Blogger Baru Berblog Sebab Duit?


Aku baru lepas baca entri dari pengendaliblog. Katanya, Blogger Newbie Blog Hanya Kerana Duit. Wow, memang agak kamikaze penyataan dia. Topik ni macam ni agak sensitif bagi blogger baru. Blogger baru buat blog sebab duit? Haymeh?

Apa pun, jangan terus jump to conclusion. Pastikan korang baca dulu point-point dia. Pastu barulah nilai samada nak setuju ataupun tak dengan pendapat dia.

Okey, meh aku buat pengakuan. Secara jujurnya, aku mula berblog dulu pun sebab duit. Selalu aku dengar orang kata, dengan blog kita boleh jana pendapatan sampingan. Dengan guide seorang kawan, aku pun berblog buat pertama kalinya.

Tapi, dalam proses aku berblog. Perlahan-lahan aku semakin seronok dengan blog. Target utama aku sekarang bukan duit. Tapi, kepuasan dalam berblog.


Definisi kepuasan dalam berblog.

Setiap orang ada targetnya tersendiri dalam berblog. Tak kurangnya aku. Selagi orang datang, baca dan komen entri aku. Itulah kepuasan yang aku harapkan. Semakin banyak jumlah komen yang aku dapat. Hati aku pun semakin puas.

Duit? Ya, mestila aku masih harapkan duit hasil daripada berblog. Tapi, ianya hanyalah sampingan. Bukan lagi fokus utama aku.


Jangan terlalu obses dengan trafik.

Kalau kita terlalu obses nak dapatkan duit hasil daripada berblog. Kita mesti akan utamakan trafik. Bila nak trafik tinggi, macam-macam cara kita gunakan.

Termasuklah dengar kata blogger otai, update 3-4 entri setiap hari. Pergh..!! Giloz. Nak update mende sampai banyak entri sehari. Boleh botak kepala cari idea.

Itu yang kita boleh perhatikan, ada blogger yang update entri pendek. Post video youtube, copy paste paper masuk blog. Then, ulas sikit je. Ambil jalan mudah, asalkan blog dia banyak update dalam sehari.

Apa benda ni? Kepuasan yang macam ni ke yang korang harapkan daripada berblog.

Kalau korang selesa, rasa puas update entri banyak dalam sehari, tapi takde orang nak komen, teruskanlah. Konsep blog korang dengan aku mungkin berbeza. Aku lebih prefer publish entri sehari sekali. Asalkan kualiti blog aku terjaga. Sekian..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

29 comments:

  • blog baru nak dpt duit je..ish..ish..rasa tak semua mcm tu...sy ni pun kategori blogger yg baru...bab2 iklan and trafik tu sy no coment psal sy sendiri pn tak tahu apa kegunaannya lgi...hehehe..yg penting kita seronok utk berblogging...

  • sy berblog sbb sy suke merapu bab2 duit tu penah try and error jer.. dasar suke merapu so nk be profesional tu x menjadik huhuhu

  • jyeahhh!ini lah CG cuba trangkan pd JT..tuh yg CG updte blog 2minggu skali..ngeh3!baek dri updte bnda yg ntah pa2 mcm mnyemak ja tgok..kerh3!mcm knal blogger yg updte brjuta kali sehari tuh :hihi

    p/s : nk buang dri bloglist lg ka :baby

  • hehe..tq -)

  • saya berblog untuk kepuasan diri... rase puas bila post dibace readers..hehe.. dulu dulu pernah gak terfikir psl duit ni..tp bila fikir balik, kalau kualiti entri dijaga, blog banyak loyal readers, duit tu automatik datang seiring.. :)

    entri:
    "Along punye pasal la ni"

  • patut mcm penah nmpk je tajuk ni.. smlm punye berita rupenye.. ntah la. blogger skrg bukan sng nak buat duit.. dah byk sgt blogger dlm dunia ni..

  • menarik topik nie.. Cik Farah newbie jugak..teheee

    betul tu. better entri sehari sekali tapi berkualiti. Like this quote :)

  • hahaha mmg ade mcm tu, tp tak semua...

  • aku tak minat entri SEO. semua nak sumbat. keputusan bola lah, rajalawak lah, berita ape semua nak sumbat.

  • Setujuu sangat dengan penerangan "jangan terlalu obses dengan trafik"

    kdg2 mcm sampai lari nait berblog. rilek sudahhhh. blog biar ada passion. jgm sbb duit semata-mata nnti jadi x best.

    Dan betul, kenapa obses dgn trafik. cakap sikit2 sudahh. eh mmg setuju lahhh. kdg2 entry copy paste berita sajeee

  • rasanya hmpir kebsnyakkan newbie akan membuat blog krana duit.. trmasuklah aku, keh keh keh.. tapi.. bila sudah berblogging distulah point utamanya.. smakin lma berblogging, bru nmpk apa yg kita inginkan dlm blogging..

    cuma aku paling gelak bila aku nmpk satu point komen kalau kat sna dari eastbullet..

