|
Showing posts sorted by relevance for query follower blog review. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query follower blog review. Sort by date Show all posts
[Follower BloG Review] Wow! Berita, Bukan Sekadar BloG Berita Woah.16 comments 18 January 2011
Follower BloG Review kembali lagi. Kali ni giliran sedara Tuan-Belog. Beliau ni blogger yang rajin drop komen kat entri Jejaka Terhangat. Baik orangnya. Hehe..
Dengan pantas, kita teruskan sesi review: URL bloG: http://www.wowberita.com Nama bloG: Wow!Berita.com Jejaka Terhangat kata blog Wow! Berita ni boleh dikatakan HANGAT jugak. Ni sebabnya: 1. Template simple. Tak silap aku, template ni asalnya drpd wordpress. Template simple memang bagus. Dan dengan ketiadaan widget bukan2 membantu blog ni diload dgn laju. Syabas..=) 2. Blog kemas. Bukan saje simple. Tapi jugak kemas, neat. Side bar sungguh tersusun. Follower box, shoutmix, popular post, semua ada kat tempat yg sesuai. Fuhh, sejuk mata memandang blog ni. Hehe.. 3. Kedudukan ads terbaik. Kedudukan ketiga-tiga nuffnang ads takde masalah. Tempat yg direkemenkan oleh nuffnang. Hope dpt banyak buffered earning ek. Boleh blanje aku prosperity nanti. Haha.. 4. Entri unik. Entri bukan khas berita je. Tapi lebih daripada tu. Entri menguji minda, games, lawak, tutorial. Woah, segmen review bersama Wow! Berita pon ada. Hangat betol. Pasni bleh review blog Jejaka Terhangat ni balik kan? Kehkeh.. 5. Gaya penulisan superb. Aku dah baca kebanyakan entri Tuan-Belog. Semuanya senang nak paham. Ada gaya penulisan tersendiri. Bagus ni. Kipidap menulis yek.. Game ni aku men kat blog dia tadi. Ngehh.. Ada apa yang perlu diperbaiki? Hm, ada beberapa benda yg aku rasakan Tuan-Belog boleh upgrade sket utk blog Wow! Berita tu.. 1. Gunakan alignment "justify" bagi mencantikkan entri. 2. Letakkan "blog archive" bagi memudahkan reader belek2 entri lepas. - yg ni optional sebab blog tu dah gunakan "page numbers". Bebelan Jejaka Terhangat: Rasanya bila dengar tajuk blog, BERITA. Orang akan anggap blog tu sama seperti blog berita yang biasa. Padahal blog ni takde la fokus kepada berita semata-mata.. Entri berita mungkin jalan terbaik dalam mendapatkan trafik melalui SEO. Tapi kalau nak blog kita dapat sambutan daripada para bloggers, kita perlu buat entri yang lebih luar biasa drpd berita biasa yg terdapat di akhbar.. Follower BloG Review ni masih dibuka. Sesiapa yang berminat nak direview boleh join. Tapi pastikan isi borang dulu kat sini ek: Follower BloG Review Oleh Jejaka Terhangat54 comments 13 January 2011
Yosh, setelah sekian lama menyepi, akhirnya slot Follower Blog Review oleh Jejaka Terhangat kini kembali. Korang nak blog korang direview macam ni?
1. BloG Taman Bunga Yanasabeli dot Blogspot dot Com Sangat Sweet.!! 2. BloG Suratan Kebetolan Rulezz.!!! Blogger Kacak Bernama Hazwan.. 3. BloG Cerita Bulan Cool Macam Ais Batu. Sejuk Woah..!! Apa yang perlu korang buat: 1. Buat satu entri bertajuk "Follower BloG Review Oleh Jejaka Terhangat". 2. Letakkan header blog Jejaka Terhangat kat entri tersebut dan linkkan kepada entri ni. 3. Dah nama pon Follower BloG Review. So, haruslah jadi follower blog ni. 4. Bagitau 2 point, apa yang BEST kat blog Jejaka Terhangat ni. contoh: Apa yang best kat blog Jejaka Terhangat ialah: 5. Dropkan link entri yang korang dah buat tu kat komen bawah ni. Tu je.. * Keutamaan review blog akan diberikan kepada sesiapa yang bagi point yang paling best dan kreatif. Senang je kan?=) p/s: Penyertaan kini ditutup.. Review Paling Kreatif AzzaFirza35 comments 07 December 2010
Wahhh, dah lama Jejaka Terhangat tak buat Follower BloG Review. Ada sebab-sebab tertentu yg tak dapat nak elak. Kalau ada kesempatan nanti, Follower BloG Review oleh Jejaka Terhangat akan disambung balik..
