Aku dapat tau berita ni bila terjah blog cik Azza Firza. Pastu aku pon buat la research sikit, nak tau lebih pasal berita ni. So, aku pon diteruskan kepada website ni - Media Malaya.
Tajuknya: Penyanyi sudah bersalin setelah 4 bulan berkahwin.
Persetankanlah siapa pon artis tu. Aku bukan minat sangat pon gosip2 artis ni. Tapi persoalan penting dalam isu ni adalah:
Anak yang dilahirkan itu sah taraf ataupun tidak?
Anak tak sah taraf tu anak luar nikah ler. 4 bulan je bayi tu dalam kandungan lepas akad nikah. Boleh ke anak tu dibinkan kepada suami yg dinikahi ibunya?
Ada sesiapa yg tau jawapannya tak?
Jawapannya, anak itu kategori anak luar nikah. Dan haram dibinkan kepada suami ibunya. Perlu dibinkan kepada ibunya..
Kenapa anak tersebut tak sah taraf?
Kita semua ikut mazhab syafi'e. Mazhab syafi'e kata, anak tersebut hanya dikira sebagai anak sah taraf jika ia melebihi 6 bulan dalam kandungan selepas akad nikah. Dalam kes ni 4 bulan je kan? So, anak tu anak luar nikah la jawapannya. Dapat?
Hukum anak luar nikah:
1. Anak yg dilahirkan haram dibinkan kpd si ayah. (bin kan kpd ibunya)
2. Walaupun ayah nak bertanggungjawab utk berkahwin dgn si ibu lepas anak dilahirkan, tetap haram dibinkan kpd si bapa.
3. Tidak dikira sbg anak kandung si bapa walaupun dari hasil benih dia. Anak luar nikah dikira seperti anak tiri.
4. Ibu tanggung nafkah anak tersebut.
5. Anak luar nikah tak boleh jadi wali, dan tak boleh dapat harta pusaka.
Sangat banyak kesan tak baik disebabkan anak luar nikah. Oleh itu, "wala takrabuzzina" ya kalian semua. Assalamualaikum..
Rujukan:
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
sedih sangat bila kenang nasib anak2 tak berdosa ni :'(
Namun ada juga ibu bapa yang tak peduli bab hukum hakam ni. Nak cover malu pada orang ramai. Tetap nak bin kan anak dengan nama bapa. Tunggu sahajalah balasan dari Allah, buat orang macam ni.
hurm...
bukan setakat nak cover malu tapi nak cover maruah anak yang bakal membesar tu nanti jugak kut...but hukum Allah sudah termaktub,, kita sebagai umat wajib ikut...
apapun,, sentiasalah beringat...
hmm..jadi kite sebagai umat islam haruslah beringat bahawa syaitan sentiasa ade di mana2 untuk mengahsut anak cucu adam.. elakkan diri dari melakukan maksiat, pasti kite akan tercegah dari melakukan dosa..insyaALLAH... :)
kesian kat anak2x yG x b'd0sa tu.. salah parents tapi anak turut t'libat sama..huk2x
akibat tidak tahu hukum hakam..itulah jadinya..tapi kesian kat baby2 yang tak berdosa tu kan?
Assalamualaikum, moral of story jangan jadikan artist roll model kerana mereka jugak bernama manusia mempunyai nafsu serakah, apa yang perlu berbalik pada agama ( berdasarkan pengalaman sendiri ).. nice entry bro jejakaterhangit...
kesian anak2 luar nikah, yg salah mak ayah tapi yg jadi mangsa, anak2 tersebut..
pasal pusaka mempusakai tu pulak, die boleh dapat harta ibu die sahaje..
tajuk ni cam relate ngan tajuk thesis cik kangkung :)
kalau ank itu ank perempuan, auratnye same mcm bukan mahram.. yakni haram bersentuhan.. wajib menutup aurat di depan bapanya itu...
nauzubillah......
klu kawen dulu baru buat anak kan bagus ?
kadang dah tau haram pun still buat jugak... nak tutup malu punye pasal kan... tapi kesian la kat anak tu...
Kesianlah keluarga dia.Aibnya tuhan je yang tau.Minta dijauhkanlah dari terjadi kat keluarga kita.Nauzubillah.
dunia akhir zaman.. ish3
Kesian, anak2 yg xberdosa menjadi mangsa atas kejahilan ibu bapa..
PojiePooh; Hanya Satu...
yess..la taqrabuzzinaa...haihhh~~
Kerana lembu, sapi yang dapat nama... isk3...
kecian btol baby tu....sape artis hampeh tu JT?