Saya Seorang Blogger Kaki Kipas.


Saya seorang blogger yang suka kipas blogger lain. Lagi-lagi kalau dengan blogger otai kegemaran saya, lagi kuat saya akan kipas..

Kalau ada orang yang buat entri teguran pasal blogger kegemaran saya itu, saya akan segera bagi komen mempertahankan dia selagi saya mampu..

Tak cukup dengan itu, saya akan buat entri untuk balas balik blogger yang menjatuhkan blogger kegemaran saya itu. Saya akan bagi seribu satu alasan bagi mempertahankan dia..

Tujuan saya kipas ni supaya mendapat tempat di mata blogger kegemaran saya. Bagi saya, dia salah atau betul bukanlah persoalannya. Tapi mendapat tempat di mata dia adalah yang paling utama..

Untung-untung dia buat entri khas untuk saya. Trafik blog saya pasti akan naik mencanak kan? Itu la tujuan sebenar saya kipas dia. Sekian..

Yang benar:
blogger XY


Coretan Jejaka Terhangat:

Isu perdebatan antara bloggers dah terlalu banyak sekarang. Isu plagiat, shawl, auta blogwalking dan lain2 lagi. Kesannya, bloggers kaki kipas pon banyak muncul kat setiap isu..

Nasihat aku, kalau korang termasuk dalam tukang kipas tu, hentikan la yek. Kalau dah tau benda tu salah, terima je la. Tak perlu nak pertahankan benda yang salah semata-mata untuk jadi hero di mata blogger otai kegemaran korang..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

34 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...