Okey, untuk entri ni. Blog review khas akan dibuat untuk beri laluan kepada contest "Review Paling Kreatif AzzaFirza" yg dianjurkan oleh AzzaFirza. Hadiah yg ditawarkan sangat berbaloi-baloi. Meh tengok sini: Taraa.. Hadiah Utama = RM50 Topup + Hati Penganjur Sekali. ahaks.. Sebab join contest ni: Aku join cntest ni sebab nak support contest yang dianjurkan oleh blogger lain. Secara tak langsung dapat merapatkan ukhwah sesama blogger. Haha, yo yo'o je. Of course la main event untuk menang RM50 tu kan. Ngehh..=p Sebelum memulakan sesi review, jom aku ajak korang berlari-lari menggapai awan sambil berkenalan dengan tuan punya blog, AzzaFirza. Nampak tak yg aku highlight tu? 4teen. Maksudnya fourteen, 14 tahun. Hah, terkejut?? Memang salute la kat cik Azza. Baru form 2 dah ada blog sendiri yg mantap. Aku dulu masa form 2 baru belajar pegang pc. Dok main game kat cc. Kadang2 terkedek2 chatting kat MIRC. Ahaks.. Tamat sudah mukadimah. Masa dah time utk aku mulakan sesi review blog cik Azza. URL BloG - http://zaza96.blogspot.com/ Tagline - Single But Available (to Jejaka Terhangat only) haha.. Lepas dah go through blog cik Azza selama lebih sejam. Jejaka Terhangat klasifikasikan blog ni dalam kategori SUPERB..!! Sebabnya, baca points ni: 1. Theme blog yang simple dan comel. Header pon comel. Tuan punya blog pon comel. Dengan kata lainnya, semuanya comel. Ngehh..!! 2. Blog tak berat. Best nak datang selalu. Takde sangat widget yang mengarut yg boleh buatkan blog lambat load. Bagus2.. 3. Takde shoutbox kat blog ni. TAPI, korang still bleh mengayat tuan punya blog dengan add beliau kat facebook, twitter. Formspring pon disediakan bagi sesiapa yg berminat nak mengisi borang cari jodoh dengan cik Azza..=p 4. Bagi sesiapa yg tengah tangkap cintan pon sangat sesuai datang blog ni. Ada lagu romantik disediakan. Waahh, sangat sweet..!! Klik "PLAY" utk Dengarkan OST BloG AzzaFirza 5. Berita baik utk beginner blog. Banyak tutorial blog yg sangat berguna yg cik Azza kongsi kat blog dia. Klik je kat "tutorial". Fuuhh, aku pon tak reti nak buat sume tu. Respek2.. 6. Gaya penulisan cik Azza sangat mantap. Macam blogger otai dah. Bahasa SMS pun tak banyak. Senang nak paham. Pembaca tak lost fokus pon masa baca entri blog ni. Best2..!! 7. Ooo, cik Azza minat kat Ben Ashaari ek. Boleh kata semua segmen terbaru yg pakcik Ben buat cik Azza participate. Trafik mesti tinggi ni kan. =p 8. Jangan jeles dengan ranking blog cik Azza. Blog dia dah Page Rank 1 woah. Alexa Rank pulak pada kedudukan 3,477,813. Amacam, bleh tahan kan bagi blogger yg baru form 2.. 9. AWAS utk copy cat dan kaki plagiat. No Right Click on this bloG OK..!! Padan muka korang. Haha.. Amacam, 9 points atas tu dah cukup kan nak membuktikan blog cik Azza memang SUPERB..!! Tak percaya lagi? Meh tengok bukti survey bawah ni pulak. Survey dibuat ke atas 1000 orang mengenai pandangan mereka terhadap blog AzzaFirza: Keputusan survey: 100 peratus daripada 1000 orang pemaklum balas memberikan jawapan blog AzzaFirza "Sangat SUPERB". Ha, nampak tak bukti kukuh tu. Tula, orang dah cakap tadi tak percaya. (hope ada la yang tertipu dgn survey ni). Ahaks.. Ucapan kepada cik Azza: Tahniah kepada cik Azza kerana telah membuktikan pelajar sekolah rendah, eh sekolah menengah juga mampu utk berblogging. Usia bukanlah batu penghalang utk berjaya dalam dunia blog ni. Ye tak? Tahniah lagi sekali dan teruskan usaha cik Azza. Semoga blog AzzaFirza akan lebih maju dari semasa ke semasa. Owh, tak lupa jugak, Selamat Menyambut Hari Lahir ye. Semoga dipanjangkan umur dan ceria-ceria selalu di Astro Ceria. Amin..!! TAG 5 bloggers: 1. cik Iszmasz 2. Miela Tahril 3. Ina Haslina 4. cik Allya 5. Puan Maliana DONE..!! Untuk maklumat lanjut pasal contest ni. Sila TERJAHH blog AzzaFirza yek. Sekian..!! p/s: Ada sesiapa yg nak blog dia direview camni? Bagitau la kat komen yek. Ngehh.. [Follower BloG Review] Miss PurpleHolic Empunya BloG Cumil.34 comments 17 January 2011
Follower BloG Review kali ni merupakan seorang blogger perempuan yang cumil. Namanya Miss PurpleHolic. Daripada namanya je kita bleh tau yang dia suka kaler puple. Standard pompuan la kan? =p
URL BloG - http://purplelalink.blogspot.com/ Tagline: it's about life Sebelum mulakan review, Jejaka Terhangat nak habaq mai. Ada terdapat 2 jenis blogger: 1. Blogger yang menulis ikut suka sendiri dan tak mengharapkan pembaca datang ke blog. 2. Blogger yang menulis ikut kehendak pembaca dan mengharapkan pembaca bertambah dari semasa ke semasa. Aku kategorikan cik PurpleHolic sebagai blogger no 1. Sebabnya, penulisan dan decoration di blog cik PurpleHolic memang mengikut keselesaan diri sendiri kan? TAPI, katakan cik PurpleHolic nak jadi blogger no 2. Nak harapkan lebih pembaca dan viewer datang ke blog cik PurpleHolic, inilah yang perlu dibuat: 1. Lajukan blog load. Blog cik PurpleHolic terlalu banyak widget pelik2 yang boleh slowkan load blog. Kalau boleh buangla widget2 yg tak berapa penting. Seperti "moving hearts" kat kiri dan kanan blog, widget "follow back" kat blah kiri blog. Nanti cik PurpleHolic tengok balik ye. Kat sidebar pon banyak sangat widget yang tak perlu ada.. 2. Buang lagu. Lagu kat blog cik PurpleHolic sangat sweet. Tapi biasanya pembaca tak berapa berkenan kat blog ada lagu. Alasannya, bising. Tapi katakan nak jugak letak lagu, letak la kat tempat paling atas blog. Supaya pelawat bleh senang cari lagu tersebut dan stopkannya secara manual. 3. Terlalu banyak gambar. Gambar yang tak perlu pon banyak. Ni pon boleh beratkan blog. JT rekemen kalo still nak letak gambar banyak2 tu, gunakan "scroller box" supaya sidebar lebih nampak kemas.. 4. Sosial network page. Facebook badge ada diletakkan kat sidebar. Tapi tak boleh nak view atau add cik PurpleHolic kat fb. So, rasanya takde guna letakkan badge tu. Melainkan pergi ubah setting supaya orang boleh add. Link Formspring pon perlu diperbaiki. Jadikan hyperlink bagi memudahkan viewer utk klik.. Berehat sebentar. penat. hehe.. cik PurpleHolic <3 sambung balik... 5. Perbaiki entri. Jangan gunakan terlalu banyak kaler dalam entri. Nanti orang nak baca pon jadi serabut. Dan cuba elakkan tulis entri gunakan alignment "center". Kalau sikit2 takpela. Tapi bila keseluruhan pon gunakan center, nampak agak serabut di situ. 6. Comment system. Sistem komen blog ni dah ok. Gunakan popup komen. Tapi lebih cantik kalo buang "word verification" bagi memudahkan pembaca nak drop komen.. ![]() Mine – Taylor Swift Song Lyrics Tukar autostart kepada "no" kalo taknak autoplay. Menarik tertarik: Walaubagaimanapun, templete dan header blog cik PurpleHolic nampak simple dan cool. Kalo dah buang semua benda yg tak perlu tu, mesti blog ni bleh lagi LETOPP..!! Ngehh.. Hope yang lain pon boleh amik mana yg baik drpd review ni utk jadikan rujukan kat blog sendiri ye. =) Tu je review aku setakat ni. Bagi sesiapa yang berminat nak direview camni jum terjah sini: [Follower BloG Review] Retro Hitam Putih BloG FariqScorpio Terbaik..!!35 comments
Follower BloG Review ke 2 harini adalah untuk Fariq Scorpio dot Com. Pagi tadi aku dah review blog Miss PurpleHolic dan dgn segera beliau perbaiki blog dia. Fuuh, bagus betol..
