Pandangan Jejaka Terhangat Terhadap Isu Gadis Shawl Melaram.

Beberapa hari ni aku kurang berblogger disebabkan kebizian melanda. Tak sangka ada isu hangat kat dunia blogger skrg pasal isu bertudung shawl..

Semuanya bermula dengan entri LensaRosak yg bertajuk "Gadis Tudung, Shawls Melaram". Yang menjadi isu adalah bila dia attachkan gambar blogger Fatin Liyana (sekarang dah remove). Sebab benda tu kan bukak aib orang. Tak baik tau letak gambar orang ni..

Dan beberapa blogger lain pon dah mengulas atau mengecam tindakan LensaRosak. Termasuklah blogger kesayangan ramai brader Nazirul Hazwan..


Pandangan 1: Perempuan Fitnah Dunia.

Aku ingat lagi ceramah ustaz Muhamad. Katanya, "perempuan itu sendiri adalah fitnah dunia". Maksudnya, apa yg perempuan buat mesti akan jadi tarikan orang lain. Oleh sebab tu, perempuan muslim tidak digalakkan terlalu menonjol di tempat-tempat awam..

Termasuklah dunia blog. Kalau dah diri sendiri letak gambar, dan muncul dalam google search. Jangan terlalu salahkan orang lain pulak kalo diorang gatal curik gambar kita. Kalau korang tak letak gambar in the first place, ada masalah camtu terjadi?

Tak dinafikan, memang terdapat ramai blogger gatal kat dunia blog ni. Asyik nak letak gambar perempuan je kerja. Soalan, siapa je yg TAK PERNAH search google dan letakkan gambar manusia lain kat entri-entri korang? Sila la angkat tangan..

Keluhan JT:  Kita sendiri pon dah buka aib orang dengan tayang gambar aurat orang lain kat blog..


Pandangan 2: Tabarruj

Fesyen yg terlalu berlebihan, sampai jadi daya tarikan orang. Itu tabarruj namanya. Kalo mekap, berpakaian yg biasa-biasa tak terlalu menonjol dibolehkan lagi..

Kalo nak berfesyen pelik sepuas hati, pakai satu botol minyak wangi sekaligus tu boleh. Malah disunatkan melawa depan suami. Mengerti ndak?

Apa motif sebenarnya nak tayang gambar berfesyen yg lain drpd orang lain? Niat utama dah pasti la nak jadi tarikan ramai kan. So, kat situ haram sebenarnya hukumnya..

Apa yg diharamkan mesti ada sebabnya. Contohnya, berlaku isu fitnah, isu orang curik gambar camni. Mengerti ndak?

Kalo dah mengerti bagus. Jom kita buang gambar2 kita kat blog/facebook yg terlalu berlebihan. Try sket femes sebab penulisan yg bagus. Bukan sebab rupa. Ngehh..


p/s: Sebelum salahkan orang lain, nilai kesilapan diri sendiri dulu..=)


references:

1. http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1461-larangan-syara-berkenaan-tabarruj-berhias-ke-atas-wanita

2. http://nahwalghayah.blogspot.com/2009/07/wanita-fitnah-dunia.html



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

63 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...