Kenapa Perlu Malu Menonton Kartun?


"Dengan kuasa bulan, akan menghukummu.."

Haha, tiba-tiba je. Kalau cakap pasal kartun. Mesti teringat doraemon, pokemon, digimon, dragonball, sailormoon. Masa sekolah dulu aku memang layan semua tu..

Bila meningkat usia, kartun-kartun camtu aku tak berapa berkenan dah. Tapi kalau manga (komik) naruto, onepiece aku still follow. Anime dia malas pulak tengok pasal dah tau jalan cerita berdasarkan manga..


Kenapa perlu malu menonton kartun?

"Heh, tengok kartun? Tak matang betol". Tu la pemikiran kebanyakan orang..

Realitinya, bila ditanya susah nak cari orang yg kata suka tengok kartun. Tapi bila ajak tengok filem hollywood transformers, ironman, spiderman. Perghh, laju je kata tu movie feveret diorang..

Tergelak sebentar bersama kit-kat jap aku di situ. Bukan ke movie tu asalnya dari kartun? Apa bezanya korang tengok kartun? Pelakon dan grafik je kot bezanya..


Bak kata tupaikaran,

"Nak tengok adegan peluk bukan muhrim? Bukak je drama TV3"

Aku rasa kat kartun pun takde la sangat adegan camtu. Kalau ada pun, ianya kartun. Tak buleh disamakan dengan pelakon yg dok peluk2 dan pakai seksi2 macam kat drama tv tu..

So, boleh tak aku kata, aku lagi malu tengok drama melayu daripada tengok kartun? Hahaha..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

36 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...