Boleh Ke Seseorang Berubah Sikap Sebab Cinta?


Korang percaya tak seseorang boleh berubah sebab cinta? Contohnya, dulu dia jahat, tapi sebab cinta. Dia berubah jadi baik. Ataupun, dulunya dia panas baran Tapi sekarang dia dah jadi seorang yang penyabar disebabkan cinta.


Boleh ke sifat seseorang tu berubah dengan mudah disebabkan cinta?

"Boleh la, apa yang tak bolehnya. Kuasa cinta mampu ubah segalanya"

Aku tau, ada yang akan bagi jawapan camtu. Sebab, kan ada bukti, seseorang tu boleh berubah jadi lebih soleh disebabkan cinta. Contohnya kat filem Syurga Cinta.

Adehh..!! Kat filem memang la takde apa yang mustahil. Tolongla jangan terlalu terpengaruh dengan filem. Filem dan dunia realiti sangat berbeza. Tak sama.


So, boleh ke manusia berubah?

Sebenarnya, tak mudah untuk kita ubah sifat diri kita. Orang pemarah, mustahil la dia tiba2 jadi penyabar. Seseorang yang kuat mencarut tanpa rasa bersalah sejak kecik. Usah harap la tiba2 mulut dia jadi seharum kasturi sebab cinta.

Kalau haya ikut logik akal. Dan berfikiran positif. Memang dengan sesedap rasa kita akan kata manusia boleh berubah. Tapi realitinya, sangat jarang benda ni berlaku.

Banyak dah kes sekarang ni. Isteri dimaki hamun. Di sepak terajang. Padahal masa berkapel dulu dia dah tau bakal suami dia tu pemarah. Tapi, masih berkahwin dengan dia, sebab percaya dengan cinta, dia boleh berubah sikap.


So, kalau korang dapat pasangan yang pemarah. Asyik maki hamun je kerja dia. Dan korang harap dia berubah sebab cinta. Nasihat aku, hentikanlah niat murni korang tu. Kelak akan makan diri. Dilempang, dicarut dan sebagainya.

Baik cari orang lain je. Tak payah la ambik risiko. Sebab, sikap manusia memang tak mudah untuk diubah. Percayalah..

"Sebab sayang, aku sanggup terima kelemahan dia tu"

Adehh, ni lagi satu. Fikir la 800 kali dulu sebelum ungkapkan benda ni yek.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

45 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...