Aku Alergik Dengan Drama Cinta Budak Sekolah..


Baru-baru ni aku baru terperasan. Drama cerita melayu sekarang banyak mengisahkan tentang percintaan budak sekolah. Aku tak paham betoi la..

Haritu aku tertengok drama Lagenda Budak Setan the Series kat Astro. Drama dia macam lain sikit drpd filem. Budak setan tu bercinta dengan budak sekolah. Pastu budak perempuan tu siap mengaku yang dia dah terlanjur..

"Astaghfirullahalazim". Aku istighfar dalam hati. Apa sebenarnya drama ni nak sampaikan? Perlu ke adegan camni dikaitkan dengan budak sekolah? Aku tengok dengan family aku pon rasa malu..

Pastu beberapa minggu lepas, aku tertengok pulak drama kat TV3. Kisah sorang budak perempuan ni suka berangan yang dia bercinta dengan prince charming macam cerita fairytales..

Lupa pulak aku tajuk cerita tu. Puteri Kayangan ek? Aku lupa lagi..!!!

Benda-benda macam ni la yang menggalakkan budak sekolah utk bercinta. Tak cukup dengan masalah sosial negara kita yg teruk sekarang. Media masih tetap nak brainwash budak sekolah untuk bercinta? Adoiiyaii..!!


p/s: Tolongla jangan buat drama percintaan budak skolah lagi. Aku alergik woit..!!!



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

34 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...