5 Sebab Utama Kenapa Blog Korang Tak Meletop


Siapa yang tak nak blog dia cepat naik dan meletop kan? Aku tahu, ramai antara korang yang dah cuba macam-macam. Tapi blog still tak dapat sambutan kan?

Korang tahu tak kenapa? Meh aku terangkan, sebab-sebab yang membuatkan kenapa blog korang kurang dapat sambutan. Baca ni..


5 sebab utama kenapa blog korang tak meletop

Sebab 1: Tak jual muka kat blog

Korang berblog, tapi muka belakang tabir. Kekacakan dan kecantikan korang tak nak tunjuk kat blog. Orang tak tau rupa korang camne. Memang la diorang tak follow.

Cara paling berkesan adalah, korang pacakkan muka korang besar-besar. Buat hidung kembang, muka itik bagi nampak comel. Shawl kalu boleh gunakan lebih 10 kaler, kalahkan warna pelangi. Owh, mekap paling kurang pun kena 7 inci.

Bila dah cantik, baru la orang berkenan nak follow. Korang nak mengarut, blog takde isi pon takpe. Tak jadi hal la.


Sebab 2. Tak kipas blogger otai

Biasa aku nampak banyak blogger yang kipas, puji-puji blogger otai. Good job.

Strategi ni bagus sebab bila korang kipas, blogger otai tu akan mention nama korang kat blog dia. Kan free-free je dapat trafik dan follower.

Kalau tak kipas, takde blogger otai sebut nama korang, tu yang jadi sebab utama blog korang takde orang kenal. Nampak?


Sebab 3. Tak buat entri tagih simpati

"Kenapa anon serang blog saya. Apa salah saya. Saya sedih sangat"

Lain kali try gunakan taktik entri menagih simpati camni. Kalo perlu, "print screen" sekali komen anon supaya nampak korang seperti teraniaya.

Dengan tu, blog korang akan lebih dapat perhatian pembaca. Confirm ramai yang datang, bagi komen klise camni;

"Awak jangan sedih, sabar k", "diorang dengki je tu, jangan layan"

Bila dah ramai kesian kat korang. Bertambah cepat la blog korang meletop. orait?


Sebab 4. Tak tunjuk income blog

Korang dapat duit nuffnang banyak. Tapi tak tunjuk berapa korang dapat. Mana orang nak tau korang hebat berblog.

Bila korang tunjuk hasil blog korang, walaupun RM10. Pembaca akan tertanya-tanya, macam mana korang bleh dapat jumlah tu.

Bila pembaca dah curious, tips apa yang korang goreng pon diorang akan ikut. Camni la taktik nak cari follower yang berkesan.

Semakin banyak income korang tunjuk, semakin beriban la follower korang dapat. Okey, faham kan camne taktik ni berfungsi? Seterusnya..


Sebab 5: Tak bergambar dengan artis

Weh, artis sekarang ni kan lebih dipandang tinggi daripada ulamak.

Kalau dah ada peluang join mana-mana event jumpa artis, korang kena la ambil peluang. Bergambar sekali dengan diorang. Pastu, masukkan dalam blog.

Pergh, sure ramai pembaca teruja. Lebih lagi kalau artis tu seksi. Confirm lagi meletop blog korang. Tu la kelebihan bergambar sama artis. Nampak?


Korang teruja baca kesemua taktik kat atas ni? Terasa nak buat. Bagus2. Buatla.

Kerana, memang blog korang akan cepat meletop. Tapi pada masa yang sama, blog korang jugak akan nampak ANNOYING. Kahkah..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

76 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...