka juga sentiasa berusaha untuk naikkan trafik blog, walau apa jua cara sekalipon. Aku pon tak terkecuali jugak. Ahaks..


Pandangan peribadi Jejaka Terhangat

Tak dinafikan, Gaysec memang kumpulan hacker yang hebat. Dapat bolos kebanyakan website kat dunia ni. (Perghh, give them a big clap). Tapi, tak bermaksud bloggers kena percaya 100% atas pendedahan yang dibuat.

Kalau tuduhan ni tak betol. Tak pasal-pasal bloggers pon dah jadi agent sebar fitnah. Sepatutnya, bila dapat berita camtu, jangan terus pikir nak share untuk UP TRAFIK blog. Tapi research dulu. Selari dengan firman Allah:
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”

(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Dan sebenarnya, segala tuduhan yang Gaysec buat terhadap Arlene tak benar. Mungkin ada kesilapan dalam research diorang kot. Yang bagusnya, Gaysec dah pun keluarkan penyataan maaf kat laman web diorang:


Kenyataan maaf Gaysec

Gaysec dah minta maaf. Bloggers yang share tuduhan tu bila lagi? Lain kali jangan terus share kat blog bila dapat berita macam ni yek. Tuduhan melulu hanya membuatkan Islam lebih dipandang serong oleh bangsa dan agama lain.

Apapun, hackers sekalian. Aku harap supaya korang jangan pernah berhenti daripada aktiviti korang hack group2 anti Islam. Lebih2 lagi kat facebook.


Tahniah Dragon Force

Tahniah aku ucapkan kepada team hacker Dragon Force sebab dapat godam group Insan Berfikir (The Thinking Human). Group ni asalnya baik. Untuk berfikir. Tapi malangnya jadi semakin rancak bila Islam dihina oleh golongan atheist. Admin pulak buat bodo, duduk diam je. Lepas kena hacked dengan Dragon Force, barula kekecohan group tu dapat diamankan. Nice job..!!


p/s: Ini la kesan buruk internet. Hak bersuara terlalu bebas. Terlalu banyak group2 kat facebook yang menghina Islam. Sakitnya hatiku..
Read On

Jom Kenali Blogger Terer Doodle [Episod 01]

30 comments 13 August 2011
Wahh, sekarang ni memang trend blog ea? Bila buat blogwalking, aku perhatikan banyak blog yang buat doodle. Eh, tau tau doodle tu apa?

Ala, doodle tu lukisan kartun yang dilukis dengan mengunakan apa-apa software ataupun application. Kebiasaannya, doodle dilukis menggunakan PAINT.

Memang payah. Bukan semua orang boleh mendoodle. Bergantung pada bakat dan kreativiti masing-masing. Kalo aku, bab doodle ni memang failed. Nak lukis orang pon jadi rupa itik. Ahaks..

Apapun, meh aku kenalkan kawan blogger aku yang terer doodle:


1. Aufa Faqihah

Aufa selalu lukis doodle muslimah dengan menyelitkan pesanan dan motivasi yang berguna kepada pembaca blognya. Terbaek..!!


Lukisan doodle Aufa. Comel kan?


2. NurAmal

Nuramal, lukisan doodle dia simple dan sempoi je. Yang bestnya, dia doodle dalam bentuk komik. Sesekali memang rasa terhibur la dengan lawak yang dia selitkan. Best..!!


Salah satu part dalam lukisan komik NurAmal.


3. Feeza Macho

Feeza Macho paling otai. Lukisan doodle dia nampak macam senang je nak lukis. Tapi sebenarnya rumit. Lukisan komik, sempoi, lawak. Semua dia bleh buat.

Blogger lain pun siap dia kartunkan menerusi blog dia. Kehkeh.. Nice work..!!


Antara bloggers yang jadi mangsa doodle dia. Comey?


Nak tengok lebih hasil karya diorang. Atau nak mintak tips cara nak doodle. Sila la terjah blog diorang yek. Manetau kat sana diorang ada buat tutorial mengajar cara nak doodle ke. Sape tau. Ngehh..