    "Memang benar kenyataan tu. Ramai kawan-kawan sebaya saya tanya : “macam mana nak buat blog”..

    then next week :
    “camna nak pasang nuffnang”

    next week:
    “earning ko dah bape. aku punya tak gerak pon”.

    next week :
    blog dia tak update dah.."

    zaaappp.. brapa bnyk trasa? keh keh keh..

  • sokong sama u boss :D

  • mija dah bace entry tu pg tadi.. tu just pendapat individu.. lain org lain pendapatnya... pe yg sye taw,, saye berblogger just suke2 nak tambah kawan n sharing kehidupan... duit tu apalah sangat di bandingkan ngan nilai persahabatan yang akan kite dapat.. kan?? sape stuju?? angkat kaki.. hiihiiii

  • aku msa blog ptama dlu mmg sbb duit, last2 xmnjadi aku gibab... blog kdua ni aku jadikannya lebib berkualti, aku ttpkan mtlamat, alhamdulillah duit tu datang sndiri :)

  • Ok ape. Buat blog target nak duit. Bisnes kecil-kecilan. Sektor pengiklanan. haha.. tapi jangan lah hangat-hangat najis ayam. tak best la kan?

    Crow tak berminat nak serve iklan. tapi crow berminat nak fahamkan ape bende trafik, seo, nuff, keyword dan ape bende teknik iklan internet ni yg semua blogger dok cite. Dah bace google. Byk english. tak paham. Nak bertanya, takde kaunter pertanyaan. koh3..

  • taktao pon blog bleh cri duit huhuhu.. slme nie blogwalking je... tgok byk gk cite pasal duit tu.. tp tk prnah pon nk buat

  • ase nye slps bblog nie bru tw psl jana duit mlalui blog XD
    btw..entry update bile ad idea je :(

  • @ The Crow, boleh juga jadikan Jejaka Terhangat sebagai kaunter pertanyaan. Dia memang mesra pelanggan tau. Jom terjah my new artikel, isu panasssss

    BUDAYA BERSALAMAN DENGAN PENGANTIN..PATUT DIHENTIKAN..

  • huhuhu... aku ada jugak banyak kali bersembang2 dengan blogger baru. memang tujuan diorang blog sebab duit. nak tiru blogger2 otai. terserahlah. janji jangan buat benda tak elok sudah...

  • smuanya krn blog!!!

  • entri SEO penting jugak...kita kena ada pembaca yang bukan blogger jugak...tapi jangan la sampai semua nak post

  • aku sangat terasan ngan entri tuu sbb aku newbie yang mmg gilakan trafic.. aku ada cara aku dan sebab aku nak berblog.. kita tak boleh nak kritik sapa2 pon sbb semua org ada hak dan kebebasan beblog ok..

    banyak cara yg aku buat termasuk entri 18sx sbb nak tarik trafic.. aku peduli apa org nak kata sbb aku main blog sbb mmg nak cari kawan dan duit

    dan berhubung ngan shoutbox kau,nihh jawapan aku..

    hahahaahhhhaa... marah nampak kau nih?? taw laa hangat.. adoiii... sape soh letak shoutbox kat situ.. xde masa aku nak belek lama2 menu2 kat situ...

    cikgu sex atau tak itu hukum aku ngan allah... kau tak layak menghukum..

    sekian terima kasih...

  • saye berbelog sebab saye kuat membebel kot..keh3..

  • hahaha duit! duit!...tp x semua kerana duitkan....

  • siapa tak nak duit..penyataan jujur?
    ada yang cakap buat blog sebab minat mendalam dalam dunia blog bukan kerana duit...tapi blog pasang iklan buat apa? simple je. kadang2 diorang nak perangsang dari sesuatu kan.tapi itu hak masing2 tak ada siapa boleh nak menghalang.bagaimana dengan blogger lama? adakah sebab minat.
    tiada yang baru,tiadalah yang lama,,masing masing cari pengalaman dalam hidup.

  • Assalamualaikum, jejaka terhangit deme silap menilai, kawe blogger baru jugak picisan, kenapa kawe berblogging, pasal dalam berblogging leh kenal aweks cun, ops2 silap pasal dalam berblogging boleh meluaskan rangakain, pasal duit 2 kemudian kira :), hehehe

  • oh tidak,dulu ak pon ase gituh gak..? ahaha. dah 4 mgu kot skrg,smkin sonok je berblogging nih,mcm2 info dpt,anyways good topic :D

  • ermm. bagi aku yang bru2 je start berblogging ni.. sekadar suke2 dan nak tau gak.. ade org kate berblogging ni bes.. so.. xkan nk dgr org kate je.. try la sndiri.. hehe. and plus aq rase sronok biler blangan follower bertmbh.. hehhehehe

  • sedar tak sedar, tugas kita seorang blogger ni adalah untuk menjadi seorang penyampai. tapi, sejauh mane keikhlasan kita dalam menyampaikan tuh, terpulang pada individu itu sendiri :)

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...