[Follower BloG Review] Jumping Momochan. Blogger Si Cilik Molek.

Yosh, oleh sebab line screamyx aku dah kembali jadi streamyx. Boleh la aku teruskan sesi Follower Blog Review. Giliran blog siapakah kali ni? Ye, entri ni khas utk cik Momochan. Baca la dengan tekun Ngeh..=p

Sebelum tu, meh aku kopi pes sket maklumat diri cik Momochan:

momochan
HELLO ! my name is Nadhirah a.k.a. momochan.was born in 1991. Uitm Arau is my new 'school' .i love to talk but i prefer to be a good listener. and i'm taken by Mr.Ant :)


Uwaa, taken la plak. Takde chance ni. Sobb sobb. Nak buat camne. Dengan sedihnya, jom la kita teruskan sesi review ni..=p




Nama bloG: Jumping Momochan

Secara keseluruhannya, blog cik Momochan simple. Themplate ok. Tapi macam ada beberapa benda yang JT rasa tak kena la kat blog ni. Ape ek? Hmm..


1. Kedudukan header.

Header blog cik Momochan gunakan background image kan? Tu yang dia jadi tak center dan tak boleh diklik. Apa kata cik Momochan upload macam biasa kat design, amik pilihan "instead of title and description" supaya header tu boleh diclick..


2. Blog archive terlalu pendek.

Kalau bleh panjangkan sket scroll box utk blog archive. Bagi memudahkan pembaca dan diri sendiri nak belek2 balik entri2 lepas..


3. Terlalu banyak scroll box.

JT rekemenkan, untuk gambar gunakan "marquee" instead of "scroll box". Terlalu banyak scroll box pon bleh buat blog nampak serabut.


4. Iklan nuffnang tak cukup.

Kat blog momochan ada satu je nuffnang skyscraper. Kalau nak upkan earning dari nuffnang better letak tiga2. Skyscraper, leaderboard dan large rectangle.


5. Navigation bar.

Kalau boleh, hidekan navigation bar (navbar) supaya takde orang gatal tangan nak tekan "Report Abuse" kat situ..


6. Kemaskan entri.

Dari segi penulisan dan perenggan takde masalah. Cuma JT rekemenkan supaya "justify" kan alignment entri. Dan gunakan huruf besar bagi setiap permulaan ayat. Supaya entri nampak lebih kemas dan tersusun..


Oleh sebab blog Momochan lebih banyak bersifat personal, dan theme blognya pon simple. So, aku takde banyak benda lagi nak diperkatakan. Sampai aku pon blurr nak review ape lagi. Hehe..

Korang TERJAHH dan usha la sendiri ek blog Momochan kat sini:



p/s: EMPAT penyertaan lagi diperlukan sebelum aku tutup penyertaan Follower Blog Review ni. Sape nak join cepat2 isi borang kat [SINI].



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

8 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...