Cukup 3 blog ni je dulu aku perkenalkan. Ada lagi sebenarnya. Tapi sila tunggu episod 2 nanti yek. Stay tuned. =)

Read On

Boleh Ke Seseorang Berubah Sikap Sebab Cinta?

46 comments 11 August 2011

Korang percaya tak seseorang boleh berubah sebab cinta? Contohnya, dulu dia jahat, tapi sebab cinta. Dia berubah jadi baik. Ataupun, dulunya dia panas baran Tapi sekarang dia dah jadi seorang yang penyabar disebabkan cinta.


Boleh ke sifat seseorang tu berubah dengan mudah disebabkan cinta?

"Boleh la, apa yang tak bolehnya. Kuasa cinta mampu ubah segalanya"

Aku tau, ada yang akan bagi jawapan camtu. Sebab, kan ada bukti, seseorang tu boleh berubah jadi lebih soleh disebabkan cinta. Contohnya kat filem Syurga Cinta.

Adehh..!! Kat filem memang la takde apa yang mustahil. Tolongla jangan terlalu terpengaruh dengan filem. Filem dan dunia realiti sangat berbeza. Tak sama.


So, boleh ke manusia berubah?

Sebenarnya, tak mudah untuk kita ubah sifat diri kita. Orang pemarah, mustahil la dia tiba2 jadi penyabar. Seseorang yang kuat mencarut tanpa rasa bersalah sejak kecik. Usah harap la tiba2 mulut dia jadi seharum kasturi sebab cinta.

Kalau haya ikut logik akal. Dan berfikiran positif. Memang dengan sesedap rasa kita akan kata manusia boleh berubah. Tapi realitinya, sangat jarang benda ni berlaku.

Banyak dah kes sekarang ni. Isteri dimaki hamun. Di sepak terajang. Padahal masa berkapel dulu dia dah tau bakal suami dia tu pemarah. Tapi, masih berkahwin dengan dia, sebab percaya dengan cinta, dia boleh berubah sikap.


So, kalau korang dapat pasangan yang pemarah. Asyik maki hamun je kerja dia. Dan korang harap dia berubah sebab cinta. Nasihat aku, hentikanlah niat murni korang tu. Kelak akan makan diri. Dilempang, dicarut dan sebagainya.

Baik cari orang lain je. Tak payah la ambik risiko. Sebab, sikap manusia memang tak mudah untuk diubah. Percayalah..

"Sebab sayang, aku sanggup terima kelemahan dia tu"

Adehh, ni lagi satu. Fikir la 800 kali dulu sebelum ungkapkan benda ni yek.
Read On

Matlamat Jangka Panjang Dalam Menulis Blog

27 comments 10 August 2011

Aku meletakkan blog ni sebagai blog yang bermatlamat jangka panjang.

Bermaksud, walaupun lepas ni aku tak berblog lagi. Blog tak berupdate, tapi input blog ni masih boleh digunapakai sampai bila-bila. Faedahnya orang masih boleh ambil. Blog ni tak terikat untuk keadaan semasa semata-mata.

Blog SEO contohnya, biasanya hanyalah matlamat jangka masa pendek. Sebab tu aku kurang berminat, dan tak berapa nak amalkan SEO kat blog ni.


Matlamat jangka panjang dalam menulis blog

Korang rasa blog korang macam mana? Matlamat jangka panjang atau pendek? Heh, tak tau nak kenalpasti mana satu? Senang je.

Katakan sekarang korang bujang. Dan, masa depan nanti korang berkahwin seterusnya ada anak. Content penulisan blog korang, sesuai tak nak bagi anak2 korang baca? Kalau sesuai, bermaksud matlamat jangka masa panjang la tu.

Kalau tak sesuai, contohnya korang segan nak anak korang tau yang masa muda dulu korang suka "mencapap" dalam blog. Suka tayang body, mekap tebal, mencarut dan sebagainya. Bermakna blog korang tu matlamat jangka pendek.


