Wahh, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tahun 2011 dah bermula rupanya. Teringat dulu aku pon kena PLKN. 1st batch of PLKN ever. Siri pertama aka pioneer. Budak yg lahir tahun 86 memang selalu dieksperimentasi je. Haish..
Masa batch aku, PLKN ada 2 tempat. 2 bulan pertama kat kem. Bulan seterusnya kat IPTA. Sekarang 3 bulan kat kem je. Kalau ditanya budak2 bekas PLKN ni, semuanya akan kata PLKN best..
Tapi dalam best tu, adakah target kerajaan dalam mendisiplinkan remaja tercapai?
Kat sini aku senaraikan kesan buruk PLKN terhadap remaja:
1. Kejadian curi berleluasa.
Benda ni samada kat kem, kat ipt memang susah nak cegah. Baik lelaki atau perempuan, dalam sehari kalau takde henpon yg hilang memang tak sah. Jam tangan aku yg mahal pon kena curi. Adess..
2. Masalah sosial meningkat.
PLKN dan sosial tak dapat dielakkan. Lelaki dan perempuan bebas bergaul. Sampai lewat malam pon bleh berdating lagi wa cakap lu. Diorang hanya kapel sepanjang PLKN. Bila abis, pasangannya pon dilupakan. Fenomena ni la yg dinamakan "couple contract". Dan ianya hanya di PLKN..
3. Pengaruh negatif lebih kuat.
Ada kawan aku yg mulanya baik. Tapi bila hujung2 PLKN, dia jadi offensive. Cakap kasar dan suka mencarut. Ye la kan, peserta kan diambil random. Mana yg baik dan jahat dicampurkan..
Harapan kerajaan supaya yg jahat tu berubah jadi baik bila bergaul dengan budak baik. Tapi hakikatnya terbalik. In real life, pengaruh yg jahat tu memang lebih kuat berbanding yg baik kan?
Aku senaraikan kesan buruk sebab memang style aku suka pandang dari perspektif yg berbeza. Kehkeh.. So, kalau nak tau apa yg positif tentang PLKN sila terjah blog2 ni ye..
1. http://fyezrahman.blogspot.com
2. http://asriblog.blogspot.com
3. http://alienelliz.blogspot.com
4. http://affanruslan.com
Dapat PLKN untung. Tapi yg tak dapat pon tak rugi. Sebab masa yg terluang tu boleh dapatkan pengalaman dengan bekerja part time sementara tunggu result SPM..
So, kepada sesiapa yg pernah join PLKN ni. Tolong jawab ni ye. Adakah PLKN dah mengubah diri anda? (hope ada wakil kerajaan baca komen korang. Kehkeh)
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
setiap yang baik mesti ada yang buruk kan bro, walaupun sikit, tapi plkn ni memberi kesan juga pada warga2 yang bru nk meningkat naik ni,
Terkini : Khairul Fahmi Akan Berhijrah ke Manchester United
nasib x dpt..huhhu
walaupun aku xdpt PLKN, tapi ape yg aku tgk dr kawan2 n sedare mara yg pegi, mcm banyak negative kot..positive tu ade la..tapi 10% je kot..
bagi aku, PLKN best atas 1 sebab je..dapat mcm free..wahaha :P
ape2 pun program mesti ade baik buruknye kan?sib baik time sye takde lagi PLKN ni..time tu ade PKSN je..
@suffer8zine
btol tu..kesan masalaah sosial tu bukan lagi isu kecik sebenarnya..
@Novelgurl
tak dapat pergi buat part time. hehe..
@cik kangkung
PLKN memang best..sebab enjoy je..tp mcm JT kata..matlamat sebenar kerajaan mungkin tak berapa tercapai sbrnya..
@♥CIK SHA♥
err..PSKN tu ape plak cik sha? hehe..
huhuh . baru nak kena pergi 4.1 ni . adess .
huhu... dulu tak dapat pun masuk PLKN and memang tak nak dapat... hehe... yg masalah sosial tu memang setuju sgt... ade la member ni kapel time PLKN jek... putus sebab jauh katenye... huhu...
hoho.. PLKN adalah bagus untuk saya.. masa memula dpt offer tu mmg xnk pegi.. tapi bila dh pegi, xnak balik pulak.. SERONOK~ it makes me a braver person now.. haha! btw, masalah sosial tu depends on individu.. Tak payah la nak dok merenyam sgt kapel2, dah abeh nanti, xde makna nya nak berkapel2 lagi~ :D
aku sgt bertuah tak terpilih,, haha..
member aku yg weng2 join bende ni dari pergi sampai ke balik camtu je perangai die,, takde beza,, yg beza kulit bertambah hitam ade la,, hehe
haha..setuju ngn point JT..mmg banyak kes2 mcmtu berlaku..paling banyak, couple kontrak..smp org kata plkn tu tempat cari jodoh..tp mujur plkn jdkan sy budak baik, berani lagi berdisiplin..nasib baik! haha
psstt..ade link sy kt ctu! terharu~ haha..thx ^_^
sebab PLKN aku tak dapat masuk IPTA.. grrr
setuju sangat2 PLKN lagi banyak masalah sosial. siap kawen2 kat kem lagi. memang best. orang lain bwk balik satu sijil je. diorg bwk dua sijil. grrrr
sy bekas peserta plkn..
