Macam Mana Pelajar IPT Boleh Menyumbang Kepada Masalah Sosial

Asyik-asyik cite pasal masalah sosial. Bosan lar derr.

Eh, Jangan bosan-bosan.!! Entri ni mungkin kena dengan korang. Maklumla, mostly pengguna internet kan pelajar IPT. Kehkeh..

Nah, baca ni. Aku akan bincangkan tentang bagaimana pelajar IPT (korang la tu) boleh bagi contribution kepada masalah sosial.

Zaman urbanisasi. Insitut pengajian semakin banyak dibuka. Semakin banyak pelajar dihasilkan. Ini jugak bermakna semakin ramai remaja jauh dari pengawasan ibubapa.

Masalah sosial bermula di sini. Bila pelajar jauh dari pengawasan ibu bapa. Diorang rasa bebas. Nak buat apa pun, takde sapa nak larang.

1. Dulu ayah tak kasi keluar malam. Bila masuk IPT, nak keluar malam lepak dengan kawan-kawan, balik lewat pagi pon no hal la. Bukan ayah tau pun kan?

2. Dulu kalau nak keluar dengan perempuan, mak tak kasi. Sekarang kat IPT bila-bila masa je boleh ke kolej sebelah dating dengan makwe. Yang gurls pulak siap call pakwe lagi suruh dia datang jemput kat kolej.

3. Batas antara lelaki perempuan tidak lagi ada dinding penghalangnya. Keluar hujung minggu bercampur lelaki perempuan. Hal biasa je tu. Ye tak?

4. Dulu tak pernah pegang duit banyak2. Sekarang, rambang mata dengan duit PTPTN. Ada duit lebih, nak hang out setiap minggu pun boleh. Jadi hobi pulak.




"Tak kisah la keluar lelaki perempuan pun. Yang penting tau batas pergaulan. Masing2 dah besar, boleh berfikir baik buruk kan?"

Okey, macam biasala. Feedback klise yang pasti aku akan dapat kat entri ni nanti. So, better aku mention awal-awal kat sini.

Memang betul, tak salah pun apa yang korang kata tu. Tapi, meh aku tanya korang. Kalau betul student IPT ni reti berfikir antara baik dan buruk. Kenapa masalah sosial di kalangan pelajar IPT semakin bertambah?

Maksudnya, sebenarnya most of student IPT tak reti nak berfikir secara bijak la kan? Kehkeh..





*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

28 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...