Betul Ke Korang Buat Facebook Untuk Tambah Kawan?

Salam perpaduan kawan seMalaysiaku..

Entah kenapa, aku sangat suka tulis pasal facebook. Maklumla, natang tu kan salah satu platform sosial yang sangat popular. Boleh dikatakan setiap daripada kita pasti ada facebook. Anak kepada kawan aku, umur dia baru 5 tahun pon dah ada akaun facebook. What the fishball?


Apa sebenarnya yang kita buat dengan facebook?

Kalau aku tanya setiap daripada korang, aku pasti mostly akan bagi jawapan yang korang berfacebook untuk cari kenalan. Untuk tambah kawan.

Heh, kenapa la korang suka bagi jawapan klise ek? Betul ke tu jawapan jujur korang. Untuk tambah kawan? Kalau betul bagus la.

Tapi, ketahuilah. Tak ramai yang buat facebook untuk betul-betul nak tambah kenalan. Aku teringat dulu, ada satu blog ni dia tulis bahawa hampir 80 peratus pengguna buat facebook untuk "stalk", dan bukan betul-betul nak buat kawan.

Walaupun research dia takde la dapat pengiktirafan, tapi aku sangat setuju dengan penyataan dia. Stalker kat facebook memang lebih ramai berbanding pengguna yang sebenar-benarnya. Percayalah.

Sebab tu aku selalu pesan kat perempuan. Jangan terlalu mencapap kat facebook. Kelak akan makan diri. Pesanan aku ni serius, bukan main-main.


Tujuan aku berfacebook

1. Jujur aku katakan. Tujuan utama aku berfacebook bukan semata-mata untuk tambah kenalan. Tapi untuk melebarkan lagi sayap blog aku ni. Pengguna facebook sangat ramai. Jadi, sangat rugi rasanya kalau bloggers tak gunakan platform ni untuk tarik pembaca masuk ke blog kita.

2. Tak dinafikan, aku jugak stalker. Aku sangat suka tengok gelagat "annoying" manusia kat facebook. Facebook dah jadi seperti satu hiburan bagi aku. Annoying maksud aku adalah (a) gadis melaram bajet model (b) pengupdate status facebook yang tah pape (c) budak sekolah kurang kasih sayang (d) promote pakwe/makwe

3. Biasanya, mana yang "annoying" tu memang aku akan tegur. Kebanyakan yang ditegur tu pulak akan melatah, lawan balik. Fuhh, facebook memang betul-btul menguji kesabaran aku. Sabor je la nyah. =p


Facebook lebih banyak keburukan berbanding kebaikan

Sebenarnya facebook memang lebih banyak keburukannya berbanding kebaikan. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri macam mana kita boleh extract faedah daripada facebook semaksima yang mungkin.

Jangan biarkan facebook jadi platform korang untuk tayang dosa, mengaibkan diri dan menjatuhkan maruah diri.

Sebelum aku mengakhirkan post ni, aku nak korang tanya diri sendiri.

1. Adakah korang alert yang lebih ramai stalker kat facebook yang boleh mengaib dan menjatuhkan korang satu hari nanti?

2. Adakah korang tegur kawan yang berbuat khilaf kat facebook? Contohnya yang bertabarruj, tayang muka kat facebook. Atau sebenarnya, korang pun subahat, puji dengan kecantikan yang dia pamerkan tu?

3. Adakah korang pasti, apa yang korang letak kat facebook samada gambar, atau status bukanlah sesuatu yang boleh mengaibkan korang?
Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.
Tegur kawan buat khilaf hukumnya wajib. Jika tak berani untuk tegur kesilapan kawan. Maka, bencilah perbuatannya dengan hati. Tapi, itu menandakan lemahnya iman kita. Tak sedih ke kalau iman kita hanya di tahap tu?



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

23 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...