Review kali ni mungkin agak senang sebab aku tak banyak komplen. Blog Fariq memang dah terbaik untuk dijadikan rujukan para bloggers. Tak caye tengok la ni.. URL BloG - http://www.fariqscorpio.com/ Jejaka Terhangat kata blog Fariq Scorpio best sebab: 1. Template simple. Nampak tak template hitam putih blog Fariq Scorpio tu? Retro sungguh, kemas dan tersusun. Fuhh, memang terbaik sepanjang zaman la..=p 2. Blog load laju. Macam biasa, oleh sebab blog Fariq takde widget bukan-bukan yang tak berguna. Kesannya blog dia pon load sangat laju. Bagus2.. 3. Sistem komen best. Yang ni aku suka. Kalo nak komen senang. Dia guna popup komen, tiada "words verification" dan komen akan terus dipublish. Kalo komentar ada typing error boleh nampak kat situ jugak. Boleh buat pembetulan terus. Ngehh.. 4. Blog archive disediakan. Nak belek-belek entri lepas Fariq pon senang. Sebab blog archive ada kat sidebar. Dan blog archieve tu dalam "scroller box" supaya tak nampak serabut. Thumbs up.. 5. Ada Blogger Chat Room? Eh, siap ada Blogger Chat Room lagi kat side bar. Boleh interaksi secara terus dengan blogger lain dari blog sendiri. Best betol ni. Korang dah pasang belom? 6. Entri konsisten. Most of time, entri blog Fariq lebih bersifat personal. Menarik nak baca. Wahh, siap ada cerita bersiri Fariq tulis ek. Macam best je cerita Khurafat ni. Jom baca.. Ada apa-apa yang perlu diperbaiki? Oleh sebab blog Fariq dan kategori superb. So, aku just nak bagi cadangan untuk beberapa perkara je. Firstly, masa menulis tu kenal pasti ayat yang perlu dan yang tak perlu ada dalam entri. Mana yang tak perlu tu remove je. Kita taknak entri jadi panjang, tapi pembaca lost fokus masa baca.. Secondly, tulisan yg ni kalo boleh diubah supaya visible lagi cantek. Ngehh.. Tu je review aku setakat ni. Bagi sesiapa yang berminat nak direview camni sila isi borang kat sini ye: [Follower BloG Review] BloG Taman Bunga Yanasabeli dot Blogspot dot Com Sangat Sweet.!!11 comments 18 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat.
Korang perasan tak aku review blog selang antara follower lelaki dan perempuan. Last time aku review blog jejaka kacak, Nazirul Hazwan. Maksudnya, review kali ni giliran gadis sunti plak. Ngehh.. Cik Yana, ni untuk anda.. URL BloG - http://yanasabeli.blogspot.com/ Alahai, cumilnyer header bloG. Sebab owner pon cumil. BloG pon sangat sweet. Berlatar belakangkan bebunga hijau. Terasa tenang hati sanubari tatkala berada di bloG ini.. Haha, lebih2 plak si JT ni. Jomla teruskan review. Hehe.. 1. BloG ni ringan woah, seringan kulit bawang. Sebabnya takde pon widget bukan2 dalam bloG cik Yana ni. Load pon laju. Apa lagi, masukkan la bloG ni dlm list blogwalking korang. Ngeh.. 2. Kat bloglist ada senarai kedai online. Oo, cik Yana kaki shopping ek. Kantoi.. Kehkeh.. 3. Wahh, cik Yana pandai edit picture yek. Banyak entri yg post gambar diedit. Editkan gambar JT bleh? Tapi gambar carik sendiri la. Hehe.. [Follower BloG Review] Blogger Ujang Dan BloG Erti Kehidupannya Sempoi Abes..!!18 comments 21 January 2011
Siapa yang tak kenal blogger yg memegang nombor giliran Ujang9897. Bro ujang memang blogger yg friendly. Rajin dia terjah blog sorang2 dan drop komen. Kali ni, memang blog beliau la yg jadi mangsa Follower BloG Review aku. Ngehh..