Fikir sejenak matlamat berblog

Kat sini aku ajak korang semua. Sama-sama kita fikir sejenak. Adakah apa yang kita tulis kat blog selama ni datangkan manfaat kat orang lain?

Kalau korang kata blog korang matlamat jangka panjang, berani tak nanti korang bagi anak2 korang baca entri2 korang yang lepas2?

Saranan aku, letakkanlah matlamat kita menulis blog untuk jangka panjang. Supaya apa yang kita tulis lebih datangkan faedah kepada orang lain, dan bukannya mudarat kepada diri kita. Orait? =)
Read On

5 Sebab Utama Kenapa Blog Korang Tak Meletop

78 comments 09 August 2011

Siapa yang tak nak blog dia cepat naik dan meletop kan? Aku tahu, ramai antara korang yang dah cuba macam-macam. Tapi blog still tak dapat sambutan kan?

Korang tahu tak kenapa? Meh aku terangkan, sebab-sebab yang membuatkan kenapa blog korang kurang dapat sambutan. Baca ni..


5 sebab utama kenapa blog korang tak meletop

Sebab 1: Tak jual muka kat blog

Korang berblog, tapi muka belakang tabir. Kekacakan dan kecantikan korang tak nak tunjuk kat blog. Orang tak tau rupa korang camne. Memang la diorang tak follow.

Cara paling berkesan adalah, korang pacakkan muka korang besar-besar. Buat hidung kembang, muka itik bagi nampak comel. Shawl kalu boleh gunakan lebih 10 kaler, kalahkan warna pelangi. Owh, mekap paling kurang pun kena 7 inci.

Bila dah cantik, baru la orang berkenan nak follow. Korang nak mengarut, blog takde isi pon takpe. Tak jadi hal la.


Sebab 2. Tak kipas blogger otai

Biasa aku nampak banyak blogger yang kipas, puji-puji blogger otai. Good job.

Strategi ni bagus sebab bila korang kipas, blogger otai tu akan mention nama korang kat blog dia. Kan free-free je dapat trafik dan follower.

Kalau tak kipas, takde blogger otai sebut nama korang, tu yang jadi sebab utama blog korang takde orang kenal. Nampak?


Sebab 3. Tak buat entri tagih simpati

"Kenapa anon serang blog saya. Apa salah saya. Saya sedih sangat"

Lain kali try gunakan taktik entri menagih simpati camni. Kalo perlu, "print screen" sekali komen anon supaya nampak korang seperti teraniaya.

Dengan tu, blog korang akan lebih dapat perhatian pembaca. Confirm ramai yang datang, bagi komen klise camni;

"Awak jangan sedih, sabar k", "diorang dengki je tu, jangan layan"

Bila dah ramai kesian kat korang. Bertambah cepat la blog korang meletop. orait?


Sebab 4. Tak tunjuk income blog

Korang dapat duit nuffnang banyak. Tapi tak tunjuk berapa korang dapat. Mana orang nak tau korang hebat berblog.

Bila korang tunjuk hasil blog korang, walaupun RM10. Pembaca akan tertanya-tanya, macam mana korang bleh dapat jumlah tu.

Bila pembaca dah curious, tips apa yang korang goreng pon diorang akan ikut. Camni la taktik nak cari follower yang berkesan.

Semakin banyak income korang tunjuk, semakin beriban la follower korang dapat. Okey, faham kan camne taktik ni berfungsi? Seterusnya..


Sebab 5: Tak bergambar dengan artis

Weh, artis sekarang ni kan lebih dipandang tinggi daripada ulamak.

Kalau dah ada peluang join mana-mana event jumpa artis, korang kena la ambil peluang. Bergambar sekali dengan diorang. Pastu, masukkan dalam blog.

Pergh, sure ramai pembaca teruja. Lebih lagi kalau artis tu seksi. Confirm lagi meletop blog korang. Tu la kelebihan bergambar sama artis. Nampak?


Korang teruja baca kesemua taktik kat atas ni? Terasa nak buat. Bagus2. Buatla.

