Weh, Siapa Kata Pandangan Lelaki Dengan Perempuan Sama??

Post ni adalah susulan daripada entri aku yang lepas, "Perempuan, Seronok Tak Tayang Gambar Kat Facebook Bagi Semua Laki Tengok??"

Pergh, ada ke patut ada yang kata aku diskriminasi kaum. Aku kondem perempuan yang tayang muka kat facebook. Haha, mana ade.

Kan kat entri tu aku dah kondem lelaki awal-awal dulu. 1-1 la kan? Aku tak diskriminasi. Tapi menyatakan kebenaran.

Okey, straight to the point. Banyak komen yang aku dapat daripada pembaca yang kata camni:


"Ala, lelaki pun banyak je tayang-tayang muka kat facebook. Sama je lelaki dengan perempuan"


Sama ke? Korang yakin sama? Tak nak fikir lagi sekali?

Weh, mana sama la. Pandangan lelaki dengan perempuan berbeza. Cara lelaki pandang perempuan, tak sama dengan cara perempuan pandang lelaki.

Memang, lelaki yang dok tayang body, buat muka bajet kiut kat facebook tu pon memang nampak macam senget je. Aku tak nafikan. Tapi aku masih kata tak sama.

Kalau korang cakap sama, jawab soalan aku ni. Pandangan siapa yang akan bagi "ancaman" lebih kepada kita. Lelaki atau perempuan?

Jawapannya, mesti la lelaki. Bila perempuan tengok gambar laki bajet kiut kat facebook tu, ada nafsu perempuan terangsang? Tak kan?

Tapi, pandangan lelaki kat gambar perempuan boleh naikkan nafsu syahwatnya. Buktinya, siapa yang kaki raba? Lelaki kan. Siapa perogol? Jugak lelaki.

Pernah korang dengar perempuan meraba dan merogol lelaki? Tak pernah kan.

Sebab tu aku tanya korang. Best tak tayang gambar kat facebook bagi semua lelaki tengok? Aku dah bagitau hakikat, yang lelaki memang suka "imaginasikan" bentuk badan perempuan untuk "bersedap-sedapan".

So, korang masih rela ke jadi santapan mata lelaki? Masih nak pertikai tak apa yang aku katakan ni? Jangan bila nasi dah jadi bubur, baru nak menyesal dah la ye.


Meh terjah jugak entri kawan-kawan yang dok bagi pandangan pasal topik ni:

1. Farhan Al-Jitrawi - Already Taken by Her :D
2. Mrs Red - Troll | Best Tak Tayang Gambar Bagi Lelaki Tengok.? [reply]
3. Sangat Setia - Entry Masuk Longkang ?

Tengok sini jugak. Cara-cara nak letakkan gambar dengan betul kat blog mahupun facebook. Oleh, ustaz Azhar Idrus.


Anda ada maruah atau tak? Sila tentukan sendiri yek.. =)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

25 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...