Bagus Jugak Raya Dengan Merdeka Bertembung Kan??


Biasa, tahun-tahun sebelum ni. Tepat pukul 12 tengah malam, masuk 31 Ogos. Laungan merdeka, disusuli dengan letupan bunga api.


Merdeka..!!!

-> Tapi, lepas laungan merdeka tu, konsert yang melalaikan dibuat.


Merdeka..!!!

-> Tapi, anak-anak muda berpeluk-pelukan sambil tengok bunga api. Pastu berbawak ke hotel.


Merdeka..!!!

-> Orang kita semakin jauh dari budaya sendiri. Lebih agungkan budaya barat.


Iya, zahirnya memang kita merdeka. Tapi, mentaliti kita masih dijajah. Itu lebih teruk sebenarnya. Merdeka kita sekarang ni hanya sekadar laungan.

Merdeka, ucapan yang hanya keluar dari mulut. Tapi tidak dari hati. Korang semua pun tau tu kan? Tak perlu nak nafikan.


Berbalik pada tajuk entri. Tahun ni raya "clash" dengan merdeka. Ramai orang kita dah balik kampung. Merdeka kurang disambut. Raya lebih diutamakan.

Positifnya, sekurang-kurangnya, tahun ni orang kita kurang ternoda masa sambut malam merdeka tu. Musim "menanam biji benih" dah dikurangkan.

Ada bagusnya jugak Hari Raya dan Merdeka ni bertembung kan?



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

16 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...