Kerana, memang blog korang akan cepat meletop. Tapi pada masa yang sama, blog korang jugak akan nampak ANNOYING. Kahkah..
Read On

Gejala Puasa Setengah Hari - Baik Dan Tak Baik

22 comments 07 August 2011
Puasa setengah hari? Eh, ada ke?

Err, dalam istilah islam memang takde puasa setengah hari. Walaupun seseorang tu berpuasa sampai tengahari, pastu dia berbuka. Puasanya tetap tak kira.

Samada kita puasa atau tak je. Takde setengah-setengah.

Tapi, kalau nak ikut istilah sendiri. Puasa setengah hari tu memang ada.

Time bila? Siapa tau?


Mengajar anak berpuasa

Okey, tekaan korang betol. Istilah "puasa setengah hari" ni biasa kita guna untuk ajar anak-anak kecil berpuasa secara berperingkat-peringkat.

Kita tak boleh paksa budak 5 tahun terus puasa penuh sepanjang hari. Mau lunyai terus diorang. Dan mungkin jugak diorang boleh sakit.

"Harini Aiman cuba puasa setengah hari dulu ye"

Ayat tu la yang akak aku gunakan, untuk ajar anak kecil dia berpuasa. 1st day Ramadhan dapat la jugak dia setengah hari (sampai tengahari).

2nd day pon sama. 3rd day dah lebih sket. Alhamdulillah, hari ke 4 Ramadhan anak dia berjaya puasa penuh sehari.

Gitu la puasa setengah hari yang baik. Untuk mengajar anak. Err, tapi akak aku bijak gak. Dia cakap kat anak dia camni.

"Kalau harini Aiman puasa penuh, ibu belikan mainan best"

Haha, ok la tu kot. Sebagai pemangkin anak dia puasa penuh. Tapi awas, cara tu bleh guna untuk awal-awal je, supaya anak biasakan diri berpuasa. Jangan sampai dia besor dok sogok lagi dah la. Nanti dia tak ikhlas pulak dalam berpuasa.


Puasa setengah hari yang tak baik

Tadi tu puasa setengah hari yang baik. Yang tak baik pulak siapa tau?

Ala, yang korang biasa buat tu la. Asal weekend je, lepas sahur, solat subuh, pastu tidur sampai ke tengahari. Ada jugak yang bantai sampai ke petang.

Bila bangun, tinggal beberapa jam je lagi untuk bukak puasa. Tidur masa puasa memang boleh. Tapi jangan berlebihan.

So, elak-elakkan la puasa setengah hari yang tak baik ni ye kawan-kawan semua.

Selamat beramal dan Assalamualaikum..=)
Read On

GIVEAWAY COOKIES ALEPRIDZ

11 comments 06 August 2011
Korang dah buat biskut raya untuk hari raya hujung bulan ni? Belum? Takde masa nak buat? Bagus-bagus. Sebab, giveaway ni terbaek untuk korang.


Hadiah untuk giveaway ni adalah SEBALANG CHOCOLATE CHIPS COOKIES khas daripada mak beliau. Nampak sedap. Best gak kalo dapat free kan? Ngehh..

Ini adalah bubble talk penyertaan aku:


Petunjuk:
Merah: Alepz
Biru: Adik Alepz


Orait. Seterusnya aku TAG 3 orang blogger ni:

1. Farhan Al-Jitrawi
2. Sangat Setia
3. Aufa Faqilah

Yang tak ditag pon korang semua dialu-alukan jugak. Jom la join. Sama-sama kita meramaikan majlis. Ngehh..

Tarikh tutup: Bila-bila masa
Read On

Luahan Hati: Adakah Ini Namanya Cinta?

23 comments
Luahan hati si lelaki:

Salam abang Jejaka Terhangat,

Abang, saya nak tanya ni untuk dapatkan kepastian. Kenapa ya, bila saya lihat rakan kelas kat kolej saya, hati saya jadi berdegup kencang? Nak kata saya demam mustahil la. Sebab breakfast tadi saya dah makan ubat.