batch pertama juga !!
mmg jd bhn ujikaji..
di mna2 pun, depends on our attitude..
nk positive ke negative
i suka PLKN tapi benda tu start tahun selepas i. menyampaaaahhhhhh
@Nur Azila Ismail
owh, blom pg lg ke. hehe..slamat berjaya cik azila..=]
aku tak tau la PLKN tu mampu membentuk remaja kita untuk jadi camne sebenarnya.
aku tengok selalunya bekas bekas peserta PLKN ni kalo nak ada perubahan pun hanya beberapa hari lepas habis kursus je, lepas tu ntah mane pegi modul modul yang diorang belajar tu aku pun tak tau la.
eloknya buat kem latihan tentera cam negara lain tu je..biar bebetul berdisiplin..
Program ni sebenarnya bagus.. tapi xdikawal dan dipantau sebaiknya.. part numba 2 tu memang tepat bro.. kawan aku ada cerita. dan menyeramkan.. haha..
plkn aku kawal ketat..tapi ada gak yang dpat dating..waktu duty malam..haha
eh,, 1st batch ke JT? samalah...yg x samanya,, me x kena PLKN tu...ehiks...tatau kenapa masa tu bersyukur sangat sebab x dapat...my kazen pula,, siap buat surat rayuan nak masuk...huhuhu...
dengar cite setiap tahun ada 3 ambilan kan.. 1st take budak2 baikk , 2nd take sederhana baik baikk , 3rd take yang macam haramm punyaa . katenyee laa.
aku tak dapat plkn, haram jadah famili tak bagi keje , padahal duit dorang takmao bagi . takpaham aku -_-'
tak pernah dapat plkn..adik beradik pon xde yang kena..teringin nak pergi kem gini..
tak dinafikan disebalik yang baik memang ada yang buruk gak kan...
plkn hanya mbazir masa. dah la pilih random. spatutnya pilih la sape2 yang tak dapat ke mana2 ipta... pd sy, plkn hya myusahkan esp kalo yg "terpilih" tu terpaksa minta tangguh sb masih belajar mcm sy;p
tension tau! tak pun, bg kelonggaran, kalau yg sambung belajar..xperlu dah nak ke plkn nih. ilmu kat ipt dah lebih dr cukup..
sy ckp cam tu sb sy n 3org kwn sy mgalami situasi ni. ktorg tgguh dr thun 2006, smpai skang xpergi lg.. rasanye ttp kena pegi jgak. kan ke nyusahkan org namanya tu? patutnya amik budak2 yg agak sosial n bermasalah...harap pihak berkenaan bca n nilai komen ni. hahahaaa
@si pendek dan moody
"dengar cite setiap tahun ada 3 ambilan kan.. 1st take budak2 baikk , 2nd take sederhana baik baikk , 3rd take yang macam haramm punyaa . katenyee laa."
hahahaaa..sape kate camtu ek? sumpah xbetul. sy&kwn2 dpt 3rd take, tapi sy masuk uia, member lg 2org kat maktab n UM. so takkan 'haram punyaa' kot? pemilihan ke plkn secara random. smua tu tak betul...
salam bro. saja nak share, aku pun penah tulis pasal ni, kalau tak keberatan blh lah letak skli link kat atas tu bg org baca.
http://affanruslan.com/pengalaman-program-latihan-khidmat-negara-plkn-kem-puncak-permai-sarawak/
Assalamualaikum,menarik entry dari cakap-cakap kawan aku,perkara yang bro jejaka katakan depend pada kem kot :),seperti komen suffer ada baik and buruk :),apa yang ayieblog lihat mengenai masalah sosial memang berleluasa :),kalau boleh jangan campurkan kem wanita and lelaki :).
betul semua point kat atas tu..apa2 pn depend pda individu tu sndiri sbnrnya..kalau diorg nak bersosial lebih mmg itulah yg diorg dpt..hehe
actually ell kat sne lepak dgn bdk2 surau je..haha walaupun sbnrnya ell bukn budak surau..tapi dpt juga harumannya..hehe
plkn mmg best...tp motif sbb plkn dicipta masih xcapai tahapnye....kes curi ade
kes cple ade
kes gaduh ade
mcm2 ade...'
just org kate best2 tu sbb....kawan2 best...hahahaa
aku pom penah mengalaminya 3bulan...
kat muadzam shah pahang
Joined Plkn on 2005 and Plkn did change my life :)
wah, same lah, saya pun 1st batch plkn,, siri 1...apa yang ditulis kat enti ni memang tepat..saya setuju! :)
I dont think so, memang x dinafikan plkn ada keburukannya tp kebaikannya? who knows? saya salah seorang bekas peserta plkn dan saya rasa plkn adalah tempat terbaik to get experience. okeyla, first peserta PlKN dipilih secara random. saya terkejut sangat2 bila kena siri 3. Rasa dunia dah nak kiamat..well, x payah cakap pun dah blh bayang budak2nya macam mana kan. By the way, itu yg saya lalui kat sana. memang byk yg cuba penagruhi saya buat benda2 x elok. baru seminggu ramai dah kena histeria..hmmm..but for me tempat mcm tu bila kita jumpa teman2 yg baik, itulah benda yg terbaik. kwn2 yg betul2 baik kat sana ibarat 10 dlm 1000. itulah yg sebenarnya..but plkn byk ajar saya realiti sebenar masyarakat.thanks.it really raising up my spirit..keyakinan diri itu bertambah.
