Ceramah Agama Kena Ada Lawak Baru La Korang Nak Tengok Kan?

Ada ke manusia yang tak suka rancangan lawak? Kalau ada yang cakap tak suka, tak baik tipu tau. Program Maharaja Lawak lepas pun dah cipta sejarah, program yang paling banyak ditonton oleh rakyat Malaysia.

Realitinya, manusia memang suka pada hiburan. Rancangan islamik, ceramah dah tentu la rating tak tinggi. Sebab tiada keseronokan dalam program tu. Ye tak?

Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni. Artis dijadikan sebagai idola. Setiap rancangan kalau nak dapatkan rating tinggi, mesti dia jemput artis. Contohnya "Manis tak kurma ini?". Eh, silap. Rancangan semanis kurma. Program perbincangan islamik. Tapi jemput artis. Maklumla, nak jadi penyeri majlis. Macam aku kata tadi, tanpa artis. Takde sape nak tengok rancangan tu.


So, macam mana pulak kalau program dakwah dibuat secara lawak?


Banyak aku perhatikan komen-komen makhluk facebook dan blog-blog. Katanya program islamik kena diselitkan lawak. Baru la tak boring. Orang lebih tertarik dengan islam. Hmm, ada betulnya.

Zaman sekarang ni pendekatan dakwah kena ada transformasi sikit. Zaman sekarang, orang tak lagi mencari ilmu agama. Tapi sebaliknya, pendakwah yang kena adaptasikan dengan keadaan sekeliling, dan kena kreatif menyampaikan dakwah supaya orang lebih tertarik dengan Islam. Walaupun sedih, tapi inilah realiti yang kita kena terima sekarang.

Selitkan humor dalam dakwah salah satu transformasi dakwah yang boleh dibuat. Contoh, ceramah Ustaz Kazim Elias. Ceramah dia selalunya diselitkan dengan lawak yang tak kering gusi. Pasal tu ceramah dia best-best belaka. Korang semua kenal Ustaz Kazim kan? Err, tak kenal? Kalau Aaron Aziz kenal pulak ek? Kehkeh..

Dan, ada satu lagi program dari Indonesia. Program dakwah yang sangat unik. Ustaz dia pun sangat lawak. Family aku selalu tengok program ni kat Astro Bintang, pakej Indo Pack setiap kali lepas sahur, pukul 5.30 pagi.

Meh aku perkenalkan kat korang. Rancangan Islam Itu Indah. Penceramah: Ustaz M. Nur Maulana. Try tengok. Confirm BEST..!!



Untuk koleksi rancangan Islam Itu Indah. Korang boleh terjah kat sini - http://videodakwahislam2.blogspot.com

Walaupun ada komen negatif, kata Ustaz ni over melawak. Islam tak boleh dijadikan lawak, ustaz ni badut berserban dan lain-lain. Tapi bagi aku, orang yang bagi komen macam tu sebab dia tak dapat analisis perbezaan zaman dulu dan sekarang.

Islam itu syumul. Maka, boleh diadaptasikan dengan pelbagai aspek dan sudut. Selagi ianya tak lebih-lebih dan tak tersasar dari landasan Islam. Apa salahnya.

Korang tengok rancangan tu. Apa pendapat korang. Best? =)

Jemaah, Oo Jemaah. Alhamdulillah..!!!



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

22 comments:

  • Tak semestinya ceramah PERLU ada lawak baru menarik. ada ceramah, yang daripada mula sampai habis ada lawak, tapi kurang terasa sengatannya. ada ceramah, tak ada pun lawaknya tapi sangat menarik. yang penting bukan lawak itu, tapi penyampaian.

    but still, lawak itu adakalanya perlu untuk menarik perhatian pendengar. lagi2 kalau pendengarnya remaja. nak tak nak, perlu diselitkan sikit. remaja mudah bosan. yeke?

  • Terbaik rancangan dorang. Penyampai pandai menarik minat pendengar dengan latah tersendiri. Mudah di fahami. Sesuai tuk semua peringkat umur.

    Agak2 kalau rancangan Al-kuliyyah tu bwat mcm ni. Rase syok skit. takde la rase mcm rancangan islamic abang2. koh3..

    (^____^)

  • Ya btl tu..memang kena ada humor sikit.kalau tak orang bosan dgr. Penceramah kena pandai cari cara nak tarik perhatian pendengar tp dlm masa yang tetap tekankan pengisian ceramah tu.

  • betul lah, nina kalau dengar ceramah yang serius je boleh tertidur taw. suka yang ada unsur2 lawak :D

    tapi tanak lah artis yg jadi penceramah, nak ustaz semua. kekadang artis ni bukan betul sgt :hikhik

  • to anon,

    eh, al kuliyyah not bad la. sebab ustaz fauzi pandai ceriakan suasana. semalam punya ep best. lawak ringan, tapi rasanya berjaya tarik perhatian penonton. jarang rasanya al kuliyyah bosan. ;)

  • Xde plk rasa Al-Kuliyyah tu sprti yg dideskripsikn oleh anon. Menarik je wlwpn xselit lawak sgt.. :)

    Setuju dgn Ainina. Klw ceramah, lbh suka dr Ustaz. Atau Ustazah. Xmolah artis, lbh2 lg prmpuan. Nk ceritakan pngalaman diri blh la.. Hehe..

