Nafsu Abang Ipar Miang | Apa Kata Jejaka Terhangat?

Tajuk Berita: Nafsu Abang Ipar Miang.

Sumber: Harian Metrosexual (macam biasa ler).


Ringkasan berita:

Berita mengenai abang ipar yang "geram" dengan adik ipar dia. Dia berusaha menggoda adik ipar dia masa isteri dia pergi bekerja. Sampailah kemuncak, si abang ipar dah geram sangat, dia cuba utk merogol adik iparnya tu..


Ulasan Jejaka Terhangat:

Astaghfirullahalazim (istighfar dulu ye semua). Dalam kes ni nak salahkakn sapa? Abang ipar yang tak tahan? Atau salah adik ipar sebab tak report kat akak dia?

Benda macam ni sampai bila2 pun akan berulang. Patutnya manusia ni amik iktibar daripada kejadian2 lepas. Abang ipar dan adik ipar jangan dicampurkan sekali dalam satu rumah..

Dalam Islam, abang dan adik ipar (perempuan) haram bersentuh kulit. Tak boleh bersalaman. Aurat jugak kena jaga betul-betul. Aurat dengan abang ipar sama macam dengan lelaki ajnabi (yang boleh kawen). Takkan tak tau kot?

Tapi orang kita sekarang ada kisah pasal benda ni? Aurat ke tak, abang ipar diangap sama seperti abang kandung pulak. Salam tanpa lapik pon selamber je..

Untuk makluman ye, abang ipar boleh kawen dengan adik ipar selepas lelaki tu bercerai dengan isterinya. Sebab tu la abang dan adik ipar jangan disekalikan dalam sebuah rumah. Ngerti semua?

Mana yang Islam tetapkan, mesti ada sebabnya. Jangan salahkan sesiapa. Salahkakn diri sendiri sebab terus-menerus membiarkan diri dalam keadaan jahil. Sekian..


Nafsu abang ipar miang:

KUALA LUMPUR: Seorang abang ipar yang ‘geram’ melihat adik iparnya yang tinggal bersama sejak enam bulan lalu mengambil kesempatan mahu merogol gadis berkenaan ketika isterinya tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Lelaki hidung belang berusia lewat 30-an itu dikatakan sudah banyak kali menggoda adik iparnya yang berusia 27 tahun itu termasuk berbogel di depannya, namun usaha itu tidak berjaya.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi di sebuah flat di Cheras di sini, mangsa bernasib baik daripada dirogol abang iparnya itu selepas melarikan diri sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Menurut sumber, cubaan merogol itu adalah pertama kali berlaku kepada mangsa, namun sebelum ini, suspek dikatakan berusaha untuk memikat adik iparnya itu.

“Pelbagai cara digunakan suspek untuk memikat mangsa, antaranya menunjukkan isyarat lucah termasuk berbogel dalam rumah setiap kali isterinya keluar bekerja.

“Mangsa yang bekerja di sebuah kilang berhampiran kawasan berkenaan pada mulanya tidak mempedulikan perbuatan abang iparnya itu dan cuba mengelak daripada bertembung dengan mengurungkan diri dalam bilik setiap kali kakaknya tiada di rumah.

“Bagaimanapun, suspek akan bertindak lebih agresif termasuk cuba memeluk dan mencium mangsa menyebabkan mangsa takut,” katanya.

Difahamkan, mangsa merahsiakan sikap miang abang iparnya itu daripada pengetahuan kakaknya bertujuan menjaga perasaan dan hubungan mereka.

Sumber berkata, sikap kakaknya yang terlalu mempercayai suaminya itu dan sering bercerita mengenai kebaikan suami kepada mangsa menyebabkan wanita berkenaan tidak sampai hati untuk mendedahkan penderitaan sedang ditanggungnya akibat sikap miang abang iparnya itu.

“Namun, dalam kejadian terbaru itu, mangsa tidak dapat menahan perasaan marah apabila suspek cuba merogolnya, tetapi berjaya melarikan diri,” katanya.

Berikutan itu, mangsa yang ditemani rakannya bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk membuat laporan..

Difahamkan, suspek ditahan Rabu lalu kira-kira jam 11 malam berhampiran kawasan rumahnya dan kini sedang direman lima hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.


Rujuk sini: HARAM BERSENTUHAN DAN BATAL WUDHU



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

20 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...