Pastu, bila saya tengok dia cakap dengan lelaki lain, saya jadi jelous. Saya nak sangat cakap dengan dia, tapi rasa tak berani. Bila depan dia saya jadi gugup.

Kenapa ya abang. Saya tak faham perasaan saya ni. Adakah ini yang dinamakan cinta? Harap abang dapat tolong saya. Terima kasih.

(Budak kompius, 20 tahun - Tampoi )


Jawapan Jejaka Terhangat:

Waalaikumsalam. Alah, masalah adik ni kacang je. Tapi sebelum tu abang nak tanya. Adik tak pose ek, siap brekfast lagi time bulan-bulan puasa camni. Ish-ish, insaf la adik. Cintailah Yang Satu dulu sebelum nak bercinta dengan makhluk-Nya.

Yang kedua, abang nasihatkan adik pergi repeat kelas Biologi dulu. Sebab hati tak berdegup dik. Yang berdegup tu jantung. Tu la, len kali jangan tido time cikgu ajar.

Tentang masalah gugup adik tu sonang je nak settle. Adik pergi cakap kat belakang dia. Tadi adik kata depan dia jadi gugup kan. Belakang confirm ok. Selesai masalah.

Menjawab soalan adik. Adik rasa gugup, berdebar-debar, jelous pun ada. Memang sah ni. Tahniah, adik disahkan mengidap penyakit angau. Samada perasaan tu cinta atau tak. Abang pun tak tau. Kuikui. Jangan marah, bulan puasa.


Koleksi Siri Luahan Hati: (Klik untuk baca)

1. Luahan Hati: Pakwe Ku Play-Boye
2. Luahan Hati: Awekku Curang. Uwaaa..!!
3. Luahan Hati: Kenapa Si Dia Cepat Berubah?


Sekiranya anda ada mengalami masalah hati dan perasaan. Anda boleh emailkan kepada jejakahangat@yahoo.com. Atau PM kan kepada facebook Jejaka Terhangat di http://www.facebook.com/jejakaterhangat. Terima kasih..=p
Read On

Weh, Siapa Kata Pandangan Lelaki Dengan Perempuan Sama??

26 comments 05 August 2011
Post ni adalah susulan daripada entri aku yang lepas, "Perempuan, Seronok Tak Tayang Gambar Kat Facebook Bagi Semua Laki Tengok??"

Pergh, ada ke patut ada yang kata aku diskriminasi kaum. Aku kondem perempuan yang tayang muka kat facebook. Haha, mana ade.

Kan kat entri tu aku dah kondem lelaki awal-awal dulu. 1-1 la kan? Aku tak diskriminasi. Tapi menyatakan kebenaran.

Okey, straight to the point. Banyak komen yang aku dapat daripada pembaca yang kata camni:


"Ala, lelaki pun banyak je tayang-tayang muka kat facebook. Sama je lelaki dengan perempuan"


Sama ke? Korang yakin sama? Tak nak fikir lagi sekali?

Weh, mana sama la. Pandangan lelaki dengan perempuan berbeza. Cara lelaki pandang perempuan, tak sama dengan cara perempuan pandang lelaki.

Memang, lelaki yang dok tayang body, buat muka bajet kiut kat facebook tu pon memang nampak macam senget je. Aku tak nafikan. Tapi aku masih kata tak sama.

Kalau korang cakap sama, jawab soalan aku ni. Pandangan siapa yang akan bagi "ancaman" lebih kepada kita. Lelaki atau perempuan?

Jawapannya, mesti la lelaki. Bila perempuan tengok gambar laki bajet kiut kat facebook tu, ada nafsu perempuan terangsang? Tak kan?

Tapi, pandangan lelaki kat gambar perempuan boleh naikkan nafsu syahwatnya. Buktinya, siapa yang kaki raba? Lelaki kan. Siapa perogol? Jugak lelaki.

Pernah korang dengar perempuan meraba dan merogol lelaki? Tak pernah kan.

