Gejala Puasa Setengah Hari - Baik Dan Tak Baik

Puasa setengah hari? Eh, ada ke?

Err, dalam istilah islam memang takde puasa setengah hari. Walaupun seseorang tu berpuasa sampai tengahari, pastu dia berbuka. Puasanya tetap tak kira.

Samada kita puasa atau tak je. Takde setengah-setengah.

Tapi, kalau nak ikut istilah sendiri. Puasa setengah hari tu memang ada.

Time bila? Siapa tau?


Mengajar anak berpuasa

Okey, tekaan korang betol. Istilah "puasa setengah hari" ni biasa kita guna untuk ajar anak-anak kecil berpuasa secara berperingkat-peringkat.

Kita tak boleh paksa budak 5 tahun terus puasa penuh sepanjang hari. Mau lunyai terus diorang. Dan mungkin jugak diorang boleh sakit.

"Harini Aiman cuba puasa setengah hari dulu ye"

Ayat tu la yang akak aku gunakan, untuk ajar anak kecil dia berpuasa. 1st day Ramadhan dapat la jugak dia setengah hari (sampai tengahari).

2nd day pon sama. 3rd day dah lebih sket. Alhamdulillah, hari ke 4 Ramadhan anak dia berjaya puasa penuh sehari.

Gitu la puasa setengah hari yang baik. Untuk mengajar anak. Err, tapi akak aku bijak gak. Dia cakap kat anak dia camni.

"Kalau harini Aiman puasa penuh, ibu belikan mainan best"

Haha, ok la tu kot. Sebagai pemangkin anak dia puasa penuh. Tapi awas, cara tu bleh guna untuk awal-awal je, supaya anak biasakan diri berpuasa. Jangan sampai dia besor dok sogok lagi dah la. Nanti dia tak ikhlas pulak dalam berpuasa.


Puasa setengah hari yang tak baik

Tadi tu puasa setengah hari yang baik. Yang tak baik pulak siapa tau?

Ala, yang korang biasa buat tu la. Asal weekend je, lepas sahur, solat subuh, pastu tidur sampai ke tengahari. Ada jugak yang bantai sampai ke petang.

Bila bangun, tinggal beberapa jam je lagi untuk bukak puasa. Tidur masa puasa memang boleh. Tapi jangan berlebihan.

So, elak-elakkan la puasa setengah hari yang tak baik ni ye kawan-kawan semua.

Selamat beramal dan Assalamualaikum..=)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

21 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...