Sebab Kenapa Aku Tak Letak Apesal, GengCyber, OhBelog Kat Blog Ni

Korang tau Apesal, GengCyber, ataupun OhBelog? Aku rasa ramai yang dah tau. Tapi, bagi sesiapa yang tak tau, meh aku terangkan secara ringkas.

Mereka tu adalah platform "ping" blog yang paling mudah di abad ni. Apa yang kita perlu buat hanyalah letakkan widget diorang kat blog kita. Dan entri kita akan dipromosikan kat blog-blog lain yang letak widget tu jugak.

Err, faham ke? Kalau tak faham. Baca sendiri la konsepnya kat [ sini ] yek. Hehe..

Sebenarnya, cara ni bagus. Entri kita dapat dipromosikan secara lebih meluas. Tapi, dalam bagusnya. Ada "something" yang aku tak berkenan dengan kaedah ni.

"Thumbnail" bagi widget tu diambil daripada gambar apa yang blogger letakkan dalam entrinya. Ni la masalahnya. Dah la blogger suka letak gambar bukan-bukan.




Ada yang letak gambar perempuan seksi, separa bogel. Erkk, ada jugak yang letak gambar Maria Ozawa. Hampeh.!! Secara tak langsung, blog-blog yang letakkan widget tu turut terkena tempias promosikan blog-blog yang share bahan *tutt*.

Kesucian blog kita dah dicemarkan oleh blog lain. Itulah sebab utama aku tak letakkan widget Apesal, GengCyber, OhBelog dan seangkatan dengannya kat blog ni. Supaya blog aku tak turut subahat promosikan benda-benda lucah.

Eleh, bajet suci sangat la blog ko ni ek Jejaka Terhangat?

Kahkah.. Iye. blog aku takde la suci mana pon. Tapi, sekurang-kurangnya aku cuba MINIMUMKAN berkongsi benda-benda yang tak diingini dalam blog ni.

Itulah konsep blog aku, dan jugak pendirian aku.

Kalau korang tak suka, jangan ke sini lagi. Err, tapi jangan la korang pergi betul-betul. Aku halau manja je tu. Hehe..=p



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

32 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...