Sebab tu aku tanya korang. Best tak tayang gambar kat facebook bagi semua lelaki tengok? Aku dah bagitau hakikat, yang lelaki memang suka "imaginasikan" bentuk badan perempuan untuk "bersedap-sedapan".

So, korang masih rela ke jadi santapan mata lelaki? Masih nak pertikai tak apa yang aku katakan ni? Jangan bila nasi dah jadi bubur, baru nak menyesal dah la ye.


Meh terjah jugak entri kawan-kawan yang dok bagi pandangan pasal topik ni:

1. Farhan Al-Jitrawi - Already Taken by Her :D
2. Mrs Red - Troll | Best Tak Tayang Gambar Bagi Lelaki Tengok.? [reply]
3. Sangat Setia - Entry Masuk Longkang ?

Tengok sini jugak. Cara-cara nak letakkan gambar dengan betul kat blog mahupun facebook. Oleh, ustaz Azhar Idrus.


Anda ada maruah atau tak? Sila tentukan sendiri yek.. =)
Read On

Segmen Ramadhan Jejaka Terhangat: Makanan Buka Puasa Kegemaranku

56 comments 04 August 2011
Aku yakin, korang mesti ada makanan kegemaran berbuka puasa setiap kali bulan Ramadhan kan? So, untuk segmen ni, kongsikan makanan kegemaran korang tu.

Mana tahu makanan feveret korang boleh buatkan orang lain terliur, dan nak cuba jugak buat berbuka puasa nanti. Hehe..



Apa yang perlu korang buat?

1. Buat entri bertajuk:
"Segmen Ramadhan Jejaka Terhangat: Makanan Buka Puasa Kegemaranku".

2. Letak banner segmen Ramadhan Jejaka Terhangat di atas dan linkkan ke entri ni.

3. Bagitau nama makanan kegemaran korang tu, letak gambar makanan tu (google pun buleh), bagitau jugak kenapa makanan tu jadi pilihan korang buat berbuka. (boleh lebih daripada satu makanan)

4. TAG SEORANG blogger dan pastikan dia tau ditag.

5. Hantarkan link entri segmen korang kat komen entri ni. Done..


Contoh:
Makanan kegemaran aku untuk berbuka puasa adalah Roti John.


Makanan ni jadi pilihan buat berbuka puasa sebab, kat bazar Ramadhan kawasan rumah aku banyak gerai yang jual Roti John. Kebanyakannya nampak sedap belaka. Tak boleh tahan. Hehe..!!!

Tarikh tamat segmen ni pada 29 Ramadhan 1432H

Klik nama untuk ke entri blog mereka (update dari semasa ke semasa):

1. Red@Mr.Cool - makanan mewah hotel, Malaysia GCB
2. Miss Epa - popia goreng
3. Cik Fa - ayam golek, ikan patin masak tempoyak, puding jagung
4. Mss Ieza - murtabak daging
5. CintaTulip - nasi kerabu kelantan, air jus jambu
6. Alepridz - kuih tepung pelita
7. iMah - roti jalo, sambal tempe
8. Kak Diana - tapai, koih masalodeh
9. cIk PikA - kueh talam pandan
10. MissCt a.k.a MuqDeq - kuih lopes, kuih pena

11. NurAmal - air batu campur, kebab
12. Feeza Macho - nasik lemak kukus ayam berempah, murtabak, coconut shake
13. mOoN - nasi kerabu, sup ayam
14. LemonSusu Skyjuice - puding raja, ikan pari bakar cicah asam
15. Where - ikan bakar, kerabu mangga
16. Cik Paro - soto, nasi lemak
17. Yumida - ayam panggang, tempoyak goreng, sambal belacan
18. Nur Fahz - nasi ambeng, air katirah
19. Iejam - air asam boi, kuih samosa, nasi tomato ayam merah
20. Sha - roti jala, nasi ambeng, nasi kukus berempah

