Isu Tudung Takkan Pernah Selesai


Asyik-asyik tulis pasal tudung. Rasanya pembaca pon dah muak dengan isu ni kan? Tapi tu la yg berlaku, isu tudung takkan pernah selesai sampai bila-bila..

Semuanya berpunca sebab pemikiran manusia yg berlainan. Dan menggunakan 1001 alasan untuk menidakbenarkan nasihat orang lain..

Contoh alasan berkenaan isu tudung:


1. Tiada paksaan dalam islam.

"Islam tu sendiri pon tak paksa penganutnya. Jangan la paksa-paksa. Tak suka la i. Nanti keikhlasan tu datang, i pakai la tudung..OK?"


2. Trend masakini:

"Islam tak larang pon kita nak bertudung dengan fesyen. So, salah ke i pakai shawl berkalerfull macam pelangi ni? Pakai tudung salah, tak pakai pon salah. Susah la manusia ni. Ee, mencikk.!!!"


3.  Lambat lagi nak mati:

"I muda lagi. Bila nak sampai seru nanti i insaf la. Lagipun kubur masing-masing kan?"


4. Ditegur tak kena cara:

"Hey, nak tegur tu elok-elok la. Kalau tegur baik-baik i ikut la. U dah tegur paksa-paksa camni, siap aibkan i depan orang ramai. Usah harap i nak ikut nasihat u tauk.!! ?"


Islam tu mudah, tapi jangan kita permudahkan dan ambil mudah. Semua guidline pasal islam dah termeterai dalam al-Quran dan al-Hadith. Tak payah kita pandai-pandai nak ubah..


Contoh pemikiran yg khilaf:

"Tak kisah la orang nak pakai camne pon. Tudung ada tanduk ke, tudung "glow in the dark" ke. Asalkan orang dah pakai tudung. Yang penting niat tu kena btol kan?"


Tu la kesilapan manusia. Suka berfikir dan bagi conclusion ikut suka kepala otak sendiri semata-mata. Kita kan ada agama sebagai rujukan. Dalam bab berfesyen, tolong refer dulu pasal aurat dan tabarruj..

Jangan anggap "tak tau takpe". Sebab tu kita sangat dituntut utk pelajari ilmu agama. Kalo nak biar ilmu tu datang sendiri, sampai kiamat pon takkan dapat. Kalo info pasal artis, sanggup plak kita google search sedalam-dalamnya kan?

Manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. Tudung semata-mata tak cukup. Mesti nak dilengkapi dengan berhias, berfesyen dan sebagainya. Dan sebab ni jugaklah isu tudung takkan pernah selesai..


Kunci utk hidup sejahtera:

Islam menuntut kita supaya bersifat bersederhana dalam apa jua keadaan..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

53 comments:

  • takleh menyerupai agama lain...
    bukan tudung je... aurat kene tutup..
    takder paksaan dalam agama? ayat tu untuk orang yang belum islam...

    dan bro JT nampak kat tv asal ramai org pakai rambut palsu! selamba je!

  • nice post~

  • @Seizer
    tula..rambut palsu tu kan dah diterangkan haram..tp entah la, bleh plak plakon2 tu dibenarkan pakai..aku pon naik musykil ngn sistem islam kat malaysia ni..erkk..

  • @Sunah Mohammad
    thanks..

  • back to basic la kan.. tgk cara btudung sebenar.. then kita akan nampak perbezaan yg sgt ketara..

  • semuanya atas indvdu tu.. bukan xtau aurat tu wajib ditutup.. cume mungkin persekitaran yg pengaruhi.

    tanya pada diri.. apa tujuan hidup kat ats muka bumi ni..

    wallahua'lam..

  • nice post :) anyway, pmpuan nmpk lg ayu n sopan bila b'tudung..hurmm.. tapi xleh paksa gak.cume bg nasihat je..tol x? :)

  • Ramai yang pakai tanpa tahu sebabnya, dari kecil disuruh pakai tudung, maka sampai besar pun dia pakai tudung.

    Itupun nasib baik kalau dia teruskan pemakaian tudung, ada jugak yang bila dah berenggang dengan orang tua, tudung ntah ke mana.

    Itulah jadinya sekiranya ilmu islam makin kurang dalam dada ummat islam, apatah lagi untuk dihayati.