URL BloG: http://azfar9897.blogspot.com Haha, sebenarnya aku pon tak tau nak review ape pasal blog Ujang ni. Pasal blog dia sempoi abes. Korang tengok la sendiri.. Sempoi no. 1: Template sempoi. Header vespa. Tagline "Selamat menjamu selera" ?? Haha, tibe2 je. Just tengok je template dia memang dah tertarik.. Sempoi no 2: Biasa kita dengar lawak bersahaja. Tapi entri bro Ujang ni kebanyakannya memang bersahaja. Mana yg dia rasa nak tulis, nak copy masuk kat blog. Selamber je dia buat. Popular post pon aku rasa nak tergelak je tengok. Korang usha la sendiri ek. Haha.. Sempoi no 3: Bloglist kat sidebar tu besar gedabak font dia. Saje je buat camtu kan? Satu keunikan di situ. Ahaks.. Sempoi no 4: Oleh sebab bro Ujang ni blogger friendly, komen yg dia dapat pon boleh tahan banyaknye. kalo dia komen kat blog orang lain pon selalunya sempoi2 gak komen dia. Kehkeh.. Iklan sebentar: Jom CNI bersama Ujang9897 Tamat sudah bab sempoi. Ni ha bab serius. Apa yg perlu diperbaiki, pada pandangan Jejaka Terhangat: 1. Saiz widget Saiz widget kat sidebar tak guna ruang secukupnya. Untuk blog kita lebih nampak kemas, gunakan ruang sidebar sepenuhnya. Macam "autoscroll latest entry" dgn shoutmix boleh dilebarkan lagi. Dan kedudukan widget lain dicenterkan.. 2. Nuffnang ads. Yang ni pasal nuffnang skyscrapper yang float kat tepi tu. Kalau boleh tak payah ada gap, rapatkan je ads tu ke tepi. Sebab ia akan mengganggu visitor view masa iklan tu keluar. 3. Entri. "Justify" kan alignment entri supaya nampak lebih tersusun. Kaler font pon perlu dihitamkan betul supaya tulisannya tak nampak kabur. Ekjas kaler font kat "edit html".. Itu je stakat ni review aku pasal blog bro Ujang. yang lain2 aku tak sentuh tu takde masalah pada pandangan aku. Sesiapa yg nak join review ni masih dibuka. Sila isi borang kat Follower BloG Review. Owh, dan jugak. Sesiapa nak masuk "Bloglist Hangat" kat sidebar Jejaka Terhangat pon boleh. Masih dibuka. Isi borang kat sini: [Follower BloG Review] Mari Berehat Muhasabah Diri Di GreenAppleKu Dot Com.15 comments 23 January 2011
Kita teruskan lagi sesi Follower BloG Review oleh Jejaka Terhangat. BloG yang jad mangsa review kali ni siapakah? Ye, cik GreenApple. Entri ni khas untuk anda..=)
Secara jujurnya aku nak bagitau. AKU TAKDE PAPE MASALAH DENGAN BLOG GREENAPPLEKU. Blog ni pon dah kategori superb. Tengok ni buktinya.. URL bloG: http://www.greenappleku.com Tagline: Love | Freedom | Independent Meh aku bagitau kekuatan blog cik GreenAppleKu ni: 1. Template kemas. Blog ni sangat tersusun, kemas. Dengan header dan template yg berwarna epal kehijauan. Memang sungguh menenangkan jiwa. Fuuhh.. 2. Blog load laju. Dengan ketiadaan widget2 mengarut, blog ni sangat senang nak load. Siap ada Bloggers Chat Room. Bagus2, bleh blogwalking selalu kat sini. Ngehh.. 3. Blog archive. Blog archive pon disediakan. Dan latest entri pon ada. Senang nak belek2 entri GreenApple yang lepas-lepas. Nice..=) 4. Penulisan superb. Yang ni aku puji sangat-sangat. Gaya penulisan macam penulis artikel surat khabar. Mula-mula ingatkan kopi pes dari mana2 artikel. Rupa-rupanya memang hasil penulisan cik GreenApple sendiri. Respek2.. Ayat dan perkataan takde short form. Penggunaan Bahasa Melayu yang tinggi. Penulisan senang faham. Sangat mesra SEO. Thumbs up.. 5. Entri kerohanian. Blog ni sangat bagus untuk muhasabah diri. Banyak entri keagamaan dan cik GreenApple siap kasi pandangan persendirian pasal isu tersebut. Korang kena baca sini slalu. Jangan suka baca bab hiburan je ek..=p 6. Rajin update. Cik GreenApple jugak sangat rajin menghapdate entri. Kadang2 aku sendiri pon tak terkejar nak baca sume entri2 terbaru dia. Ahaks. Tapi bagus jugak rajin update entri. Trafik dan unic visitor (uv) pon bleh bertambah setiap masa. Secara kesuluruhannya, blog cik GreenAppleKu aku kategorikan sebagai SUPERB. Korang pon boleh amik blog ni sebagai rujukan utk upgrade blog sendiri.. Cik GreenApple <3 Ni ada beberapa benda yg JT nak rekemenkan kat blog GreenAppleKu. 1. Hidden kan navigation bar kat atas tu. Takut ada orang dengki, dia tekan "Report Abuse" pulak. Ni FariqScorpio punya cadangan.=p 2. Gunakan scroll box untuk blog archive. Supaya tak guna space banyak sangat dan nampak lebih kemas. 3. Jangan terlalu serius sangat dalam menulis komen. Haha, larikkk..!!! [Follower BloG Review] Jumping Momochan. Blogger Si Cilik Molek.8 comments 25 January 2011
Yosh, oleh sebab line screamyx aku dah kembali jadi streamyx. Boleh la aku teruskan sesi Follower Blog Review. Giliran blog siapakah kali ni? Ye, entri ni khas utk cik Momochan. Baca la dengan tekun Ngeh..=p
Sebelum tu, meh aku kopi pes sket maklumat diri cik Momochan: momochan HELLO ! my name is Nadhirah a.k.a. momochan.was born in 1991. Uitm Arau is my new 'school' .i love to talk but i prefer to be a good listener. and i'm taken by Mr.Ant :) Uwaa, taken la plak. Takde chance ni. Sobb sobb. Nak buat camne. Dengan sedihnya, jom la kita teruskan sesi review ni..=p URL bloG: http://nuovefiabe.blogspot.com Nama bloG: Jumping Momochan Secara keseluruhannya, blog cik Momochan simple. Themplate ok. Tapi macam ada beberapa benda yang JT rasa tak kena la kat blog ni. Ape ek? Hmm.. 1. Kedudukan header. Header blog cik Momochan gunakan background image kan? Tu yang dia jadi tak center dan tak boleh diklik. Apa kata cik Momochan upload macam biasa kat design, amik pilihan "instead of title and description" supaya header tu boleh diclick.. 2. Blog archive terlalu pendek. Kalau bleh panjangkan sket scroll box utk blog archive. Bagi memudahkan pembaca dan diri sendiri nak belek2 balik entri2 lepas.. 3. Terlalu banyak scroll box. JT rekemenkan, untuk gambar gunakan "marquee" instead of "scroll box". Terlalu banyak scroll box pon bleh buat blog nampak serabut. 4. Iklan nuffnang tak cukup. Kat blog momochan ada satu je nuffnang skyscraper. Kalau nak upkan earning dari nuffnang better letak tiga2. Skyscraper, leaderboard dan large rectangle. 5. Navigation bar. Kalau boleh, hidekan navigation bar (navbar) supaya takde orang gatal tangan nak tekan "Report Abuse" kat situ.. 6. Kemaskan entri. Dari segi penulisan dan perenggan takde masalah. Cuma JT rekemenkan supaya "justify" kan alignment entri. Dan gunakan huruf besar bagi setiap permulaan ayat. Supaya entri nampak lebih kemas dan tersusun.. Oleh sebab blog Momochan lebih banyak bersifat personal, dan theme blognya pon simple. So, aku takde banyak benda lagi nak diperkatakan. Sampai aku pon blurr nak review ape lagi. Hehe.. Korang TERJAHH dan usha la sendiri ek blog Momochan kat sini: p/s: EMPAT penyertaan lagi diperlukan sebelum aku tutup penyertaan Follower Blog Review ni. Sape nak join cepat2 isi borang kat [SINI]. [Follower BloG Review] Kesimplelan BloG Syurga Itu Indah, Muhd Burn Memang Best.30 comments 14 January 2011
Okey, Follower BloG Review oleh Jejaka Terhangat dah bermula. Mangsa yang pertama adalah Muhd Burn. Yeay, tahniah sebab jadi yg pertama utk direview bagi musim kali ni. Jaga la bro. Ngehh..
