Showing posts with label blogger otai. Show all posts
Showing posts with label blogger otai. Show all posts

Blogger Baru Berblog Sebab Duit?

29 comments 11 June 2011

Aku baru lepas baca entri dari pengendaliblog. Katanya, Blogger Newbie Blog Hanya Kerana Duit. Wow, memang agak kamikaze penyataan dia. Topik ni macam ni agak sensitif bagi blogger baru. Blogger baru buat blog sebab duit? Haymeh?

Apa pun, jangan terus jump to conclusion. Pastikan korang baca dulu point-point dia. Pastu barulah nilai samada nak setuju ataupun tak dengan pendapat dia.

Okey, meh aku buat pengakuan. Secara jujurnya, aku mula berblog dulu pun sebab duit. Selalu aku dengar orang kata, dengan blog kita boleh jana pendapatan sampingan. Dengan guide seorang kawan, aku pun berblog buat pertama kalinya.

Tapi, dalam proses aku berblog. Perlahan-lahan aku semakin seronok dengan blog. Target utama aku sekarang bukan duit. Tapi, kepuasan dalam berblog.


Definisi kepuasan dalam berblog.

Setiap orang ada targetnya tersendiri dalam berblog. Tak kurangnya aku. Selagi orang datang, baca dan komen entri aku. Itulah kepuasan yang aku harapkan. Semakin banyak jumlah komen yang aku dapat. Hati aku pun semakin puas.

Duit? Ya, mestila aku masih harapkan duit hasil daripada berblog. Tapi, ianya hanyalah sampingan. Bukan lagi fokus utama aku.


Jangan terlalu obses dengan trafik.

Kalau kita terlalu obses nak dapatkan duit hasil daripada berblog. Kita mesti akan utamakan trafik. Bila nak trafik tinggi, macam-macam cara kita gunakan.

Termasuklah dengar kata blogger otai, update 3-4 entri setiap hari. Pergh..!! Giloz. Nak update mende sampai banyak entri sehari. Boleh botak kepala cari idea.

Itu yang kita boleh perhatikan, ada blogger yang update entri pendek. Post video youtube, copy paste paper masuk blog. Then, ulas sikit je. Ambil jalan mudah, asalkan blog dia banyak update dalam sehari.

Apa benda ni? Kepuasan yang macam ni ke yang korang harapkan daripada berblog.

Kalau korang selesa, rasa puas update entri banyak dalam sehari, tapi takde orang nak komen, teruskanlah. Konsep blog korang dengan aku mungkin berbeza. Aku lebih prefer publish entri sehari sekali. Asalkan kualiti blog aku terjaga. Sekian..
Read On

DIGI Wwwow Awards. Ada Jugak Orang Dengki Mendengki Ek?

30 comments 28 April 2011

Woah, sekarang ni para bloggers semua tengah tergila-gilakan DIGI WWWOW Awards. Masing-masing mintak diundi. Mana taknya. Hadiah yang ditawarkan untuk juara setiap kategori agak superb..!!

Alkisahnya, Digi Awards ni dah lama. Tapi, aku tak dapat join. Tak tau kenapa. Bila tekan submit je, website tu jadi bengong (hang). Kempunan aku. Just mampu tengok kawan2 blogger berkempen je kat Bloggers Chat Room sana.


Voting Kontest: Otai Mesti Menang?

Dan perihal biasa terjadi kalau voting contest camni. Mestila "blogger otai" yang dijangka akan bolot tempat pertama. Orang berpengaruh, no wonder la boleh dapat nombor satu kan?

Yang jadi persoalan, atau timbul rasa tak puas hati orang lain bila blogger baru (newbie) kalahkan ranking blogger otai. Orang mula la mengata. Main tipu la, guna taktik kotor la. Itu la ini la. Padahal bukti takde. Nak main tuduh2 plak.

Tak percaya? Meh baca entri salah sorang blogger ni. Ranking dia dalam award tu agak tinggi berbanding blogger otai. So, ada yang tak puas hati:




Okey, meh aku bagitau korang. Kalau blogger otai sekalipun, tapi kurang promote link dia. Takde punya orang nak undi. Lagipun, alam maya ni luas. Ingat promote kat blog je dah cukup ke nak dapatkan kita kedudukan pertama?

Mungkin ada orang yang blog dia tak femes. Tapi, kat facebook kawan dia beriban. Ada kemungkinan jugak dia boleh kalahkan otai dalam voting kontest ni kan?


Nasihat Untuk Blogger Baru

Sekiranya korang blogger baru. Tak bermksud korang akan sentiasa duduk kat ranking bawah. Apa yang perlu korang buat adalah, teruskan berusaha.