  • errr... tak tau nak kate ape... masing2 ikut kepale sendiri... takkan dgr nasihat sape2...
    bg nieza, ni mungkin sebab pengaruh persekitaran... ikut pengalaman nieza la...
    pakai tudung sebab family suruh... bile dah tggl jauh dgn family, mule la ikut pengaruh yg tak baik sebab ade rase ingin mencube...

  • dalam kes nak tegur isu tudung ni..si penegur tu kena la bersabar sikit..tegur dengan cara berhikmah dan banyakkan berdoa minta diturunkan kefahaman dan hidayah untuk orang tu berubah..masalah kita ramai yang terlalu gelojoh bila tegur ja terus nak orang tu berubah..kena ingat..kita cuma boleh bagi penerangan ja..bab nak bagi faham dan hidayah ni Allah yang bagi..jangan la kita nak melampaui batas pulak..

  • tq untuk artikel ni....
    moga sedikit inisiatif utk hasilkan entri ni,,,akan dtg satu impak yg besar & bermanfaat...=P

  • aku cukup panas kalau orang memperkotak katikkan agama. memang tiada paksaan dalam Islam, tapi tiada paksaan tu untuk orang bukan Islam, mereka tidak dipaksa utk memeluk islam, aku penah jumpa orang yg camni, mak orang lak tu,, nak sepuk je pale dia,, nasib la orang tua,, pastu anak beranak sama je,, haish..

  • Assalamualaikum,bro jejaka islam itu bukan paksaan ianya bukan menjerumus kepada penganut islam,tetapi kepada penganut lain,nak masuk islam bukan paksaan tapi atas diri sendiri :).. hope kau paham apa yang aku nak terangkan :), yeep isu pasal tudung tak pernah habis kerana si pemakai tudung sendiri tidak menunjukan contoh terbaik pada orang lain :), maka sebab itulah ada segelintir mengatakan,alah si pemakai tudung bukan baik sangat,tetapi lagi elok dari tak pakai langsung,menayangkan aurat :)..

  • @Ainismaira
    memang ketara sgt pon..tudung biasa dgn yg over mcm skrg ni..niat dah lain. tu yg fesyen pon pelik..

  • @-hafizah zakaria-
    bila dah lupa tujuan sebenar..tu yg tudung pn bleh jadi isu skrg ni..

  • memang hots and spicy bila cerita pasal tudung ni. Rasanya antara yang jawab pasal isu ni pun antara mereka yang jadik famous blogger. Ayat dorang pun berbalas-balas macam kat atas tu. huk. Tak tahulah, bila bercakap banyak salah. Tak bercakap pun salah. tepuk dada tanya selera. :)

  • berfesyen rasanya semua orang mahu lelagi masa muda remaja...ayat "sampai seru nanti aku pakai..." harap2 diorang sempat pakai sebelum....cuma bila ade awek bertudung tp tk kena gaya kita doakan dan tegur secara berhikmah semoga lepas2 ni diorang berubah,btw setiap org tk lepas dr melakukan kesilapan...yg sebelum ni tk bertudung tp bertudung sebab mungkin terpengaruh dgn fesyen doa2kan lepas ni diorang kekal bertudung dengan niat yang betul..pengalaman sendiri dulu2 pakai sebab dah biasa pakai..lama2 bila baca tentang aurat dan tudung jd malu sendiri...

  • Assalamualaikum,jejaka terhangit di mintak izin kongsi video ini http://www.youtube.com/watch?v=cYQcnegaC24

  • zaman sekarang ni dah naik trend baru iaitu pakai tudung ada bonggol unta. kan haram tu. siap ada hadis lagi. tapi orang buat jugak.

  • Tiada paksaan dalam islam.. hmm.. semua ckp menjurus ke arah bkan islam.. aku punya pandangan lain.. xda paksaan tu.. kalau utk islam.. maksdnya.. bnda wajib tu wajib buat.. tp kalo ada masalah.. kenalah buat cara alternatif.. mksdnya solat. kalau xdapat berdiri.. boleh duduk.. xkanla nak paksa brdiri kan?

    memang isu tudung tak akan selesai.. itulah teori konspirasi dari mereka yg berfikiran tipikal.. suka putar belit ayat..

    sama macam cerita umat nabi musa yang menangkap ikan pada hari sabtu yang mana diperintahkan untuk beribadat. ditinggalkan pekerjaan segala..

    tapi bila part dorang tangkap ikan hari lain.. xda ikan.. bila ari sabtu.. nampak ikan muncul di permukaan.. sebab xdak kena tangkap.. so.. dorang pasang pukat.. ari sabtu dorang beribadat.. biar pukat tu tangkap ikan.. jadi lebih kurang.. dorang xtangkap ikan kan hari sabtu tu?