Sebelum berkenalan dengan blognya, apa kata kita berkenalan dgn tuan punya blog dulu. Orait? Menurut dewan bahasa, Muhammad Burn adalah anak ke 2 drpd 3 beradik Dan merupakan seorang cikgu. Woahh, berdiri semua. "Selamat pagi cikgu". Ahaks.. Nama blognya "Syurga Itu Indah". Fuhh, memang terasa indah pon bila berada di blog bro Burn. Meh tengok sini.. URL BloG - http://syurgaituindah.blogspot.com Apa yang best sangat kat blog Syurga Itu Indah ni? 1. Blog dia simple, dan mudah nak load. Blog yg senang load bleh dapat page view lebih tinggi. Bagus2.. 2. Takde widget pelik-pelik yang boleh beratkan dan mengharu-birukan blog. Thumbs up.. 3. Kedudukan ads nuffnang rasanya takde masalah. Kalau betul caranya bleh senang dapat buffered eaning ni. Ngehh.. 4. Entri blog guna alignment "justify" mcm JT kan. Bijak2, dengan itu entri akan nampak lebih kemas. Hehe.. 5. Fuuuhh, brader Burn sangat rajin update entri. Mau 2-3 entri sehari kan? Semoga semangat blogging ni berterusan ek. Hehe.. Apa yang perlu diperbaiki? Ini adalah point-point yg direkemenkan bagi blog Burn utk diperbaiki, pada pandangan Jejaka Terhangat: 1. Header gunakan background. Bila advertise nuffnang (leaderboard) muncul. Header blog ni akan ditutup oleh iklan tu. So, sangat tak best rasanya. JT rekemen, bro Muhd Burn guna je header biasa yg mcm kebanyakan blog guna. 2. Saiz font entri dan kalernya. Font entri kejap kecik kejap besar. Colour font dia pon kelabu (bukan hitam betul). Saiz font perlu diperbesarkan sikit dan tukar setting colour font jadi hitam betul kat "edit html". 3. Entri terlalu klise. Klise maksudnya kebanyakan entri dah dibuat oleh blogger lain. Pembaca dah boleh predict apa yg nak disampaikan kat entri tu. So, mungkin Muhd Burn bleh buat entri yg kurang klise pada masa depan. 4. Perenggan terlalu panjang. Tulis banyak-banyak ni bagus sebenarnya. Tapi kalau boleh jangan buat ayat yg terlalu panjang dalam satu perenggan. Takut reader akan lost fokus masa baca.. Pesanan Jejaka Terhangat: Blogging bukan tentang siapa paling banyak update dalam masa sehari. Tapi berapa berkualitinya entri yang dibuat bagi setiap entri. Orait? =) Tu je review aku setakat ni. Bagi sesiapa yang berminat nak direview camni jum terjah sini: [Follower BloG Review] Jom TERJAH Indra Amirul And His Confesssion's BloG..!!11 comments 29 January 2011
Penyertaan bagi Follower BloG Review aku dah tutup. Semuanya 28 penyertaan. Dan blog kali ni adalah yg ke 11 aku review. Banyak lagi yg tinggal. Penatnye review blog. Hehe..
