Dua Jenis Blogger Yang Tak Sehaluan. Mana Satu Korang Pilih?


Dulu aku pernah kata, sebenarnya tak mudah nak jadi blogger. Kita meletakkan diri kita antara buat pahala dan dosa. Tanya diri korang sendiri. Mana satu yang korang pilih. Berblog nak tambahkan pahala atau dosa?

Kalau kita perhatikan, blogger ni ada 3 jenis.

1. Blogger A:

Blogger yang memperjuangkan sahsiah manusia. Entri bercorak motivasi dan sesekali menerapkan asas islam dalamnya. Blogger ni menegur perilaku manusia yang menyimpang, dan mengajak mereka ke arah kebaikan.


2. Blogger B:

Blogger yang mengajak pembacanya ke arah sosialisme. Dia menulis tentang cara hidup yang sosial, tentang fesyen (yang berlebihan), dan siap buat tutorial bagaimana nak bergaya macam dia.


3. Blogger C:

Blogger neutral. Memihak mana yang sempat. Tiada pendirian yang tetap. Ada masa menangkan blogger A. Pada masa yang lain jadi pro blogger B.


Nampak tak? Perjuangan antara blogger A dan B sangat bertentangan. Blogger B mengajak pembaca ke arah yang kurang baik. Blogger A pulak yang jadi tukang perbetulkan, menegur perilaku salah blogger B dan pengikut-pengikutnya.

Tapi, korang semua pun sedia tahu. Blogger mana yang punyai pengaruh lebih besar? Iya, tentulah blogger B. Confirm la. Manusia ni kan memang cepat terpengaruh dengan hal duniawi, lebih daripada akhirat.

Aku rasa sangat geram. Blogger B tak kesian ke kat blogger A? Perjuangan blogger A seperti 'mencurahkan air ke daun keladi'. Bila ditegur, blogger A balik yang dikatakan sebagai pendengki, haters dan sebagainya. Mindset apakah macam ni?

Haish, aku rasa rasa macam nak je petik nama blogger A dan B untuk dijadikan contoh. Tapi, apakan daya. Manusia ni kalau nak ditegur mane boleh sebut nama. Nanti aib katanya. Asal sebut nama sikit jadi kontroversi. Entah apape.

Oleh tu, entri ni bersifat umum. Bagi sesiapa yang lama kat dunia blog ni. Korang sendiri pun boleh agak blog mana yang aku maksudkan kan? Fuhh..!!!



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

54 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...