  • setuju jugak la if ade selit lawak skit2...

    but, if lawak je sepanjang ceramah, isi nya org x ambil, lebih diambil lawaknya... banyak yg berlaku ni...

    memang diperhatikan sekarang ni, if ceramah tu serius, kompem ramai yg tdo tersengguk, malah ade yg sujud tak bangun2.. huhu~

    ape2 pon, ceramah agama harus disampaikan menggunakan teknologi & cara seiring dgn zaman..
    insya Allah, mampu menarik minat org..

    plus, sebenanya, org2 yg harus 'paksa' hati & diri utk hadir ceramah2 macam ni...
    ingat la, kalo ketawa banyak, hati akn kering dan akhirnya mati.. jadi, perlu menghadirkan diri ke ceramah agama spy ia sentiasa basah & hidup.

    Allahu A'lam.. ^__^

  • heheh, betol la cik aqilah...kekadang org igt yg lawak je...huhu...tapi mesti org terpikir balik asal cerita lawak tu...mesti diorng akan igt balik tajuk penceramah sampaikan...huhu =)

    btw, JT...BL ta pham sgt bahasa indonesia...bila tgok vdeo atas tu tadi...diorng gelak2, tapi BL plak blur...hakhak...XD tak guna gak klu ta pham kan...heheh sbb tu salah 1 halngan menyampaikan Islam adalah perbezaan penggunaan bahasa....

    Mungkin BL kena blajar bahasa indonesia kot...or letak je subtitle...hihihih...

  • betul2.. setuju. Biasanya kalau ceramah agama secara plain, baca hadis, terang, baca hadis, terang... kompom dpt tgk ramai menguap.. tapi kalo ada sikit unsur lawak, kita secara x langsung geli hati dan lebih segar coz "darah dlm badan jalan lancar" la gamaknye..

    hohoho

  • bagi saye cara penyampaian kot yang kena menarik JT..

    macam saye pergi terawih malam keberapa hari tu, ustaz tu bg tazkirah, penyampaian dia sangat berkesan tanpa ada unsur lawak sampai buat hati saye tersentuh dan menangis..

    tapi kalau ada selitkan unsur lawak sikit2 pon kdg2 ok jugak..depends kepada cara penyampai ceramah tu la kan?

  • Ceramah Ustaz Kazim Elias memang mantap. Cara penyampaiannya yang di kaitkan dengan kehidupan kita membuatkan kita mudah memahami dan mengerakkan fikiran kita untuk berfikir, rupanya apa yg selama ini kita buat tidak betul. Ada kalanya memang betul-betul terkena pada batang hidung sendiri.

    Buat yg belum pernah dengar, korang YOU TUBE jer. Dari dok layan lagu dan movie, ada faedahnya layan ceramah agama. Ilmu dapat, pahala pun dapat.

  • leez penah tgk rancangan ngan ustaz tuh. not bad la.. best! 1 p'dekatan yg baru jugak rasenye especially susunatur audiens dlm prog tuh.

    'jemaah.. oo.. jemaah.. alhamdu.. lillah..' ;P

  • pernah tengok sekali. memang best & unik! naluri manusia memang suka hiburan.. tapi tetap ada pengisian. Ceramah TAUBAT tu menarik.

  • tu lah pasal. aku pernah dengar pepatah "if you cannot strike from out side, strike from the inside".

    Blog Dia Entri Merapu, Tapi Kenapa Banyak Feedback?
    (Baca kalau korang nak tahu kenapa entri korang tak ada orang nak baca)

  • Unsur humor memang perlu , yang penting ada point di dalam unsur humor tu.

    Ustaz Kazim Elias punya ceramah memang best , kadang-kadang terasa kot ayat dia .. berbisa

  • mmg.. nk dakwah zmn skrg ni takleh skema sgt.. nnt remaja mudah boring..

    dakwah lawak yg best bg aku, ustaz kazim ellias dgn ustaz azhar idrus la..
    mmg santai.. heheh..

  • mengajar ikut zamanlah. kalau dulu datang ke rumah orang nak berdakwah sekarang tunggu luar pub kalau jumpa sesiapa yang keluar je terus sekolahkan dia barulah mantap!

  • betul tue, kalau takder lawak, rasa ngantuk saja bila mendengarnya...

    Entri Menarik Di Sini:
    1)Download Fast Five BDRip English Hardsub MKV
    2)Octove.com Social Network Pertama Di Malaysia Bagi Hadiah Iphone 4
    3)Boboi Boy Download

  • huhu..jemaaahhhh...Alhamdulillah.. =)
    best jugak kan penyampaian ustaz ni..berlawak,tapi masih didalam topiknya.. =)
    mungkin ada benarnya,kadangkala,lawak itu perlu ada untuk menceriakan suasana..menceriakan majlis ilmu.. =)


    www.dunialandax.com

  • betul2.. lawak itu membuatkan kite frendly.. lawak pon kene jaga2.. jgn nk melawak nnti tersilap ckp.. :D

  • Assalamualaikum..
    utk tidak ngantuk, lawak perlulah..tp jgn pula berlebihan kan...terbaik lah..tq jt..best sgt layan ceramah ni..part paling best sekali, time last sekali..muhasabh diri mcm rancangan sentuhan qalbu..

    p/s: jemaah...oh jemaah..Alhamdulillah =)

  • 2013 zaman Pencetus Ummah.. Rating tertinggi program dakwah.. Alhamdulillah..

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...