Walaupun korang kurang pengaruh, tapi lama-lama korang boleh ke atas jugak. Dengan syarat, jangan pernah menyerah kalah. Dan, jangan SPAM. Nanti orang menyampah. Takde siapa nak vote dah. Hehe..


Kategori: Must Follow Personality

Owh, sebelum terlupa. Harini sekali lagi aku cuba untuk submit penyertaan aku ke DIGI Awards tu. Dan, YESSS..!! Kali ni berjaya. Ahaks..

Aku masuk dalam kategori Must Follow Personality. So, mintak jasa baik kawan-kawan semua. Undi la Jejaka Terhangat yek.

Senang je, klik kat link bawah ni. Masukkan perkataan (capcha), pastu klik "vote". Selesai. Terima kasih banyak2 kalian. =)


Read On

Saya Seorang Blogger Kaki Kipas.

33 comments 25 January 2011

Saya seorang blogger yang suka kipas blogger lain. Lagi-lagi kalau dengan blogger otai kegemaran saya, lagi kuat saya akan kipas..

Kalau ada orang yang buat entri teguran pasal blogger kegemaran saya itu, saya akan segera bagi komen mempertahankan dia selagi saya mampu..

Tak cukup dengan itu, saya akan buat entri untuk balas balik blogger yang menjatuhkan blogger kegemaran saya itu. Saya akan bagi seribu satu alasan bagi mempertahankan dia..

Tujuan saya kipas ni supaya mendapat tempat di mata blogger kegemaran saya. Bagi saya, dia salah atau betul bukanlah persoalannya. Tapi mendapat tempat di mata dia adalah yang paling utama..

Untung-untung dia buat entri khas untuk saya. Trafik blog saya pasti akan naik mencanak kan? Itu la tujuan sebenar saya kipas dia. Sekian..

Yang benar:
blogger XY


Coretan Jejaka Terhangat:

Isu perdebatan antara bloggers dah terlalu banyak sekarang. Isu plagiat, shawl, auta blogwalking dan lain2 lagi. Kesannya, bloggers kaki kipas pon banyak muncul kat setiap isu..

Nasihat aku, kalau korang termasuk dalam tukang kipas tu, hentikan la yek. Kalau dah tau benda tu salah, terima je la. Tak perlu nak pertahankan benda yang salah semata-mata untuk jadi hero di mata blogger otai kegemaran korang..
Read On

Dalam Blogging Jangan Memilih Kawan..

51 comments 02 December 2010
Entri kali ni menenangkan jiwa, takde panas2 punya. Jom duduk sebentar bersama Kit-Kat, sambil dengarkan Jejaka Terhangat nak celoteh sket..



Dalam Blogging Jangan Memilih Kawan..

Blog sekarang ni dah jadi macam cendawan tumbuh lepas hujan. Setiap hari ada je blogger baru muncul. Blogger lama plak dipanggil "top blogger" atau blogger otai oleh blogger baru..

Kebiasaannya, blogger baru akan cari, dan amik tips drpd blogger otai. Macam mana nak cepat naik dlm dunia blogging ni mcm diorang..


"Kalau la blogger otai tu mention blog aku kat blog dia, Wahh, best.!! Mesti bleh femes cepat blog aku nanti".


Aku bleh jamin, mesti ada antara kita yg berfikiran macam tu kan? Sebab tu kita boleh peratikan, ramai yg berusaha drop komen membodek blogger otai. Kalau top blogger buat contest laju je masuk tanpa pikir panjang..

Kalau blogger otai buat contest, orang akan cakap camni:

"Ehh, kena masuk cepat ni. Nanti ramai pulak orang, kena queue".


Kalau contest dari blogger baru pulak:

"Lambat lagi tarikh tutup, nanti kalau rajin aku masuk la ye".


Ada jugak yg rajin datang ke blog blogger otai utk drop komen. Dan bila blogger otai tu tak masuk balik blog dia, dia melatah pulak. Kata blogger otai tu sombong la, taik idung masin la (ada ke taik idung manis?). Ahaks..

Sebenarnya nak promosikan blog kita menerusi blogger otai ni bagus. Tapi, jangan terlalu bergantung pada blogger otai utk jadikan blog kita dikenali ramai..

Wasiat Jejaka Terhangat kpd semua, dalam blogging ni jangan memilih kawan. Anggap je semua blogger tu sama. Jgn harapkan "top bloggers" dtg ke blog kita utk dptkan semangat..

Tapi dptkan semangat, drpd blogger yg baru2 mcm kita. Naik sama2, blaja sama2, pelan2 kayuh takpe, kita boleh lakukannya. Suatu hari nanti kita pasti berjaya. Kerana kita anak MILO..!!! =p
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...