5 Sebab Kenapa Anda Perlu Guna Auto Blogwalking Software.

Panas lagi tak isu pasal autoblogwalking ni? Rasanya dah kurang hangat kan. Takpe2. Aku just nak dedahkan kat korang je kelebihan gunakan autoblogwalking software ni..

Memang banyak kelebihannya. Kalau tak, takkan banyak blog pon guna benda tu. Dan, lepas pendedahan pendekar berkuda pasal isu ni. Semakin ramai pulak yg berminat nak tau detail pasal software tu. Bagus-bagus, semangat camni yg kita mahukan.

Diorang nak guna autoblogwalking, apa mau kecoh2. Korang pon patut cuba jugak tau. Meh aku bagitau kat korang apa kelebihan autoblogwaking ni..


5 sebab kenapa perlu guna auto blogwalking:


1. Trafik naik mencanak.

Korang dok goyang kaki je, otomatik software tu spam kat chatbox bloggers. Ala, dah biasa pon MALAS dalam hidup. MALAS kat blog pon apa nak kisah? Dah memang jenis MALAS, nak buat camne..


2. Dapat buffered earning.

Dah trafik blog mantop. Nuffnang pon kasi la earning. Perghh, kan untung giler kat situ. Duit haram, bukan senang nak dapat woah. Untung2 perut kembung sebab makan benda tak halal..


3. Lebih mesra pengunjung.

Kalau guna software tu kena bijak. Kena guna ayat sama yg friendly. Pastu bloggers pon balas kunjungan korang. Diorang siap drop komen skali tu. Ha, nampak tak hubungan mesra 2 hala kat situ? Sangat sweet kan?


4. Tak perlu belajar subjek moral.

Best tau guna autoblogwalking ni. Korang tak perlu susah2 belajar subjek moral dan etika. Orang yg takde moral dan etika pon boleh guna jugak tau..


5. Dapat banyak tukang kipas.

Kalau ada orang tuduh korang penipu, just buat je entri minta maaf. Guna ayat sedih2 skit. Pastu nanti ada la tukang kipas sejukkan hati korang. Best kan, free2 dapat kipas..


Ha, sekarang korang dah nampak kan "kelebihan" guna autoblogwalking software ni. Best kan? Ambik la point-point aku bagi kat atas tu sebagai rujukan kalau korang masih berminat nak guna autoblogwalking ni. Kahkah (gelak jahat)..


p/s: Blog Jejaka Terhangat dah gunakan cbox.ws + capcha bagi mengelakkan spam. Korang boleh tinggalkan jejak dengan klik kat "Shout Sini" kat page navigation. Thanks =)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

47 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...