Papepon, brader Amirul Indra. Blog review ni untuk anda. Aku rasa nak membebel lagi untuk review kali ni. Buat-buat pekak je la ek. Ahaks.. URL bloG: http://fiarcacoutura.blogspot.com Nama bloG: My Confession ! Setelah aku meneliti blog Amirul selama beberapa abad. Ini lah yang aku aku boleh katakan.. Positive thoughts about My Confession ! Blognya bagus sebab ringan, takde banyak widget. Template boleh kata kemas jugak la, tak serabut. Sistem komen pon guna "pop up comment" dan takde "words verification". Senang orang nak bagi komen.. Indra Amirul jugak suka join contest. Banyaknye contest yg dia masuk. Agak-agak korang perlukan peserta utk join contest korang, jangan lupe datang ke blog My Confession ni yek.=p Uiks, pon minat Domo-kun? Bebelan Jejaka Terhangat about My Confession ! Ada beberapa benda yg Indra Amirul boleh perbaiki lagi tentang blog ni. Contohnya, header yang ceria tu sepatutnya dimatchkan dengan template yg ceria jugak. Bila theme hitam digabungkan dengan header yg happening. Macam ada sumthing wrong sumwhere sket di situ.. Font content agak susah nak dibaca. Mungkin kerana tulisannya berbunga. Try tukar font biasa bagi memudahkan pembacaan.. Lagu kat blog My Confession bagus sebab boleh pause. Tapi lebih bagus kalau tak letak lagu sebenarnya. Kalau letak lagu genre pop memang boleh menterkejut berukkan orang yg masuk ke blog kita.=p Macam biasa, hidekan "Navbar" supaya takde orang gatal tangan dok tekan "Report Abuse" kat atas tu. Dan, gunakan widget "link within" supaya entri2 lepas dapat dipromotekan kat setiap bawah post.. Dah, cukup tu je. Bebelan aku tak banyak sebab blog ni pon kategori OK. Hope brader Indra Amirul dapat terima kritikan Jejaka Terhangat tu yek. Ngehh..!! OK, tunggu ape lagi semua. Jom TERJAHH..!!!! [Follower BloG Review] Wow, BloG The Other Side Of My Life Sangat Comel, I'm Impress.!!13 comments 27 January 2011
Alops sume. Selamat datang ke sesi Follower BloG Review. Blog yang aku review kali ni memang special sangat. Kagum betol aku tengok blog dia. Nama empunya blog tu cik Shea Azmi.. Tepuk la sket..=p
URL bloG: http://saranghaeyoshea.blogspot.com Nama bloG: The other side of my life Impress, memang impress aku dengan blog cik Shea ni. Meh aku bagitau apa yang aku kagum sangat dengan blog dia tu.. 1. Blog comel. Blog dia super cutel. Kemas dan tersusun. Sidebar dia pon comel je. Tak serabut. Siap ada ikon comel gerak2 kat sidebar dia. Cuma theme merah tu je kot yg menusuk ke mata..=p 2. Blog ringan. Widget yang merepek takde sangat kat blog ni. So, blog dia pon ringan. Tak payah tertunggu2 utk blog dia load. Sungguh pantas. Bagus2.. 3. Sistem komen best. Blog cik shea tak menyusahkan pembaca nak komen. Dia guna "pop up comment" dan takde "words verification". Korang pergi la komen2 selalu kat sane ek. Ngehh.. Domo-kun kegemaran cik Shea =p Bebelan dan pendapat Jejaka Terhangat.. Walaupon blog cik Shea ada lagu. Tapi aku rasa takde masalah sangat sebab lagu tu boleh distopkan bila-bila masa.. Blog archive tu better buat "drop down", supaya pembaca dan diri sendiri senang nak belek2 balik entri2 lepas. Penulisan entri dah OK. Cuma perlu dikemaskan lagi. Settkan alignment entri kepada "justify" Dan elakkan guna bahasa SMS. Pastu cuba biasakan mulakan ayat dengan huruf besar. Kalau buat semua tu, entri bleh nampak lebih kemas dan tersusun..=) Pastu, macam biasa. Hidekan "Navigation bar" supaya takde orang gatal tangan dok tekan "report abuse" kat blog cik Shea.. Cadangan laen, gunakan "link within" supaya entri2 lepas dapat dipromotekan kat bawah setiap post..=) Tu je review dan cadangan aku tentang blog cik Shea. Pastikan korang TERJAH blog dia dan tengok sendiri betapa comelnyer blog dia. Ambik apa yang baik utk diaplikasikan kat blog sendiri. Klik sini: [Follower BloG Review] BloG Cerita Bulan Cool Macam Ais Batu. Sejuk Woah..!!8 comments 14 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. Tiba masanya utk aku review bloG ke 4 selepas bloG cik Mashimaro. Nama empunya bloG kali ni Ismail Noh (Bulan). BloG dia sangat kontra dengan bloG aku. Nape aku cakap camtu? Meh tengok sini..
URL BloG - http://www.ismailnoh.com Nampak tak? Templete blog dia Biru + Putih + background Hitam. Sejuk je mata memandang. BloG aku plak panas. Hehe.. Daripada header bloG tu kita dah bleh agak, brader Bulan ni memang photographer sejati. Besor gilerr kamera. Cayalah.. Lain-lain kehebatan yg aku nampak kat bloG Cerita Bulan ni: 1. Dah namanye photographer, entri dia mestila banyak gambar. Gambar pulak sumenya cantik-cantik. Wahh, gambar jodoh pon banyak kat sane. Ngehh.. 2. BloG ni cool, tak serabut. Ringan sebab tak banyak widget. Pastikan korang sume bookmark bloG ni dalam senarai blogwalking korang yek. 3. Based on entry archieve, bulan 10 ni genap setahun la bloG Cerita Bulan ni kan? Happy Besday to Youu.. [Follower BloG Review] Cahaya Cinta Ilahi Membawa Kebahagiaan Di Dunia Blog.27 comments 20 January 2011
Setelah sehari berehat, kali ni aku sambung balik Follower Blog Review. Mangsa kali ni adalah cik Cahaya Cinta Ilahi. Sudahkah anda bersedia untuk ditemu marah? Hehe..
Untuk review kali ni aku nak membebel je la. Hope sudi pekakkan mata tu ek. Ngehh.. URL BloG: http://wwwcahayacintailahi.blogspot.com Tagline: Kerana dia yang bertinta Header: Wahh, cutenya header. Tertarik menarik kat situ. Awas, jangan cepat cair sangat masa masuk blog ni. Cik Cahaya Cinta Ilahi (CCI) dah berpunya. Tak caya usha kat bawah skali ada Daisypath. Haha.. Header tu kalo bleh upload je macam biasa. Gunakan pilihan "instead of title and description" supaya header tu boleh diklik. Gambar: Overall templates ok. Just cuma perlu renovate bagi lebih tersusun. Kat sidebar terlalu banyak gambar. Yang part gambar2 tu elok gunakan "marquee" supaya nampak lebih kemas dan tak pakai banyak sangat space.. Bloglist plak kalo nak nampak lebih tersusun, jangan tunjukkan semua. "Show 5" je dah ok. Sebab bloglist terlalu banyak.. Widget: Widget tak banyak. Ok la. Tapi ada widget yang tak perlu. Contoh yg kat tepi tu widget suruh follow dan komen. Nanti cik CCI tengok balik mana yg perlu diremove yek.. Widget visitors ada dua. Buang salah satu pon takpe. JT nasihatkan jangan guna "GeoCounter" tu sebab iklan popup widgeo yang memberatkan akan keluar bila orang masuk ke blog CCI. Ini menyusahkan bloggers lain nak blogwalking. JT rekemen gunakan www.hitstat.com. Lebih simple dan tak memberatkan.. "Link within" perlu diperbetulkan supaya fit dgn saiz content. Oleh sebab content blog cik CCI lebar, Set link within kepada 4 atau 5 supaya lebih nampak kemas. Entri: Penulisan entri Cik CCI kejap font kecik kejap font besar. Ni tak bagus utk SEO. Same goes to bahasa SMS atau bahasa manja (hary, jew dll). Kalo boleh elakkan tulis macam tu supaya pembaca senang faham apa yg nak disampaikan. Kaler pada entri sangat berkalerful. Kalau boleh kurangkan penggunaan kaler dalam entri. Takut sakit plak mata pembaca bila tulisan kejap hitam, kejap merah, kejap purple. Hehe.. Mana yang JT tak sentuh tu rasanya takde msalah sangat. Macam kedudukan nuffnang ads, follower box dan shoutbox dah ok. Kalo ada bloggers lain yg nak tambah apa yg kurang dalam review ni dipersilakan la yek..=) [Follower BloG Review] Blogger Sabahan Unik, Aretikz Terbaek Wokk..!!19 comments 15 January 2011
Semalam selesai sudah Jejaka Terhangat review blog brader Muhd Burn. Harini tiba giliran blogger sabahan yang mesra, sedara Aretikz..
