Voting Kontest Tidak Lagi Relevan. Kesian Kat Blogger Baru.


Kalau korang perasan, trend blogger sekarang suka buat voting contest. Tak dinafikan, dengan teknik undian, trafik dapat dijana lebih 2 kali daripada contest biasa. Tapi, sejauh mana keadilan dalam kontest undian ni?

Berbanding dengan undian blog paling popular. Kalau blogger terkenal bersaing sesama sendiri, mungkin ada relevannya kat situ. Masing-masing bersaing pengaruh sape lagi kuat..

Tapi bila kontest entri pon dibuat voting camtu, sangat tidak adil bagi blogger baru. Tak paham kenapa? Meh Jejaka Terhangat bagi contoh:


Contoh situasi:

Peserta dikehendaki membuat entri kontest pantun paling kreatif. Lepas dah buat, peserta dikehendaki menyuruh kawan-kawan bloggers lain untuk vote. Sesiapa yg dapat vote paling tinggi akan diangkat sebagai pemenang..


Worst case scenario:

Ben Ashaari (contoh) masuk kontest tu. Pantun dia 2 kerat je. Peserta lain semua 20-80 kerat. Bila Ben Ashaari suruh blogger lain vote dia. Apakah jangkaan anda?

Ye, betol sangat tu. Ben Ashaari akan dapat menang mudah disebabkan pengaruhnya kuat. Takde masa orang nak selak satu2 penyertaan. Diorang just simply vote blogger kegemaran diorang. Dapat?


Jadi kat sini aku nak tekankan. Voting contest sangat tak relevan kalo nak dibuat secara umum. Sepatutnya, dalam kontest, keadilan yg patut kita utamakan lebih daripada trafik..


Kalau markah undian 20-30% je ada la jugak keadilannya. Tapi bila 100% keputusan berdasarkan undian. Adakah masih adil kontest tu untuk blogger baru? Tidak kan?

So, sesiapa yg nak buat voting kontest lagi lepas ni pikir-pikirkanlah dulu apa yg aku sampaikan tu ye. Sekian..

** Entri ni tidak ditujukan khas kepada mana-mana pihak. Entri ni bersifat umum..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

39 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...