21. Sutera Kasih - nasi goreng campur telur goreng dadar, ais jagung susu
22. Hans - kepak ayam madu, kuih seri muka, air kelapa muda, cucur udang, yong tau foo (fuiyoh, mamat ni kuat makan ke.=p)
23. ILA HonEyBuNNy - tom yam campur, nasi lemak
24. AfiekJibril - ayam percik, nasi lemak ayam berempah, nasi kerabu
25. Ikan - nasi lemak telur goreng, pecal sayur, donut, bandung cincau
26. Beauty Lover - laici ais, puding jagung, bubur lambok, (ayam/cendawan/udang goreng tepung).
27. Phat - asam pedas ikan + bendi/tomato, bandung cincau, air kelapa lemon
28. NoonaQQ - mee laksa sarawak, umai ikan pirang, ikan terubuk masin
29. miss Fyqa - kuih seri muka, tepung pelita, tomyam, teh o limau
30. iPai - nasi daging, air asam boi

31. Anamizu - murtabak
32. IeRa - caramel, nasi kerabu, sambal udang, bandung cincau
33. Cik Rose Cute - nasi kerabu, puding
34. ciK LyndaWawa igUana - soto, air soya
35. Lieynanilaz - popia basah
36. KuNanGKuNanG - murtabak
37. AmirFX - daging arnab, burger, coca-cola, air susu
38. ZYASH - kurma (terbaek)
39. L@dyKichiMachiko - kurma, bubur jagung, mee kolok goreng, sate ayam
40. Azatie - karipap, ayam percik

41. Cik Dea - ayam percik, kacang tempe ikan bilis, cincau soya
42. Nida - steamboat


Amaran: Segmen ni dibuat sebagai rujukan korang buat berbuka puasa. Bukan sarapan ataupun makan tengahari. Orait. =p
Read On

Ragam Kurang Ajar Manusia Pada Awal Ramadhan

30 comments 03 August 2011

Ragam kurang ajar manusia

Geram. Baru hari ke dua puasa dah nampak perilaku kurang ajar segelintir orang kita. Tau la awak tu perempuan, ada masa bulan mengambang, tak boleh puasa. Tapi agak-agak la sikit makan depan orang lain masa tunggu bas. Grrr..

Tu yang pertama, kes perempuan tak puasa makan depan orang. Yang kedua, lagi melampau. Sorang lelaki keluar dari kedai runcit dengan pegang sebatang rokok kat tangan dia. Tanpa segan silu dan rasa bersalah.

Memang kurang ajar betol. Tak hormat bulan Ramadhan, tak hormat Islam.


Fenomena tak puasa

Tapi nak buat lagu mana lagi. Realiti sekarang memang macam ni. Itu baru yang aku nampak. Korang pon mesti pernah jumpa jugak orang-orang camtu kan?

Alah, senang cite pergi je ke mana-mana megamall. Tengok kat kawasan foodcourt. Masa lunch, perhatikan je. Mesti ada je perempuan melayu yang makan kat situ.

Kalau bertuah, korang jugak akan nampak lelaki-lelaki dayus lunch bersama pasangan diorang. Aku pon tak paham betol. Macam mana la ada perempuan nak ambik lelaki tak puasa camtu buat pasangan hidup. Kesian. Malang hidupnya.


Allah Maha Adil

Apapun, nasihat aku kat perempuan yang tak boleh nak berpuasa tu. Hormatilah yang berpuasa. Jangan makan depan orang lain.

Aku tau, memang korang tak salah. Dah la korang WAJIB qada' puasa. Korang ganti puasa pulak dalam keadaan orang ramai tengah tak puasa. Berat cabarannya.

Tapi yakinlah, Allah Maha Adil. Mungkin DIA akan bagi ganjaran yang lebih kat korang masa korang ganti puasa tu, lebih daripada kami yang berpuasa pada bulan Ramadhan ni. Wallahualam..

Kepada lelaki kat luar sana yang tak puasa, tanpa sebab-sebab yang dibolehkan. Aku harap ada orang yang akan bagi kaki kat korang satu hari nanti, sebagai pengajaran. Haha, adehh. Teremo pulak. Sabar-sabar. Puasa. Hehe..
Read On

Kenapa Hati Aku Sering Teringatkan Dia

28 comments 02 August 2011
Aku tak mengerti. Kenapa baru-baru ni aku seringkali teringatkan dia.

