|
Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts
Islam Agama Yang Mudah? Ye ke?23 comments 20 July 2011Ni aku nak tanya sikit. Apa yang korang faham dengan "islam agama yang mudah"? Bukan apa, aku perhatikan ramai antara kita ni pandai ungkapkan, tapi tak faham maksud sebenar ayat tu. Contohnya isu bertudung. Ramai yang beranggapan, asal pakai tudung, tutup aurat dah cukup. Islam kan agama yang mudah. So, pakai je la apape pun, asalkan ianya tutup aurat. Memang ada kebenarannya, tapi tak berapa tepat. Sebab dalam bab berfesyen, selain tutup aurat, kita jugak kena elakkan tabarruj. Jangan pulak pakai shawl pelik-pelik, tudung jadi macam serban macam Yuna tu. Sebab beranggapan ianya tak salah. Mempermudahkan islam. Habis tu salah ke islam tu agama yang mudah? Tak kawan ku. Sangat betul tu. Islam memang mudah. Tapi, hanya bagi mereka yang berilmu. Diulangi, islam hanya jadi mudah jika kita berilmu. Hukum islam bukan kita boleh agak-agak guna logik akal je. Macam kebanyakan orang kita buat. Mudahnya islam ditunjukkan dalam rukhsah. Terlalu banyak kemudahan yang Islam bagi dalan hidup kita. Contohnya kalau kita sakit, tak boleh bangun. Allah tak menyusahkan kita. DIA bagi kita solat secara duduk, jika tak mampu lagi, boleh solat sambil berbaring. Bagi musafir, rukhsah bagi diorang adalah boleh buat solat jamak dan qasar. Bagi orang berpuasa yang sakit tenat, maka mereka tak diwajibkan berpuasa. Nampak tak kemudahan yang Islam bagi? Kalau kita tak berilmu, dapat ke kita tau segala kemudahan islam tu? Aku paling menyampah bila orang gunakan "Islam agama yang mudah" bagi mempermudahkan ideologi dia, dan mencampakkan hukum sebenar islam ke tepi. Hukum islam bukan kita boleh agak-agak. Kena belajar. Bila ada ilmu, baru kita boleh kata sesuatu benda tu senang. 10 bahagi 2 = 5, 5 x 5=25. Senang tak? Memang la senang sebab kita dah belajar dari kecik. Sebab tu kita semua dituntut untuk belajar hukum Islam. Imu perlu dicari. Jangan hanya tunggu ianya datang dengan sendiri. Bila kita berilmu, segala pasal Islam akan jadi mudah. Ingat tu.. Hitam dan Putih Hati Seorang Lelaki.56 comments 28 January 2011Perempuan selalu anggap yang lelaki suka pandang perempuan yang cantik je. Disebabkan tu jugakla ramai perempuan yang berusaha untuk jadi cantik.. Kesannya, jadilah fenomena macam sekarang. Perempuan terlalu taksub dengan fesyen, dan ada yang sanggup beli "baju sekerat" hanya untuk nampak seksi.. Memang aku tak nafikan, lelaki memang suka pandang kat perempuan seksi. Tapi sebenarnya, lelaki jugak suka pandang kat perempuan yang solehah.. Hitamnya hati seorang lelaki. Kalau nampak perempuan seksi, lelaki normal akan berperasaan camni: "Perhh, seksinya dia tu. Kalau aku dapat buat jadi awek ni mesti best. Boleh gak buat geli-geli". Perasaan lelaki terhadap perempuan seksi hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Ia bukanlah cinta. Dan tak tergerak pon untuk dibuat isteri.. Walaubagaimanapun, bukanlah semua lelaki akan approach dan pikat perempuan seksi. Sebab masih ada golongan lelaki yang teguh imannya.. Putihnya hati seorang lelaki. Berbeza pulak pandangan lelaki kalau diorang tengok perempuan yang solehah. Lelaki akan berfikiran camni: "Fuuh, sejuk mata memandang perempuan camni. Sopan je, tutup semuanya. Untung kalau buat jadi isteri ni". Nampak tak perbezaan pandangan lelaki? Lelaki lebih serius pada perempuan yg solehah berbanding perempuan seksi dan gedik.. So, perempuan kat luar sana. Kalau korang taknak jadi santapan lelaki hanya sebab nafsu. Jagalah aurat dan tingkah-laku korang betol-betol.. Hitamnya hati seorang lelaki tu bila dia tertarik pada perempuan seksi. Dan putihnya hati seorang lelaki bila dia menjaga pandangan daripada melihat perempuan seksi, dan tertarik pada perempuan solehah.. p/s: Jangan ingat seksi itu cantik. Aku alergik betol dengan perempuan seksi yang perasan cantik.. Kenapa Aku Terketar Bila Tengok Perempuan Seksi?36 comments 21 January 2011
Malam tadi aku pergi ke pasar malam dekat area rumah aku. Dah lama aku tak pergi sana. Sebelum sampai, aku ternampak perempuan pakai baju "adik" kat atas motor yg dibawa oleh lelaki. "Fuhh, apa nak jadi la aweks ni". Bisik aku sendirian..
