Jejaka Terhangat Movie Review: Khurafat

Pagi tadi tengah bosan-bosan aku saje la dok gatai tangan pergi booking cite Khurafat kat GSC Summit USJ. Tayangan pukul 2. Alang-alang dah booking, harusla tengok kan. Hehe..

Firstly, aku nak bagitau. Aku bukanlah extremist cerita melayu. So, review aku ni mungkin banyak berbaur tak puas hati kat filem ni. Korang layankan je la ek. Ngehh..


Sinopsis cerita Khurafat ni engkorang tengok la sendiri kat sini ye:


Cerita ni pasal seorang lelaki innocent, Johan dan isterinya Aisyah yang diganggu oleh hantu syaitan. Diorang suspek Anna, bekas kekasih Johan yang hantar hantu tu utk kacau-bilaukan rumahtangga diorang.

Dari mula sampai habis, aku takde perasaan SERAM pon kat cerita ni. Dan ada jugak terasa ngantuknya most of time. Bukan apa, cerita camni dah terlalu biasa..

Mana taknya, scene hantu dia MESTI muncul mengejut dan diiringi oleh 110 desibel sound, bunyi terkejut. So, sebenarnya kat sini bukan SERAM, tapi TERKEJUT. Adakah teknik camni memang standard cerita melayu? Hmm..

Sape yang tak tau beza antara SERAM dan TERKEJUT sila klik link bawah ni:




Ye, itulah yang dimaksudkan dengan terkejut. Seram ke? Tak pon kan. Overall, camtu la cite dia. Tengok kiri, takde benda. Bila tengok depan, "Warghh.!!" Budak depan aku sampai termelompat sebab terkejut..

Kalo kat depan takde. Kat atas pulak "Warghhh..!!" (sekali lagi, kalo hantu tu muncul mesti pakej dia 110 desibel sound yg membantu anda utk tergezut).

Yang aku rasa paling tak boleh terima, Johan tu punya la cari punca siapa yg pedajal, hantar hantu tu kat diorang. Siap pergi sergah makcik satu tempat kerja dia lagi untuk dapatkan penjelasan..

Ghupe-ghupenya semua tu disebabkan diri dia sendiri. Dia sendiri yg cari tok bomoh utk sihir Anna utk suka kat dia. Syarat sihir tu, si Johan tak dibenarkan sama sekali tinggalkan Anna. Kalau tak, dia akan kena balik..

Dalam hati aku, "Ape ke bengap sangat. Diri sendiri yg puja syaitan dengan bantuan bomoh. Boleh pulak lupa"..

Keseluruhannya, cerita ni biasa je. Aku lagi suka cerita Congkak. Adalah jugak seramnya. Drama seram terbaik, Kekasihku Seru. Yang lain-lain masih di standard yg sama..

Rating JT bagi filem Khurafat ni: 2.5/5

Kalo korang nak kasi rating lebih2, pergi buat review sendiri ek. Wakaka..


p/s: Aktiviti pemujaan syaitan ni lebih kepada sihir, bukan khurafat. Film maker dia patut kaji dulu sebelum gunakan term tu..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

28 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...