Pada pendapat saya ada baiknya PLKN ni. Peserta dapat belajar macam2 benda baru. Tapi secara tak langsung, expenses kerajaan meningkat.
Maaf saya bercakap. Saya lihat dari sudut majoriti dan prioriti.
Apakah tujuan PLKN. Perpaduan, ilmu, jati diri. Cuba kita balik ke sekolah. Bukan ke ada juga masa untuk bersama kaum lain. Dan masa & ruang utk aktiviti macamtu. Memang tak ada latihan senjata, ikttiar hidup tapi itu bergantung pada pelajar untuk belajar. Ada pengakap, JPA kan kat sekolah.
Seterusnya, bila dipilih secara random, untunglah kalau budak tu nak blaja dan boleh diajar. Bagaimana dengan yang hardcore tuh? Berbaloi ke? Dengar khabar angin yang jenis hardcore ni makin menjadi bila jumpa kawan kat PLKN yang sepesen dengannya.
Ok. Pada saya, kalau kita nak mantapkan perpaduan, bangsa, ilmu, jatidiri kita patut contohi negara china/singapura (perkara yang baik).
China mengajar rakyat denga ketegasan. Singapura menguasai rakyat dengan cara pemikiran. Contoh di Singapura: Kalau sambut hari2 negara macam merdeka / lain2. Dorang cakap 'LOVE SINGAPORE, DONATE' Macam kita(Malaysia) bakar bunga api, bawak bendera naik beskal, berteriak pastu pesta muda mudi.
Macamtu jugak dengan wang kerajaan. Kita sebagai negara merdeka ada sistem pertahanan. Rakyat mecukupi, sukarelawan & NGO yang banyak utk support, wataniah, polis bantuan dan lain2. Mungkin cukup kalau tambah anggota dari badan2 sebegini berbanding train yang baru yang belum tentu mahu.
Sudut prioriti negara kita adalah untuk basmi kemiskinan dan upgrade infrasturktur utk pendidikan, sabah sarawak dll.
Jadi mungkin peruntukan itu lebih elok disalurkan kepada yang patut.
Berbeza dengan Singapura, mereka ada rakyat yang sedikit, jadi perlu untuk train rakyat utk National Service.
So, maybe kita patut ubah sudut pandang kita supaya lebih meluas dan efisyen.
Sekian.
aq nie bakal calon plkn siri 9/2012 .....kena kat n9 lak tuh....kalau boleh aq xnak pegi ....tolg aq xnak pegi .....
salam semua, saya adalah jurulatih plkn. pada saya, program ni memang bertujuan untuk melahirkan generasi yg ada jatidiri, berjiwa patriotik dan bermacam2 lagi sifat positif. Nak jadi baik atau buruk bukan JLKN yang tentukan. kami j.l hanya "beri petunjuk", nak ke kanan atau ke kiri itu terpulang pada pelatih. Siapalah kami nak ubah sifat dan sikap seseorang. Itu semua terletak pada diri sendiri. Pada yang menilai dengan tanggapan yang terlalu negatif, saya rasa anda hanya pandai bercakap sahaja. Semua benda anda nampak hitam. Tak salah nak beri pendapat bro, n saya pun tak menafikan ada point2 yg benar dari komen2 anda. Tapi baguske kita menilai hanya dari satu sudut sahaja? Kalau semua pelatih jadi baik, baik kami ambil semua pesalah juvana tu masuk PLKN, komperm semua jadi baik. Kita manusia, Allah turunkan Al-quran pun ramai yg tak nak ikut, yang masih buat onar dan break Allah rules. Inikan PLKN yg dicipta oleh pak2 menteri tu...
ARHHHHHHH PLKN 11/2014
Btl tu.....tpi bg lelaki biasa la tu..cabaran...
Tpi bg perempuan mcm mana? Adik saya blik tu menangis xhbs2 sbb kene cabul kehormatan kt sana....bkn skali kene...byk kali...jd..ketatkn lah sikit peratutan bg laki and ppuan tu....jgn biar mereka bebas bersama dlm pelbagai aktiviti
Bro! Sye setuju dgn semua pandangan2 anda. Mmg benar la thanks for sharing
Aku dh dpat dah surat plkn....tapi mak aku ckap klau masuk plkn mesti ada pergaduhan...