Eh, korang pon sama ek? Berimpian nak balas jasa kat kedua orang tua?
Balas jasa macam mana yang korang nak buat? Belikan rumah besar untuk mak? Bagi ayah duit belanja Rm10 K tiap-tiap bulan? Heh..!!
Kawan-kawan. Korang nak hadiahkan macam-macam untuk mak ayah korang tu tak salah. Tapi, meh aku bagitau awal-awal. Apa pun yang korang buat, korang takkan mampu punya untuk BALAS JASA mak ayah korang.
Boleh ke korang balas jasa kat mak yang dah separuh mati beranakkan korang, menyusukan korang ketika masih bayi? Dapat ke korang balas budi ayah yang dah penat bekerja setiap hari membanting tulang. Hantar korang ke sekolah sampai korang jadi manusia pada hari ini?
Aku yakin. Walhal korang bagi RM SEJUTA sekalipun, korang takkan mampu balas jasa mereka. Betul tak?
Sebab tu dalam Islam, kita diajar untuk sentiasa BERBUAT BAIK pada ibu bapa kita. Mereka sakit, kita beri perhatian kat mereka. Bukan hantar ke hospital, suruh cik nurse jaga. Bukan hantar ke pusat jagaan orang-orang tua sebab kita sibuk cari nafkah untuk keluarga.
Sentiasalah hargai apa yang mak ayah dah buat kat kita. Bahagiakanlah mereka sementara mereka masih ada. Dan jika mereka dah tiada, janganlah henti-henti doakan mereka kat alam barzakh sana. Ingat, doa daripada anak yang soleh dah PASTI akan diperkenankan Allah.
Walaupun kita tak kaya. Tak mampu belikan macam-macam untuk mak ayah kita. Jangan bersedih. Sebenarnya, bukan harta yang mereka inginkan daripada kita. Tapi, berapa banyak kasih sayang yang kita curahkan kat mereka.
Ingat pesan aku. Selalulah berbuat baik kepada mak dan ayah kita. Jangan korang kira untuk balas jasa mereka. Sebab, jasa mereka takkan pernah korang dapat membalasnya. Percayalah.
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
jadilah anak yang berguna untuk ibu dan bapa dan hargailah pengorbanan mereka..doakan kesejahteraan tu dah cukup baik..selalu jengok tanya khabar kan.
memang takkan terbalas jasa ibu bapa..jadi kita kena berjasa pulak kat kedua ibu bapa..bukan sebab nak balas jasa..tapi memang itu kewajipan kita sebagai anak..
2 thumbs up..
Memang jasa mereka sampai bila2 tak terbalas..
bila kita dah jadi ibu bapa barulah kita dapat rasa apa yg ibu bapa kita rasakan ,
sentiasalah doakan mereka :)
memangla takterbalas, dosa aku pun banyak..
T 3 T ) sedih tetibe
betul tu JT..mekasih ingatkan.. syukran 'ala tazkiratu :D
shy setuju...tak ade ape yang bole balas jasa mak dan ayah kita..
pengorbanan mereka memang tak ternilai harganya..
Assalamualaikum...
terbaiklah entry ni..jasa mereka mmg xternilai harganya..ada rezeki, bw mak,ayah pg mekah..tu kira tanda terima kasih krn membesarkan kita...
sekurang2nye kita balas ape yang kita mampu..
tak ada anak yang bercita2 nak abaikan mak ayah. confirm. :) tapi kita tak tahu apa akan terjadi akan datang. banyak contoh kat luar tu.
1 je nak ingatkan. mereka tak pernah harap pun duit kita. jangan balas jasa mereka dengan material. tapi tunjuk dengan kasih sayang. tunjuk dengan keprihatinan. lebih2 lagi anak lelaki. syurga tu. :)
betoi3x kite x mampu blas jsa diorang ape yang kite mampu cume menyayangi diorang dan cube gembirakn diorang..selalu
sangat setuju...depa nak kasih syg dan perhatian kita je sebenarnya.. :)