Semalam, masa aku di bazar Ramadhan. Tatkala tangan aku menggapai syiling-syiling di dompetku untuk beli makanan buat berbuka, dia juga yang aku ingat.

Kelmarin, di pasaraya Carrefour. Aku beli sedikit barang keperluan harian aku. Dia tiada kat sana. Tapi, wajah dia juga yang aku lamunkan. Cashier nampak pipiku merah sewaktu mahu buat pembayaran. Dia rasakan bahawa aku demam.

Tidak, ini bukan demam. Aku tau persis makna perasaan ini.

Sekarang, raya dah semakin hampir. Kau pula semakin jauh. Sepertinya kau tahu aku sangat memerlukanmu sekarang. Aku sangat berharap. Berharap sedalam-dalamnya, yang kita dapat berjumpa sebelum raya menjelang.

Ya tuhanku, tolonglah aku. Hatiku tak tertahan lagi. Perasaan ini memberontak. Aku mau jerit sepuas hatiku untuk meredakan perasaan ini.

Wahai hati, izinkan aku menjerit..

"Warghh!! Leman. Bila kau nak pulangkan balik RM2000 yang ko pinjam tu.!! Raya nak dekat ni. Aku nak balik duit aku. Nak beli baju raya. Pulangkann. Warghh..!!!!"


**Haha, dumb joke. Aku tau. Dah tu je yang terlintas tadi. Kehkeh. Cerita rekaan semata-mata. Jangan dok tanya2 siapa hutang aku plak. Hehe..
Read On

Boleh Ke Makan Sahur Waktu Imsak?

23 comments

Sempena bulan Ramadhan ni, aku dah pun kongsikan waktu imsak dan waktu berbuka puasa bagi seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2011 kat [ sini ].

Waktu imsak tu apa?

Waktu imsak tu adalah waktu kira-kira 10 minit sebelum masuknya waktu solat fardhu subuh. Contohnya, waktu solat subuh pukul 5.55 pagi. Maka, waktu imsak bermula dari pukul 5.45 pagi, sehingga masuk waktu subuh.


Boleh ke makan sahur lagi masa imsak?

Aku tau, ramai yang kompius tang sini. Boleh makan sahur lagi ke masa imsak? Dulu pun sama. Ingatkan sampai je waktu imsak, kita dah tak boleh makan.

Tapi sebenarnya, waktu imsak tu hanyalah waktu berhati-hati. Kita masih boleh makan, tapi tak digalakkan. Waktu imsak sebagai peringatan supaya kita tak terlalu kyusuk makan sampai terlajak ke waktu subuh.

Lewatkan sahur hukumnya sunat. Tapi jangan terlalu lewat sampai langgar ke waktu subuh dah la ye. Karang tak puasa pulak kita pada hari tu.


"Traffic Light" waktu makan masa bulan puasa

Merah - Waktu Subuh

Kuning - Waktu Imsak

Hijau - Waktu Maghrib

Selamat menunaikan ibadah puasa semua..=)

Rujukan:
http://ustazlove.com/blog/2011/08/waktu-berbuka-dan-waktu-imsak
Read On

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M

9 comments 01 August 2011
Sempena Ramadhan 1432H, tahun 2011 ni, aku kongsikan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi seluruh negeri di Malaysia.

Diharap dengan perkongsian ni dapat memudahkan kita untuk ketahui waktu sahur, dan waktu untuk berbuka puasa untuk bulan puasa kali ini.

Cari kawasan yang korang kehendaki, pastu klik untuk lihat/download jadual waktu imsak dan waktu berbuka puasa bagi kawasan tersebut.


BIL
NEGERI 
ZON
1   
MELAKA
MELAKA
2JOHOR
3PERAK
4  SARAWAK
5SABAH
6TERENGGANU
7KELANTAN
8SELANGOR
9PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13NEGERI SEMBILAN 
14KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG

*Sumber - Portal Rasmi Jakim
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...