Err, tapi aku bagi tau awal-awal bah. Review kali ni agak susah sebab blog Aretikz memang dah terbaek. Takde banyak cacat cela pon. Tak caya korang tengok ni sendiri.. URL BloG - http://segalaceritera.com/ Tagline: CeRiTeRa SeLaGi BoLeH! Untuk makluman, blog Aretikz guna platform wordpress. Sebab tu banyak keistimewaannya.. Ni aku bag point-point kenapa korang WAJIB terjah blog Aretikz: 1. Load blog laju. Rasanya memang Aretikz saja pilih theme camni kan. Simple dan takde header. Dengan ketiadaan widget mengarut lagi. Sebab tu blog Aretikz sangat laju load. Bagus2.. 2. Gaya penulisan the BOMB.!! Fuhh, gaya penulisan Aretikz pon best. Walaupun entri dia panjang lebar, tp reader takkan lost focus masa baca. Perenggan pon cantik je susunannya, ayat tak terlalu panjang dalam satu perenggan.. 3. Entri-entri yg sangat kreatif. Haha, yang ni aku kasi 6 bintang out of 5. Banyak entri dia yg sungguh kreatif. Bukan setakat lawak-lawak. Tapi diselitkan sekali unsur nasihat. Siap ada hadith dan dalil2. Respek2.. Entri ni best. WAJIB korang terjahh..!!! a) Edisi Klasik : Nenek Kebayan Dan Snow White (Lawak Nasihat) b) Maaf, Blog Ini Terpaksa Ditutup (Superb Kreatif) 4. Sistem komen best. Ni yg best dgn wordpress. Sistem komen guna threaded comment. Owner blog dan komentar bleh berinteraksi dgn lebih efficient. Eh, ada "CommentLuv". Sambil drop komen, korang bleh promot entri skali. Best btol..!! 5. Alexa rank mantop. Walaupun page rank masih nil, tapi alexa rank blog Aretikz cukup mantop. Saing-saing ngn blog Jejaka Terhangat ni gakla (nak jugak). Haha.. 6. Kedudukan ads 100 markah. Blogger lain pon bleh rujuk nuffnang ads kat blog Aretikz ni. Sebab, semua ads dia pada kedudukan yg nuffnang kehendaki. Thumbs up.. Overall, blog Aretikz, Segalanya Cerita ni terbaek bah. Sesiapa yg nak blog simple can mudah load bleh la jadikan blog Aretikz ni sbg rujukan. Teruskan blerblogging ye bro Aretikz.. Eh, takde nak komplen pape ke JT? Haha, takde nak komplen pape. Just nak bagi suggestion je. Apa kata Aretikz gunakan "numbering page" instead of "next, previous page" tu. Dengan tu, senang sket reader nak selak-selak entri Aretikz yg lepas-lepas kan? =) Owh, sebelum terlupa. Nak kasi tips gak skali cmne nak naikkan jumlah "LIKE" facebook fanpage dgn lebih cepat. Caranya, add kawan kat fb sebanyak yg boleh, dan "Suggest to friends". Ngehh.. Tu je review aku setakat ni. Bagi sesiapa yang berminat nak direview camni jum terjah sini: [Follower BloG Review] Dia Bukan Sekadar Blogger. Farhan Firdaus the Web Designer..!!21 comments 19 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat.
Fuuhh, dah masuk bloG ke 8 aku review ni. Penat jgk rupanya review bloG ek. Takpe2, follower punya pasal kan ku gagahkan juga jari-jemari ni. Farhan Firdaus aka Paan, entri ni utk anda.. URL BloG - http://farhanfirdaus.com/ Wahh, bro Paan punya bloG guna platform Wordpress (wp). Description bloG pon "Just Another Web Designer". Harusla wp, nampak profesional sket kan? Hehe.. Korang semua nak tau apa yg aku impress sangat dgn bloG bro Paan ni? Baca ni.. 1. Theme bloG simple je tapi padat. Fuuh, sejuk mata tengok warna bloG dan background dia. Takda satu pon yg sakitkan mata.. 2. BloG sangat neat, tersusun. Widget yang wajib je dia letakkan kat sidebar. Tu yg jadikan bloG ni page load dia laju. Bagus-bagus.. 3. Wahh, banyak gak tutorial dan tips pasal blogging yg bro Paan share ek. Cara nak naikkan trafik pon ada. Boleh la nak curik sket ilmu kat sane. Ngehh... [Follower BloG Review] Mari Warnai Blog Anda Bersama Milly Molly. Being Colorful BloG Yang Ceria.13 comments 01 February 2011
Alops sume. Anda bersama Jejaka Terhangat lagi dalam slot Follower BloG Review. Kali ni aku excited sket nak buat review. Pasal blog ni ceria sangat. Cik Milly Molly. Entri ni khas untuk anda. Ngehh..