    Yang penting sentiasa bermuhasabah diri.. InsyaAllah.. semua baik2 saja.. hehe..

  • zaman sekarang ni dah naik trend baru iaitu pakai tudung ada bonggol unta. kan haram tu. siap ada hadis lagi. tapi orang buat jugak.

  • Rasanya teguran dalam Al Quran dah lemah lembut susun ayatnya - tapi ramai juga tak ikut.

  • memang betol, tak habis sampai bila2, semuanya ada je alasan, saya pulak makin muak..

  • takde paksaan dalam islam,ayat ni ditujukan ke atas kaum kafir je.Tak tergunapakai oleh orang islam.Once u dah masuk islam,it is an obligation.

    Hairan,kenapa mencari seribu satu alasan untuk tidak bertudung,sedangkan terang lagi nyata dah dalam quran suruh tutup aurat.

    malaikat tak tunggu kita sampai seru ke tak lagi kalau nak ambil nyawa,ingat boleh main pospon2 ke.bnyak cantik.

    oh,macam ter"emo"pulak disini,muak dengan alasan-alasan yang tak reasonable.sorrylah ye tuan blog..btw nice entry.

  • btol tu..
    isu tudung nh mmg x kn abes...
    pe2 pn jgn tgk sp yg mnegur tp amek pe yg d tegur..
    manusia nh mmg xde yg smpurne...
    kalo nk tunggu smpai orng yg menegur tu smpurne mmg payah la...
    ye btol saket ati bile d tegur ngn care kasar..
    tp pe slhnye kalo kite pk +ve..
    amek yg baik aje dr pe yg d kate...
    btw...pd yg nk bg nasihat tu hrp2nye pasnh leh la bg ngn care b'khemah...

    sori la t'pnjg lak comment nh..heheh
    =D

  • sy follow blog nih!

    singgh la blog saya1
    http://myamigosspace.blogspot.com

  • mmg xkan selesai pun kalau xde kesedaran n x amalkan sejak dari kecil lg.

    x guna gak kalo yg bertudung tu pkai baju lengan pendek, pakai suar n baju ketat.

    "kubur masing-masing kan?" teringat ade 1 ceramah ni, mmg kubur masing2 tp kubur yg kat sebelah x aman kalo kubur kat sebelah kene seksa.

    teringat juga pada seorg kwn ni ade awek yg suke pki baju jarang2 x pakai tudung n pakwe die ni nk sgt ubah sikap die tu. pakwe die naik moto n stopkan betul2 depan masjid n die g masjid. so tinggalkan si awek kesorangn kat motor. kerana x thn ngn malu ngn pandangan org masjid pastu terus je pakai yg sopan.

  • haishhh..kalau bab tudung ni satu hal..ramai wanita yang salah anggap dan konfius kegunaan tudung yang sebeanr dalam islam~

  • @nazfa
    a'ah..nasihat je, xbleh paksa. pastu nak nasihat kena lembut2..manusia zmn skrg ni manja..

  • @Che An Dusuki
    setuju..tu sebab penghayatan agama dlm diri kurang..kena pupuk sejak kecik.bila besar baru nak pupuk, hati pon dah keras..

  • @Nieza Micha
    ada kemungkinan jugak tu kan cik micha..tu la culture shock namanya..biasa bdk2 ipt camtu.

  • @aman_arab
    btol gak tu..penegur tu tak bleh gelojoh..tp yg peliknya, si penegur balik yg kena hentam dgn org ramai. sbb nak tegur tak sesuai ngn cara islam. pelik2..

  • @Armiza
    sama2..smoga kita semua pon dpt amik mane yg bermanfaat..=)

  • @Fariq
    tu la masalahnya..diorg memperkotak katikkan islam..mungkin diorg ingat diorg tu mualaf kot..=p

  • @AyieBlog
    waalaikumsalam bro ayieblog..btol tu, bertudung mmg jauh lebih baik drpd yg tak bertudung..kita bleh anggap yg tak bertudung tu jahil bab agama..

    tp skrg ni yg bertudung pelik2, tudung pakai ketat tu pon kita bleh anggap mereka jahil gak..

