Kenapa Hati Aku Sering Teringatkan Dia

Aku tak mengerti. Kenapa baru-baru ni aku seringkali teringatkan dia.

Semalam, masa aku di bazar Ramadhan. Tatkala tangan aku menggapai syiling-syiling di dompetku untuk beli makanan buat berbuka, dia juga yang aku ingat.

Kelmarin, di pasaraya Carrefour. Aku beli sedikit barang keperluan harian aku. Dia tiada kat sana. Tapi, wajah dia juga yang aku lamunkan. Cashier nampak pipiku merah sewaktu mahu buat pembayaran. Dia rasakan bahawa aku demam.

Tidak, ini bukan demam. Aku tau persis makna perasaan ini.

Sekarang, raya dah semakin hampir. Kau pula semakin jauh. Sepertinya kau tahu aku sangat memerlukanmu sekarang. Aku sangat berharap. Berharap sedalam-dalamnya, yang kita dapat berjumpa sebelum raya menjelang.

Ya tuhanku, tolonglah aku. Hatiku tak tertahan lagi. Perasaan ini memberontak. Aku mau jerit sepuas hatiku untuk meredakan perasaan ini.

Wahai hati, izinkan aku menjerit..

"Warghh!! Leman. Bila kau nak pulangkan balik RM2000 yang ko pinjam tu.!! Raya nak dekat ni. Aku nak balik duit aku. Nak beli baju raya. Pulangkann. Warghh..!!!!"


**Haha, dumb joke. Aku tau. Dah tu je yang terlintas tadi. Kehkeh. Cerita rekaan semata-mata. Jangan dok tanya2 siapa hutang aku plak. Hehe..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

27 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...