Ragam Kurang Ajar Manusia Pada Awal Ramadhan


Ragam kurang ajar manusia

Geram. Baru hari ke dua puasa dah nampak perilaku kurang ajar segelintir orang kita. Tau la awak tu perempuan, ada masa bulan mengambang, tak boleh puasa. Tapi agak-agak la sikit makan depan orang lain masa tunggu bas. Grrr..

Tu yang pertama, kes perempuan tak puasa makan depan orang. Yang kedua, lagi melampau. Sorang lelaki keluar dari kedai runcit dengan pegang sebatang rokok kat tangan dia. Tanpa segan silu dan rasa bersalah.

Memang kurang ajar betol. Tak hormat bulan Ramadhan, tak hormat Islam.


Fenomena tak puasa

Tapi nak buat lagu mana lagi. Realiti sekarang memang macam ni. Itu baru yang aku nampak. Korang pon mesti pernah jumpa jugak orang-orang camtu kan?

Alah, senang cite pergi je ke mana-mana megamall. Tengok kat kawasan foodcourt. Masa lunch, perhatikan je. Mesti ada je perempuan melayu yang makan kat situ.

Kalau bertuah, korang jugak akan nampak lelaki-lelaki dayus lunch bersama pasangan diorang. Aku pon tak paham betol. Macam mana la ada perempuan nak ambik lelaki tak puasa camtu buat pasangan hidup. Kesian. Malang hidupnya.


Allah Maha Adil

Apapun, nasihat aku kat perempuan yang tak boleh nak berpuasa tu. Hormatilah yang berpuasa. Jangan makan depan orang lain.

Aku tau, memang korang tak salah. Dah la korang WAJIB qada' puasa. Korang ganti puasa pulak dalam keadaan orang ramai tengah tak puasa. Berat cabarannya.

Tapi yakinlah, Allah Maha Adil. Mungkin DIA akan bagi ganjaran yang lebih kat korang masa korang ganti puasa tu, lebih daripada kami yang berpuasa pada bulan Ramadhan ni. Wallahualam..

Kepada lelaki kat luar sana yang tak puasa, tanpa sebab-sebab yang dibolehkan. Aku harap ada orang yang akan bagi kaki kat korang satu hari nanti, sebagai pengajaran. Haha, adehh. Teremo pulak. Sabar-sabar. Puasa. Hehe..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

29 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...