  • @Anitadahahs
    bila blogger femes gayakan tudung pelik2..dan ramai orang sokong..tu yg jadi melebih2 tu..dan susah bg mereka tu nak ikut nasihat..disebabkan ego pnya pasal..

  • @Dunia Mayaku
    harap2 diorg sempat la pakai kan..ajal maut bkn kita bleh tau bila pn..nth2 mlm ni tdo esok dah tak bgn2, siapa yg tau kan..

  • @AyieBlog
    waalaikumsalam..fuhh, mmg terbaek la video tu..aku dah tgk..thanks for sharing yek..nnti bila2 aku share vids ni kat kwn2 yg lain..

  • @RedVixen
    a'ah..akak JT baru je sebut..bonggol unta tu bkn real pon..tp saje dibuat2..mana yg nabi larang tu yg kita ni nak buat. ish2..

  • @Aretikz
    wahh..kisah teladan yg baik drpd aretikz..pemikiran typical cmtu la yg aku kata suka ckp ikut kepala otak sndiri je tanpa merujuk kpd agama..bila ingat diri sendiri dah betol, tu yg suka bagi alasan dan putar belit ayat..

  • @Kujie
    bila ditegur dengan lembut mana kita nak ikut kan..tp bila ditegur dgn keras, mula la melenting kata diabkan itu sume..kesimpulannya, manusia pantang ditegur..

  • @adrina sidek
    muak dgn isu ni or muak dgn alasan merepek yg diorg bagi?=p

  • @che'ila
    entahla..tp alasan yg paling femes "biar hati ihlas". yg penting niat..mcm2 la..bila sorg guna alasan tu dan nmpak mcm cool..org laen pon nak ikut. ish2..

  • @hana
    fuhh..btol apa cik haha kata tu..bila ditegur tu jgn la tgk sgt cara dia tegur..tp tgk isi apa yg ditegurnya..JT sndiri pn slalu buat cmtu..kena maki tu normal la..yg penting btol atau tak apa yg dia kata. tu yg patut kita utamakan..

  • sebenarnya tak boleh hadkan kepada memakai tudung tetapi fokus kepada menutup aurat .

    Pakai tudung tapi pakai baju ketat sampai nampak bentuk buah dada .

  • suke ayat aretikz yang ini.."Yang penting sentiasa bermuhasabah diri.. InsyaAllah.. semua baik2 saja.."


    isu berkaitan dengan agama ni memang takkan pernah habes sampai kiamat JT..itulah sebabnye kite kena mendalami agama sedalam2nya dengan baik supaya tak terpesong..minta dijauhkan dari terpesong..semoga Allah melindungi kita semua..

  • Its not jz about tudung..Its aurat..Pkai tudung tp nmpk segala xjadi gak..huhu..Renung2kan

    Latest entri Teka-Teki Anugerah Juara Lagu 25 & Piala FA Manchester United vs Liverpool

  • ak setuju sgt ngn ko~! nawaitu tuh yg pnting.

    ak pn suke pakai shawl yg wrna cam pelangi. nawaitu ak mmg nk tutup aurat. pas2, yg ak pakai shawl lawa2 bagai tuh pn sbb nk tingkatkan keyakinan diri.

    mmg x dinafikan, hasutan setan tuh kdg2 membuatkan ak bangga bila pakai shawl yg wrna happening giler nih. astaghfirullahalazim. tipu la kalo ak kata xprnah timbul perasaan riak tuh. tp ak cpt2 betulkan niat ak yg satu tuh iaitu hnya utk menutup aurat~!

  • tersenyum membaca artikel ini..dah biasa dengar alasan2 tu..macam2 kan..

  • mentaliti kebanyakan manusia skg ni..asal ada tudung sangkut kat kepala dah cukup..jambul terjojol+tinga kuar+dedah leher+pakai sesendat x brapa nak kesah dah..huhu..
    wa'iyazubillah..

  • Ade yg pakai tudung sebab nak bergaya je..Saya x berkenan melihat artis bertudung macam Heliza Helmi,Yuna tuh..memalukan je..

  • pakai je tudung cap Akel, paling mahal 15 ringgit bidang 50"..
    tak pom g jer kat First Lady..
    tapi beli tudung kategori Akel jugak lah..
    gosok senang, tak payah nak belit-belit macam selendang ker hape..
    sauk jer, pin cukup-cukup..

    Islam itu mudah dan memudahkan.. :)

  • like this pOSt...weee~~

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...