Sesampai kat pasar malam. Terus aku cari kedai yong taufu, kedai yg selalu aku pergi. "Brader, kasi 5 hinggit ek". Aku order kat brader kedai tu. Sambil tunggu yong taufu aku siap. Aku perhatikan sekeliling.. Errkk..!! Dah lama aku tak pergi pasar malam. Malam ni baru aku perasan. Perempuan yg bertudung dan tak bertudung kat pasar malam same je jumlahnya. Yang bertudung pulak macam2 karenah.. Ada yg bertudung tapi ber-tshirt ketat. Bertudung, tshirt nampak tangan. Bertudung, tapi nampak dada. Boleh dikatakan hanya 1/4 drpd yg pakai tudung tu menutup aurat dengan betul. Itu pon makcik-makcik yg dah berusia.. "Ya, Allah". Hati aku mengomel. "Tak ke diorang ni takut dengan azab Engkau?". Terketar badan aku bila tengok keadaan sekeliling.. "Ya Allah, agak-agak berapa banyak la dosa yg Engkau bagi kat aku sebab tengok aurat diorang ni?" Hati aku turut terketar. Dapat je yong taufu, aku terus start motor aku menuju ke rumah.. Banyak betol perempuan seksi kat pasar malam. Jadah menda pergi pasar malam pon nak tayang body. Sebelah rumah je pon. Sampai sekarang aku tertanya2.. Tak takut ke diorang dengan seksa Allah. Aku yg tengok aurat diorang pon terasa terketar bila teringatkan seksaan bagi perempuan yang nampak rambut. Diorang takde perasaan takut ke? Sekilas, seksaan bagi wanita yang menampakkan rambut: Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan baginda menangis setiap kali mengenangkannya. Salah satunya, baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain. Baca seksaan selebihnya kat SINI Hmm, tak takut ke kepala mendidih? Aku yang lelaki ni pon dah rasa takut bila pikirkan azab tu. Errkk..!!! Isu Tudung Takkan Pernah Selesai53 comments 09 January 2011Semuanya berpunca sebab pemikiran manusia yg berlainan. Dan menggunakan 1001 alasan untuk menidakbenarkan nasihat orang lain.. Contoh alasan berkenaan isu tudung: 1. Tiada paksaan dalam islam. "Islam tu sendiri pon tak paksa penganutnya. Jangan la paksa-paksa. Tak suka la i. Nanti keikhlasan tu datang, i pakai la tudung..OK?" 2. Trend masakini: "Islam tak larang pon kita nak bertudung dengan fesyen. So, salah ke i pakai shawl berkalerfull macam pelangi ni? Pakai tudung salah, tak pakai pon salah. Susah la manusia ni. Ee, mencikk.!!!" 3. Lambat lagi nak mati: "I muda lagi. Bila nak sampai seru nanti i insaf la. Lagipun kubur masing-masing kan?" 4. Ditegur tak kena cara: "Hey, nak tegur tu elok-elok la. Kalau tegur baik-baik i ikut la. U dah tegur paksa-paksa camni, siap aibkan i depan orang ramai. Usah harap i nak ikut nasihat u tauk.!! ?" Islam tu mudah, tapi jangan kita permudahkan dan ambil mudah. Semua guidline pasal islam dah termeterai dalam al-Quran dan al-Hadith. Tak payah kita pandai-pandai nak ubah.. Contoh pemikiran yg khilaf: "Tak kisah la orang nak pakai camne pon. Tudung ada tanduk ke, tudung "glow in the dark" ke. Asalkan orang dah pakai tudung. Yang penting niat tu kena btol kan?" Tu la kesilapan manusia. Suka berfikir dan bagi conclusion ikut suka kepala otak sendiri semata-mata. Kita kan ada agama sebagai rujukan. Dalam bab berfesyen, tolong refer dulu pasal aurat dan tabarruj.. Jangan anggap "tak tau takpe". Sebab tu kita sangat dituntut utk pelajari ilmu agama. Kalo nak biar ilmu tu datang sendiri, sampai kiamat pon takkan dapat. Kalo info pasal artis, sanggup plak kita google search sedalam-dalamnya kan? Manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. Tudung semata-mata tak cukup. Mesti nak dilengkapi dengan berhias, berfesyen dan sebagainya. Dan sebab ni jugaklah isu tudung takkan pernah selesai.. Kunci utk hidup sejahtera: Islam menuntut kita supaya bersifat bersederhana dalam apa jua keadaan.. Apa Akan Jadi Kalau Kita Puji Perempuan Tak Bertudung..??9 comments 20 November 2010
Orang kita ramai yg pandang serong kat perempuan tak bertudung. Tapi pada masa yg sama kalau perempuan tu mekap tebal2, bergaya free hair kat facebook, diorang dok puji2 cantik pulak..
Apa yg berlaku kalau kita puji orang yg tak bertudung ni cantik? Realitinya, diorang akan rasa megah diri. Bangga dgn penampilan sendiri. Lagi la diorang tak rasa nak tutup aurat. Aku selalu perati kat gambar aweks seksi, ramai yg dok puji perempuan tu cantik. Korang puji pasal ape? Mana la dia terasa nak berubah. Ish2.. Kita anggap je perempuan yg tak bertudung ni JAHIL bab agama. So, kita sbg orang yg prihatin pergi la tegur diorang. Bukan dok puji2, angkat diorang lagi.. Ramai orang kata, perempuan bertudung bukan semuanya baik. Kadang2 tak bertudung tu lagi baik. Aku dah muak dengar benda ni.. Perempuan bertudung kalau dia buat jahat, dosa dia dengan Allah. Tapi kalau perempuan tak bertudung buat jahat, dosa dia sesama manusia yg tengok aurat dia. Jugak kpd Allah. Dah jelas2 mana lagi teruk kan..??
Subscribe to:
Posts (Atom)
|