URL bloG: http://beingcolorful.blogspot.com Tagline: i am AMY and i don't talk much Nampak tak? Betol kan aku kata. BloG cik Milly memang nampak ceria. Template dia memang kalerful, sesuai dengan nama blog. Bukan tu je, banyak lagi yang buatkan aku excited tengok blog cik Milly. Baca point2 ni.. 1. Template menarik. Biasanya template yg terlalu banyak kaler akan buatkan satu blog tu nampak serabut. Tapi tidak kat blog ni. Mungkin sebab kaler yg digunakan semuanya bersifat lembut. Tak sakit mata. Template, side bar semua nampak kemas. Header pon simple je. Tapi masih nampak menarik. Cool.. Warna "blockquote" pon comel. Dengan kata lainnya, colors rulez here. Kat blog ni, takde isu penggunaan warna yang tak match. Thumbs up.. 2. Tiada widget merepek. Blog ni dah cukup ceria dengan warna. Tak perlu lagi widget2 bukan2 yang boleh beratkan blog. Cik Milly dah buktika widget bukanlah keperluan utk mencantik dan menceriakan blog. Tahniah..!! 3. Entri menarik. Cik Molly sangat rajin update entri. Baru-baru ni semakin rajin. Semangat blogging membara ek cik? Hehe.. Walaupun entri banyak bersifat personal, tapi masih up to date dan best nak dibaca. Owh, tak lupe. Cik Molly gak rajin masuk kontest yek. Sesiapa yang ada kontest tu meh bagitau cik Molly cepat. Peluang nak dapatkan peserta ni. Ngehhh.. 4. Sistem komen best. Sistem komen yang menggunakan "pop up comment" memang aku suka. Plus takde "words verification" Bertambah la aku suka. Bagus-bagus. Hehe.. ✿ Nurul Amilly'z Sarpani ✿ Amy ✿ Milly'z ✿ 23 ✿ University of Malaya (Accounting) Overall, blog Being Colorful ni memang dah menarik tertarik. Just nak bagi cadangan je supaya blog cik Molly ni bleh diupgrade. Terima la ni yek..=p 1. Nuffnang ads. Blog ni tak cukup lagi satu ads, iaitu nuffnang leaderboard. Seelok2nya letakkan ketiga2 ads supaya peluang nak dapatkan earning tu lebih banyak.. 2. Navigation bar. Macam biasa, hidekan navigation bar (navbar) supaya takde orang gatai tangan tekan "Report Abuse" kat atas tu. Tutorial nak hidekan klik [sini]. 3. Blog archive. Blog archive sangat panjang. Cuba gunakan "scroll box" supaya archive tu lebih nampak pendek dan kemas.. Orait. Tu je kot. Cukup tak review aku ni? Kalau sape2 rasa tak cukup tolong la tambah kat komen bawah ni yek. Ngehh.. [Follower BloG Review] BloG Suratan Kebetolan Rulezz.!!! Blogger Kacak Bernama Hazwan..16 comments 16 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. Sebelum ni aku dah review bloG budak comel, cik Nur Azila. Harini giliran blogger yg agak hangat dipasaran. Gadis-gadis mesti suka punyalah. Kehkeh.. Brader Nazirul Hazwan, review ni untuk anda..
URL BloG - http://nazirulhazwanws.blogspot.com Sabar yek ladies semua. Aku tau biodata Hazwan yg korang tunggu-tunggu kan? Nah, amik ni. Hehe.. BloG dia sempoi sangat. Header pon simple. Tapi aura bloG dia tetap hangat bersemangat.. Ni kehangatan bloG Suratan Kebet0lan yg aku nampak: 1.Eh, bloG ni baru start bulan 7 haritu, tapi follower dah 600 lebih? Perghh, memang gempak brader Hazwan ni.. 2. Entri banyak pendek-pendek. Tapi topik hangat, tertarik terbaik. Entri ni paling menarik perhatian aku.. 3. Fuiyooh, facebook badge dia gambar tengah bergambar dengan Tun Mahathir. Tak semua orang buleh dapat peluang ni. Jeles-jeles.. [Follower BloG Review] Jom Dengar Mashimaro Membebel Sampai Telinga Berdarah..!!12 comments 13 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. Sebelum ni aku dah review bloG Suffer8zine. Kali ni giliran siapa plak? Jeng jeng.. Ye, blog cik Mashimaro menjadi pilihan hati..Yezzaa...
URL BloG - http://hatisamronkin.blogspot.com/ Tajuk bloG: Bila Mashimaro Membebel Ha, amik ko. Kalo masuk blog cik Mashimaro, tu la yg korang dapat, bebelan. Haha.. Tapi korang jangan risau plak. Bebelan dia tulus ikhlas dari hati. Takde kutuk-kutuk orang punya.. Aku dah go through bloG cik Mashimaro. Ni bebelan aku pulak: 1. BloG cik Mashimaro ringan. Mungkin sebab tak banyak sangat widget kot. Bagus-bagus. Senang la nak blogwalking kat sane slalu. Hehe.. 2. Kat header ada Anniversary Meter. Dah 1 tahun lebih katanye. Adakah tu maksudnya cik Mashimaro sudah berpunya? Jawapannya ada kat blog dia.. 3. Wahh, Banyak gilerr tips cik Mashimaro kasi. Korang klik je kat tab "Tips". Tips cinta, kesihatan, nuffnang, tips berjimat. Macam-macam adaa..!! 4. Follower bloG cik Mashimaro tu banyak sangat. Tak nak sedekah sini sket ke? Hehe.. [Follower BloG Review] Simplest-Ziela Punya BloG Superb. Bukan Sekadar BloG Budak Sekolah..!!24 comments 15 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. BloG yg aku review kali ni milik seorang perempuan, masih bersekolah. Ehemm, dia jugak comel orangnya.. Tanpa berkelip mata, meh aku perkenalkan...
URL BloG - http://nurazilaismail.blogspot.com/ Ape? Korang nak tau biodata dia dulu? Oo..Gatal ek. Takpe2, aku perkenankan jugak. Hehe.. Single ke tak korang tanye la sendiri. Formspring, facebook, myspace, Yahoo Messenger dia ada dia sertakan kat situ. Add je semua. Hehe.. Jom kita mulakan sesi review bloG cik Azila ni: 1. Comel.. Eh, orangnya memang la comel. BloG dia pon comel gak. Theme Purple-Black kaler tu. Biasanya gadis ayu mmg suka purple kan? 2. Wahh, shoutbox pon purple gak. Pastu ada ikon comel-comel. Ni yang best nak spam selalu ni. Kehkeh.. 3. BloG bersifat personal. Tapi bukan jenis luahan hati semata-mata. Lebih kepada realiti hidup, tabiat dan perangai manusia sekarang. Fuhh, best-best..
Subscribe to:
Posts (Atom)
|
















